Assalamualaikum,,
Masih menanti cik P. Awl pagi mintak en suami ke watsons. Mesti buat upt arini. Nak kasik jawapan tepat pada teka teki ni.
Lepas beli,terus laju2 test. Ohh lupa maklumkan, kami masih cuti raya kat kulai nih. Tapi x kesahlah,janji nak test. Hihi~
Fuhhhhhhh lega,, Saya tidak mengandung ye. ;)
Tersandar kejap. Kelegaan sangat2. Dua tiga kali semak keputusan, konfem takde.
Cuma masih konpius, kenapa cik P tak muncul2 ek???? Ke masih xdapat di trace kehamilannya sebab masih awal?
Ehh xla.......farish n fareeq dulu lewat sehari dua je dah nampak. Terang benderang lagi double line. So, takkan la kalini ade masalah pulak ye x? ;)
Kelegaan sambil sengih2 turun lepas buat upt. En suami pulak dah buat muka nak tau keputusan. Mesti awak pon cuak kan??? Hahahah! Poyo sangat.
Syukurlah. Masih berempat. Rezeki anak tu belum sampai. Cik P pulak tak keruan time raya2 ni. Banyak makan kuih raya kot? Harap2 esok lusa muncullah dia.
Hmmm..... Keputusan dah tau. Tapi kenapa ek kepala pon nak pening2 tekak pulak nak loya2? Menci la syak wasangka macamni. ;(
Tapi bila diingat balik, memang pernah alami simpton PMS yang saling x tumpah macam orang pregnant. Positip please. Semuanya ok2 saje.
*senyum meleret sampai telinga*
No comments:
Post a Comment