Sunday, 18 August 2013

Harini dah 11 syawal ye~

Assalamualaikum...

Ahad kedua syawal. Penuh dengan jemputan makan2 yang wajib utk di attend oleh perempuan yang suka mengambil kesempatan untuk mengelak dari masak----aku lettew~

Bangun pagi,alas perut je kami2. Memang kasik totally lapa punya. Bajet nak penuhkan perut kat rumah yang bakal diraya la kan. Muahahahahah!!!

Tengahri tu beraya ke rumah opismate en suami kat taman desa. Open house sekali majlis akikah anak dia. Aku rasa kitorang macam terawal pulak, geng2 lain xnampak batang hidung pon lagi. Tapi dah alang2 sampai tu, makan je la tanpa banyak soal.

Kenyang. Alhamdulillah. Sejam jugak kat situ. Layan sembang2 sikit. Berbasa basi dengan tuan rumah. Tanya2 kaba kononnya. ;p

Aku ni xdelah merapat sangat dengan kawan2 suami aku tu. Wife diorang pon adelah aku kenal gitu2 jek. Tak sampai tahap best friend forever lagi la.

Lepas rumah dia,, bergerak ke taman suria. Rumah classmate farish merangkap adik manis ibu tu--yati. ;)

Rupa2nya kat sini pon kena makan jugak! Memang sesuai la raya hjg minggu cenggini.asyik makan dan makan je. Lepas tu tak payah buat apa2. Baring sambil gosok perut je. Heaven!

dasar muka bajet hot si farish hafiy,, kawan die hai2 pon wat donno je. Bila sampai part main games kat ipad barula nampak nak ngam. Pfft!

Dah 2 rumah kejenya isi tangki perut je kan. Marilah kita bakar lemak sikit. Lama dah tak melawat kluang mall. Melawat dengan baju raya lagi. Memang kelassss la kau bila orang toleh enampuluhsatujuta kali. Pelik kot tengok keterujaan aku beraya di hari raya ke11?? Abaikan je. Kita mesti konpiden. Kalau tak pakai sampai lusuh baju raya aku ni nanti,bila lagi nak pakai kan? Pergi kerja jaoh sekali. So raya ni la nak feeling gegadis sikit. Gadis? Hurm...

Sampai kluang mall,, farish laju2 ajak ke popular. Mungkin sebab dah terajar dr kecik untuk suka pada buku dan kedai buku,farish memang excited bila ke tempat2 macamni.

Belikan la sikit buku untuk die latih tubi kat rumah. Semangat kemain anak aku yang sorang ni. Tapi semuanya bergantung pada mud jugak. On off. Time rajin satu buku die ngadap. Malas nnt, pegang pensel pon dia tak kuasa. T_T

Kat level 1 pula ade jual mainan. Banyak gila ok. Farish mintak bajak yang guna remote. Berpusing la mencari.  tak jumpa pon. Las2 aku belikan kereta remote control je. Janji remote. Walaupon masa aku beli tu si bapak menjeling kemain. Kata dia dah sekolah tak payah mainan2 lagi.

Oh man,,jangan kejam sangat la. Anak tu baru 4tahun. Masa belaja kite suruh belaja. Masa main kanak2 dia tak boleh la kita sekat terus. Nanti jadi macam filem anaknya sazali baru tau. Kahkahakah!!

Ok beredarlah kita. Terbau pulak penangan big apple. Ok. Sebulan menahan godaan. Harini kita rasa sikit ye. Heheheh~

Tapau sudah big apple sekotak. Stok minum petang kita nanti. Pilihan rasa farish & mak die opkosla coklat dan kerabat2nya sahaja. ;)

Cukuplah untuk harini. Hujan pon reti berenti. Kami je yang tak berenti2 nak berjalan dan memakan. Langit pon dah gelap. Marilah bergolek dirumah sebelum mulakan minggu baru esok. ^____^


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati