Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Wednesday, 2 September 2015

Suri separuh masa

Assalamualaikum

Mood mc lagi.
Tapi alhamdulillah mata dah makin ok. Esok dah boleh masuk kerja dengan gembiranya.

Mihmihmih..

Seharian kat rumah harini. Pagi tadi selesai hantar bebudak pergi school, terus basuh kain baju. Seronok mencuci bila kain belum bertimbun sangat. Tak rasa penat. Basuh sekali cadar & sarung-sarung bantal.

Sambil basuh kain baju, masak nasi siap-siap. Semalam dah membeli drumstick untuk lauk harini. Kena masaklah, makan luar pon dah boleh tahan mahal sekarang ni.

Beli nasi laok ayam pon sekarang dah RM 5.
Semalam aku beli drumstick 3ketul baru RM 3.60. kenyang makan sampai ke malam. Berjimatlah....

Balik je dari school prepare makan tengahari. Farish nak ayam masak kicap. Berselera la makan bebudak tu pasal makan bersuap dengan ibunya harini.

Suka suap anak-anak makan. Aku pon rasa kenyang bila masing-masing berebut nak bersuap dengan anak.

Bonding time.

Tau tak dah berapa lama aku tak lalui momen macam ni?

Kali terakhir aku suap diorang pon aku tak ingat entah bulan berapa, tahun bila.

Kesibukan kerja dengan hal-hal lain buat aku terlepas peluang tu semua. Tiba-tiba rasa rugi.

Alangkah bahagianya kalau dapat spend time macam ni dengan anak-anak.

Eh, macam nak kerja dari rumah pulak rasanya. Bunyi macam mustahil tak?

Puas rasa bila dapat berpeluh kepenatan uruskan rumah macam tadi. Jemput anak balik sekolah, bagi diorang makan, ajak belajar sama-sama.

Ya Allah bahagia sangat!

Berangan itu percuma. Jadi aku dah mula mengangankan kehidupan sepenuh masa aku kat rumah. Dengan bisnes aku. Kerja dengan anak-anak ada depan mata.

Kalaulah aku mampu....


Terima Kasih

Thursday, 20 February 2014

reset minda,audit diri

assalamualaikum.

awal2 pagi menjengah ke fb. saje nak tau perkembangan terkini kawan2 yg cuma dpt berhubung kt sini je.

teruslah menuju ke wall mereka2 yang terlintas kat kepala masa tu.

ada yang dapat kerja kattempat baru
ada yang dah bertunang danbakal berkahwin
ada yang baru pregnant dan sudah bersalin
ada yang nampak bahagia demgan status yang diupdatenya,
tapi ada jiga yang nampak berduka dari cara penyataan rasanya.

kehidupan.
perancangannya lebih kurang sama
turutannya juga nampak serupa
cuma laluan dan cabarannya saja yang membuatkan kita berbeza.

dan perbezaan itulah yang membuatkan jalan cerita dan pemikiran kita takkan sama dengan yang lain.

dah bosan memerhati hidup orang lain. terus pegi ke page prof. muhaya. bila hati tak keruan, macam2 rasa bercampur aduk dan kalau2 terasa ada sesuatu yang perlu diubah,
inilah lapangan yang aku pilih.

prof. muhaya

selalu hadir dengan kata2 positip.pada aku maha positif dan ikhlas dalam setiap kata2nya.
nampak bersahaja namun dalam diam pembaca akan mengakui kebenaran yang cuba disampaikan.

selalu terasa, dari status2 yang diupdate prof ni sedang menikmati hidup dengan caranya sendiri. yang tu aku paling suka. ;)

contohnya 1 status ni. lepas baca tadi, laju2 share kt fb. sebenarnya, ni pertama kali aku share status prof. selalunya aku lebih senang baca sendiri, faham sendiri lepastu 'like'.

sebab aku taknak perkongsian tu jadi isu lain nanti. pada yang suka, mungkin diorang akan 'like' balik, share ataupon komen kenyataan tu. tapi pada yang tak berapa berkenan, macam2 huraiannya nanti.

cukuplah apa yang berlaku dan harapnya takkan berlaku lagi.

ok. berbalik pada status prof tadi.
kat sini aku share lagi sekali. baca dari awal sampai abes dan dari situ akan faham siapa diri sebenar nurul farehah zainal ni.

dia hanya menikmati hari yang dilalui seadanya tanpa mengenang semalam sebab semalam itu ada cerita yang menyakitkan, dia tak terlalu memikirkan hari esok kerana kebarangkalian hari esok yang belum pasti itu akan membuatkan hati jadi resah.


Terima Kasih

Monday, 17 February 2014

februari 17, 2014

assalamualaikum
heppi besaqday to me! *wink*wink*



akhirnya hari ini tiba juga untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan yang semakin pendek perjalanannya.
pheww~
lame mikir nak tulis cemana nih. blank.
semakin bertambah umor, semakin banyak pengajaran dan pengalaman, semakin kuat berdepan kehidupan yang penuh dengan segala kemungkinan, dan semakin mematangkan pemikiran ini hendaknya.
semoga apa yang dimiliki hari ini, esok dan hari seterusnya penuh dengan keindahan. pahit tu tetap akan ada, tapi harap2 biarlah ianya tak terlalu menduga kekuatan mental dan fizikal diri ini. khuatir kalau2 x mampu didepani dengan sedikit keberanian yang sedia ada ini.
Mudah2an juga hidup ni terus dikelilingi orang2 yang baik dan jujur dalam sebuah persahabatan. pengalaman yang baru lepas ni,  membuatkan diri ini sedar betapa kawan masa ketawa terlalu mudah kita dapat, tapi berapa kerat je kawan yang sedia menghulur tangan membantu kita untuk bangkit kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. lagi tragis, yang dulunya bergelar kawan menjadi lawan tiba2. sangat sakit bila mengenangkan kenyataan tu.
percaya pada diri sendiri, tidak pada yang lain
zahirnya nampak sempurna, tapi dibalik hatinya tak siapa tahu. semoga tiada lagi manusia yang penuh rasa iri dan rasa sempurna keseluruhannya ini dalam diari hidup selepas ini.
menyayangi semua orang yang sayang pada diri ini. bila ditimpa masalah, salah satu hikmahnya baru nampak yang mana betul2 sayang dan menghargai kita. yang sanggup melakukan apa saja demi kita walaupon kadang2 sesuatu tu nampak susah untuk dilakukan.
terima kasih sayang. sampai bila2 pon pengorbanan dan kesanggupan mempertahankan diri ini akan tersimpan dalam ingatan. sekalipon tak terluah dari mulut ini, percayalah hati ini sangat tersentuh dengan segala2nya.
seperti mana kesediaan diri ini menerima diri kamu seadanya, sedia menjadi pendengar segala keluhan dan memberi semangat saat diri kamu dalam kesulitan, seperti itu juga diri ini mengharapkan semuanya dari kamu.
keluarga juga setia menyokong tiap satu perkara yang kadang kala terlalu besar untuk dihadapi sendirian. saat dunia terasa kosong tanpa apa2, kamu semua tetap ada untuk mencipta 'sesuatu yang lebih indah' untuk dilalui.
semoga bahagia itu terus bersinar buat semua yang disayangi.
.amin.
berdoa selagi bernyawa. dengan doa, kita lebih kuat dan sedar bahawa segala2nya belum berakhir. jangan berhenti berharap dan mencipta harapan yang indah2. percaya pada kuasa doa kerana cepat atau lambat doa itu mesti termakbul jugak.
pengalaman lepas membuktikan betapa doa itu mampu mengubah sesuatu dengan sekelip mata. bersyukur saat doa dimakbulkan dan terus berusaha untuk mendoakan yang baik2 saje untuk diri sendiri dan orang lain.
dengan apa yang ada kini, seharusnya diri ini masih patut bersyukur. tiada apa2 yang perlu dikesalkan kerana yang hilang itu hanya 'debu2' yang melitupi keindahan sebenar sebuah kehidupan.
positif dan terus positif. biar terus diam tak mengiyakan apa2 dan tak memperakukan apa2 daripada berkata2 namun melukakan hati dan perasaan yang lain.
bertahanlah hati.
kuatkanlah diri.
berusahalah mencipta kejayaan sendiri sebagai bukti diri ini tak terkesan dengan segala kata caci.
tak perlu dibalas segala rasa benci, percaya pada Allah dan bila Dia berkehendakkan sesuatu, tiada siapa mampu menyangkalnya.
dan hari ini....
dengan kesakitan yang masih terkesan,
dengan dendam yang semakin padam,
ketahuilah,
diri ini memaafkan semuanya,
yang mencipta persengketaan,
yang mewujudkan rasa kebencian,
yang tiba2 menjadi lawan,
yang kini bukan lagi teman,
supaya hari esok yang bakal tiba akan lebih baik dan nyaman.
tiada manusia yang sempurna. diri ini juga penuh khilaf dan terkadang lantang mencipta kata. maaf.
pahit takkan selamanya pahit
insha Allah
semoga diusia yang baru, semangat baru dan cerita yang baru itu terus tercipta. kalaupon tak selamanya indah untuk dilalui, tapi setidak2nya masih ada keindahan untuk dikenang.
terima kasih atas ucapan tanda ingatan dan doa yang tak putus2 dari teman. semoga Allah membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik. ♥♥

Terima Kasih

Tuesday, 11 February 2014

bukan untuk siapa-siapa selain dari aku

assalamualaikum..

kembali lagi. ^_^

selesai hari yang panjang untuk minggu ini. manis dan akan terus dikenang sampai bila2. semoga hanya yang manis saja bakal melatari hari esok.

masalah yang datang tak pernah putus2, tohmahan dan andaian yang tak pernah reda sekalipun kadang2 semua tu nampak tak relevan sangat. tapi...siapalah kita nak menghalang hak orang untuk membuat kesimpulan sendiri.

kita kekal dengan diri kita yang sebenar. tak perlu jadi orang lain semata2 nak puaskan hati orang sekeliling. kalau kita betul, biarlah masa menentukan semuanya.

sekecik2 perbuatan pon akan ada imbalannya. percaya pada karma. yang baik dibalas baik dan begitu jugaklah sebaliknya. mengelak dari memberi sebarang komen walaupon kadang2 hati ni memberontak mahu membidas.

berusaha menahan amarah. cuba rasional walaupon selalu terasa mahu menggila. kehendak hati sentiasa melangkaui kemampuan akal fikiran sendiri. akhirnya terpaksa terus membenam kesal di dalam hati.
mmmbiarkan semuanya pergi bagaikan angin lalu..

diri ini hanya manusia biasa. tak punya apa2 kepentingan di mata sesiapa. cuba berlagak seperti tiada apa2 walhal di kiri kanan sentiasa ada mata2 yang memandang sinis pada setiap langkah ini. entah dimana canggungnya, aku tak pasti.

aku redha andai ini keadaan yang perlu aku lalui kesan pilihan aku sebelum ini. aku akan teruskan langkah dan bertahan dengan segala cabaran mahupon sebarang kebarangkalian. kerana menyesali sesuatu kenyataan itu adalah mustahil buatku.

sesungguhnya, hati ini rapuh walau sedaya mahu aku berusaha untuk cekal dengan segala2nya. untuk hari ini aku masih bertahan. untuk hari mendatang aku tak mampu mengukir janji. kerana aku wanita biasa, yang adakalanya terpaksa memilih untuk pergi walaupon di dalam hatinya masih ada cinta. ;')


Terima Kasih

Sunday, 9 February 2014

fa kata #4




kalau disepanjang perjalanan kehidupan ini kutemui halangan, akan kugagahkan diri untuk merentasinya kerana aku yang memilih haluan ini dan aku yang sedia menghadapi segala kemungkinan.  Takkan berubah nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri yang berusaha mengubah nasibnya. semoga pilihan ini yang terbaik untukku.


Terima Kasih

Saturday, 8 February 2014

milik orang tetap bukan milik mutlak kita

assalamualaikum!

hari cuti kena update blog. dah blogwalking tempat orang lain, baca isu2 semasa, sekarang tenung blog sendiri pulak.

nak cerita apa pon taktau la nih. kosong. tapi nak jugak ke sini sebab sini je lapangan skrin yang besar dengan puluhan abjad yang mampu menjelaskan segala rasa.

nak ulas la jap.

yang dikejar hakmilik orang. >___<

ni masalah cari sendiri namanya....

bila rasa yang biasa2 dah jadi luar biasa, ape kisah lagi hak siapa dan kuasa siapa. yang dulu faham bolehjadi tak faham atau mungkin buat2 tak faham takpon saje2 taknak paham.

keinginan menguasai dan mengawali membuak terus. hilang hormat dan segala persetujuan yang lalu. tamak barangkali. ye. bukan barangkali, tapi pasti.

manusia. sejak azali mencari yang lebih baik dan kesempurnaan. bertemu kelebihan yang sedikit, terus mencari yang lebih lagi. adatlah kan. *_^

kesempurnaan itu memang takkan jumpa. sana sini akan terlihat cacat celanya. nobody perfect.

kelebihan itu pasti ada. yang harini lebih baik dari semalam. mungkin yang akan datang juga lebih baik dari harini. dunia terus berputar dan manusia akan terus mencari.

menghargai kelebihan yang ada harini, seadanya. kerana tak mustahil juga yang akan datang itu lebih nyata kekurangannya. kelebihan yang sedikit lebih baik dari kekurangan yang ada semalam. Alhamdulillah.

ambillah peluang dan anugerah ini sepenuhnya.

perkara yang baik takkan datang berkali2 dalam hidup.

tapi peritnya bila yang baik itu jugalah yang terbaik untuk orang lain.

phewww~

berkongsi rasa kasih dan sayang?

sepertinya boleh. tapi ternyata sebenarnya tak sekuat mengatakan setuju dulu. mana mungkin merelakn miliknya turut dimiliki orang lain. †___†

kesian pada yang sedia ada jugak pada yang separuh ada. pada yang jadi rebutan?? no komen. dia mungkin bertuah sebab jadi rebutan.

cuma....takde yang sedia berkongsi dan dikongsi rupa2nya. kalau ade pon nisbahnya kecik sangat.  1:1000 ataupon lebih lagi.

pilihlah yang terbaik. bila dah buka hati menerima yang lain, secara tak langsung dah menunjukkan ade ruang kosong di antara keduanya.

yang pertama belom tentu yang terbaik sebab yang kedua pasti ade sesuatu yang lebih dari yang sebelumnya. dan begitulah seterusnya...

rasa bila dilayan memang menjadi. buat apa seksa hati kalau pilihan sebenarnya ada depan mata. menjaga hati yang ada sama dengan melukakan hati yang lain. kalau satu lebih baik dari dua, pilihlah. kalau ada dua tiga atau empat tapi asyik melayan ragam tak sudah pon payah jugak.

cemburu itu pasti. membanding diri juga mesti.

fikirlah...kalaupon berkali2 menafikan hakikat kasih tu dah berbahagi, hati2 yang lain tu dah dapat teka.  buat ape nak tipu hati sendiri pulak ye. ^___^

jujurlah kalaupon kejujuran tu bakal menyakiti hati yang lain sebab hakikatnya hati yang lain dah sedia terluka bila ada hati lain yang menempah tempat dihati yang dulunya milik dia saja.

ok then. saya dah update blog. nak tepek muka sendiri jugak sekeping dua. tapi xde.muka yang senonoh. boleh gitu? ;p

renung2kan dan selamat mengulas! ♥♥♥
#sayacintaawakjek


Terima Kasih

Wednesday, 5 February 2014

hati dia atau hati kita?

assalamualaikum..

entry petang kamis. kamis yg dari awal pagi x elok je. mungkin harini memang x best untuk dikenang. =__=

takde isu yg khusus, sekadar penulisan petang hari yang penuh dengan emosi. ye. sedang beremosi sekarang ni.

alhamdulillah..sempat diterap dengan nilai kekuatan yang tinggi. kemana pegi aku yang selalu rendah diri dan menghilangkan segala rasa dengan airmata.

takde lagi aku yang memilih untuk mengalah asalkan tak kehilangan yang kononnya sahabat, pura2 mesra sedang di hati hancur lumat dengan segala lakonan. Entahlah, mungkin cinta itu mengubah segalanya. mengubah aku sekuat ini. terus melangkah tanpa sikitpon menoleh kebelakang lagi.

terima kasih cinta.

perlakuan itu dah cukup membuktikan rasa. kesungguhan itu dah memadai untuk buat diri ini sedar, cinta itu amat kuat sekali.

biar tiada satu yang mengaku kawan, asal ada dia yang setia menemani. kekuatan dia kekuatan aku. malah pandangan itu sahaja dah cukup membuat aku berani tiba2. berdepan semua kata2 manusia, semua sangkaan manusia. asalkan ada dia.

andai perlu berdepan 1001 pahaman manusia. yang jelas2 bertentangan dengan hakikat diri ini, aku redha. tak perlu dperjelaskan apa2 kerana mereka bukan siapa2. kerana tanpa mereka pon aku masih mampu meneruskan kebiasaan aku.

tapi..bila kita yang berbeza pahaman. aku pening. susahnya berdepan bila cinta itu mengatasi semuanya. bila bercanggah dari yang cuba aku sampaikan, segera aku cuba membuat penjelasan. entah untuk apa, aku tak pasti. cuma hakikatnya tetap sama..

biar tiada 1 pon yang tertinggal di dunia ini untuk aku, asalkan aku ada dia..

cinta dia..
kekuatan dia..

segala2nya yang dia ada, menjadi milik mutlak aku. setiap inci setiap saat yang dia lalui perlu ada aku. seperti itu juga aku harapkan dari dia.

hati tak mampu menipu kalaupon bibir berkali2 menafikan. dia keutamaan. dia kekuatan. tapi bila seringkali ditekan dengan keadaan yang menduga hati dan kesabaran, kadang2 aku tewas.

diam tak bererti mengalah. tapi rasanya diam itu jauh lebih baik dari mengeluarkan kata2 yang mungkin hanya akan menambah burukkan sesebuah perhubungan.

manusia memang bertindak melulu bila marah. kadang2 aku pon macam tu. dipujuk macam mana pon x mengubah apa2.

biarlah semuanya reda sendiri. kalau dengan berdiam diri, mengasingkan perasaan dan mendahulukan hati sendiri dari yang lain itu jalan terbaik, aku pasrah.

kekuatan dari dia, membuat aku tak berhenti berharap walaupon aku sendiri tak pasti apakah harapan itu masih relevan lagi sekarang ni.
♥♥♥♥


Terima Kasih

Thursday, 16 January 2014

fa kata #3

           ombak berlalu pergi,
          namun hati tetap disini,
          berdepan mimpi yang belum pasti


Terima Kasih

Monday, 13 January 2014

fa kata #2

     

      kita...
      tak perlukan masa yang lama untuk berasa senang dengan seseorang,
      tak perlu hari yang panjang untuk merindukan seseorang,
       tak perlu sedar bila dan kenapa  kita cintakan seseorang.


Terima Kasih

Sunday, 5 January 2014

fa kata #1

                   "selagi masih ada mentari,
          selagi itu jangan berhenti berharap"


Terima Kasih

Saturday, 2 November 2013

bila aku kaya

assalamualaikum

          bila aku kaya
          hari-hari hari raya

mungkin ade yang menyampah dengan lagu ni. entah apa2 katanya. tapi aku suka. Ada sesetengah part dalam lagu ni yang sesuai dijadikan inspirasi. inspirasi untuk jadi lebih semangat nak kaya. ;)

definasi kaya tu sendiri pon meluas. cuma kita ni dari kecik dah diterap dalam kepala bila.cakap kaya,tu mesti pasal duit.

memanglah..siapa yang taknak kaya dengan duit. dalam akaun ade banyak kosong kosong kosong.  ni dalam akaun makin lama makin kurang kosongnya ;p

duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit. untuk makan kita perlukan duit nak beli lauk.untuk keluar dengan urusan harian kita perlukan duit nak isi minyak kereta. harga minyak pon dah naik kan? setakat rm50 tu 2hari je untuk tangki cik putih tau.

nak bagi pendidikan terbaik untuk anak pun guna duit yang banyak. bayangkan sebulan gaji aku ni untuk bayar yuran pendaftaran farish je. tu tak kira tiap2 bulan kena bayar yuran rm 300 ye. Apa2 pon aku ikhlas. mudah2an pengorbanan aku ni dapat balasan setimpal dari Allah. Niat aku bekerja pon dah memang untuk memberi keselesaan optima pada anak2. so,no regret.

Nampakkan betapa besarnya kuasa duit zaman sekarang ni. takde duit mungkin boleh lagi hidup. tapi hidup dengan seadanya. aku bukan nak merendah2kan sesiapa tau. tapi cuba fikir dari sudut berbeza, kalau kita masih ditakuk lama mampu ke kita nk truskan hidup dengan kos sara hidup yang tiap tahun makin meningkat ni?

selalu berfikir untuk cari alternatif menambah simpanan yang ade supaya makin berada. berada bukan untuk menunjuk nunjuk tapi untuk memastikan hidup kita terjamin. fasilitasi untuk kehidupan kita cukup supaya semua hal dapat dilakukan dengan pantas dan sempurna.

aku selalu berpesan pada diri sendiri. bila ade lebihan rezeki,bila mencanak2 orang membeli. pedih mata tengok duit yang beranak dalam akaun. aku kena sentiasa ingat...

nikmat sekelipan mata ini dari Allah. dengan izinNYa. jadi aku tak payah nak berlagak sangatla. kalau sekelip mata Allah beri,tak mustahil sekelip mata juga dia boleh ambil balik.

Aku cuba berkongsi. menghulur sedekah serba sikit. yang penting aku ikhlas. memadai doakan aku dapat rezeki yang berkat dan lebih banyak lagi supaya aku cepat kaya.

kenapa nak kaya???

bila aku dah kaya dengan duit, aku nak dapat kekayaan ke2 pulak.

            KAYA DENGAN KASIH SAYANG

bila aku dah ada duit. mungkin aku dah jadi big bos walaupon cuma buat direct selling, aku tak payah susah2 pergi balik pejabat hari2. pantau dari rumah je sambil buat sarapan pagi, mi hun goreng kesukaan farish. ;)

dengan cara tu aku dapat kayakan diri aku dan family aku dengan kasih sayang. dengan perhatian yang paling maksima. bukanlah sekarang ni aku tak cukup sayang kat diorang, tapi ada masa aku terpaksa lupakan diorang sebab nak kena fokus kat penyata2 yang semak atas meja.

mula2 aku rasa sekejap. tapi lepas tu sejam dua jam tiga jam masa berlalu gitu je. langsung aku tak ingat diorang walaupon cuma nak call tanya dah makan ke belom? T___T

terukkan?

kalau aku kaya..
aku boleh ade 24/7 dengan keluarga. hanta anak.sekolah. ambik dia. suap dia makan. mandikan dia. tengok buku2 sekolah semua. hmmm...

ini tak,sarapan farish semua beli kat luar. makan terkocoh kocoh dalam kereta masa otw hanta ke sekolah. fareeq pulak kadang2 belum.bangun tido pon masa aku hanta kat rumah mak. kalaupon bangun cuma salam n kiss pipi. angguk2 kepala bila aku cakap ibu pergi keje dulu, ptg nanti ibu balik.

time die memahami cenggitu ok la. cer time die saje buat2 tak reti bahasa. menangis meronta2 taknak kena tinggal. aku rasa kau ni ibu yang kejam sangat. masa tu jugak aku cepat2 reverse kereta sambil lap airmata yang bergenang.

anak..
kalau la ibu mampu,takkan seminit pon ibu tinggalkan kamu. ibu akan bawak kamu selalu sama-sama ibu. ibu akan buat kamu senyum, ketawa, bukan menangis macam tu. ;'(

kalau satu hari nanti anak2 ibu dah besar, ibu nak korang tau yang ibu takde pilihan lain. untuk sediakan keperluan yang cukup untuk kamu,ibu terpaksa jadi ibu yang kurang sempurna. ibu yang kadang2 mengeluh bila kamu meminta itu dan ini sedangkan mata ibu dah kelat sangat minta dipejam.

percayalah sayang,satu hari nanti bila kita dah kaya...ibu akan selalu ada dengan kamu. mendengar setiap ayat yang keluar dari mulut kamu dengan penuh kusyuk dan selalu peluk kamu bila kamu bersedih.

.ibu sayang kamu.

kepada yang membaca entry panjang melebar ni,tqsm. ini entry luahan rasa. ini entry tentang impian. doakan la aku cepat kaya ye. kbai. ;)


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati