Showing posts with label kerja hakiki. Show all posts
Showing posts with label kerja hakiki. Show all posts

Sunday, 5 January 2014

minggu baru 2014

assalamualaikum..

minggu pertama di tahun 2014. alkisah 3hari yang pertama di 2014 akan cuba diupdate kendian ye. mood nk bercerita tentang tu tak sampai lagi..

minggu pertama yang berbeza sangat. Misalnya hari ni...

.ahad.
hari pertama bekerja.
hari pertama farish sekolah.
dengan hujan renyai2, teruknya nak bangun pagi.

perubahan pertama di tahun 2014. aku tau mula2 mesti kelam kabut sikit. pembaharuan memang la susah pada awalnya. lebih2 lagi bila sesuatu tu berbeza dari kebiasaan kita.

aku la tu orangnya. Yang kureng suka pada perubahan. aku nak.hidup dengan kebiasaan. tak payah lari dari kebiasaan tu kalau kita dah selesa dengan semuanya.

pembaharuan perlu untuk maju. mungkin. tapi kebiasaan tu tak bermakna tak boleh maju. ;)

setiap hari ada je pembaharuan dalam hidup. sama ada kita sedar ke tidak.

kita lalui pengalaman baru. kenal orang2 baru. buat kerja2 baru. belajar benda2 baru. Dan wujud perasaan yang baru juga.

lama kelamaan yang baru tu akan jadi kebiasaan. sebati dengan diri. dengan hati dan dengan hidup.

tapi sebagai manusia.......
khususnya sebagai johorean,
kenalah terima perubahan ini dengan hati terbuka..

mungkin sedikit susah. cuti hujung minggu pon dah clash. tapi hidup kena diteruskan. Banyak bunyik berenti keje. duduk rumah, boleh cuti bila2 nak. ;)

alah bisa tegal biasa.

setahun lagi ok la kot. serasi sebati dengan perubahan ni. harapnya~


Terima Kasih

Monday, 23 December 2013

isnin dan makanan

assalamualaikum

bermulalah minggu baru untuk bulan ini. beberapa hari sebelum berakhirnya tahun 2013.

bangun pagi2 lemau sangat. cuti hujung minggu terasa pendek sangat. masih belom puas nak berehat dan tido lame2. ;p

untungnya cuma, dihari isnin ni ada tajaan makan tengahari. woooyeay!!

taklimat goods service tax (gst) masih diadakan mengikut perancangan. kena beri pencerahan kepada seberapa ramai yang boleh tentang cukai baru ni. harap2 esok bila dilaksanakan semuanya berjalan lancar.

sekarang ni mari makan. lancarkan selera makan yang membuak2 bila tengok barisan makanan yang banyak. rosak diet!

takpe2..arini makan. esok diet balik. erkk?


Terima Kasih

Friday, 6 December 2013

luncheon kami ini hari

assalamualaikum

harini kelua ngedate dengan opismate + student praktikum kat sini.

actually idok le lapa sangat. tapi bila duduk menongkat dagu je time rehat kat opis tu, aku pon keluakan usul nak meronda.

dipersetujui liza & fiza. terus tuju kluang mall sebab masa kelua pon dah lewat. nanti terkejar pulak nak makan tu. tawaf sekali pusingan, baru cari tempat nak makan.

misi asal nak mencari makanan ringan je sebab masing2 mengaku dah kenyang, jenuh jugak la nak mencari makanan ringan kat kluang mall ni. macam x berapa nak ringan jek..

secret recipe
baskin robbin
big apple

tak nak semuanya. sampailah kitorang berdiri betul2 kat ruang tengah kluang mall tu.

ade kedai baru bukak.

macam best je
macam menarik je
macam sedap je

hehehehehe~ 5minit jugakla kitorang berdiri depan tu. menengok menu yang nampak mengiurkan. ;p

muka kami memang nampak jakun agaknya. brother yang kerja situ tersengih je tengok kitorang. siap tanya yang mane sedap walhal dah terang2 brother tu mesti cakap semua sedap
sebab die peniaga. hahahaha!

tapi kitorang tetap tanya sebab nak kan kepastian tu. ;)

aku dengan fiza order beef,liza je ambik lamb. ;)
tambah rm 4 utk fries & fruit tea. Total aku rm 14. fiza pon same. liza sorang je mahal seringgit.

eksaited masuk dalam tu. Trademark skuter merah kat depan tu memang cara. fiza siap merengek nak posing kat situ, tapi kami x layan. hahahhaha!

lambat jugak nak masak burger rupa2nya. kitorang tunggu dekat 10 minit jugak. sambil tunggu tu, sambil jeling jam. Lambat jugak kitorang masuk opis ni nanti..

order dah sampai!!!!!
sesuai dengan harganya. ni kalau perut betul2 kelaparan,memang sesuai sangat.

firstly,aku jatuh cinta sangat kotak dia ni. heheheh~

aku nk bawak balik kotak tu, tapi diorang tak bagi pulak. huhuhu~

giat la masing2 menghapdet pic makanan ni kat insta masing2. teruja lettew~ ^_*

bismillahirrahmannirrahim~
ngap!
shedappppppnye! daging die xberbau. pastu soft sangat. hancus elok je bila masuk dalam mulut. nikmat giler~

masing2 diam. menikmati la katenya. padahal nak telan laju2 sebab dah lambat nak pergi keje. muahahaha!

mocha untuk liza
green apple untuk fiza
kiwi untuk daku

seriously,kitorang tak mampu nak habiskan burger memasing. besa ok. mase makan tadi pon dah comot dibuatnya.sampai ke pipi & hidung makan burger. for those yang dating2 tu aku rase xpayah datang sinila. Malu makan sampai ke hidung. tak memasal orang ingat kite ni makan gelojoh. ;p

230 baru gerak balik opis. Muka tak boleh blah kan. muka orang kenyang sangat. ^__^

next time boleh try yang lain. semua nampak sedap. tapi sebelum datang kena make sure aku memang dalam keadaan lapar sebenar.

ok. sekian.
*bila dah hapdet baru perasan semuanya pic makanan. muka kitorang xde la! *


Terima Kasih

Wednesday, 4 December 2013

Harini fareeq ikot ibu kerja~

Assalamualaikum

Pagi awal bulan. Menghadap penyata2 hasil je la time2 gini. Pejam celik dah masuk bulan ke3 rupanya aku kat unit ni. ;)

Aku makin mahir cuma sesekali ade jugak la kesilapan teknikal. Hehehehehe...

Pagi ni fareeq ikot ibu pergi opis. Farish stay rumah mak semalam. So pagi ni lepas tokyah hantar farish pegi sekolah, dia ambik fareeq sekali kat opis ni.

Mula2 aku ingat nak biar je fareeq lepak opis arini. Line clear sebab bos xde. Tapi belum 15minit si kecik ni dah merengek ajak balik. Ni la peel yang sorang ni. Cepat bosan. =_=

Aku pon bawak la dia turun bawah. Tengok2 ikan.
Tokyah masih kat rumah. Paling cepat pon 20minit baru sampai. Aku bawak fareeq pergi sarapan. Sebelum tu singgah ambik mak. Buat teman. ;)

Aku macam biasa, hidup mesti ade nasi. So nasi lemaklah yang jadi pilihan. ;)

Lupa nak bagitau, berat aku dah naik 3kilo weyh! Sebab nafsu nasi aku ni la. Ade tips tak nak kurangkan selera? Hahahahahahah!

Rasenya sebab sekarang ni kan asyik hujan,perut pula memanjang lapor. Memang tiada maap untukmu la.

breakfast-nasi ambang
lunch-nasi ayam blackpepper
tea time-nasi goreng kampung
dinner-makaroni goreng

memang hidup aku untuk nasi. ;p

lepas tu sedaya upaya nak bersengkang mata buat kerja kan?!

ok dulu. nanti up entry makan ni lagi. sekarang kena sambung keje. tengok la muka fareeq k. .


Terima Kasih

Thursday, 31 October 2013

Mintak diri sat naa~

assalamualaikum

tak dapat hapdet dulu. kena utamakan kerja hakiki ni. heheheheh~

rutin tiapkali hujung bulan tiba. mengira pendapatan. jom jadi mata duitan sat! ;)


Terima Kasih

Thursday, 5 September 2013

Majlis raya peringkat negeri Johor

Assalamualaikum..

Nama naik lagi untuk majlis raya JKDM peringkat negeri Johor. Maknanya ni tahun ke2 aku join. Last year aku siap offer diri nak join, tapi tahun ni belum apa2 nama dah tersenarai. ;)

Mungkin ni antara transformasi aku bila mula kerja department lain kot? Sebab setakat ni dah 2 jemputan yang aku kena join. Majlis raya harini dengan majlis anjuran pejabat kadi daerah kluang 2minggu dari sekarang.

Jenuh la aku nak kena selongkar stok baju kurung yang dah selamat aku simpan dalam kotak. ;p

Adat orang kerja pakai uniform macam ni la. Habis raya terus packing baju kurung siap2 dalam satu bekas. Memang tak sure bila nak pakai lagi. Jemputan kawen pon aku pakai jubah moden o dress je. Simple.

Maka tak peliklah encik suami marah bila aku membeli baju kurung yang harga agak mahal. ;(

Teringin jugak pakai baju ropol2 yang kalerful semua tu. Nak berpeplum jugak sebab sekarang memang fesyen ni tengah 'hot' kan.  tapi apakan daya...

Ehhhhh..sudah2. Ini bukan entry pasal baju raya. Ni nak cerita pasal sambutan raya ye. Maap maap~

Pagi kejadian seawal 640pagi aku dah dijemput pemandu. Hujan pula turun selebat2nya. Masa tu aku dah terbayang keadaan gerai raya kitorang kalau hujan lebat ni serata sampai ke Jb. Silap haribulan kena makan menu sendiri je. Hihihi~

Sampai sana syukur sangat tak hujan. Tapi langit memang mendung gila. Mungkin jugak hujan lebat tu tak sampai sini lagi. =_=

Kelasssss tau gerai stesen2 lain. Hiasan gempak2. Preparation dari semalam rupa2nya. Semangat sangat.

Gerai kami? Hahahahahha! Ade meja untuk susun menu je la. Takde lampu pelita,takde lampu liplap,ketupat lagilah tarak~

Ade opismate aku yang soksek2. Malu katanya gerai togel begini. Aku sengih je sebab memang sejak azali stesen Kluang memang out bab deko2 ni.

Kekuatan Kluang sebab menu dan barisan 'pelayan' dia je. Kau jangan tak tahu, stesen Kluang je yang hantar 100% perempuan ke majlis ni. Mentang2lah 98% staff Kluang ni pompuan belaka. ^_^

Bila juri nak ambik markah hiasan gerai2, kitorang pakat sengih sambil tayang muka konfiden jek. Bajet muka paling ayu.

Dah gerimis pon masa kitorang tunggu lawatan Pengarah kastam. Masing2 dah bersila kebuluran. Mana tak kebulur,selalu makan jam 8pagi tapi arini jam 10 baru dapat makan. Tu pon gilir2 sebab nak entertain tetamu2 gerai kami. ;p

Diriku memang ambik sub part mengumpul bekalan makanan. Untunglah mek ju ni pon nak melayan.

Beriani batu pahat yang dari tadi menusuk lubang hidung berjaya aku kelepet. 6pinggan ye! Tahun ni aku dah boleh bajet. Kena ambik awal2 sebab kalau tunggu macam dulu,konpem aku tak dapat. Huhuhu~

Nasi arab pon ade. Actually kami kecur pada kambing yang tergolek2 tu. Seksi habis. Tapi mengenangkan esok malam boleh hadap kambing sampai pitam,  kitorang tak tunggu pon kambing tu. Amek nasi arab je 4pinggan.

Ke gerai buah2an dari stesen pontian dengan senai. Meraung bau durian weyh!

Seronok sikit banding tahun lepas sebab dalat round2 gerai jualan kt sini. Dasar kaki sopingan, mesti sambar sehelai dua buat tambah baju nak pakai jalan2. ;p

Mek ju dah ala2 perunding imej. Hahahha! Padahal dah rambang mata tu sebenarnya.....

Sakan bebenor bergambar. Naik atas stage aku cakap ko! Muka x bersalah je mencari mangsa nak suruh snap kan muka kitorang. Melampau. T_T

Dekat main entrance menara ni pon aku dok posing. Kenangan ni weyh~ 6tahun dulu aku dah penah pose kat sini. Masa mula2 kerja dan yang penting masa tu anak dara lagi. Nanti senang2 aku tepek gambar tu dengan caption -sebelum & selepas.  ;p

Hari ni memang aku dah terlebih makan. Balik rumah tu aku punggah lagi stok makanan yang ade. Makan dengan ayah.  Kena cepat2 habiskan. Dah berbau nak basi sebab semuanya dah ready pagi2 tadi kan.

Yang berbaki untuk suami hanya mee rebus. Bila aku tanya sedap tak? Die geleng. Aku tanya lagi abes kenapa makan? Die jawab sebab free. Pffft!

Aku rasa kalaulah nama aku naik lagi jamuan tahun depan, Aku nak standby props cantik2 sikit la. Nanti bila orang tanya,mana satu gerai kluang?? Tak payah la aku kena jawab, tu haaaa yang ada meja je tu..

Lari sambil tutup muka!


Terima Kasih

Sunday, 1 September 2013

Hari ini hari merdeka

Assalamualaikum

Pagi sabtu minggu ni pon tak dapat bermalas lama2 atas katil. Minggu lepas kat sabah. Minggu ni kat dataran.

7pagi aku dah sampai kat tapak perbarisan tu. Alhamdulillah tak jammed & syukur juga ade yang senanghati nak menghantar aku. Terharu pulak. Hahahahah!

Tahon ni tak semeriah tahon lepas. Tahun lepas kluang ni tuan rumah,so banyakla perarakan yang best2. Tahun ni suram gila. Perarakan tu tak sampai 20 pasukan pon. Huhuhu~

Kalau sampai2 tu terus mula seronok jugak. Ni berjemur macam ikan kering. Las kena jemur ni masa kat AKMAL.zaman anak dara dulu. Melekat2 la baju bila berpeluh. Selalu keje dalam aircond kan.... ;p

Setakat 5tahun aku kat kluang ni, memang tiap tahun aku berdiri depan sekali. Muka paling enterperam la kiranya. Ataupon mungkin belom ade yang lebih 'comel' dariku. Tetttt~ sebenarnya taknak mengaku diriku paling kementot. lalalalala~

Kami 3 bff ni la yang port paling depan dengan harapan dapat tengok semua perarakan live depan bijik mata sekali pakej muka paling besa terpampang dekat gambar nanti. ;p

kawan aku yang dua orang ni . . .
Kemaruk jugak nak bergambar.

panas dan bosan. next year nak request berarak pulak la. jemu la tiap tahun statik jek. Harap2 permohonan disokong. Maklumlah ramai pakcik2 evergreen kt sini, takut dorang taknak je. Huhuhu~

Selesai jam 10 terus tuju rumah yang ade makan free harini. Tudung pon dah kelua sebab taknak org tau diriku keje ape. Gedabak besor tulis belakang baju ni-KASTAM. ;p

Alhamdulillah kenyang. Balik rumah 'merdeka' kan rumah yang mcam tongkang tu pulak. T_T


Terima Kasih

Thursday, 29 August 2013

'nyawa' baru

Assalamualaikum

Ini yang terkini trbaru. Dah berapa kali nak beli tapi tak jadi. Bila konfem kena tukar unit terus beli ni tak payah pikir2. Siap over lagi. Plan asal nk yang 8G sekali membeli yang 16G. Syabas.

Sekarang marilah memulakan projek.transfer semua khazanah ke pendrive baru. ;)

Jangan tinggalkan barang bukti langsung. ;p


Terima Kasih

Transformasi kerjaya kat tempat kerja

Assalamualaikum..

Tertunggak banyak entry. Tak mampu menghapdet on time. Banyak sangat yang terjadik spanjang minggu ni.

Masa otw sabah aritu, aku diinform tentang penjadualan semula tugas2 kat opis ni. Maka berpindah unitlah aku nanti.

              .Taktau nak rasa sedih ke suka.

Suka sebab akhirnya dapat jugak aku bertukar unit. Sebelum ni dah berapa juta kali aku mintak tukar unit,memanjang xdapat sebab takde sape yang sukarela nak ganti tmpat aku kat kaunter tu. Bila ingat2 balik memang stress. Makan hati la~

Sedih sikit sebab kena tukar unit kat tingkat atas. Tragis ok bila fikir yang aku nanti kena geng dengan staf tingkat atas. Meninggalkan bff sekalian di tingkat bawah. Feel orang atasan la aku lepas ni. Kiri kanan depan belakang semua bos. #___#

Kuatkuasa 2september. Maknanya esok hari terakhir aku kat kawalan pungutan ni. Lepas ni takde la aku menongkat dagu menunggu customer bayar cukai n takdelah lagi merasa ketiak basah tak sempat kering sebab ramai sangat customer masa hujung bulan.

Sentimental jugak... Dari 2011 kat unit ni. Dari lepas bersalin farish, mengandung abie sampai bersalin lepastu sampailah umur abie sekarang ni. Panjang ceritanya......... 

Walaupon pada awalnya ura2 aku ke unit lain tapi sampai masanya ke tempat lain, aku try untuk bertabah. Positiplah otakku..

Perancangan manusia itu nampak sempurna,tapi teliti lagi perancangan Allah. Mungkin ada hikmahnya semua ni. Sape tau lepas kat unit baru ni, bos lebih nampak kewujudan aku kan. Hehehehe~

Mudah-mudahan banyak yang baik2 dari yang pelik2. Mudah2an juga aku cukup terang hati untuk belajar something yang baru. Bermain dengan angka dan macam2 penyata. Seluruh hasil stesen kluang nanti aku yang kerjakan. Jangan aku tak dapat kerja sudahlah~

Sekian. Nanti aku bagi pose terakhir aku kat unit lama ni. Buat ubat rindu aku masa kat unit baru. ;)


Terima Kasih

Wednesday, 14 August 2013

Boring sebab tak boleh baring

Assalamualaikum.

Kerajinan menghapdet di kala ini. Mata dah takboleh bukak sangat. Kenyang amat sebab lunch mee bandung tadi ke? #_#

Sumpah bosan la bekerja dua harini. Macam kerja sensorang pon ada jugak. Bukan takde kawan, cuma department lain2. So susahlah nak.sembang, kklau nak sembang kena jerit kuat2 sikit. Tapi aku tak suka. Nanti sakit tekak aku. ;p

Nak melepak kat tempat dorang, takut pulak ada yang sakit mata. Zaman sekarang ni orang pelik2. Peel pon canggih2. Dia x kutuk depan2 punya. Simpan dulu lepas tu membebel belakang2 nanti. Huhuhu~

Maka beralah la aku memerap diro kat kaunter ni. Semalam ade farish kire okey jugak. Buat teman borak. Die pon x nakal mana. Setakat main cop2 jek. Selebihnya duduk tulis2 kat waste paper. Nyesal plak x bawak die arini.

Bosan la. Kalau tau ai apply cuti juga arini. Dapat duduk rumah goyang2 kaki. Boring2 terus baring. Tido sampai petang. Kuangkuangkuang~ Tak payah ngadap form yang melambak2 arini. Huwarrrgh! Aku pon poyo. Macam la hari2 aku bz. Bluwek!

Penoh satu muka surat dgn application arini. Dah la aku diupah exercise ulang alik tingkat atas semata nak mintak approval officer. Mau tak kurang 10x aku turun naik tau! Kesian lemak2 aku. =_=

Tapi tadi banyak keje aku mengeloh. Takde keje pon ngeloh jugak.mata aku ni dah ngantok sangat. Ade jugak aku drive sampai kejamm mata. ;p

Sejam lagi nak balik.selamat seksaan aku untuk arini. Dah la internet problem dekat 3minggu. Nak blogwalking pon tak boleh. Yang aku pelik, walaupon takde internet, aku tetap tak bape rajin nak buat kerja jugak. Nampak x? Pelik kan? ^__^

Tak saba nak tunggu esok. Partner yang aku sayang sangat tu naik kerja esok. Sayang ke? Hahahah! Bolehlah,dari dia takde..lagilah sayang sebab aku kena duduk membisu jek. ;p

Mungkin esok pon bosan cam arini. Tp takpelah. Ade dh teman yang nak mendengar aku menceceh. Aku pon banyak cerita raya nak ulas ni. Termasoklah pengalaman aku yang kering menunggu turn basuh kereta swhari sebelum raya aritu. Kau ade? Q basuh kereta sampai 2jam???? Haaa.. Aku ade ok. Sumpah taknak basuh kereta lagi bila raya tahun depan. ;p

Cukuplah tu. Ade setengah jam lagi nak balik. Mohon sudi2kan tengok gamba semalam aku di opis sama farish dan gamba arini stok2 muka.aku yang bajet suwit. Lama gile tak amek gambar poyo gini. Malulah jadik mak2 nak letak muka cenggini. Tapi kalau kat galeri henpon aku, banyak je gamba muka ala2 datin norjuma ni. Hahahaha! Jangan muntah. Kbai~


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati