Saturday 30 November 2013

Smart reader kids pre-concert & graduation 2013

Assalamualaikum

Ni entry selasa lepas. Macam biasa, bila dah up 1 entry..kerajinan menghapdet tu tetiba menjadi2. So sementara ade masa dan idea, ayuh menghapdet dengan banyaknya. *maap ler kalau ade stori2 lapuk yang baru nak dipublish sekarang*

Haritu semua pelajar kena pegi ke kluang mall untuk acara raptai menjelang konsert sebenar. Kalau beberapa minggu sebelum ni masing2 sibuk berlatih menghafal segala step untuk persembahan hari konsert nanti, harini semua akan dipraktikkan di atas pentas. Pentas dimana majlis tu akan diadakan nanti.

Semalam cikgu farish dah pesan suruh hantar kat kluang mall jam 930pagi. Pagi tu aku kejut macam biasa then bawak farish breakfast kenyang2 kat kluang railway. Jam 920pagi baru aku gerak hantar dia. Masa tu pon dah ramai yang menunggu depan pintu utama. Aku turunkan farish n balik opis. Pukul 12 nanti baru ambik dia kat sini.

Tengahari tu aku datang awal sikit. 10 minit sebelum jam 12 dah sampai. Dapatlah tengok sikit persembahan farish. Tak saba nak tunggu hari sebenar. ;)

Sebenarnya harini jugak aku nak ngedate same cik adik manis,yati. Dah lame plan tapi memanjang tak jadi. Harini harus jadi. Nanti die ungkit. Hahahahha!

Demi adikku tersayang,akak sanggup ngulor ok!

Lepak sama di kfc saje. Mak pon kuangkut sekali. Senang nak ambikkan gambar kami. Heheheheh~

Tapi bile berposing dengan anak2 memang la kena bersabar sangatttttttt.

Penat kami mak2 senyum paling sweet, dorang wat spoil gamba. Adehhhh~

Dating sekejap sangat. Tak puas nak menyembang dwngan usahawan muda ni. Belom abes korek rahsia nak kaya. Hehehehe~

Nanti kite kelua lagi ye. ;)

Ni la hanif,bff farish kat smart reader kids. Jangan taktau betapa besar pengaruh hanif dalam hidup anak2 aku.

Abie yang kecik tu pon pandai request nak rambut pacak2 macam hanif! =_=

Jenuh la aku ni tenyeh gel rambut tu nak kasik tepacak. Adehhhhh~

Hanif-farish
Perkenalan di smart reader kids. Aku n yati berkenal lebih rapat di smart reader. Sebelom ni kitorang dah kenal, tapi sekarang makin kenal. Dah kenal sangat baru boleh gonjeng2 together. Hahahahhahaha!

Tahun depan anak yati ni dua2 dah masuk sekolah. Pilihan dia masih tetap smart reader kids. Dan aku pon akan buat pilihan yang sama untuk abie tahun berikutnya. ;)


Terima Kasih

Friday 29 November 2013

Hari terbuka smart reader kids

Assalamualaikum

Maap sebab terpaksa skip banyak kisah sebelum ni. Kemalasan menghapdet semakin menjadi jadi. Cuma kalini jadi extra excited nk bercerita kisah terbaru yang berlaku semalam.

Minggu ni adelah minggu ibu bapa bertemu cikgu2. Aku awal2 lagi dah apply cuti sebab nak attend pertemuan ni dengan hati yang tenang. Kalau tak cuti mesti aku kena berkejar untuk cepat balik ke opis,sekaligus merencatkan mood sembang2 aku. ;p

Diriku mana puas nak sembang kalau setakat 10minit. ;p

Kebetulan encik suami pon mc semalam. Demamnya tak kebah2. Jadi memang terus kuheret sekali ke muka pintu smart reader kids. Ikut plan asal,aku mintak die kua jap dari tempat keje dalam pukul 10pagi gitu. Tapi bila dah mc,xpayah pening2 nak plan lagi la.

Jam 1030 dah sampai. Ade 2 parent lagi yang menunggu giliran. Nasib kitorang baik la sebab tak seramai semalam. Kalau tak memang berkampung la kami laki bini kat situ. Huhuhu~

Ade birthday party aritu. Masa kitorang sampai semua dah duduk standby nk nyanyi2. Dapatla encik suami tengok keadaan bila celebrate birthday budak2 kat sini. Selebihnya die asyik skodeng anak bujang die tu je. ;)

Dalam pukul 1130 baru sampai turn kitorang. Farish pon ikut sekali masa kitorang masuk bilik tu. Principal kat smart reader ni namanya puan marina. Tapi aku panggil kak min je. Orangnya friendly gila. Lagilah aku suka nak nyembang lama2. Mase jumpa semalam sempatlah aku pass ole2 sikit kat kak min. Hehehehhe~

Sementara kak min sediakan report card farish tu, dalam hati aku ni kemain berdebor. Macam mana lah keputusan farish. Dah la masa exam die aritu aku baik punya bercuti kat jakarta. Haaa...rase bersalah sangat okey! #_#

Kak min letak report card atas meja. Spontan aku terlepas cakap yang aku adelah sangat cuak nak menengok result farish. Nampak tak reaksi orang yang 'peramah' macam aku ni? Selalu terbabas ayat yang jujur2. Kak min senyum tengok aku masa tu. Mesti dia cakap.aku ni gelabah tak memasal. Maluuuuuuuuuu!

    "Farish hafiy ok la. Kalau tak silap dia dapat nombor 2. "

   mase kak min cakap gitu aku tengok dia bangun ambik list nama. Die tengah sorting kedudukan murid2 ikut kelas sebab masa convocation day nanti yang top 3 akan naik.pentas ambik hadiah. Haaaaaa~

Kak min tunjuk kertas tu. Serius ke kak min?? Aku lagi sekali menunjukkan muka sengal takpaham bahasa. Bila kakmin cakap ye,terus sebak macam nak nangis. Huwaaaaaaaa!

Alhamdulillah. Akhirnya depan mata kitorang sebagai makbapak ditunjukkan satu persatu pencapaian farish. Aku memang blank. Macam mimpi tau. Dalam hati tak putus aku bersyukur. Segala masa yang aku luangkan,duit yang aku laburkan diberi balasan setimpal.

Kak min bagitau, farish bukan jenis yang nakal.kat sekolah. Die sangat behave. Padahal kat rumah kemain lagi. Pengsan aku ni ha dikerjakan. ;p

Lepas tu farish ni memang kategori berat mulut. Dia cuma bercakap bila ade buku, bila ade soalan, bila ade keperluan. Hahahahah! Yang tu konfem bukan ikut ibu die.

Alhamdulillah semuanya positif. Kitorang terus register untuk sesi akan datang. Farish pon memang nak stay kat sini dan setelah melihat 'hasil' yang kami dapat, aku suami isteri sepakat untuk meneruskan semuanya di sini.

Pilihan yang terbaik untuk anak kami dalam usaha kami mahukan anak yang terbaik untuk kami. ;)

Bukan senang aku nak cari ruang mengadap farish buat latihan yang cikgu2 bagi. Latihan di smart reader pada aku agak 'berat'. Tu yang aku rasa beberapa bulan pertama dulu. Sampai 2 3 buku kerja sekolah, memang banyak.

Budak2 macam farish pulak jenis bukan boleh hadap semua tu lama2. Ape yang aku buat, malam ni siapkan sikit. Bila die cakap dah taknak buat, aku tak paksa. Simpan dalam beg,terus suruh tido. Esok pagi kat pejabat aku, aku mintak dia buat sikit lagi. Masa ni memang kena ade cara yang baikkk la. Dan nampaknya cara tu berjaya. ;)

Hujung minggu pulak, farish akan ikut aku merayap tak tentu hala kat mana2 shopping mall yang aku jumpa. Lepas dah puas cuci2 mata tu, aku akan bawak dia pergi kedai buku. Beli sikit buku2 latihan. Walaupon encik suami selalu membebel,aku abaikan je.

Pameran buku pon tempat aku paling suka. Farish pon suka bila dapat banyak buku2 baru. Masa pameran ginilah peluang paling baik untuk beli buku2 latihan n bacaan sebab biasanya harga yang diberikan sangattttttttt berbaloi. Kalau setakat Rm50 tu, berpuluh buku boleh dapat tau.

Niat pergi tempat2 macam ni, aku nak farish suka pada buku. Sama macam aku dulu. Aku tak kisah takdapat mainan baru, asalkan dapat buku2 baru. Insha Allah aku usahakan lebih lagi lepas ni. ;)

Bila dah ade banyak buku, farish akan buat latihan yang hampir sama macam yang diajar kat sekolah. Untuk betul2 ajar tu memang tak la. Cuma ni macam satu bentuk latih tubi. Selagi dia nak buat, dia buat. Adik die pon tumpang sekaki. ;)

Aku percaya,lama2 dia akan biasa dengan keadaan ni. Farish masih dalam proses belajar dan sepanjang masa tu akan terus beri sokongan semampu aku. ;)

Balik rumah,belek2 kertas penilaian dia aritu. Peningkatan besar. Farish sukses dalam semua subjek. Bila tengok tiap soalan yang dia skor, sebak sangat2. Aku cium dia,walaupon dia sebenarnya tak paham ape pon. Cuma perasaan aku yang lain macam. Masa tu aku terbayang mak ayah, ni perasaan diorang bila dapat tau keputusan aku mase exam dulu agaknya. ;'(

Aku harap anak2 aku ni terus berjaya. Aku nak.diorang tebus balik apa yang aku 'terlepas' dulu. Aku nk diorang jadi lagi baik dari aku dulu. Ameen.


Terima Kasih

Monday 11 November 2013

our 5th anniversary trip.

assalamualaikum!

kena cepat2 hapdet short trip kami suamiisteri ke jakarta. nanti makin lama peram,makin kurang feel nak bercerita. aku bagikan entry ni kpd 2part ye. harap tabah menanti sambungan ;)

bab gambar,aku masukkan mana yang sempat. yang xdan tu nanti la ye. tu pon kalau rajin nak upload. hehehehhe..

kali pertama aku terbang ke luar negara. international la kononnya. ;p

terima kasih kepada encik suami kerana menyeponser daku. anggap la ini honeymoon trip kami. hahahahah!

.rabu 6november.
kami bertolak ke lcct jam 8pagi. siap2 hanta double f kat rumah mak. sayu hati pulak nak tinggal diorang. hmmm...nanti kita pegi ramai2 pulak ye anak2ku. ;)

berhenti sarapan di pekan yongpeng,lepas tu baru teruskan perjalanan. cuaca ok. mood pon ok. berdebar jugak bila bayangkan keadaan kat tempat orang nanti. Backpackers la kekononnya.
takde booking supir2 tu. sebab kata encik suami, jakarta je pon. kalau ke bandung perlulah bersupir.

flight kami jam 1245tghari. merasa la ape yang dikatakan menapak menuju ke kapal terbang tu. terbakar kalori sikit r. ;p

2jam perjalanan.
lame lagi perjalanan ke sabah aritu. tapi tak berasa sangat kalini. sebab ntah masa bila aku terlelap. ngeee~

3.30ptg selamat sampai ke lapangan terbang soekarno hatta,indonesia. Berpusing 360darjah aku ni menengok tempat orang. encik suami siap sound,jangan tunjuk sangat muka jakun tu. aiseyyy!

keluar dr airport. tengok keliling.mana nak.tuju ni cik abang oi?! seram sejuk dah tgok orang yang tadi same2 datang dgn kami dah beransur sikit demi sikit.

kemana kite nak pegi ni awak???
aku pandang si suami. Muka lagilah mencuakkan. konon la nk buat cool. #_#

ok dah decide nak ambik bas ke stesen gambir. dari situ boleh tengok Monumen Nasional indonesia. ape ade? aku pon tak tau. nanti aku tengok ape yang best kat sana.

cuma isunya sekarang,kami tak nampak pon kaunter tiket macam yang dibaca dalan blog. Ni maklumat tak lengkap atau encik suami yang tak pandai cari maklumat? geram je bila ingat2 balik.

setengah jam jugak mundar mandir kat situ. Mana boleh tahan kan? buatnya sampai gelap kat sini,tak ke naya? lepas tu macam biasa,bab tanya menanya ni awal2 dah tolak kat aku.

phewww...aku rase laki aku ni perlu bersyukur la dapat bini muka tembok cm aku ni. bedal ajelah aku menanya tanpa sikitpon nak berdialek indonesia. i'm malaysian n i'm proud with it. ;p

tu kat seberang jalan je pon kaunter tiketnya. kaunter x semegah mana. ade meja macam meja kat sekolah tu. padanlah x nampak.hehehe~

bas Damri yang aku naik ni menuju ke stesen gambir ye. die ade banyak hentian. tapi aku tak tau tu tuju kemana. taknak naik takut kemana2 pulak kitorang nanti.hahahahah! harga tiket 30ribu rupiah seorang. Ok merasalah naik bas di kota jakarta. yang penting ade wifi dalam bas ni. kat kluang takde, so aku jakun.

rase naik bas kat sini? Scarry ok. dah tau ade bonggol lagi mau laju2. Melambung aku ni dibuatnya. lepas tu die lalu hujung2 jalan je masa naik flyover. dah la xde divider. memang kalau aku senget ke kiri,aku rasa bas tu terbalik. Berpeluh aku membayangkan itu.

sejam perjalanan. 5.40 sampai ke monas. waktu kat sini sejam lewat dari malaysia ye. tapi dah ramai yang melepak kat kawasan ni. yang berjual pon ramai. paling penting,murah. ;)

aku beli pashmina sehelai. 25juta rupiah. Beli jugak t shirt dekat 12helai. Kualiti ok. harga pon ok. rembat terus utk kaum kerabat terdekat.

berposing bagai nak rak. dengan beg galas tu aku selamba je mengukur dari hujung sini ke hujung sana. tunggu gelap sikit sebab nak tengok perubahan warna tu. orang kata cantik,jadi aku nak konfemkan cantik ke tak. ;p

kalau diikutkan,pengunjung boleh naik ke atas monas ni. tengok pemandangan dari atas tu. tapi kalini tak dibenarkan naik sebab kawasan ni sedang dinaiktaraf. aku ok je tak dapat naik. kalau naik pon mesti sejuk2 tapak tangan aku nanti. hahahahah!

ok cukuplah. jom pegi hotel. dari tiba tadi kitorang tak tengok pon hotelnya cemana. hotel ni encik suami booking di Agoda. rate murah2 je. bawah rm100 semalaman. ok la. sebab hotel ni untuk tido je. masa lebih banyak habis kat luar. asalkan selesa,itu dah cukup. ;)

dari monas kami naik pengangkutan yang namanya bajaj. selalu aku tengok menda alah ni dalam tv. Opkos teringin nak naik sebab aku nak.feeling2 jadi org sini. hahahahah!

masa tu aku tatau murah ke mahal naik menda ni. yang penting enjoy. tengok suasana malam kat tempat orang. walaupon hakikatnya aku takut berada kat sini waktu malam sekalipon aku dengan encik suami. sebab aku tau suami aku tu tak sekuat mana. ;p

sampai hotel,bersihkan diri semua. terus kelua cari makan. maap ye sebab tekak aku memang tak mampu nk telan makanan sepanjang jalan ni. Memang banyak,tapi entahla. =__=

kehalalannya diragui. nasib kami baik hotel ni dekat dengan shopping complex lokasari. menapak sikit je. x sampai 5minit pon. so kat situ kami decide untuk makan kfc je. ;p

memang malaysia pon ade kfc. tapi tak sama kfc sini. menu pon berbeda ya. seperti biasa, aku dan nasik xboleh dipisahkan. Makanlah aku nasik yang dibungkus macam burger. dengan ayam seketul. cicah sos. sos die masam sikit pastu tak pedas. berkali2 aku tengok manetau trambik sos tomato ke kan. ;p

ni satu hal yang kelaka. nasi yang dibalut macam burger tu rupa2nya makan dalam tu jugak. aku ni pegilah curah dalam pinggan. lepas tu carila sudu. sekali kena makan guna tanganlah...;p

siap makan pusing keliling jap. badan pon penat. balik hotel dan tido. esok nak bangun awal. konon nak soping kan. ;)


Terima Kasih

Saturday 2 November 2013

bila aku kaya

assalamualaikum

          bila aku kaya
          hari-hari hari raya

mungkin ade yang menyampah dengan lagu ni. entah apa2 katanya. tapi aku suka. Ada sesetengah part dalam lagu ni yang sesuai dijadikan inspirasi. inspirasi untuk jadi lebih semangat nak kaya. ;)

definasi kaya tu sendiri pon meluas. cuma kita ni dari kecik dah diterap dalam kepala bila.cakap kaya,tu mesti pasal duit.

memanglah..siapa yang taknak kaya dengan duit. dalam akaun ade banyak kosong kosong kosong.  ni dalam akaun makin lama makin kurang kosongnya ;p

duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit. untuk makan kita perlukan duit nak beli lauk.untuk keluar dengan urusan harian kita perlukan duit nak isi minyak kereta. harga minyak pon dah naik kan? setakat rm50 tu 2hari je untuk tangki cik putih tau.

nak bagi pendidikan terbaik untuk anak pun guna duit yang banyak. bayangkan sebulan gaji aku ni untuk bayar yuran pendaftaran farish je. tu tak kira tiap2 bulan kena bayar yuran rm 300 ye. Apa2 pon aku ikhlas. mudah2an pengorbanan aku ni dapat balasan setimpal dari Allah. Niat aku bekerja pon dah memang untuk memberi keselesaan optima pada anak2. so,no regret.

Nampakkan betapa besarnya kuasa duit zaman sekarang ni. takde duit mungkin boleh lagi hidup. tapi hidup dengan seadanya. aku bukan nak merendah2kan sesiapa tau. tapi cuba fikir dari sudut berbeza, kalau kita masih ditakuk lama mampu ke kita nk truskan hidup dengan kos sara hidup yang tiap tahun makin meningkat ni?

selalu berfikir untuk cari alternatif menambah simpanan yang ade supaya makin berada. berada bukan untuk menunjuk nunjuk tapi untuk memastikan hidup kita terjamin. fasilitasi untuk kehidupan kita cukup supaya semua hal dapat dilakukan dengan pantas dan sempurna.

aku selalu berpesan pada diri sendiri. bila ade lebihan rezeki,bila mencanak2 orang membeli. pedih mata tengok duit yang beranak dalam akaun. aku kena sentiasa ingat...

nikmat sekelipan mata ini dari Allah. dengan izinNYa. jadi aku tak payah nak berlagak sangatla. kalau sekelip mata Allah beri,tak mustahil sekelip mata juga dia boleh ambil balik.

Aku cuba berkongsi. menghulur sedekah serba sikit. yang penting aku ikhlas. memadai doakan aku dapat rezeki yang berkat dan lebih banyak lagi supaya aku cepat kaya.

kenapa nak kaya???

bila aku dah kaya dengan duit, aku nak dapat kekayaan ke2 pulak.

            KAYA DENGAN KASIH SAYANG

bila aku dah ada duit. mungkin aku dah jadi big bos walaupon cuma buat direct selling, aku tak payah susah2 pergi balik pejabat hari2. pantau dari rumah je sambil buat sarapan pagi, mi hun goreng kesukaan farish. ;)

dengan cara tu aku dapat kayakan diri aku dan family aku dengan kasih sayang. dengan perhatian yang paling maksima. bukanlah sekarang ni aku tak cukup sayang kat diorang, tapi ada masa aku terpaksa lupakan diorang sebab nak kena fokus kat penyata2 yang semak atas meja.

mula2 aku rasa sekejap. tapi lepas tu sejam dua jam tiga jam masa berlalu gitu je. langsung aku tak ingat diorang walaupon cuma nak call tanya dah makan ke belom? T___T

terukkan?

kalau aku kaya..
aku boleh ade 24/7 dengan keluarga. hanta anak.sekolah. ambik dia. suap dia makan. mandikan dia. tengok buku2 sekolah semua. hmmm...

ini tak,sarapan farish semua beli kat luar. makan terkocoh kocoh dalam kereta masa otw hanta ke sekolah. fareeq pulak kadang2 belum.bangun tido pon masa aku hanta kat rumah mak. kalaupon bangun cuma salam n kiss pipi. angguk2 kepala bila aku cakap ibu pergi keje dulu, ptg nanti ibu balik.

time die memahami cenggitu ok la. cer time die saje buat2 tak reti bahasa. menangis meronta2 taknak kena tinggal. aku rasa kau ni ibu yang kejam sangat. masa tu jugak aku cepat2 reverse kereta sambil lap airmata yang bergenang.

anak..
kalau la ibu mampu,takkan seminit pon ibu tinggalkan kamu. ibu akan bawak kamu selalu sama-sama ibu. ibu akan buat kamu senyum, ketawa, bukan menangis macam tu. ;'(

kalau satu hari nanti anak2 ibu dah besar, ibu nak korang tau yang ibu takde pilihan lain. untuk sediakan keperluan yang cukup untuk kamu,ibu terpaksa jadi ibu yang kurang sempurna. ibu yang kadang2 mengeluh bila kamu meminta itu dan ini sedangkan mata ibu dah kelat sangat minta dipejam.

percayalah sayang,satu hari nanti bila kita dah kaya...ibu akan selalu ada dengan kamu. mendengar setiap ayat yang keluar dari mulut kamu dengan penuh kusyuk dan selalu peluk kamu bila kamu bersedih.

.ibu sayang kamu.

kepada yang membaca entry panjang melebar ni,tqsm. ini entry luahan rasa. ini entry tentang impian. doakan la aku cepat kaya ye. kbai. ;)


Terima Kasih

punca stress mencanak tinggi

assalamualaikum

sebenarnya aku dah karang entry untuk post ni. tapi entah macam mana die x auto save dah hilang semuanya.

aku tengah stress dan bila yang aku taip berjela tadi tu ghaib,aku makin stress. rasa mcm nak gantung diri pon ade. huhhhhhu~

korang share la cara korang menangani stress korang. untung2 membantu aku.aku ni tak suka stress tp stress tu yang suka kat aku. huhuhu~


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati