Wednesday, 14 August 2013

Boring sebab tak boleh baring

Assalamualaikum.

Kerajinan menghapdet di kala ini. Mata dah takboleh bukak sangat. Kenyang amat sebab lunch mee bandung tadi ke? #_#

Sumpah bosan la bekerja dua harini. Macam kerja sensorang pon ada jugak. Bukan takde kawan, cuma department lain2. So susahlah nak.sembang, kklau nak sembang kena jerit kuat2 sikit. Tapi aku tak suka. Nanti sakit tekak aku. ;p

Nak melepak kat tempat dorang, takut pulak ada yang sakit mata. Zaman sekarang ni orang pelik2. Peel pon canggih2. Dia x kutuk depan2 punya. Simpan dulu lepas tu membebel belakang2 nanti. Huhuhu~

Maka beralah la aku memerap diro kat kaunter ni. Semalam ade farish kire okey jugak. Buat teman borak. Die pon x nakal mana. Setakat main cop2 jek. Selebihnya duduk tulis2 kat waste paper. Nyesal plak x bawak die arini.

Bosan la. Kalau tau ai apply cuti juga arini. Dapat duduk rumah goyang2 kaki. Boring2 terus baring. Tido sampai petang. Kuangkuangkuang~ Tak payah ngadap form yang melambak2 arini. Huwarrrgh! Aku pon poyo. Macam la hari2 aku bz. Bluwek!

Penoh satu muka surat dgn application arini. Dah la aku diupah exercise ulang alik tingkat atas semata nak mintak approval officer. Mau tak kurang 10x aku turun naik tau! Kesian lemak2 aku. =_=

Tapi tadi banyak keje aku mengeloh. Takde keje pon ngeloh jugak.mata aku ni dah ngantok sangat. Ade jugak aku drive sampai kejamm mata. ;p

Sejam lagi nak balik.selamat seksaan aku untuk arini. Dah la internet problem dekat 3minggu. Nak blogwalking pon tak boleh. Yang aku pelik, walaupon takde internet, aku tetap tak bape rajin nak buat kerja jugak. Nampak x? Pelik kan? ^__^

Tak saba nak tunggu esok. Partner yang aku sayang sangat tu naik kerja esok. Sayang ke? Hahahah! Bolehlah,dari dia takde..lagilah sayang sebab aku kena duduk membisu jek. ;p

Mungkin esok pon bosan cam arini. Tp takpelah. Ade dh teman yang nak mendengar aku menceceh. Aku pon banyak cerita raya nak ulas ni. Termasoklah pengalaman aku yang kering menunggu turn basuh kereta swhari sebelum raya aritu. Kau ade? Q basuh kereta sampai 2jam???? Haaa.. Aku ade ok. Sumpah taknak basuh kereta lagi bila raya tahun depan. ;p

Cukuplah tu. Ade setengah jam lagi nak balik. Mohon sudi2kan tengok gamba semalam aku di opis sama farish dan gamba arini stok2 muka.aku yang bajet suwit. Lama gile tak amek gambar poyo gini. Malulah jadik mak2 nak letak muka cenggini. Tapi kalau kat galeri henpon aku, banyak je gamba muka ala2 datin norjuma ni. Hahahaha! Jangan muntah. Kbai~


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati