Wednesday 22 May 2013

Fareeq qashfiy officially 2y/o

Assalamualaikum

22052011-22052013


Ahad. 11. 58pg. Johor maternity specialist.

Takde turun tanda bagai. Cuma biasa la pinggang lenguh2 dah sarat kan...

Ibu dh apply cuti rehat sejak 5hari lps. Sepanjang babah ke China, ibu rehat diam2 je kat rumah. Sangat berharap tidak beranak dlm tempoh 5hari tanpa babah. ;(

Akhirnya pg jumaat babah slmt smpai rumah. Phewww lega. Masa tu bru la berani cerita.

Hari rabu hari tu perot sakit. Memulas. Mngkin baby dh nak kua sangat. Tp ibu wt donno je. Sambil pujok2 baby, pleaseee tggu babah balik.

Chekup 39w pd keesokan harinya. (sabtu)
Doc scan. Semua ready dh. Bby pon dh turun bawah. Elok jek. Pastu doc nk try check sbb mcm dh bukak jalan. Erkkk... Saya tak sakit lg la!

Sblm masok lbour room tu. Jengah baby cekgu rashid yg bru lahir smlm. Shumel. Bby boy. Satu2nya slps 3orang anak prempuan. Akhirnya kan. ;p

Nurse pon panggil. Babah stay luar je. Suspen sgt ble kne serah bdan ni.

siap. Tau tak...nurse yg check ckp dh 3cm. Ptg nanti dtg bawak baju semua. Tdo sini. Huhuhu~

Kelua jmpe babah. Ciom farish. Ohhh..tetibe sedih! Mcm nk g mana plak lagaknya kan.

Slow talk dgn nurse.

.....Boleh tak saya balik rumah dulu. Nak tggu sakit baru nak datang?....

Untungla die bg. Tp sambil senyum2 die cakap, mlm nanti mesti sakit tu.

Hehehhe. .kalau sakit sy dtg ye. Now nak balik dlu.nak makan banyak2 lagi lgpon masih xpuas rindu sama hb. ^_*

Malam tu dlm pukul 3pg, terjaga dr tido. Memulas sangat kt pinggang. Sampai berpeluh2 dibuatnya. Jap ok jap sakit. Tringat kata2 nurse.siang td. Tgok juga kekerapan sakit tu. Tp xpaham ntah bpe minit skali. Hahahah! Failed.

Memula tahan jek. Layan. Siap basuh baju tgh2 lg buta tu. Sampai la dkt subuh. Memang x boleh tido. Call mak ckp dh sakit. Mintk mak dtg rumah ambik farish yg tgh lena tido masa tu.

Pg jam 7 pegi. Siap2 dgn kain batik smua. Tp dh x sakit sangat pon. Cuma risau la. Semua ni melibatkan nyawa. Xnak ambik risiko.

Sampai2 nurse ckp wad penoh. Kena duduk.dlm labour room dlu. Nanti jam 9pg semua patient check out, bru aku dpt bilik. Huh!

Cakap hb, jom la balik rumah dlu. Kul 9pg kite dtg smula. Aebwlum balik.rumah singgah kedai tapau bekpes. Makan2 lps tu baring sampai ttido. ;p

9pg tu dh ada kt Johor maternity tu. ramai dh check out. Wife cikgu rashid pon nk balik dh. Sempat la salam, babai2 gitu.

9.30pg masok dalam 'bilik perang' tu. Masuk tanpa rasa sakit mengerang2, sama macam bersalin farish dulu. Sihat jek masok. ;p

Pasang CTG. dah 3cm+ masa tu. Aiaeyy,,ingtkan dh 6cm. Lama tu dr semalam ke pg ni. Lebih kurang 24jam. Hmm..

Maka dgn selambanya air ketuban kena pecah. Takde bunyi pon, sakit pon tak alih2 kain basah jek. Rasa cm best pulak.

Layan je la sakit yg jap on jap off.sampai la 6cm+ memang sangat la rasa nak teran weyh!

Bgtau murse, kaki dah tergosok2 atas katil tu. Menahan rasa nk teran.

Kena injek kt lengan. Ubat ape ntah. Yg pasti pesan kt nurse xnak injek banyak sgt. Nnt x rasa sakit mcm farish dulu. Huhuhu~

Jap selok jap selok. Sampai la dekat 1130pg. Takde la sngat rasa nak meneran. Tp bila doc cakap dh boleh teran, apa lagi. heheheh~

Alhamdulillah,teknik meneran yg betul. Xla habia tenaga sia2 sebab salah teran mcm mse farish dulu.

Yeayyyy! Suka sangat dpt tgok baby live.
Doc lap badan die. Timbang. ukur. Pakaikan baju. Then ibu dapat ciom baby. Ohh sayang, Ibu cinta kamu sangat2.
jahot pon x banyak. Syukur. X seksa sangat nak menjaga.

My 2nd prince charming was born!

Seminggu pertama bersama abie.

Allah memng makbulkan doa aku nak breastfeed abie. Walaupon x dpt dr hari pertama die lahir. (Maklomla private ni asyik nak kite rehattt jek)

Esoknya lps discharge,dlm kereta tu jugak tonyoh nenen kat abie. Sukses!

Istimewanya abie....



-kami makbpk decide nama fareeq qashfiy lps dh kusut x jmpe nama yg best lg utk die. Mencari nama F dgn -fiy dibelakang adlh sgt mencabar.

-abie baby pertama yg dpt tido dlm buai karen. Aish dulu mak gantong tali kt pintu bilik je. =_=

-minom susu ibu scara eksklusif sepanjang 6bulan pertama. No susu tin. No solid food.

Segalanya lengkap. Sempurna. Bahagia.

Abie mengajar ibu erti ketulusan, keikhlasan dan kegigihan menjadi yg sehabis baik untuk dia.menyedarkan ibu tentang tanggungjawab dan hak kamu sbg anak. Sebagai amanah Allah buat ibu. ;')

Ibu mungkin miskin harta.
Tapi Insyaallah ibu mewah rasa cinta.

Ibu doakan kamu berjaya, dunia akhirat. Diberi kesihatan yg baik.sekarang pon kamu still selsema. Mudahan2 esok baik. ♥

Tiada seorang ibu yang ingin melihat kedukaan anaknya, maka ibu harap kamu juga akan selalu membawa keceriaan pada ibu. Setanding pengorbanan ibu mengandung & melahirkan kamu.


Sunggoh, ibu sayang kamu. ;')

Momen indah 9bulan dalam perot ibu. ^_^

Till then.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Tuesday 21 May 2013

pre pregnancy??

assalamualaikum

sehari dua ni semacam jek rasa. perut sebu. kerap g tandas. kepala zeng. hmm...

mengandong ke ek?

lepas dh tak amalkan sebarang bentuk 'halangan', mulalah hati ni debar2 menunggu setiap bulan. 

manalah tahu,,,, ade rezeki lagi. :P
 rezeki anak perempuan pulak. hahaaha!
sangat  la berangan ko peah yek!!!!!!

esok genap abie 2tahun. sekejap je anak ibu dh besa ye. :)

maka menjelang hari ulangtahun abie tu, ibu dah usyar2 jadual kat bawh ni. :p

nak tgok bila time sesuai nak order 'hadiah' untuk abie. T_T

pesan aku, tengok2 boleh la. walaupon kebetulan tepat dengan kedua2 anak aku sebelom ni, tu tetap bukan jaminan 100% berkesan. Jantina tetap kuasa Allah. Apa2 pon rezeki dariNya, terima dengan hati terbuka.


ujian telah dilakukan, malang sekali usaha kali ini masih GAGAL. So sehingga 31mei2013, abie kekal sebagai anak bongsu kami. ^________^

 
Terima Kasih

Tips Mendapatkan Bayi Lelaki atau Bayi Perempuan

1. MELALUI PEMAKANAN
 
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris mendapati
 
  • Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
  • Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu
Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus

2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG
Waktu subur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

  • Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur
  • Untuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.
Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. TAHAP KEASIDANAN
 
Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

  • Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.
  • Untuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.

4. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

  • Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.
  • Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.
 
*******************************

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang.
 
 Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan.
 

Terima Kasih

Monday 20 May 2013

pre wedding cu & yong

aSSalamualaikum

7hari menjelang hari kawen cu. [tahniah]
 3hari menjelang hari kawen kak ipa [akhirnya]

kenduri kedua buat mak& mak mentua.
setelah lebih 4 tahun, semuanya meriah semula dengan persiapan habis2an.

kawen memang sekali [amin]
maka kedua2 bakal pengantin seboleh mungkin nak harapkan segalanya kelihatan PERFECT. 

maklomla, 'majlis besa' cuma sekali. ^_^

Baik kak long ataupon Cu, dua2 ada impian perkahwinan masing2. Nak jadi ratu sehari la katakan. :p

Dua minggu lepas dah menjengah persiapan rumah mak mentua. Tengok2 masih dalam bab kemas rumah lagi. hehehe~

Walaupon majlis tu nanti nak buat kat dewan, tetap jugak la siap2 kan rumah. Nanti sedara mara nak tumpang rehat2 tak adalah rumah mcm tongkang pecah kan. :)

Bab goodies nampaknya diorang x settle lagi. masih peringkat nak decide nak bagi apa. hmm...

hantaran,, kaklong tempah gubahan kat kedai jek. senang. janji ade duit. :p

semalam baru dapat spend time kat rumah mak. Lamanya tak tido kat rumah mak. mentang2 la rumah sendiri cuma 5minit jek dr rumah mak.huhu~

Semalam jugak ade keje kat JB. Half day je pon. So petang tu pulun packing2 goodies. kerepek2 semua. Siap goodies bag. ^__^

Sekali shoot 500pcs. sakit muntot dibuatnya. Hamek ko!

Buat sendirian berhad tau. Mak ayah cu. Semua ada part memasing.

penat. tapi puas hati dapat buat sendiri. takde rasa nak komplen2. :)

Selebihnya, nak merasa berjasa pada adik sendiri. Makomlah satu2nya dia. Lepas ni kena tunggu kenduri kawen farish la gamaknya. :p

Alhamdulillah, hal2 yang nampak remeh tu siap juga akhirnya. Kadang2 yang remeh tu la yang bakal menyakitkan otak kita las minit nanti. huhuhuu~

Bab hantaran, pon sama mcm kak long. Cu nak tang 'instant' jugak/ sukahati la cu. kalau ade bajet lebih, boleh aje.

Setel separuh dari goodies itu. Kad2 jemputan pon dah mula diedarkan. Mak ayah yang amek part dalam hal tu. Aku just createkan event kat FB jek. Zaman IT kan....

Semalam 'rewang kecik'. Mak kata tak payah buat, nanti orang yg datang rewang tu je buat. Tapi dasar kuat teruja, buat la jugak. hehehe~
 
kerepeks 

farish pon tolong hokey!


tekun & komited

farish sgt sweet. balik sekolah terus salin baju nak tolong packing2. 

"semalam abang tak tolong sebab kena tido cepat pagi nak gi sekolah. Tu yang balik sekolah ni abang tolong..."

ayat tak padan dgn umor. matured la konon. :P

siap dah...
ade baiknya jugak bila anak dh sekolah ni. boleh tolong kira2 mana yg patut. hai la hati ibu, memang selalu teruja mende2 macam ni...

tak lama lepas tu si kecik pon bangon. dgn muka blur2 gitu. konpius kot tgok kitorang semua berlenjan kat dapur rumah. penuh dgn kotak2 segala. :)

mata pon sepet jek...
 bagusnya abie ni bukan jenis suka mengecah. tau tak ape itu mengecah? kecah tu lebih kurang suka usik2 barang yg dah cantik2 kami susun tu. 


sayang abie! *muaxx*


die tengok je la apa yang kitorang buat. tapi biasalah bila abie dah bangun, abang pon mula lah ngelat. die nak main dengan abie pulak. heheh~


siap susun2 semua dalam jam 6petang. pheww~

sangat lapa. untunglah mak nak masak. sedap3~
 masakan mak tak mampu ditandingi mana2 pakar masakan pon. walaupon hakikatnya mak cuma goreng nasi berlaukkan sambal tumis petai. wiwiw!

preparation sgt ohsem. x saba nak tunggu hari majlis tu. 
tapi......
baju kat tailor tak siap lg la!!!
Terima Kasih

Sunday 12 May 2013

tahun keempat sebagai IBU

assalamualaikum..

sana sini orang up pasal hari ibu. hari ni eh hari ibu? :P

sejujur2nya, memang tak penah sambut pon hari ibu ni. kalau hari jadi ibu tu adelah. huhu~
bila hari ibu yg sebenar pon xsure sangat. cuma yang tau hari ibu ni bulan 5. sama macam hari guru jugak. :)

terpanggil untuk buat entry ini. nak kongsi pengalaman sepanjang bergelar ibu. Bukan ibu baru pon, dah hampir 4tahun menyandang gelaran tu. Dan bukan ibu kepada sorang anak pon. 

memula sekali, maap. kelamaan tak menulis. semua terasa janggal. nak susun ayat pon rasa something wrong somewhere. :P

ibu. mak.mama.umi.
panggilan yang berbeza tapi maksudnya tetap sama.      
Gelaran untuk seorang wanita yg telah mengandung dan melahirkan bayi. 
Dan aku, salah seorang yg teruja menanti gelaran itu. 


suatu masa dahulu
perasaan sebagai ibu? 
sangat menakjubkan

mengusung kandungan lebih 9bulan. dengan selera makan yang membuak2. Berat badan yg mencanak naik tanpa kenal erti kesal. Muka yang membulat tanpa maap. Hidung yang kembang tanpa segan silunya. phewwwww~

belom masuk bab nak beranak. 
Fes time ok. so I sangat2 x reti nak agak masa tu dh nak beranak ke hape. 
Orang cakap turun tanda tu nak beranak, ok fine. walaupon x sakit terus serah je diri kat hospital. Rupanya x nak beranak pon lagi... adehh~

kena induce bagai nak rak. serius memang sakit. lebih2 lagi bila kembar darah. memang insaff sesangat la.

nak nangis pon x kua airmata. Pujuk2 baby keluar la cepat sayang. Ibu memanh tak daya sangat. Babah pon xde. Sensorang la ibu tahan sakit kat dalam wad tu. 

Lemah, selemah2nya. TApI kena KUAT. Persiapan baby bukan main meriah. Awal2 trimester ke3 semua dah ready. Baju dah berbakul dibeli. Mitten Booties pon melambak2 berwarna warni. Playpen kamu pon x kurang cantik. Semua tak sabar tunggu kamu baby. 

Maka 10julai 2009  itu..
secara rasminya aku bergelar IBU.

Sungguh tak percaya. Yang dinanti dah tiba. 
Cahaya mata pertama. ^_^

Dua tahun kemudian, lahir pulak baby ke2.
yepp. masih failed bab tanda2 beranak ni. 
Memang takde turun tanda macam yang dulu. makin la tak paham dibuatnya. 
Cuma perut makin sakit, jap sakit jap hilang.
Orang pon pesanlah suh kira berapa minit sekali.
huhu~
kalau memang tak reti, x jadi jugak!

22mei2011
kini aku ibu beranak dua. 

Alhamdulillah.DEngan izin Allah, aku kini merasai nikmat bergelar ibu

Mereka kesempurnaan aku. 
Kekuatan aku. 
Inspirasi aku.


my sweet DOUBLE F
setelah 4tahun menjadi ibu...
anak2 pon makin besar. makin banyak ragam. makin x dapat dijangka. dan makin perlu banyak sabar.

ye... mengaku la,
kadang2 sabar tu tak berapa nak kuat. 
anak makin cerdik
makin mencabar
sampai kadang2 hilang sabar. 
mihmihmih~

tapi semampu boleh seorang ibu akan tetap bersabar.
kerenah anak2 tu biasalah..
tu tak masuk bab tak pham bahasa atau senang kata buat2 tak paham bahasa. =_=

pangalaman mencabar membesarkan mereka setakat ni, takde la sangat kot. Masa awal2 farish lahir dulu je. Lepas tu ok. 

Yang terkini, cabaran menguruskan dua beradik ni bila diorang berkelahi. alamak aihh~

Si abang suka usik adik, sekali adik debik...
 nah,, abang yg menangis!

Bila sama2 tunjuk keras kepala, taknak tolak ansur. memang stress. Kadang2 hal yang kecik je, contohnya mainan. Time xde yang main, elok je mainan tu tak sorang pon pandang. Tapi bila sorang main, yang sorang pon sebok nak. memang ibu geram yek. Las2 nanti mesti ade yang menangis. huh.

Teringat kata2 mak.
Beli apa2 pon mesti beli dua. Mesti sama. Jangan beza sikit pon.
ohh mak..
pesanan berdasarkan pengalaman dia membesarkan aku dua beradik.
^__^

tapi seingat aku, walaupon mak beri sme sejibik kat kami berdua,
tetap jugak gaduh... :P

Mungkin itu dah jadi kelaziman kot. Tapi itu jugaklah kenangan terindah yang kami dua beradik kenang sampai hari ini. Bila ade part abg & abie gaduh, sikit sebanyak mesti mengingatkan kami pada masa kecik dulu. :')

sekarang farish dah mula kenal sekeliling. Dah sekolah la katakan. Mudah2an dia berjaya. dunia dan semestinya di akhirat jugak. 

Setiap hari, ada saje momen baru dalam hidup aku sebagai ibu. Dan aku takkan penah jemu menikmatinya. Sebab setap saat, aku sedar.. anak2 aku terlalu cepat membesar.


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati