Wednesday 16 December 2015

Checklist sekolah tahun 1 - farish hafiy

Assalamualaikum

Sampai dah ke pertengahan disember bermakna tak sampai berapa minggu je lagi sesi persekolahan 2016 bakal dibuka.

Payah nak percaya,
Tapi itulah kenyataannya.

Farish hafiy ke alam persekolahan sebenar. 7tahun dah umur anak sulung ai!

lol.

To be honest,
Sangat teruja set up preparation untuk dia.
Awal disember haritu lagi dah mula survey untuk dapatkan idea apa yang perlu dibeli nanti.

Normal la jiwa seorang mak yang selalu teruja dalam segala hal berkaitan si anak. Nak yang sehabis baik katanya kan.

=)

Next year farish akan ke sekolah kebangsaan tunku mahmood 1. Manakala sekolah agama di sekolah agama sri taman kluang barat.

Mula-mula farish ni aku daftarkan sekolah agama kat bandar jugak, tapi last minute tukar ke kawasan terdekat dengan rumah.

Alasan?
Memudahkan urusan sebab sekolah ni dekat dengan rumah cu. Jadi in case apa-apa boleh mintak tolong dia.

Happy me.
Pendaftaran.
Pengesahan.
Semua selesai.
Tunggu masa nak bayar duit buku & yuran je.

Bab persediaan sekolah macam baju-baju tu, aku selalu google. Bukan la takde mak ayah nak refer, cuma rasanya nak jugak tau pengalaman blogger lain.

=)

Perkara pertama sebelum beli apa-apa is kena list down sesiap apa yang nak dibeli. Rasionalnya untuk mengelakkan ada yang tertinggal lepastu nak pastikan jumlah perbelanjaan atau yang paling tepat nak ejas bajet la.

Hahahah!

Untuk tahun yang pertama ni,
Rasanya semua nak beli.
Yang paling penting nak beli secukupnya stok baju seminggu.

Sebab mak ni bekerja dan memang takde mana rajinnya nak iron baju sekolah setiap hari.

Dalam kepala ni dah dok bayangkan schedule tahun depan rupa macam mana. Semoga semua yang dirancang berjalan dengan baik.

Sementara ada masa lapang,
Aku list kan apa yang target untuk preparation farish.

°baju kemeja    4pasang
°baju melayu    3pasang
°singlet             5 helai
°sampin            2 helai
°kasut                3 pasang
°stokin               5 pasang
°songkok          1set
°beg                   2 set
°pencilbox        2set
°stationery     guna birthday gift kindy.

Pakaian sukan aku tak beli dulu sebab biasanya kena pakai pakaian sukan yang ada lambang sekolah kan?

Incase nanti nak guna baru beli la.
Tak berat sangat la masa tu.
Ni semua basic je.

Suka nak aku ingatkan,
Ini berdasarkan keperluan aku tau.
Pesan aku senang je,
Belilah ikut keperluan dan kemampuan.
Sana-sini barang dah naik harga,
Jadilah pembeli yang bijak dengan buat perbandingan harga sebelum membeli.

Yang mahal mungkin berkualiti,
Tapi ada je yang murah tapi setanding kualiti yang mahal tu.

Tepuk poket,
Check duit.

=p


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati