Showing posts with label kisah kawan mama. Show all posts
Showing posts with label kisah kawan mama. Show all posts

Monday, 17 February 2014

februari 17, 2014

assalamualaikum
heppi besaqday to me! *wink*wink*



akhirnya hari ini tiba juga untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan yang semakin pendek perjalanannya.
pheww~
lame mikir nak tulis cemana nih. blank.
semakin bertambah umor, semakin banyak pengajaran dan pengalaman, semakin kuat berdepan kehidupan yang penuh dengan segala kemungkinan, dan semakin mematangkan pemikiran ini hendaknya.
semoga apa yang dimiliki hari ini, esok dan hari seterusnya penuh dengan keindahan. pahit tu tetap akan ada, tapi harap2 biarlah ianya tak terlalu menduga kekuatan mental dan fizikal diri ini. khuatir kalau2 x mampu didepani dengan sedikit keberanian yang sedia ada ini.
Mudah2an juga hidup ni terus dikelilingi orang2 yang baik dan jujur dalam sebuah persahabatan. pengalaman yang baru lepas ni,  membuatkan diri ini sedar betapa kawan masa ketawa terlalu mudah kita dapat, tapi berapa kerat je kawan yang sedia menghulur tangan membantu kita untuk bangkit kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. lagi tragis, yang dulunya bergelar kawan menjadi lawan tiba2. sangat sakit bila mengenangkan kenyataan tu.
percaya pada diri sendiri, tidak pada yang lain
zahirnya nampak sempurna, tapi dibalik hatinya tak siapa tahu. semoga tiada lagi manusia yang penuh rasa iri dan rasa sempurna keseluruhannya ini dalam diari hidup selepas ini.
menyayangi semua orang yang sayang pada diri ini. bila ditimpa masalah, salah satu hikmahnya baru nampak yang mana betul2 sayang dan menghargai kita. yang sanggup melakukan apa saja demi kita walaupon kadang2 sesuatu tu nampak susah untuk dilakukan.
terima kasih sayang. sampai bila2 pon pengorbanan dan kesanggupan mempertahankan diri ini akan tersimpan dalam ingatan. sekalipon tak terluah dari mulut ini, percayalah hati ini sangat tersentuh dengan segala2nya.
seperti mana kesediaan diri ini menerima diri kamu seadanya, sedia menjadi pendengar segala keluhan dan memberi semangat saat diri kamu dalam kesulitan, seperti itu juga diri ini mengharapkan semuanya dari kamu.
keluarga juga setia menyokong tiap satu perkara yang kadang kala terlalu besar untuk dihadapi sendirian. saat dunia terasa kosong tanpa apa2, kamu semua tetap ada untuk mencipta 'sesuatu yang lebih indah' untuk dilalui.
semoga bahagia itu terus bersinar buat semua yang disayangi.
.amin.
berdoa selagi bernyawa. dengan doa, kita lebih kuat dan sedar bahawa segala2nya belum berakhir. jangan berhenti berharap dan mencipta harapan yang indah2. percaya pada kuasa doa kerana cepat atau lambat doa itu mesti termakbul jugak.
pengalaman lepas membuktikan betapa doa itu mampu mengubah sesuatu dengan sekelip mata. bersyukur saat doa dimakbulkan dan terus berusaha untuk mendoakan yang baik2 saje untuk diri sendiri dan orang lain.
dengan apa yang ada kini, seharusnya diri ini masih patut bersyukur. tiada apa2 yang perlu dikesalkan kerana yang hilang itu hanya 'debu2' yang melitupi keindahan sebenar sebuah kehidupan.
positif dan terus positif. biar terus diam tak mengiyakan apa2 dan tak memperakukan apa2 daripada berkata2 namun melukakan hati dan perasaan yang lain.
bertahanlah hati.
kuatkanlah diri.
berusahalah mencipta kejayaan sendiri sebagai bukti diri ini tak terkesan dengan segala kata caci.
tak perlu dibalas segala rasa benci, percaya pada Allah dan bila Dia berkehendakkan sesuatu, tiada siapa mampu menyangkalnya.
dan hari ini....
dengan kesakitan yang masih terkesan,
dengan dendam yang semakin padam,
ketahuilah,
diri ini memaafkan semuanya,
yang mencipta persengketaan,
yang mewujudkan rasa kebencian,
yang tiba2 menjadi lawan,
yang kini bukan lagi teman,
supaya hari esok yang bakal tiba akan lebih baik dan nyaman.
tiada manusia yang sempurna. diri ini juga penuh khilaf dan terkadang lantang mencipta kata. maaf.
pahit takkan selamanya pahit
insha Allah
semoga diusia yang baru, semangat baru dan cerita yang baru itu terus tercipta. kalaupon tak selamanya indah untuk dilalui, tapi setidak2nya masih ada keindahan untuk dikenang.
terima kasih atas ucapan tanda ingatan dan doa yang tak putus2 dari teman. semoga Allah membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik. ♥♥

Terima Kasih

Sunday, 16 February 2014

tanda ingatan hari jadi

assalamualaikum!

tade hadiah yang banyak2 sempena hari lahir ke 26 ni. takpe la kalau xde, bukan budak2 sangat dah sekarang ni. dah kategori wanita dah ni.

doa dan ingatan korang tu dah cukup bermakna dan sangatttt aku hargai. terima kasih lagi sekali. ♥

tapi...ade jugak tanda ingatan rupanya. tenkiu!

kalau dari orang yang kite sayang, sekecik dan semurah mana pon tetap besa nilai sentimentalnya. kan?????? ^____^

-mende pertama yg terlintas kat kepala ni mase tu...

supaya selalu dekat..
ibarat genggaman tangannya,
selalu dilihat,
ibarat pngganti dirinya,
belajar menghargai tiap saat bersama
mencipta kenangan2 baru sepanjang masa
mengimbau hari2 yang dah berlalu
kerana tiada walau seminit pon dapat diulang semula.

sayang kamu. ♥♥♥

dari adik2 praktikal pulak, brooch munge2 yang kiut. macam tau jek aku ni tengah eksaited mengompol benda ni. sweet. ;)

tak sangka ade gak bahagian untuk akak. sayang korang!


Terima Kasih

Friday, 27 December 2013

Legoland waterpark 2013

assalamualaikum!

26disember2013.
akhirnya smpai juga ke taman tema air Legoland Malaysia. Seperti yang dah aku janjikan pada farish, kalau dia belajar pandai2 maka sampailah kesini.

Sedaya upaya ibu menaja percutian ini. untuk anak2 ibu sahaja. ^____^

dari 5hari sebelum hafi kejadian, farish dah sibuk countdown. 5..4..3..2..1

teruja bebenor nampaknya. sama teruja masa aku belikan swimming suit untuk dia. selalunya aku pakaikan baju biase je dengan seluar pendek. kalini nak bagi feel lebih sikit, aku sediakan la satu untuk dia dan satu ihsan liza untuk fareeq. ;p

pagi tu kitorang gerak pukul 730pagi. jumpa kat pintu gerbang taman saujana. ohhhh..lupa nak kasitau trip kalini aku dengan liza bercuti sekali. kebetulan kitorang duduk setaman, senang la nak berjanji ni.

sebelum mula berjalan kitorang makan2 dulu. nanti dah sampai konpem hilang napsu makan semua kan. heheheheh~

farish pon semangat je bangun tido pagi ni. malam tadi aku sampai marah2 diorang suruh tido. dah 1130malam segar bugar lagi. Geram je rasa. sibuk aku mengemas sibuk la jugak diorang mengimpit.

yang tak boleh celik mata pagi ni...fareeq. siap berdokong masuk kereta tau. mengantuk sangat la tuh.

singgah rumah mak mentua aku dulu. adik ipar nal join sekaki. ok jek. boleh wat kawan encik suami. selain tu nanti boleh tolong tengok anak2 aku sekali.

10pagi jugak kami sampai ke nusajaya tu. kereta tak banyak lagi jadi dapat parking dekat sikit. bebudak dah laju melompat keluar kereta. kemain tak nyabo. siap aku tarik sorang2 suruh bertenang. Huhuhuhu

menapak masuk dalam. Dah berpimpinan dua beradik tu. legoland yang diidam2kan sangat kan.

sekali kat dalam tu...boleh tahan jugak ramainya. Q nak membeli tiket pon agak panjang. encik suami kena belikan tiket adik dia tu dengan fareeq. kami yang lain dah ada.tiket. posing sakan je dulu.

harga tiket untuk ke waterpark(sehari saje)
       °Rm 105 dewasa
       °Rm 95 kanak-kanak 3 tahun+
       °Rm 10 kanak-kanak bawah 3tahun
yang ade mykad dapat less dalam rm10 gitu. selain tu,voucher makanan rm 10 pon dapat juga.

fareeq dapat 2keping lampin pakai buang yang kalis air. macam canggih je. Masa aku salinkan dia tu,bahagian dalam pampers tak basah.  basah sikit dengan kencing die jek. ;p

tukar baju mandi dan terjun!

awal-awal ni orang tak ramai. main kat bahagian budak2 pon puas je. malangnya,, fareeq takut air!!! T_T

stress la kami bila die taknak jejak dalam air. duduk je tepi kolam menengok orang lain. dah satu kerja kena gilir2 menjaga dia. pfft!

farish ok dah masuk dalam air even dia takmo main gelongsong2 semua tu. aku dapat lepas gian 5minit je. lepas tu kering sendiri badan ku ini. huhuhuhu..

built a raft

naik pelampung ni berdua dengan farish. liza pulak dengan adam. menyusur la sepnjang laluan tu. takde maknanya nak kutip lego dalam air tu. farish keras je dalam air. kemain kuat pegang aku,takut jatoh dalam air lah tu.

abes seround naik daratan. fareeq dah ajak balik. hah?! pitam ibu dik oi,belum sempat lebam dah nak balik ke?

pujuk slow-slow sicomel aku tu. last2 dia ok nak ikot naik ke atas. kat sini versi pantai. Ade kerusi yang banyak untuk duduk2. so fareeq aku letak kat kerusi situ. farish dah pakai life jacket masuk dalam air.

aku ajak duduk di persisiran saje. takut jaoh-jaoh nanti aku tak perasan fareeq pulak. mata dah la rabun ni. jadi dudukla kami sambil  dipukul ombak. Asal boleh la... ;p

encik suami dua beradik dah hilang. nak mencuba segala game yang ada lah tu. aku je r si ibu tinggal bersama anak-anak. Sedihhh~

dekat setengah jam baru encik suami datang semula. masa tu mintak adik dia pulak jagakan anak aku. aku nak jugak main semua slide yang mencabar tu. tapi takde geng kan tak best. bila encik suami nak meneman, barulah aku pegi.

ehhhh...dah sampai atas tu rase menyesal pulak. moh ler turun bawah semula. boleh gitu? hahhahahahah!!!

aku ni spesis gayat. entah kenapa aku boleh setuju nak try mende ni semua. tak percaya!

mase tu aku cuma pikir. dah sampai, rugilah x try. lagipon xde yang best kat bawah sana. setakat main tepok-tepok air je, kat kolah mandi rumah atok aku pon boleh. ;)

gelihati bila ingat camne aku menyusur dalam.slide tu. aku dengar kiri kanan suara orang menjerit. aku x jerit. cuma terpikir lame lagi ke nak sampai bawah ni ek? bahahahahah!!

dah sampai bawah tu, tampar2 pipi. ehh hidup lagilah aku! ingt dah tercabut jantung. buat stunt ala2 superman, memang sukar dipercayai. dah naik sekali tu..cukupla. takde kerja aku nak memanjat ke atas tu lagi.

yang meluncur.guna pelampung tu aku try juga. sekali dengan encik suami sekali lagi dengan liza. kecuttt je rasa. tapi ok la. enjoy. asalkan aku tak tertelan air dan telinga aku tak pekak masuk air, itu adalah memadai.

turun dari situ terus cari makanan. jam dah pukul 1. mesti anak-anak aku dah kebuluran. farish masih tak puas nak berendam. dah lebam dah anak aku tu.

makan wedges dengan fries jek. tak beli yang berat2 sebab nanti nak mandi lagi. Kalau berat perut x best la nK berendam lagi.

mandi lagi..kalini duduk sembang2 dengan liza layan ombak je r. tengok telatah orang. seronok.

fareeq pulak baru nak berani masuk dalam air. tak mandi bersungguh-sungguh tapi oklah dari tadi tu.

Nasib baik cuaca baik. tak panas dan tak hujan.mendung je gitu.

2.30petang semua sepakat nak balik.

penuhnya bilik nak tukar baju!

nasib aku baik sekali tawaf je terus dapat bilik. tapi nak menyiapkan diri dengan dua orang anak adalah mencabar. sampai hilang sabar juga. masing-masing dah buat peel sebab dah kepenatan.

tadi kitorang sewa locker tau kat sini. rm 20 untuk yang kecik dan rm 40 untuk yang besar. sumbat dompet n beg henpon sahaja. tapi henpon aku yang satu ni aku nyorok2 je bawak dalam beg sandang yang aku letak tepi kolam. kalau aku simpan jugak henpon ni, memang takde gambar langsung la~

sejam lepastu bergerak balik. kepenatan semua. liza terus balik kluang dan kitorang balik ke Saleng. budak2 masuk kereta terus pengsan. zzzzzzzzz~

aku kelaparan. Sampai rumah terus merempit ke pasar malam mencari menu nak buat alas perut.

kesimpulannya trip yang seronok. Terutamanya untuk farish. sempat jugak aku psycho die..belajar pandai2 lagi nanti ibu bawak jalan lagi. ni sebagai reward sahaja. seupaya dia semangat nak berusaha. kita cuma akan belajar menghargai benda yang susah kita nak dapat. Tu yang aku cuba terap dalam diri dia.

yang nyata, mungkin cuaca tadi tak panas terik. tapi muka aku dengan liza jadi merah macam kena tampor. sedih la melayan kulit begini. lepas merah, esoknya jadi lebam. kusam. ni la kenangan percutian kalini. huhuhuhu~


Terima Kasih

Monday, 23 December 2013

isnin dan makanan

assalamualaikum

bermulalah minggu baru untuk bulan ini. beberapa hari sebelum berakhirnya tahun 2013.

bangun pagi2 lemau sangat. cuti hujung minggu terasa pendek sangat. masih belom puas nak berehat dan tido lame2. ;p

untungnya cuma, dihari isnin ni ada tajaan makan tengahari. woooyeay!!

taklimat goods service tax (gst) masih diadakan mengikut perancangan. kena beri pencerahan kepada seberapa ramai yang boleh tentang cukai baru ni. harap2 esok bila dilaksanakan semuanya berjalan lancar.

sekarang ni mari makan. lancarkan selera makan yang membuak2 bila tengok barisan makanan yang banyak. rosak diet!

takpe2..arini makan. esok diet balik. erkk?


Terima Kasih

Thursday, 19 December 2013

Kawen2 bersama anak yang dua ini

assalamualaikum
131213
tarikh paling cantek tahun ini.
bukan che ta & jovian je pilih tarikh ni, orang biase pon ramai yang menikah haritu. Trend masakini nak tarikh cantik. harapnya mahligai perkahwinan yang baru dibina itu berkekalan hingga ke hujung nyawa.
okey, jemputan untuk aku ada 2. awal2 pagi encik suami taknak join. tensen aku dibuatnya. dah ade sponser makanan percuma setiap hujung minggu, bedal je r. T_T
aku terus tanya mak. jom la ikot pegi jemputan kawen kakak bff aku ni,cikgu fatin. bersungguh dia hantar kad jemputan kat rumah aku. macam kejam sangat kalau tak datang tanpa sebab. ape sangat la memeriahkan majlis orang. rumahnya pon bukan jaoh mana.x sempat luak minyak kereta tu.
bila mak setuju,lega sikit hati aku. bukan nak mintak dokongkan anak2 aku,dua2 dah ada kaki so jangan gatal nak berdokong. aku cuma nak mak tolong tengok2 je. anak aku ni behave je bila kat luar, tak nakal mana tapi rasanya biarlah berteman. konpiden sikit aku sebagai ibu. ;)
jam 1petang sampai jugak ke rumah pengantin. besarnya rumah~
tak kelip2 mata aku dibuatnya. dulu zaman sekolah2 aku selalu port rumah diorang. masa tu diorang duduk kat kuarters kerajaan lagi. fatin ni dua beradik juga. sama macam aku. tu yang serasi tu kot.
makanan semua sedap. sangat sedap sebab banyak pilihan. kena sangat dengan perut aku yang kelaparan masa tu. Makan dan makan tanpa toleh kiri dan kanan. ;p
siap makan terus masuk rumah. wajib tunjuk muka kat pengantin. nanti dia ingat aku tak datang pulak. hahahha!
mak aih..rumah macam istana. terus aku berangan nak rumah macam ni sebijik. best gila!
anak aku ni makin besar makin paham pasal kawen2 ni. dulu masa kecik2 eksaited nak tengok orang berkompang je. sekarang kemain bijak request nak menengok pengantin. nati balik rumah tanya aku,
            "bila ibu nak kawen dengan bah?"
bantai gelak sakan dulu baru jawab soalan dia. tapi ko jangan ingat soalan tu abes gitu je. dia tanya lagi,
            "kenapa abang takde pon masa tu?"
yang ni aku rasa  complicated. dulu aku cuma cakap dia tido masa kitorang bergambar, sebab tu dia takde. ;p
sekarang aku bagi jawapan yang aku rasa ok sikit. aku cakap dia dalam perut aku lagi masa ni.
penjelasan yang panjang nantilah, bila sampai masanya. ;)
dah jumpa pengantin wajiblah posing serba sikit. farish nak salam pengantin... tak penah2 la macam ni. gelihati pulak aku.
lepas jumpa pengantin,
pergi pelamin pulak. aku rasa macam over tapi takpelah. aku cuma menonjolkan peel sebenar.;p
pelamin unik. wajib pose lagi nih. Nasib baik cameraman dia baik, senang hati nak melayan aku dengan farish. Tenkiu abang cameraman!
teringin nak meninggalkan sepatah dua kata dalam guest book. booth nye pon gerek. layan bergambar lagi. ade aku kisah mata2 yang memerhati? Memang takla~ ^_^
siap tu laju2 ke rumah seterusnya. kalini konvoi dengan opismate semua. tak makan banyak tapi tetap makan. terus rasa perut macam nak pecah. hahahahah!
kat sini sempatlah tengok pengantin berarak. melopong je budak2 ni. Cantik sangat kot pengantinnya. heheheheh~
xde posing2 bagai kat sini. orang dah ramai datang. pengantin pon aku tak kenal. ni memenuhi jemputan pemandu opis aku tu je.jadi kita makan ajelah kasik makin kenyang.
perut berjalan dulu sepanjang menuju ke kereta petang tu. kemain sendat. kenyang perut senang hati. terus rasa nak pegi bawak berjalan ke kluang mall. kot2 boleh bantu bakar kalori. ;p
sekali tak sampai sepuluh minit....
dua2 tertonggeng dah! terus kensel nak berjalan. hantar mak balik rumah lepas tu aku terus balik. petang nanti je bawak budak2 main basikal kat dataran.

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati