Tuesday, 13 August 2013

Cont: Ragam hari raya

Assalamualaikum

Serba sikit gamba raya pertama. Masa ni kat rumah abang atok. Abie dah tertido masa otw kesini. Mengantuk sangatlah tu berjaga dari awal pagi tadi sampai ke petang.

Kebetulan kat sini ade makcik yang kerja hospital mersing. Entah macam mana borak2 termasuk topik darah tinggi. Die pon bangun masuk bilik lepastu bawak keluar alat check tekanan darah. Maka berubah la dari suasana berya kepada sesi pemeriksaan kesihatan percuma. Hahahahah! Semua terjebak. Tapi yang muda2 tak join la. Sebab masing2 perasan sihat. Jangan memain tau, zaman sekarang yang muda pon ramai berpenyakit. Jadi sila periksa dan pantau gaya hidup anda. ;) Selebihnya menikmati kuih raya yang penuh meja. Siap air laici lagi tau. Btw tiap kali raya rumah ni memang rumah wajib pergi sebab kalau tak pergi,kuranglah collection duit raya anak kami. Huhuhu~ Nampak meriah kan? Tapi meriah lagi diriku.yang pakai baju sedondon pokok bunga! Bila tengok balik gambar ni,aku terfikir kenapa aku boleh feel nak berposing kat sini. Nak tau kenapa?? Sebab kat rumah aku takde pokok.bunga kembang2 gini. Jangan kata pokok,ranting pon takde!
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati