Monday 28 January 2013

Debaran seminggu

Assalamualaikum.

Lagi hapdet ttg anak yg bru belaja bersekolah. Maap sbb byk yg ketinggalan. Sentiasa ada masalah bila nk publish. So berhabuk la ia sbg draf. *--*

Isnin-selasa-rabu-kamis

Percutian yg pjg bg ibunda ini. Selalu cuti lelama ni g berholiday bagai,tp kalini sebab nk hantar farish ke sekolah.

4hari berlalu. Masih xde tanda positip. Hari rabu tu dia ckp xpayah g skolah lagi la. Mk.duduk umah mak je. Gulp!

To nasib baik esoknya molek je bangun pg2. Sampai dpn skolah teacher bergelut la nak ambik dia. Ada yg kne cubit pipi,tarik tudung, dan mcm2 cara nk melepaskan diri dr farish. Tapi gagal.

Nangis pon x sekuat semalam. Sampai atas x dengar suara dh. Huhhhu~

"jgn2 cikgu tu kurung dlm bilik kalis bunyik?"

Ye imaginasi sorang ibu kadang2 terlalu tinggi. Sbb apa? Kerana anak itu bagaikan nyawa sendiri. :'(

Lepas 4hari. Kematian usaha. Xtau mcm mana gayanya dia esok. Menangis lagi ke? Nk ke pegi sekolah pagi2 esok? Ermm...

Hujungnya, ibu pasrah. Cuma ikhtiar yg terakhir satu2nya...

Mendoakan dia setulis dan sebesar hati ibu

Waktu itu ibu redha. Berserah sepenuhnya kpd Dia. Kalau sekolah itu yg terbaik pada farish,ibu mohon dilembutkan hatinya. Diberi ketenangan dan diterangkan hati dia. Mudah2an pengorbanan ibu x sia2.

Tenang. Itulah perasaan ibu selepas mengadu dan memohon petunjukNya. Kali ini ibu hanya mampu berdoa, kerana obu betul2 percaya kuasa doa seorang ibu.

Doa yg paling mustajab adalah doa seorang ibu.

Pagi jumaat. Penuh dgn debaran leboh2 lago dr awal farish dh cakap dia nak tinggal dengan tok ayah je. Xpayah sekolah. Ibu iyekan je sambil menuju ke opis setelah bercuti panjang.

Selesai breakfast. Lagi.sekali farish ingatkan ibu yg doa nak tinggal umah mak. Bukan sekolah. Lagi sekali jugak ibu iyekan je.

Sepanjang perjalanan nk ke sekolah tu, perlahan2 ibu cakap...

"ibu kerja. Abang sekolah. Sekejap je sekolah. Nanti balik ibu ambik. Abang baik,dh besa. So kena dengar ibu cakap ye sayang.."

Masa tu die dh merengek pon sbb tgok kereta ibu memang tuju ke sekolah dia.

Sampai dpn. Cikgu2 dh tunggu. Ibu telan air liur dulu. Suspen!

"kita sekolah ye sayang. Ibu hanta sampai atas".

Mata farish bergenang lagi. Huhuhu~ mintak dukung dan sekali lagi ibu turutkan. Sampai dpn tangga ibu pass pada cikgu dia.

Guess what??

My farish redha je didukung cikgu dia. Nasib la cikgu kena layan permintaan tuan putera sorang ni nk berdulung bagai. Tapi kan,farish x nangis. Ibu pulak yg rasa nk menangis weyh!

Oh my god. Doa ibu dimakbulkan Allah. Sungguh besar kekuasaanNya. Dibalik kesulitan kami,dileraikan dgn seindah cara.

Pantas ibu call babah. Lepas tu mak.Sungguh ibu sayu hati! ₩_₩

Ye.seperti ibu juga,mereka seakan x percaya. Syukur alhamdulillah~



Ibu jemput abang tepat jam 11.30pagi. Bersemangat sungguh rasanya nak ambik anak sekolah ni.x saba nak dgr cerita dia. ;)

Dari awal ibu yakin farish memang nak sekolah. Cuma dia xnak ditinggalkan. Dan trnyata naluri yg satu itu tepat sama sekali.



Senyum harini tampak lebih ikhlas kan? Lega hati ibu xdpt digambarkan dgn kata2.

Cuma...
Esok dh cuti. Sabtu-ahad. Isnin baru sekolah lagi. Mcm mana kalau isnin die repeat 'emosi' yang x best tu?? Errkk!

Terima Kasih

Sunday 27 January 2013

Farish at Pre school day II

Assalamualaikum..

Selamat sejahtera keatas kamu semua, pembaca blog ini. ♥♥

Ada masa lebih, so kite hapdet kisah hari ke2 farish di Smart Reader Kids(SRK).


Kenapa pakai tdung n selua keje?
Nk bg nampk mcm org kje.
Motip?
Supaya farish nk tgl situ.


Arini kita bwk abie sekali. So abg akan rasa selesa kot ble ade adik die. Huhuhu~

Aktiviti arini melukis.

Ada crayon n kertas besa untuk ditulis-lukis oleh pelaja2.

Farish masih macam semalam. Berjalan berpimpin tangan. =_=

Arini kitorg plan nak tinggalkn die. Berjaya ke x??? Tgok nnt.

Mula2 die xnk berenggang. Tp bila tgok abie pon lukis2, dia mula cm nk ok.

Sikit2 die lukis. Ntah ape2 ntah dilukisnya. X penting. Cuma sayangnya tlupa snap pic lukisan die tu. Seni wooo!

930pg lepas babah tgu ngan abie lme kt lua,ibu pon nekad lari.

100 meter tu!

Dgr sayup2 nak ikut bu...
Ohh sayu ati si ibu~


Berdiri lua pintu kelas. Dgr suara abg nangis. Sedih wey~

Meleleh gk airmata. Rasa mcm melakukan kekejaman pulak.

'oh hati, bertahanla!'

Babah pon tacing kut. Mcm nk bgenang gak mata beliau. Huhuhu~

Terus la kelua dr situ dgn rasa bersalah sgt2. Cepatla masa berjalan...

Tepat 10pg dh terpacak dpn pintu. Ngintai2 so anak tadi. Nampak je ibu, terus meluru sambil nangis. Huwaaaaa! Mata ibu pon nak berair.

Kak min cakap sepnjang peninggalan td die nangis je. Die cakap nak ikut ibu. Siap suruh cikgu kat situ call ibu.

Cikgu pon nak kasi sedap ati, berlakon la dail ke ibu ni. Hhhuhuuu~

Strategi tinggalkan die kat situ x berjaya nampaknya.

masok kereta ibu tengok muka abang. Sedih.mata bengkak.suara serak. Confirm jerit ala2 tarzan punya tadi. ;'(

Masih x putus harapan. I know my son can do it. Cuma die perlukan masa sbb selama ni life dia cme ada kami mak ayah dia, dan mak atoknya.


Ibu mana x sedih tgok mata anak bengkak gini. Tapi tetap senyum. Tapi korang tak tau tu senyum dlm tangisan weyhh!

Terima Kasih

Monday 21 January 2013

Officially smart reader kids student

Assalamualaikum..

Marathon entry untuk kali ini. Berminggu rasanya meninggalkan laman blog ni. Pfttt!

Masa mkin terhad,rutin makin banyak,serabut kejap.

Setting semula jadual seharian. Banhun anta anak skolah. Amek anak. Anta umah mak. G opis lagi. Pos ordr dr customer. Amek anak lps opis hour. Packing oder. Check beg sekolah anak. Iron baju skolah dia. Make sure dia tido awal. Etc.. T_T

Bayangkan kekelam kabutan yg dialami. Yep saya memang agak slow part nk susun atur jadual ni. Diakui. .

Bangun pagi2 jam 6+,mandi. Kejut farish jam 7pg,suruh dia mandi. Bukan boleh tinggal je dlm blik air tu. Kne sediakan berus gigi semua. Ibu pon bersiap smbil pesan2 kat anak yg dlm toilet tu...
"gosok ggi betul2";
"basuh muka tu,jgn ada taik mata..";
"sabun badan tu,ketiak,semua2..."

Pheww... Kelua toilet suruh lap badan pastu pakai bedak. Memang berlaku pembaziran bedak yg amat. Kaya la kilang bedak dibuatnya. ;p

Okey,sudah tersasar menjauh dr tajuk. Bila dh lama x jumpa keyboard,banyak la nk cerita kan. Hehhe..

070113 farish hafiy officially declare as smart reader kids student. Pray 4 my son success yeah! ;)

Pagi tu jam 7 dh bersiap. Ibu bangun awl pagi sbb nak kne masak nasi goreng,request dr abang.

Abg maintain macho la, bangun laju je mandi. Aura 'pertama kali' nk ke sekolah tu mmg tebal sangat2. Syukurlah jenis sng bangun pg. ♥

Lps bersantap tu dlm jam 8 pagi kitorg bergerak ke destinasi. Perasaan? Allah shj yang tahu.





Perasmian sebelum 'pijak tanah'. ;)


Pose celah sliding door rumah. Asal ade backdrop je kn? Heheh...


Bersantap dulu. Selera je makan tu, ibu plak yg x lalu makan.


Pose lagi sbb rasa cm masih awl nk gerak ke sekolah.


Si dia tersenyum je macam xde apa2berlaku.


Ibu yg muka bajet tenang. *_*


Akhirnya,, anak sy bergelar pelajar. Satu.perasaan yg halus sampai tersentuh hati tiba2. ;')

Sampai perkarangan smart reader kids tu, ibu pulak yg makin berdebar. Oh lupa nak info,abie kami dh eksport ke umah mak.nak fokus kat abg dulu nih.

Ada ramai parent kat atas; termasuk la yati. Fb mate. ;)



Para pelajar smart reader. Smoga semuanya berjaya setimpal dgn bajet yg dilaburkan. ;)


Ni group yg kategori berdikari. X la duduk sebelah mak bapak je.mcm farish. ;p


Kakmin & cikgu2 lain tgh susun student lama utk perhimpunan. Kiut je semua! ♥


Semua nyayi lagu sekolah lps tu say hello kat setiap cikgu. Lagi sweet!

Farish?
Dr td senyum sengih2. Masih pimpin tangan ibu dia sambil perhati keadaan keliling.


My farish.

Kat sini ade lbih 5 farish.hamek ko kan! Fariss;fariz;faris & beberapa lagi yg ibu x hingat. ;)

Lps tu cikgu letak lego banyak2 untuk tarik perhatian diorang. Yg x tertarik farish je kot?huhu...

Masih duduk dlm riba ibu. Main tu main tp x berenggang langsung.

Sampai la ibu buat2 nak g toilet walhal ibu nk nyorok je pon sebenarnya. Ni pic dia.


Mcm ok kan?

Tp lps tersedar ibu xde lebih 5 minit, dia pon nangis ler!!!! =_=

Lepas tu terus x berganjak dr kain ibu. Huhu~ org makan pon dia xnk. Abang oo abang~

Selesai hari pertama. X bape berjaya. Takpe2 esok masih ada. Mudah2an ada berita baik esok. ;)

***sila refer part 2. ;)

Terima Kasih

Thursday 3 January 2013

childhood cuzzie wedding day

adaptasi entry sebelom ini.. 
wed-day ezzah & apiz. 

.SUAMI MEREKA.

kami datang sebagai jemputan saja. hehehe~

jam 12tgari bertolah dr kluang. sejam setengah lepas tu kami sampai. nasib baik arini tak hujan macam selalu. :)

makan2 lepas tu menjengah la si pengantin baru. teruja sebab fes time ni ade dua pengantin bersanding sekaligus dlm keluarga kami. 

lagi teruja sebab dah lama tak merasa jd 'tol gate girl'. hah?? girl ke? :P
 
 

tudia....
iolss menghulur tangan dgn harapan dapat duit lebih. ;p



'cepat2 abang hulur tangan macam ni...'
-dialog si ibu pada anaknya-
^_*


seronoknya majlis kawen ni sebab dapat double tol
maka mak2 orang sekali lg teruja
:P


haaaa... ade bran?
pokcik ni sekat dengan senduk nasik
naya weyhh kalau tercalit kat tudung
;p


barisan pengantin
-sham-eza-afiza-farhan-     

 

Terima Kasih

kalau dah namanya manusia...............

assalamualaikum.
salam jumaat 

hari keempat di tahun 2013. awal2 tahun dah ter'jumpa' manusia yg begini. hurm......

 tak tahu nak mulakan dari mana. tak nak penuhkan otak sebenarnya, tapi rasanya perlu jugak diluah. 

kata orang..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RAMBUT SAMA HITAM TAPI HATI LAIN-LAIN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelompok paling berbahaya bila depan lain, belakang lain atau istilah senangnya talam 2 muka. 

penyakit orang melayu, lebih2 lagi orang perempuan. kalau diikutkan boleh gila, tapi dibiarkan kita pulak makan hati. >_<

tak adil rasanya bila kita tak pernah kacau hidup orang, x pernah selidik kurang lebih nya dia, tak pernah rasa nak bersaing pon dgn dia. memang tak pernah ada 'rasa busuk' tu dalam hati ni. tapi tiba2 nak jadi perwakilan la pulak. nk jadi orang tengah lagaknya. *_*

saya ada buat salah ke?
--kalau pon ada, mohon tegur baik2, xpayah la nak pandang2 saya mcm saya senget

saya ada salah cakap ke?
--kalau ada saya mohon maap la. saya memang 'peramah' tapi rasanya jarang sekali kita borak kn?

grrr!

bila dikenang,, memang sakit ati. tapi xpela, saya cuba untuk saba ok. 

saya--- tak pernah expose pon ape saya ada. saya tak pernah mention apa2 aset yg saya ada. jadi, apakah motip anda buat muka kelat itu??? 

saya---tak pernah pon banding2kan apa yg saya ada dgn apa yg anda takde, ataupon apa yg anda ada tapi saya tak ada. sebab tak penting pon kamu dalam hidup saya.

saya tak pernah kisah pon, walhal kalau anda tak wujud pon.. 'ada aku kesah?'

anda--rajin kerja, komited pada kerjaya.

saya--memang keje main2. tapi saya tak keje dgn anda. so tak payah la ye nak monitor saya bagai nak rak.

apakah isunya ye sampai semua tak kena? 

--nak keje pon jadi tak best. tengok muka masam kamu pon x suka jugak. mati terus perasaan saya nant. ;p

kalau anda nak beli bintang pon saya tak kisah. tak pernah pon nak iri. apekah anda iri dgn saya?

ohh jangan la buang masa. saya tak ada apa2. hutang banyak la. :p

setiap yg ada pada saya itu milik Dia. 
saya sedar Dia boleh tarik semula bila2 masa.
anda pon kenalah ingat sama.
nak naik,, naiklah tinggi mana pon saya tak kisah sikit pon.
tapi jangan lah naik dgn cara menjatuhkan yang lain.
tak manis ok! 

peace. takmo emosi2, takmo jiwa kacau. saya nak enjoy. sebab bila kita menyenangkan hati saudara yang lain, rezeki tu lebih berkat berbanding rezeki yang masuk dgn muka yang kelat macam apa. :P

bye! 
ingatkan saya kalau saya terlupa, tapi janganlah hukum saya tanpa diberi peluang lebih dulu. ^__^



Terima Kasih

Wednesday 2 January 2013

tips hari pertama ke tadika

assalamualAikum

minggu dpn farish dah mula sekolah. dia memang eksaited sangat2 dah. cuma ibu je yg masih berbelah bagi perasaannya. bukan menyesal sebab anta farish sekolah walaupon ramai yg tanya,
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"tak takut dia bosan ke bila sekolah awal sangat?"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

saya tak rasa bersalah pon sekolah kan dia awal2. sekolah dia nanti ada silibus yg sesuai dengan usia farish. tidak la anak saya tu nanti dikerah otaknya nak paksa kasik pandai. hehehe~

tahun ni farish 4tahun tapi kalau ikut surat beranak umur beliau 3tahun 6bulan. tapi dia dh nampak matang pon pada mata ibu dia ni. mulut pon dah banyak. sikit2 tanya. nampak ini tanya. nampak itu apatah lagi. haishhh! +_+

tapi sebagai ibu, perkembangan macam tu memang mengujakan la. bila kawan2 opis cerita hal anak2 diorang, kita pon dh boleh mencelah. sama kisahnya macam kali pertama farish free diapers dulu walhal anak opismate2 tu dh lebih dulu free diapers. :p

perkembangan anak2 ni berperingkat. 
dari hari dilahirkan, kita tengok dia menangis, ketawa, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, berlari. 

saya dah lalui semua itu. sekarang ke tahap yg berikutnya. alam kanak2. 
dia dah pandai merajuk, memberontak dan mengamuk.
kalau dulu saya cuma perlu dukung & pujuk sambil tunjuk sesuatu untuk alih perhatian dia, sekarang saya kena lebih serius. 
saya pangku dia, pujuk dengan kata2 nasihat. terangkan kenapa tak boleh itu atau ini. walaupon kadang2 saya tinggikan suara jugak bila dia xdengar cakap. ;p

cuma satu ayat yg selalu saya guna untuk redakan emosi dia..
.
.
.
.
.
"abang tak boleh la macam tu, abang dh besar. dah nak sekolah kan....."

alhamdulillah berkesan. :)

jujur merindui setiap hari yg berlalu sepanjang masa saya dan anak2. mereka terlalu cepat membesar. percayalah cakap saya ini. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
anda akan melihat anak yg berada dalam dukungan anda hari ini berlari jauh dari anda dengan pada hari esok. :'( 
-----------------------------------------------------------------------------------------

macam saya. anak yang dulu berlampin kini tidak lagi. malah sedang bersedia untuk melangkah ke suatu alam baru. alam persekolahan. 

bila dia bersekolah nanti, dia akan lebih masa untuk belajar, akan tidur awal dan bangun awal pagi. masa dia bersama saya pon semakin sikit. bersediakah saya untuk itu?

melihat anak semakin membesar membuatkan hati saya sayu. ohh... saya kini sedang meniti putaran kehidupan. semakin berusia dan semakin kehilangan momen indah bersama bayi saya. :(

membelek majalah PA&MA isu januari 2013. ada tips untuk anak2 yg pertama kali sekolah. saya memang pelanggan tegar PA&MA. kerana saya selalu mahu kesempurnaan untuk mereka, cinta hati saya.

ni antara tips yg mungkin boleh saya & ibu2 yang bakal menghantar anak ke sekolah esok aplikasikan. :)


Tips menghadapi hari pertama tadika or taska.

  • Bawa anak ke tadika/taska sebelum sesi persekolahan bermula jika berpeluang.
  • Ceritakan pada anak tentang alam persekolahan yang bakal dilaluinya.
  • Bawa anak-anak bersama membeli alat tulis dan buku-buku.
  • Biasakan anak dengan rutin harian yang bakal mereka lakukan sepanjang waktu persekolahan.
  • Bacakan anak buku dan ceritakan padanya tentang aktiviti hari di tadika/taska dan beritahu ada kanak-kanak yang takut pada hari pertama persekolahannya.
  • Terapkan dalam diri anak bahawa tadika/taska adalah tempat yang menyeronokkan.
  • Sekiranya ingin meninggalkan anak di tadika/taska, beritahu dia dan terus tinggalkan. Jangan tipu anak mengatakan kita nak balik tapi sebaliknya kita masih disitu kerana khuatir anak akan ternampak dan menganggap kita menipu.


mudah2an berkesan. siapa yg dh buat tolong share pengalaman ye. ^_*

dia yang comel & selalu comel dimata saya. :)
 
   

Terima Kasih

::TREENEA:: MINYAK KELAPA DARA ANTIOKSIDAN

BERADA DI PASARAN BERMULA 1 JANUARI 2013.
*AGEN DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA*

 VCO ANTIOXIDANTS(vcoa) TREENEA..
 
HARGA:
RM46 SEMENANJUNG
RM50 SABAH/SARAWAK
(60 BIJI SOFTGEL/BOTOL)
 

Minyak Kelapa Dara (VCO) yang diperolehi dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol.
 
APAKAH PERBEZAAN TREENEA BERBANDING YANG LAIN?
 
 
VCO Antioxidants dengan formulasi tambahan kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.

 
APAKAH KEPENTINGAN ANTIOKSIDAN?
 
- Tubuh badan kita sentiasa terdedah pada radikal bebas yang terhasil daripada toksin-toksin alam sekitar seperti asap kilang, asap kenderaan, asap rokok, sinaran ultra violet (UV) dan pencemaran bahan-bahan makanan. VCO Antioxidants adalah kaya dengan sifat-sifat antioksidan yang berpotensi melindungi sel-sel pada tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Oleh yang demikian sel-sel badan akan menjadi lebih sihat dan tekstur kulit akan menjadi lebih halus dan seragam.

- Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakkan daripadanya adalah trigliserida berantai sederhana (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan ejen pembekal tenaga segera. MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Kajian secara saintifik telah menunjukkan sebatian keton boleh membantu pesakit neurodegenerative disorders seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

- Selain dari itu, sebatian keton juga didapati membantu serangan epilepsi. Pengambilan VCO Antioxidants secara oral dalam kadar yang tertentu akan menyebabkan tubuh kita dilindungi dari serangan bakteria, kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan akan meningkat, selsema dan batuk akan berkurangan.
 
- Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik dan monokaprin, yang terbukti hasil dari penghadaman VCO. VCO Antioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolesterol dan meningkatkan tahap LDL dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.

 
FUNGSI, KHASIAT DAN KEBAIKAN VCO ANTIOXIDANTS:
• Membantu kelancaran system pencernaan
• Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
• Menbantu mengurangkan berat badan
• Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
• Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
• Membantu merawat pelbagai masalah kulit
• Menyokong fungsi tiroid
• Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit


TREENEA-TRANSFORMASI KESIHATAN MASA INI

 
 
untuk sebarang pertanyaan & pembelian
sila hubungi 017-7880698
^_*


Terima Kasih

Tuesday 1 January 2013

ahli baru on the way???

.
.
.
.
.
.
.

motip meletak muka sendiri???
~_~

masih dlm mud tahun baru bersama pejabat lama & segala yg lama2. 

kalau baru pon cuma opiser baru- PN. HANIM & asst. opiser lama-PN. Ita. :p
btw taniah la pada kak ita krn berjaya stay di kastam kluang. :P

pertambahan umur saya, hb, farish & fareeq. setahun kehadapan. 

ibu 25tahun 
babah 30tahun
farish 4tahun
fareeq 2tahun

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TIDAK KEPINGINKAH BERBAYI BARU?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BOHONG sangatla kalau kata x kepingin. lagi pulak iols ni x beranak dara lagi. hanya 2hero kecik yg nampak pemalu tapi amat buas sekali. ^_*

penat memang penat. rumah saya x penah lawo. bile hb bising sambil cakap 
'serabut la tengok rumah ni....' 
barulah rumah akan clear. tu pon sebab disimpan semua mainan, buku & segala yg berkaitan dengannya. heheh~ tapi kemas tu pon 5minit pertama je pon! :P
tapi saya puas. puas melihat cahayamata sendiri membesar sihat & kuat. [mcm iklan milo gitu.]

itu anak2 saya. yg saya kandung 9bulan. walaupon xde alahan yg menyeksa, tapi saya tetap melalui keadaan yg sama mcm ibu2 lain.

sakit tulang belakang. sembelit. meloya. memening. kaki bengkak. hidung kembang mengalahkan serombong kapal. muka macam apam terlebih mauripan. oh! saya pon melalui saat2 'menakutkan itu'.

dalam kepala dah menerawang macam2 bisikan 'setan'.

'nanti lepas beranak, gemok. laki pon x bape sayang. mula la pandang2 anak dara yg melintas sebelah bahu die.' ohh...>_<

nononono! wajib kurus selim mcm plywood lepas beranak nanti. bagi la jamu apepon,, mesti telan ok. nak kuruskan? nk cun semula kan. persoalannya,, cun ke anda sebelom beranak aritu?? ;p


untungla,, berat yang naik macam bluehippo time peknen aritu berjaya turun dlm masa 44hari. naik 13kg mengandong 9bulan. x ke naya? selera makan macam jin. :P

setel bersalin farish. fes time jd ibu dgn pengalaman yg ade xde tu la saya besarkan farish. demam kuning. sawan tarik. semua saya lalui dalam minggu2 pertama kelahiran dia.mujurlah bila dia membesar, semuanya nampak lebih mudah. farish susah demam. masa dia tumbuh 4batang geraham sekaligus pon dia x demam. kuatkan farish? mungkin dia dah taknak susahkan ibu dia lagi.................

serik jap. setahun je farish, ibu mula gatal2 dh. feeling nak ber baby lagi. sambil gatal2 tu dah berangan nak beranak gadis. gila x seronok kalau dpat anak sepasang dgn sekali percubaan??? 

ok deal. mari kite mangandong! ^_*
sekali percubaan terus membuahkan hasil. mungkin memang dari kategori 'senang lekat', berhenti ambil pil perancang bulan ni, bulan depan terus period x datang2 dh. hamek ko!

1tahun11bulan umur farish masa tu abie pon lahir. farish yg kecik gitu mmg x faham dari mana datangnya abie tu. die pon x tau yang mulai saat datangnya budak yang asyik tido je tu, dia bakal dibahagikan kasih sayangnya..

bila fikir balik, apekah terburu sangat aku nak bagi farish adik. kesian pulak dia. :(

tapi abie pon dah kelua. sesal dahulu berkesempatan mengelak, sesal kemudian redha jelah beranak. :P

lepas dpt adik, farish pon terus nampak matang. muka pon x kiut2 dulu. no baby look lagi. muka abang long dah. bulan2 mendatang, menjarakkan ibu&farish. lebih2 lagi fareeq ni breastfeed, so memang 48jam die spend time dgn ibu dia ni. semuanya normal balik lepas fareeq berhenti bf. dan semakin hari, farish pon dah mesra balik dgn ibu. :)

fareeq pulak. sekarang ni seusia abang dulu tapi belom ada tanda2 bakal 'naik pangkat'. apakah tahun baru ni ada peruntukan untuk bayi baru???

fareeq masih nampak bayi2 bajet kiut. x sesuai lagi kot jd abang ngah???
fareeq pon masih carik ibu bila nak tido, sambil sebut..
'nak air yakkk...'
fareeq yg asyik nangis, berkelahi dengan abang dia. tapi sekarang dia dh pandai lawan balik. dia ketuk2 je kepala abang.

tido malam bertemankan hero saya. kiri farish. kanan fareeq. kadang2 die panjat dada ibu. menguit sana sini smbil layan mata dia yg dh layu tu. 

jadi, dengan situasi macam ni. rasanya TIDAK la mungkin akan ada penambahan ahli dlm masa terdekat ni. perancangan teliti dengan segala jenis alat pencegah pon dh digunapakai sejak setahun lps. harap2 xde la.. ;p



katil kami sudah full. hahaha!
harus plan untuk next baby lepas weolss berjaya pindahkan farish&fareeq ke bilik lain. itupon lepas diorang dh boleh urus diri sendmanusia merancang, Allah pengatur segalanya. kalau Dia nak beri rezeki jugak, kita kena terima. ada sorang kawan ni dia dah 'ikat' tiub follopio tapi ditakdirkan Allah mengandung juga!

Lihatlah kekuasaan Allah yang mana bila Dia berkehendakkan sesuatu untuk berlaku, maka tiada kuasa manusia yg dapat menghalang. Dan bila itu berlaku, kita sebagai manusia perlulah rasional. menerima walaupun tidak berkehendak, sebab Allah itu sebaik-baik perencana. Wallahualam.

kesimpulannya, saya memang mahu bayi baru. tapi bukan hari ini. hahhaa!
menginginkan anak gadis itu x dinafikan, dan masih mencari tips dalam usaha merealisasikan impian tu. 


saya mahu 4orang penyeri hidup. tapi kalau 3 pon dah ok. yg penting kualiti, bukan kuantiti. peace. ^_^




Terima Kasih

muhasabah diri edisi 2013





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
seringkali 10% saja kekurangan kita, ada 90% kelebihan kita.Tapi manusia biasa sering kali bersedih kerana kekurangan yang hanya sedikit itu.Pujuklah hati, rawatlah emosi.Allah memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bersyukur dengan apa yg kita miliki, 
berhenti mengharap yg tak pasti,
belajar menjadi diri sendiri.
^_* 

Terima Kasih

yg baru berlalu & akan berlaku

assalamualaikum w.b.t


memulakan entry pertama pada tahun 2013 ini.  010113 jatuh pada hari selasa. cuaca pon baik2 saje. musim tengkujuh dah berlalu kot? :)

pertambahan setahun lagi
pertambahan usia
pertambahan kenangan
juga pertambahan perancangan

syukur alhamdulillah. diberi keizinan bernafas sehingga ke hari ini. sehingga berusia 24tahun kini. diberi kesempatan melalui fasa perkahwinan bersama suami tercinta, diberi ruang merasai pengalaman sebagai ibu kpd dua orang cinta hati saya. kekuatan saya. inspirasi saya. segala2nya buat saya.

tahun 2012 titik tolak permulaan. penghijrahan kepada sesuatu yg lebih 'manis'. menetapi gelaran saya sebagai isteri & ibu. ye. saya dengan rasminya memilih untuk 'menutup' semua yg bukan milik orang ramai. dan keputusan ini membuat segalanya kelihatan lebih sempurna & menyenangkan rasa. :)

rezeki ada dimana2 dan 2012 menjadi pemacu saya untuk terus berusaha, menaiktaraf kualiti hidup keluarga. percaya setiap yg dianugerahkan oleh Allah itu adalah rezeki anak2 saya, maka sekalipun tidak akan lupa untuk berkongsi rezeki Allah bersama mereka yang memerlukan. mudah2an rezeki kami sekeluarga ini terus diberkati & makin bertambah. amin.

berusaha memperbaiki keselesaan keluarga, sebuah kereta baru menjadi milik kami februari 2013. syukur lagi rezeki dariNya. kedudukan kewangan mengukuh dan semakin baik menjelang penghujung 2012.

bergelar 'peniaga' menuntut komitmen yg sangat tinggi. siang kerja di pejabat. petang pos order kepada pelanggan, malam packing segala order pelanggan. begitulah setiap hari. tapi saya x pernah mengeluh sbb pulangan dibalik kesulitan itu mampu membuatkan saya tersenyum lebar.

tak penat ke saya? ya, sangat penat. sampai kadang2 rasa kasihan pd hb bila tiap hari terpaksa menjadi pelanggan tetap kedai2 makan jalanan. saya tiada kesempatan untuk melakukan semuanya. segala urusan selesai paling cepat jam 11malam dan waktu saya mencari cinta hati saya untuk berkongsi cerita,mereka sudah lena dengan sendirinya.

saya melalui saat2 sukar itu berbulan lamanya. tapi mujurlah akhirnya saya lali dengan tugasan2 harian itu. saya kini lebih tangkas menguruskan segalanya.kerana saya kini sudah ada pengalaman sendiri. :')

sepanjang tahun ini juga ada beberapa destinasi percutian saya & keluarga. semuanya sebagai 'upah' untuk mereka yg selama ini sentiasa disisi saya.

cinta hati saya

little family of mine

inspirasi & kekuatan saya

saya cinta anda semua! ^_^


saya hanya manusia biasa yg akan terus mahukn sesuatu yg lebih baik. semoga Dia terus memberi & saya terus bersyukur. :)

so, di tahun 2013, saya nak:
.variasikan perniagaan yg ada.
.bercuti keluar negara sama keluarga.
.tambah pelaburan yg sedia ada.

itu saje buat masa ni. plan banyak2 pon x guna kalau satupon x jadi ye x? :p

sekali lagi terima kasih pada semua follower blog ini. semoga tahun baru ini penuh dengan kisah2 gembira sahaja. bye! :)



Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati