Assalamualaikum,,
Selesai sudah cuti raya kami suami isteri. Maka perlulah berangkat pulang ke rumah sendiri. Esok kerja. ;)
Petang jam 5 bertolak balik. Baju pon dah tak sedondon lagi. Hihihi~
Bila mula kerja,semangat beraya pon mulalah susut sikit demi sedikit. Kalau ade open house yang sesuai je kami attend. Bergantung pada kerajinan dan kelapangan waktu kami2.
Nasib baik lalulintas lancar. Mungkin dah ramai yang balik awal, sebab harini dah isnin dan mungkin ada yang dah mula kerja pon kan. So dapatlah bergerak laju sikit kat highway tu.
Perjalanan kulai-kluang lebih kurang sejam la jugak. Kalau laju lebih dapatlah awal 5minit camtu. Tapi dekat2 pon membosankan ye. Tak sabar nak sampai rumah. Selalunya memang tertido punya sebab kebosanan.
Baru 15minig bergerak,farish dah tertiarap kat seat belakang. Tido.
Fareeq, macam selalu dia ttap tahan mata dia dari tido walhal mata dah sembab gila sebab ngantok. Cara dia segarkan mata dia dengan mengexplore semua button yang ada kat depan ni. Menyakitkan jiwa betul bila tengok dipicit2 sana sini lepas tu bila kita marah buat tak reti je. =_=
Siapa2 yang ada tips untuk settlekan maslah anak yang taj reti diam macam fareeq ni, tolong lah share ye. Bukan tak pernah jentik tangan dia tu, tapi sama jugak. Makin kreatif lagi pulas sana sini. Huhuhhhu~
No comments:
Post a Comment