Tuesday 26 August 2014

Kepingin makan 'kitchen chop'

Assalamualaikum

Malam ni berdua-duaan dengan farish je. Encik suami ada farewell kat muar, kita yang kena tinggal ni pandai-pandai la bawak diri dua beranak. Huhuhu~

Lepas maghrib baru bersiap. Tak decide lagi nak makan apa, cuma rasa cam tak nak makan yang berat-berat.

So....how about chicken chop?

Farish pon on jek. Kate dia, xnak makan nasik. Jadi, layan western la kita yek malam ni.

Berpusing kat bandar cari parking. Menyampahnya bila part cenggini. 4x tawaf pon tak dapat parking. Lastly dah fed up tuju je kedai biasa-biasa.

Masa budak kedai tu ambik order,
Farish ni konpiden je cakap,

"Nak kitchen chop ok,"

Nahhh....terbarai gelak budak kedai tu. Sian abang kena gelak. Heheheh~

Bila dia dah pergi, aku pon tegur farish.

"Makan apa?"

"Yang ibu cakap tadi tu la, kitchen chop." Kalini slow jek suara dia. Rosak konpoden level anak aku tau lepas kena gelak.

"Bukan kitchen la, chicken.."

"Chicken ayam tu?"

Budak sorang ni mata nak terbeliak je kan masa bercakap. Aku angguk. Padahal ikot hati nak jugak gelakkan dia. Tapi tak jadi. Biarlah salah, boleh dibetulkan.

Sepanjang balik tu dia dok ulang,

.chicken chop.
.chicken chop.
.chicken chop.

Alahai abangggggggggg,,,,



Hero bujang ibu



Terima Kasih

Sunday 24 August 2014

Manisnya kemaafan

Assalamualaikum,,

Saat dan waktu ini, aku baru sampai kat rumah. Majlis yang kudebarkan tu, dah pon selesai dengan jayanya.

Alhamdulillah.

Walau salam x bersambut,
Senyum seakan hambar,
Setidak-tidaknya aku mampu bertahan,
Dalam lingkungan manusia yang bergelar kenalan sejawat.

Tahniah diriku,
Berjaya bertahan sehingga majlis selesai.

Update yang lebih details esok ye, sekarang nak kemas hadiah2 yang family kami menang tadi. Macam yang aku katakan dulu, Allah tu ada. Dia tak pernah leka dan mungkin kemaafan itu memberi hikmah buat diri aku sendiri. Mudah-mudahan...

Terima Kasih

Maaf, kita tak sama

Assalamualaikum,,

Harini, ahad yang mendung. Petangnya hujan turun, berpanjangan mencurah bumi.

Balik je dari kerja tadi, aku dah bergolek atas sofa. Kepala ni ligat berfikir. Sendiri n senyap-senyap je melayan emosi.

Mengeluh.

Lepas isyak ni, ada majlis hariraya staff opis. Dari awal pagi tadi semua persediaan dibuat. Meriah nampaknya. Aku, pemerhati dari jauh saje.

Satu pejabat diundang, aku pon tak terkecuali. Tak mahu berburuk sangka, dah diundang pun dah cukup pada aku. Lagipun, aku dah bayar bahagian untuk keluarga aku. Rm20. Boleh je kalau nak aku halalkan macam tu je, tapi tula yang buat aku pikir 48jutakali.

Huhuhuhu..

Aku tak la berkira sangat pasal bayaran tu. Apelah sangat nilainya tu berbanding niat sebenar aku nak tengok kemeriahannya bersama-sama.

Dari pejabat membawa ke rumah, aku makin tak keruan. Nak pergi ke taknak.

Alhamdulillah, husband yang awalnya tak hingin nak pergi tiba-tiba berubah hati.

Lega.

Sekarang pokok pangkalnya niat. Dan aku memutuskan, aku akan pergi.

Walau mungkin kehadiran aku mencacat suasana. Memberi mood tak berapa baik pada yang lainnya, aku pasrah. Sehabis pasrah.

Tapi sejujurnya, aku mengharapkan semua tu cuba akal jahat aku yang membisikkan ragu. Yang mengundang curiga pada mereka, walhal mereka tak apa-apa. InshaaAllah.

Aku bukannya nak menjamu selera sangat. Apalagi nak merasa 'grand' nya majlis itu. Aku memilih untuk pergi, kerana aku berharap disitu bermulanya sesuatu yang baik setelah semua yang tak baik antara kami.

Siapa tahu, berkat syawal yang masih berbaki itu hadir buat aku dan juga mereka.

Terserah kalau aku kelihatan tak tahu malu, muka tembok, atau apa sahaja gelaran yang nak diberi. Hakikatnya aku ikhlas, nak mengakhiri kemelut antara kami. Tak penting lagi siapa yang bersalah, walaupon pada mata kasarnya aku tak pernah mengganggu kehidupan dan urusan mereka. Aku cuba lagi menyedapkan rasa....

Aku manusia biasa. Yang imannya senipis kulit bawang. Mungkin ada khilaf yang mengundang benci mereka. Dan kerana aku terlambat menyedari semua itu, aku tekad memulainya sekali lagi.

Bertabahlah hati menunggu waktunya tiba.

Aku tak sempurna, tapi akan aku cuba menjadi lebih baik dari sebelumnya. Aku rela dijadikan bahan untuk berkata buruk, tapi aku usahakan tak melakukan yang serupa kepada kamu. Biar sesakit mana pengkhianatan itu, aku redha. Kita memang tak sama dan takkan pernah sama. Bila aku diuji begini, aku masih mampu tersenyum. Kerana aku pasti, Allah kan ada.

;')


Terima Kasih

Saturday 23 August 2014

Amanah Allah untuk aku

Oh my cintahati
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Walaupon sekarang kalian semakin membesar, dengan keletah yang buat ibu sakit kepala, kalian tetap sebab untuk ibu terus bahagia. terima kasih sebab latih ibu, jadi tarzan wanita yang berjaya. Hari-hari terpekik terlolong dikerjakan anak yang dua ini.

^_^

Nikmat dari Allah bila tenung muka keduanya, tengah lena kepenatan. Itu pon setelah berjuta kali ibu suruh masuk bilik, tido.

Bau peloh mashamm tu yang paling best didunia..

Ciom sekali,
Ciom dua kali,
Ciom tiga kali.

Semoga Allah lindungi mereka,
Kerana mereka sesungguhnya milik Allah.

Gudnite.


Terima Kasih

Malaysia ku berkabung

Assalamualaikum,,

Sejarah tercipta di bumi Malaysia. Tamggal 22082014 ketibaan 20 mangsa pesawat MH17 yg ditembak jatuh di timur ukraine telah selamat tiba ke tanah air.

Setelah 37hari, mereka kembali. Hanya jasad tanpa nyawa. Dan siap bersemadi di alam yang abadi.

Rata-rata turut bersedih. Seluruh penduduk Malaysia berkongsi kedukaan yang sama. Sama-sama memberi penghormatan terakhir, bertafakur selama seminit. Alfatihah dikirim tidak putus-putus. Alunan surah yasin sepanjang hari. Memberi kedamaian pada yang menghayatinya, terasa dunia ini tenang seketika.Dan rasa sayu itu terus-terusan memburu.

Aku tak kenal sesiapa di dalam pesawat itu. Kalau ada yang ku kenal hanya dari bacaan2 sebelum ini. Cerita mengenai mangsa-mangsa pesawat malang itu terpampang di dada akhbar. Membuatkan aku terasa seolah-olah aku dekat dengan mereka.

Mereka saudara seagamaku. Kalau tidak seagama, mereka juga manusia seperti aku. Sungguh dunia semakin kejam hari ini. Nyawa manusia yang tidak berdosa terasa tiada nilainya lagi. Membayangkan pesawat itu tiba-tiba ditembak juga aku tidak mampu, apatah lagi membayangkan keadaan mereka yang menemui ajalnya dengan cara begitu.

Subhanallah, maha suci Allah.
Tiada sesuatu apa pon yang berlaku tanpa pengetahuanNya, tanpa keizinanNya.

Saat dunia diuji,
Saat mereka pergi ke alam abadi,
Aku sendiri memusahabah diri.

Melihat satu persatu keranda berisi jenazah2 itu diusung, hati ni tersentap sendiri. Itu pengubat kerinduan ahli keluarga, itu untuk ibu bapanya, suaminya,isterinya, atau mungkin anak-anaknya.

Yang dinanti sudah kembali, walaupun hanya untuk seketika. Sekurang-kurangnya penantian sudah tiba kepenghujungnya.

Berkalih ke ahli keluarga mangsa..
Melihat keranda yang sudah bernama, hati semakin sendu. Sungguh besar dugaan mu Allah, mana mungkin ada hati yang calang-calang tabah untuk melalui semua ini. Melainkan mereka-mereka yang Engkau pilih, mereka yang istimewa dari yang lainnya.

Meletakkan aku ditempat mereka. Alangkah kerdilnya diri ini. Disisi keluarganya juga aku tak mampu, apatah lagi disisi isterinya, wanita yang berkongsi segalanya. Tapi kulihat wanita itu cekal, lirikan matanya sahaja menggambarkan runtun hatinya. Aku sangka wanita itu kehabisan airmata untuk ditangiskan lagi. Yang pergi itu suaminya, tulang rusuknya, bapa kepada anaknya, imam untuk solatnya.

Semoga mereka semua tabah melalui semua ini. Ya, memberi kata-kata semangat ini jauh lebih mudah dari mendepani hakikat yang sebenar. Tapi siapa tahu dengan doa yang tak putus-putus ini, keadilan menemui kita semua.

Seharian aku berteleku depan tv. Aku mahu saksikan semuanya. Saksi kekejaman dunia pada negaraku.

Secekal mana pun pasti tertewas juga. Mampu bertahankan jiwa bila melihat anak kecil merintih di depan keranda si ibu, memohon diberi kesempatan menatap wajah ibunya buat kali terakhir. Meminta simpati diberi peluang melepas rindu untuk terakhir kali.

Ya Allah,
Simpatiku menggunung.

Si bayi kecil yang tak mengerti apa-apa. Kehilangan si ayah pada usia seawal itu, lagi sekali airmataku tertumpah.

Ya, ajal maut di tangan Allah. Setiap dari kita bakal merasa mati. Cuma cara yang berbeza. Ditakdirkan anak itu menjadi anak yatim sekelip mata, tapi aku percaya ada aturan Allah yang lebih baik dibalik semua itu.

Seluruh dunia menangisi tragedi ini. Kekejaman bila manusia manusia semakin keji. Keamanan negara sudah tidak se gah mana. Bila satu persatu bala, ujian diturunkan kepada bangsaku ini, aku merasakan masanya tidak lagi lama.

Mungkin beberapa ketika dari sekarang, keamanan ini juga bakal jadi kenangan, kisah lagenda untuk anak bangsa ku yang akan datang. Itu pun andai usia ku masih ada. Kerana tanpa sedar, mati itu bisa jadi pada bila-bila masa bukan?

Persoalannya, bersediakah aku untuk masa itu?








Terima Kasih

Saturday 16 August 2014

#throwback openraya 2014

Assalamualaikum uolss!

;)

Lagi kisah hariraya yang tertinggal lama dalam draf. Bila ada masa macam ni, bacalah semula apa yang dah dikarang tu, lepas tu sambung ceritanya.....

Open house raya merata-rata. Sehari sampai 10buah rumah. Korang mampu? Aku mampu. Hahahah!

Tapi semestinya aku attend dengan budak-budak je. Bapak budak awal-awal dah tarik diri. Mana dia rajin nak kelua beraya ni.

Aku pun takla rajin sangat. Sejarah raya yang lepas, memang boleh kira berapa rumah je aku pegi. Kalau pergi join rombongan beraya tu, malam pertama je aku ada. Kedua, ketiga dan seterusnya, aku tarik diri. Hahahah!

Korang yang senasib aku je faham, macam mana payahnya nak bawak anak-anak kecik beraya. Sorang diri tapi kena handle 2anak. Aku tau ada yang boleh je handle, tapi masalahnya aku memang tak boleh.

Jadi tahun ni,
Anak-anak aku dah makin besar. Farish dah boleh bawak diri, boleh ambik makan sendiri, boleh berkawan. Senang nak diuruskan.

Fareeq sorang je la nak kena hadap sesungguh. Tu pun tak leceh mana. Dia senang mengikut abang dia. Yang baik-baik takpelah diikut. Ni yang bukan-bukan pun dia ikut jugak...

Ok. Berbalik pada cerita raya. Bila korang dah beriaya bertamu ke rumah orang, konfem la orang tu nak datang rumah korang pulak kan?

Part ni aku pening sikit.
Nak buat openhouse memang tidak. Awal-awal encik suami dah kata takde openhouse. Kalau orang nak datang, suruh je datang. Goreng mi katenya. Aku ikutkan aje.

Sekali dua mampulah aku gigih menggodak kuali goreng mi. Sekilo, 2kilo.

Masok kali ke3, aku surrender!

Aku belum tahap supermak yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa dengan cepat.
Ye aku slow. Sebab aku jarang masok dapur. Huhuhu~

Pakat semula dengan encik suami, taknak la masak berkali-kali. Penat. Dengan rumah yang mecam tongkang pecah tu. Sungguh tak larat!

So kitorang set satu tarikh yang rasa macam sesuai. Masa tu siapa pon nak datang, silakan. Tapi kalau makan tak cukup, makan kuih raya je tau. Hahahah!

Rumah kitorang kecik. Kalau semua datang satu masa, mau duduk beriba nanti. Jadi kitorang buat 2sesi.

Kawan-kawan aku sesi petang & kawan-kawan dia malam. Harapnya dengan pembahagian ni selesa la tetamu-tetamu kitorang nak bersembang lelama nanti.

Jumaat yang dirancang tu,
Semua berjalan baik. Menu simple je. Mee kari + bihun goreng. Lupa la pulak nak snap gambo. Hahahah!

Ni bukan open house tau. Siapa yang nak datang beraya, aku persilakan. Lepas ni jangan cakap nak datang lagi tau. Tutup rumah dah. ;p

Tapi,
Rupa-rupanya ada yang masih nak datamg beraya. Esoknya terus goreng mi lagi. Ada 5keluarga nak datang. Bukan rombongan tau, datang satu keluarga lepastu kedua, ketiga. Nak keluar beraya lagi sebenarnya, tapi tak jadi.

Tetamu kan bawak rezeki. So kita layan tetamu kasik habis dulu.

Seronok bila berkumpul ni bila boleh berborak panjang sambil gelak besar. Selalu jumpa kat fb, kalau sembang pon guna icon je. Tak best.

Alhamdulillah selesai semua. Penat? Memang penat, tapi sekaligus.

Pada korang yang datang beraya aritu, terima kasih tau sudi datang rumah aku yamg tak seberapa nih. Mintak maap la terkurang kat mana-mana ye. Panjang umur jumpa lagi tahun depan. Hihihi~

Ni pose mak-mak,
Yang bapak-bapak memang tak layan la~



posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Thursday 14 August 2014

Hariraya tahun ini

Assalamualaikum,,
Harap-harap ade lagi pengikut blog ni. Dah lama sepi, lenyap terus, takde kabar berita ye.
T_T

Melalui setiap episod hidup seperti biasa, tahap kebiziannya pon tidaklah setinggi mana. Cuma, bila hati tak rasa nak mulakan apa-apa, maka terbengkalai la semua cerita.

Entry ni masih tak bertajuk.
Otak dok loading dari tadi, cari akal ape yang nak aku jadikan headline kalini. Isi ceritanya aku ada, tujuan utamanya aku tahu tapi aku tak pasti harus mulakan dari bahagian yang mana.

Ok ok fine.
Kalau cerita pasal raya aci tak?
Acilaaaaa sebab lama berkulat dah cerita ni tau. Always bagi alasan bizi macam hape. Dari 1syawal sampai la 28syawal alasan tetap tu jugak. Ngehngehngeh~

Baiklah,
Syawal taon ni giliran beraya kat sebelah mertua. Means sebelah encik suami dan semestinya orang yg paling seronok adalah dia. Aku? Redha sebab tahun ni aku tak kisah beraya mana sekalipon. Tapi niatnya aku memang nak beraya sakan kalini. Mungkin nak puaskan hati sendiri.

Pasport dah renew awal puasa aritu. Settle aku tiga beranak. Macam tahun yang lepas-lepas, kalau turn beraya kat sebelah mentua ni memang wajib balik singapore sekali. Sebabnya ramaiiiii sangat makcikpakcik nya kat sana. Sepupu sepapat pon semua keje sana. Untuk raya ni, seronok la. Pulun duit raya wat penuh tabung masing-masing. ;p

Ehhhh...dari awal tadi asyik bercerita rumah mentua, tapi tak mention kat mana rumahnya yek? Hahahha!

Mak mentua tu rumahnya kat senai ajek. Masih dalam negeri johor darul takzim ku.

Ni satu part tak best.
Raya mungkin lebih meriah bila feel balik kampung tu melonjak-lonjak dengan extreme.
Jadi untuk kitorang yang duduk dekat2 dengan family ni, biasa-biasa je rasanya.

Kalau orang lain Jumaat dah sampai kampung, kitorang rileks badak je. Ahad baru bertolak. Tu pon petang hari. Siang nya boleh melingkor kat rumah. Langsung tak kesah sangat walhal dah petang hariraya pon.

Sampai je rumah mentua, ketupat je yang dah berenang dalam periok. Yang lain tak prepare lagi. Selamat.

Malam tu siap layan mr arrogant raya dulu. Dah abes cerita batu masok dapur, tolong potong sesikit. Senang kata, nak nampak ade keje jugak la. Walaupon cuma kacau kuali. Mihmihmih~

Siap tu, terus zzzzz.....

SELAMATHARIRAYA!

Pagi syawal, siap terlajak tido dengan muka tak berdosa. Hahahah!

Siapkan suami,
Siapkan anak-anak,
Sudahnya mak jugak tak siap-siap

Prepare kekuih raya segala. Lepas diorang semua balik dari masjid, terus makan. Tapi tengah makan tu, farish berbunyik pulak.

"Pagi ni lupa la nak bangun sahut "

Pffttt!
Memang teruk la anak aku kena gelak. Kesian. Terus aku explain la, arini kan raya jadi dah tak puasa. Huhuhu~

Part raya tu dia paham. Dari 3hari puasa dia dah start countdown. Semangat nak beraya. Tapi puasa semuanya sekerat hari jek.

Namanya pon raya. Haruslah bergambor bagai nak rak. Macam-macam ekspresi dengan berpuluh gambar. Ade anak buat peel dipagi raya, anak sakan bersalam tangan penuh dengan duit raya. Huwaaa......semuanya kenangan sangat tau.

Tengahari tu, bergerak balik kampung kat muar. Jalan masa pegi tu tak la jammed sangat. Tapi masa balik.......

Mabuk ok!

Malam tu jam 10 baru sampai rumah. Terus mandi pastu tido. Lepak gila. Aku ni dah la tak biasa travel jauh n lama-lama gitu. Mula la angin kuskus datang.

Raya ke 2 masuk singapura. Pulun seharian lagi.

Macam tu la raya ke 3 dan seterusnya. Sampai alih-alih beg tangan aku londeh je. Penoh dengan duit raya budak-budak ni.

Paling lama kat sini sebab aku tak balik mersing tahun ni. Adik kesayangan aku tu pon dah sarat benor. Risau kalau die beranak aku jaoh sangat nak menghulurkan bantuan. Chewaaahh!

Nah,, tepek pic raya je ok. Hadaplah sebab walaupon 4000keping, mukanya tetap macam tu jugak.

Kbai!



























Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati