Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Monday, 23 December 2013

isnin dan makanan

assalamualaikum

bermulalah minggu baru untuk bulan ini. beberapa hari sebelum berakhirnya tahun 2013.

bangun pagi2 lemau sangat. cuti hujung minggu terasa pendek sangat. masih belom puas nak berehat dan tido lame2. ;p

untungnya cuma, dihari isnin ni ada tajaan makan tengahari. woooyeay!!

taklimat goods service tax (gst) masih diadakan mengikut perancangan. kena beri pencerahan kepada seberapa ramai yang boleh tentang cukai baru ni. harap2 esok bila dilaksanakan semuanya berjalan lancar.

sekarang ni mari makan. lancarkan selera makan yang membuak2 bila tengok barisan makanan yang banyak. rosak diet!

takpe2..arini makan. esok diet balik. erkk?


Terima Kasih

Friday, 20 December 2013

Bila anak dan ibu mengidam

assalamualaikum
11pagi hari ahad dah sampai ke kluang mall. asyik kluang mall je? memang ni jelah yang ada kat sini. kluang takde soping mall yang havoc2. Sebab tu kalau orang luar mesti cakap kluang takde apa2. tapi pada aku, yang membesar 25tahun ni kat kluang..ini dah cukup maju compare zaman aku sekolah dulu. ^_*
tadi masuk ke sini sebab aku mengecek nak makan pizza kat encik suami. ngeee~
tengok jam macam awal lagi, maka disuruhnya kami pusing2 kawasan sekitar dulu. aku pon mengikut saje. takde ape yang dicari jadi aku menyusur je la tanpa arah tuju.
posing depan pokok krismas. x sambut, cuma nak menyibuk bergambar. anak2 aku ni pon makin pandai bergaya. ntah ape2 gaya tapi jadilah. tetap nampak kiut.
pagi2 gini pon dah ramai orang. maklumlah hujung minggu. cuti sekolah pulak tu.
dah setengah jam berjalan baru tuju pizza hut. line clear. macam awal sangat pulak nak makan time gini. nak makan ke xnak ek???
tetiba farish cakap nak makan 'bakar-bakar'.tu diaaa sekali dia request. aku jengah bbq place. ade orang dah. terus tanya pendapat encik suami.
nak pizza...
tapi farish dah merengek nak ke bbq place.
tekak ibu nak pizza
tekak abg nak berbarbeku
ok...ibu mengalah.
mengenangkan kamu itulah anak. encik suami geleng kepala. Aku ok je sebab dua2 pon lebih kurang je harganya. takpelah kalau tekak aku tak terima asal anak aku puas hati dapat makan bakar2 tu. heheheh~
layan pic je la ye. sebab lepas makan tu terus balik rumah. Kekenyangan~

Terima Kasih

Friday, 6 December 2013

luncheon kami ini hari

assalamualaikum

harini kelua ngedate dengan opismate + student praktikum kat sini.

actually idok le lapa sangat. tapi bila duduk menongkat dagu je time rehat kat opis tu, aku pon keluakan usul nak meronda.

dipersetujui liza & fiza. terus tuju kluang mall sebab masa kelua pon dah lewat. nanti terkejar pulak nak makan tu. tawaf sekali pusingan, baru cari tempat nak makan.

misi asal nak mencari makanan ringan je sebab masing2 mengaku dah kenyang, jenuh jugak la nak mencari makanan ringan kat kluang mall ni. macam x berapa nak ringan jek..

secret recipe
baskin robbin
big apple

tak nak semuanya. sampailah kitorang berdiri betul2 kat ruang tengah kluang mall tu.

ade kedai baru bukak.

macam best je
macam menarik je
macam sedap je

hehehehehe~ 5minit jugakla kitorang berdiri depan tu. menengok menu yang nampak mengiurkan. ;p

muka kami memang nampak jakun agaknya. brother yang kerja situ tersengih je tengok kitorang. siap tanya yang mane sedap walhal dah terang2 brother tu mesti cakap semua sedap
sebab die peniaga. hahahaha!

tapi kitorang tetap tanya sebab nak kan kepastian tu. ;)

aku dengan fiza order beef,liza je ambik lamb. ;)
tambah rm 4 utk fries & fruit tea. Total aku rm 14. fiza pon same. liza sorang je mahal seringgit.

eksaited masuk dalam tu. Trademark skuter merah kat depan tu memang cara. fiza siap merengek nak posing kat situ, tapi kami x layan. hahahhaha!

lambat jugak nak masak burger rupa2nya. kitorang tunggu dekat 10 minit jugak. sambil tunggu tu, sambil jeling jam. Lambat jugak kitorang masuk opis ni nanti..

order dah sampai!!!!!
sesuai dengan harganya. ni kalau perut betul2 kelaparan,memang sesuai sangat.

firstly,aku jatuh cinta sangat kotak dia ni. heheheh~

aku nk bawak balik kotak tu, tapi diorang tak bagi pulak. huhuhu~

giat la masing2 menghapdet pic makanan ni kat insta masing2. teruja lettew~ ^_*

bismillahirrahmannirrahim~
ngap!
shedappppppnye! daging die xberbau. pastu soft sangat. hancus elok je bila masuk dalam mulut. nikmat giler~

masing2 diam. menikmati la katenya. padahal nak telan laju2 sebab dah lambat nak pergi keje. muahahaha!

mocha untuk liza
green apple untuk fiza
kiwi untuk daku

seriously,kitorang tak mampu nak habiskan burger memasing. besa ok. mase makan tadi pon dah comot dibuatnya.sampai ke pipi & hidung makan burger. for those yang dating2 tu aku rase xpayah datang sinila. Malu makan sampai ke hidung. tak memasal orang ingat kite ni makan gelojoh. ;p

230 baru gerak balik opis. Muka tak boleh blah kan. muka orang kenyang sangat. ^__^

next time boleh try yang lain. semua nampak sedap. tapi sebelum datang kena make sure aku memang dalam keadaan lapar sebenar.

ok. sekian.
*bila dah hapdet baru perasan semuanya pic makanan. muka kitorang xde la! *


Terima Kasih

Tuesday, 3 September 2013

Perabih kuih raya kat rumh sendiri

Assalualaikum

Hujan je memanjang tiap petang kat sini. Golek2 lepas balik dari keje memang sedap. Sambil2 tunggu ayam tu cair nak dijadikan laok makan malam nanti, jom kasik clear stok kuih raya tahun ni. ;)


Terima Kasih

Monday, 2 September 2013

tempat makan cantik kat kluang ni

Assalamualaikum

Malam ni berdua sahaja. Lepas servis2 badan, terus lapa. Paksa encik suami bawak makan terus. Aku dah skip lunch ye arini,so lapanya bukan sikit2. ;p

Lama dah aku tengok kedai ni. Ada satu cawangan kat bandar kluang, memanjang ramai orang. Tetiba harini terjumpa brand sama sebijik. Terus opppppppppp tekan brek.

Hiasan macam best. Kerusi pon kalerful. Macam selalu,aku memang senang dipengaruhi. Letak warna warni sikit, pasang lampu canggih2 sikit,terus aku jatuh cinta pandang pertama. Hahahha!

Kesayangan aku tu konfemla nak try western kalau kedai2 cenggini. Harga pon menarik. Rm6.90untuk blackpepper chicken chop. Harga murah rasa pon okla. K aku nak makan dulu. Untuk korang yang cari tempat makan 'sedap mata memandang',sinilah jawabnya.


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati