Thursday, 5 September 2013

Majlis raya peringkat negeri Johor

Assalamualaikum..

Nama naik lagi untuk majlis raya JKDM peringkat negeri Johor. Maknanya ni tahun ke2 aku join. Last year aku siap offer diri nak join, tapi tahun ni belum apa2 nama dah tersenarai. ;)

Mungkin ni antara transformasi aku bila mula kerja department lain kot? Sebab setakat ni dah 2 jemputan yang aku kena join. Majlis raya harini dengan majlis anjuran pejabat kadi daerah kluang 2minggu dari sekarang.

Jenuh la aku nak kena selongkar stok baju kurung yang dah selamat aku simpan dalam kotak. ;p

Adat orang kerja pakai uniform macam ni la. Habis raya terus packing baju kurung siap2 dalam satu bekas. Memang tak sure bila nak pakai lagi. Jemputan kawen pon aku pakai jubah moden o dress je. Simple.

Maka tak peliklah encik suami marah bila aku membeli baju kurung yang harga agak mahal. ;(

Teringin jugak pakai baju ropol2 yang kalerful semua tu. Nak berpeplum jugak sebab sekarang memang fesyen ni tengah 'hot' kan.  tapi apakan daya...

Ehhhhh..sudah2. Ini bukan entry pasal baju raya. Ni nak cerita pasal sambutan raya ye. Maap maap~

Pagi kejadian seawal 640pagi aku dah dijemput pemandu. Hujan pula turun selebat2nya. Masa tu aku dah terbayang keadaan gerai raya kitorang kalau hujan lebat ni serata sampai ke Jb. Silap haribulan kena makan menu sendiri je. Hihihi~

Sampai sana syukur sangat tak hujan. Tapi langit memang mendung gila. Mungkin jugak hujan lebat tu tak sampai sini lagi. =_=

Kelasssss tau gerai stesen2 lain. Hiasan gempak2. Preparation dari semalam rupa2nya. Semangat sangat.

Gerai kami? Hahahahahha! Ade meja untuk susun menu je la. Takde lampu pelita,takde lampu liplap,ketupat lagilah tarak~

Ade opismate aku yang soksek2. Malu katanya gerai togel begini. Aku sengih je sebab memang sejak azali stesen Kluang memang out bab deko2 ni.

Kekuatan Kluang sebab menu dan barisan 'pelayan' dia je. Kau jangan tak tahu, stesen Kluang je yang hantar 100% perempuan ke majlis ni. Mentang2lah 98% staff Kluang ni pompuan belaka. ^_^

Bila juri nak ambik markah hiasan gerai2, kitorang pakat sengih sambil tayang muka konfiden jek. Bajet muka paling ayu.

Dah gerimis pon masa kitorang tunggu lawatan Pengarah kastam. Masing2 dah bersila kebuluran. Mana tak kebulur,selalu makan jam 8pagi tapi arini jam 10 baru dapat makan. Tu pon gilir2 sebab nak entertain tetamu2 gerai kami. ;p

Diriku memang ambik sub part mengumpul bekalan makanan. Untunglah mek ju ni pon nak melayan.

Beriani batu pahat yang dari tadi menusuk lubang hidung berjaya aku kelepet. 6pinggan ye! Tahun ni aku dah boleh bajet. Kena ambik awal2 sebab kalau tunggu macam dulu,konpem aku tak dapat. Huhuhu~

Nasi arab pon ade. Actually kami kecur pada kambing yang tergolek2 tu. Seksi habis. Tapi mengenangkan esok malam boleh hadap kambing sampai pitam,  kitorang tak tunggu pon kambing tu. Amek nasi arab je 4pinggan.

Ke gerai buah2an dari stesen pontian dengan senai. Meraung bau durian weyh!

Seronok sikit banding tahun lepas sebab dalat round2 gerai jualan kt sini. Dasar kaki sopingan, mesti sambar sehelai dua buat tambah baju nak pakai jalan2. ;p

Mek ju dah ala2 perunding imej. Hahahha! Padahal dah rambang mata tu sebenarnya.....

Sakan bebenor bergambar. Naik atas stage aku cakap ko! Muka x bersalah je mencari mangsa nak suruh snap kan muka kitorang. Melampau. T_T

Dekat main entrance menara ni pon aku dok posing. Kenangan ni weyh~ 6tahun dulu aku dah penah pose kat sini. Masa mula2 kerja dan yang penting masa tu anak dara lagi. Nanti senang2 aku tepek gambar tu dengan caption -sebelum & selepas.  ;p

Hari ni memang aku dah terlebih makan. Balik rumah tu aku punggah lagi stok makanan yang ade. Makan dengan ayah.  Kena cepat2 habiskan. Dah berbau nak basi sebab semuanya dah ready pagi2 tadi kan.

Yang berbaki untuk suami hanya mee rebus. Bila aku tanya sedap tak? Die geleng. Aku tanya lagi abes kenapa makan? Die jawab sebab free. Pffft!

Aku rasa kalaulah nama aku naik lagi jamuan tahun depan, Aku nak standby props cantik2 sikit la. Nanti bila orang tanya,mana satu gerai kluang?? Tak payah la aku kena jawab, tu haaaa yang ada meja je tu..

Lari sambil tutup muka!


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati