11 ogos genap setahun dah baby kiut mummy nih.
Semoga membesar jadi anak solehah yang berjasa pada orang tuanya.
Mummy love u so much!
11 ogos genap setahun dah baby kiut mummy nih.
Semoga membesar jadi anak solehah yang berjasa pada orang tuanya.
Mummy love u so much!
assalamualaikum
harini berdua je dengan farish. celik2 mata dah mengadap tv. mickeymouse la,upinipin la. ingat pulak tu waktu siarannya. T_T
ibu mendobi kain baju yang melambak stok 4hari lepas. sebenarnya ibu ni boring sebab harini dah lari dari kebiasaan. tetiba merajinkan diri sebab nak melupakan masalah sendiri. ;(
banyak gila yang tertunggak tu. pitam bila tengok bakul2 besar yang penoh kain baju belom berlipat. entah bila la dapat lipat kain baju tu. kalau tak lipat jugak, alamatnya esok bila nak cari baju, berenanglah anak beranak dalam lautan kain. ;p
tu kain baju ibu yang berlonggok atas katil, bilalah pulak nak kemas masuk almari balik. sape suruh rajin2 sangat nak kemas almari baju kononnya. sekali dah keluarkan, tak masuk2 balik. dah bape minggu tu weyh~ stressnya! ;'(
siap semua nanti mesti perut pon lapa. maap la ye. memang takkan masak la kalau cuma ada kite berdua je. nanti kita mandi2 kelua makan pastu cari laok. masak makan malam je nanti.hari tak keje ni kalau x memasak rasa cam pem...malas sangat.muahahahah! ;p
sekarang tengah melepak depan tv sama farish sementara tunggu dobian selesai. sokseksoksek la 2beranak. ^__^
nak tengok layan wayang pulak katanya. ok la ok la. nak tengok cite ape? robocop ke lego? erkkkk.....ibu kan de janji dengan orang tu nak tengok robocop. tetiba ingat lagi! *nanges*
takpe2 nanti kite tengok la cite pe yang ade. kalau sempat la nak mewayang pulak. petang ni nak ngedate ngn bff dia. dari semalam dah tanya nak pegi pukul bape. tak nyabor sungguh. *_*
nak pegi detink ngan hanif.
ajak ibu n dedi. hah??? dedi lagi. =__=
ape2 je la abang oi.
nak mandi lepas tu tuju rumah mak dulu. tengok2 ape yang best. hahahahah! kbai.
ni budak lom mandi tapi dah tengok tv sambil ngomel2 sendiri. pastu x sudah2 dedi je semenjak 2 3 hari ni. sape ajo????? ♥♥
assalamualaikum
entry basi yang kekal jadi draf sebab empunya blog yang konon2 bz x siap mengarang. ;p
ini kisah bakal ahli keluarga yang baru. pengganti seseorang dari masa lalu dan seseorang yang bakal rapat dengan aku. mungkin la. o_O
kak ina ni sepupu yang paling tua antara sepupu sepapat yang lain. kitorang rapat sebab masa kecik2 dulu dia la yang melayan aku 2 beradik. yang dengki kitorang pon die jugak. huhuhuhu
apepon.. doakan yang terbaik je untuk dia. semoga dia bahagia dengan pilihan yang baru ni nanti.
setiap orang berhak untuk membahagiakan hidupnya sendiri walau mungkin perlu berusaha berkali2 sebelum memiliki kebahagiaan itu.
bakal suami dia ni pandai pulak sesuaikan diri dengan family kitorang ni. ade je idea nak sembang, nk beramah mesra gitu. ;p
siap sponser bbq lagi. muahahahahah!
usaha betol cik abang tu nak mengambik hati. tapi, maaplah ye. awak je yang sakan kipas bbq tu. kami makan je sampai licin. ;p
nyembang kemain dengan semua orang, kecuali diriku. maap ye bang, saya sekarang slow sikit.nak sembang pon taktau pasal pe. menjawab bila ditanya je. tapi bukan sombong ye. saya ok je sebab bukan saya yang nak kawen ngan abang. ;')
esoknya...
setelah 2malam dia tu berkampung kat rumah atok, sekali pandang macam dia tu satu kapal pulak dengan kitorang yang balik cuti2 ke kampung. sampai.masa nak balik.
tenkiu la untuk kfc tu ye. saya tak teringin sangat nk makan kfc tu; tapi nak jaga hati punya pasal saya ikot je la. pluss,, saya nak posing dengan anak2 saya je.^___^
cepat2 kawen ye. x saba nak posing atas pelamin korang pulak. :)
Assalamualaikum
Perjalanan menuju ke mersing lancar. Kereta banyak atas jalan raya tambah selekoh yang kemain la ngeri, mak encik ni pulak dah lama tak drive jenjaoh membuatkan kami sampai lewat dari selalu. ;p
100km/j je oke. Penyu lagi laju. Hehehehhe~
Tapi takpe,bia lambat asal selamat. Lagipun xde pe yang nak dikejarkan. Yang penting dapat balik kampung. ;)
Kalini balik jumpa sedara mara tanpa suami. Cuba tenang menjawab soalan tiap sorang bila masuk bab suami. Kalini kami bawak haluan sendiri. Dia ke sana dan saya kesini. Alhamdulillah takde soaljawab yang banyak walaupon masing2 muka penuh tandatanya.
Kali terakhir balik mersing masa raye aritu. Lamenya.....dkt 6bulan dah. Ni lagi 1 kes yang bercanggah dengan kebiasaan.
Dulu..dalam sebulan paling tidak pon sekali mesti balik sini. Aku ni la cucu yang paling rapat dengan atok n pakcik yang sorang ni.
Sangat rapat dan manja sebab diorang akan bawak n belikan aku macam2. ;)
Beruntungnya diri.
Sekarang..rumah ni macam jaoh sangat dari rumah aku. Walhal stay kat kluang je pon, bukan putrajaya. =__=
Kesian diorang. Kesian aku juga. Aku rinduuu
Semua yang ada kat mersing tu. Walaupon kenangan takdapat diputar semula, Aku tetap mahu menikmati segala kenangan yang tercipta kat sini.
Angin kuat tepi pantai sampai kusut masai rambut. Deru ombak yang mengkhayalkan. Laut yang luas melenyapkan semua masalah.
Seronok.
Setelah sekian lama..kembali ke sini dengan makayah dan anak2. Momen yang dah lama hilang dari kebiasaan hidup.
^____*
Assalamualaikum
Berjalan menuju ke kampung halaman. Membawa diri sendiri. Pertama kali drive sendiri setelah bertahun jd co pilot.
Permulaan untuk semuanya. Semoga perjalanan ini dapat memberi ketengan dan semangat baru. Amin.
Ok. Serius rindu pada pantai mersing!
assalamualaikum!
tetiba rajinnnnnnnnn nk hapdet di pagi jumaat ni.
bangun lewat n cepat2 buat sarapan. arini memang takde rasa nak makan luar. nape ntah rajin sangat. ke jemu nak makan lua? ;p
jumaat ke 2 semua ade kat rumah. jumaat lepas sorang keje sorang cuti. tapi rupanya2 xde beza sangat pon kalau sama2 cuti. tetap melayan rutin masing2.
cuti panjang hujung minggu ni. takde perancangan kemana2. macam mana nak plan bila masing2 diam 1000bahasa.
cuti kat rumah pon ok je. tengok anak2. layan ragam diorang tu. lapa kita makan, bosan kita tido.
cuba beri ruang untuk diri sendiri menikmati hari cuti ni. lagipon..ada isu yang perlu diselesaikan,ada keputusan yang perlu dibuat dan ada permintaan yang perlu disuarakan.
semoga dipermudahkan segala urusan, dicekalkan hati dan diberi petunjuk dalam setiap tindakan. mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang2 di sekeliling.
amin...
sekarang mengadap budak kecik ni. dah minum susu berbotol2 tapi tak tido jugak. T____T
nampaknya ibu je r yg ttido cenggini.
assalamualaikum..
hari sabtu lepas hubby kena attend kursus utk semua staff bank rakyat. seharian jugak la kursus nye tu. ikut plan asal semua selesai dalam pukul 10malam. masa tau tu dah pening jugak pikir halatuju aku anak beranak seharian tanpa dia. =_=
dek kerana tak mampu nak plan kemana2,aku settle kan kerja rumah je sampai setengah hari. Mendobi. menjemur. melipat. masak lambat sikit sbb aku nak kena pegi rumah mak ambik daging korban. kekonon nak buat blackpepper arini.
lepas sidai kain aku baring ngadap tv jap. ajak fareeq sekali. mata dah serebeh menahan ngantok, kalau aku tak kepit dia memang alamatnya tak tidola.
siap kemas tengahari tu. langit pon kemain mendung,tunggu masa nak hujan je. kena cepat pegi rumah mak ni. Nasib baik fareeq pon dh bangun. sengih je dia bila aku suruh pakai kasut, tau noo nak berjalan. ;p
sampai je rumah mak, hujan pon turun selebat-lebat tidak. selamat la aku anak beranak.
bestnye kat rumah mak ni,dapatlah aku isi perut sikit. pagi td aku breakfast roti ngan milo je kot. jadi bila dapat kari daging mak, memang cun sangat. ;)
nak balik pon x boleh. hujan siap berdentam dentum kat lua tu. stay dekat 2jam jugak. sampaila dekat2 5petang aku pon ready nak balik. nk masak la katekan. hahahhha!
bila semangat nk masak datang,berkobar la. cer angin malas datang? tengok bontot kuali pon taknak. ;p
sebelum balik,hubby whatsapp. kursus die ni abes awal. mungkin lps maghrib dah abes. Bank ada sediakan hotel untuk staf sebab plan asal kan kursus ni sampai lewat malam.
nak tido hotel tak??
waaaaa!!!!! soalan apekah ini? laju2 cakap nak walaupon hakikatnya hotel tu kat bandar kluang je. sesekali ditaja best jugakkan. hotel paling kelass kat kluang ni. tarap 3bintang je kot. ;p
hilang terus semangat memasak tadi. Farish yang tadi xnak ikut balik pon alih2 nk ikot aku. sebab? nk tido hotel. ade pool. motip sangat ko nak!
balik rumah siapkan budak2. mandi semua la. bawak baju sorang sehelai je. Yang penting susu anak,ada.
sebelum pegi hotel,aku bawak bebudak makan dulu kat mcD. Sejuk2 ni cepat lapa. orderkan bubur ayam untuk fareeq, mc Chicken farish punya dengan ayam goreng untuk mak diorang ni.
settle bab makan,baru bergerak ke hotel yang ambik masa 15minit jugak la nak sampai. parking kereta pastu terus ke tingkat 11. phewww..tinggi x agak2.
banyak mulutla budak berdua beradik tu. sana sini semua nak tanya. kesian pulak rasanya,last tido hotel november taon lepas kot. masa pegi marathon holiday tu.
doakan ibu ade rezeki lebih ye,nanti kite cuti jaoh sikit ok. Sekarang ni dana banyak mengalir kat kos belajar abang. nanti settle bab sekolah, kita plan holiday.
ok balik bab tido hotel ni. malam tu puaslah berinternet. selalu kat rumah lain macam siput kan, kat sini gunalah puas2. download semua kartun untuk anak-anak. Tab tu dua2 aku dah clearkan. game yang macam x best aku dah uninstall. biar banyak space kosong utk masuk video diorang.
kalau kat rumah aku dah membebel suruh tido, malam tu aku bg chance. mainlah selagi korang nak main. tu yang sedar2 diorang tertido sendiri. tengok jam dah 12tengahmalam. padanla pon tertido..
lena sangat tido kitorang. aircond memang sejuk. sampai bisa tulang aku dibuatnya. Kalau orang selalu komplen aircond x sejuk,aku pulak nak.komplen sejuk. aku dah minima kan pon same je sejuknya. dah aku bergulung dalam selimut macam tenggiling. T__T
farish yang paling awal bangun pagi tu.mungkin dah terbiasa bangun nak pegi sekolah. fareeq tak bergerak lagi. tertiarap baik je aku tengok. feeling2 holiday kat oversea ke? hahahahah!!
mandi2 terus turun breakfast. muka aku pon suci bersih je. Tak kuasa mekap.
tapi tu la satu masalah aku. bila time aku sehabis poyo macam ni la aku terjumpa orang2 dikenali. stress tau.
nasib baik meja jaoh dari orang. aku tunduk je makan. orang tegur aku hai2 jek. maapla aku bukan sombong,cuma aku tak konpiden bila serabai2 cenggini.
menu hotel ni, biase2 je. ade lontong kering,mihun goreng,bubur. bebudak aku kasi cereal je. Bolehla sebab free. tak penah aku breakfast sini. selalu kalau attend event pon same ade lunch o dinner.
lepas siap terus naik atas. singgah swimming pool dulu. usyar line. farish dah tersipu2 masa tu. memang takkan punyala dia nak mandi campur budak2 lain. Las2 die cakao nak mandi pool yang dalam bilik je. ;p
bilik dah jadi tongkang pecah dikerjakan budak2 ni. Siap main sorok2 celah katil. terjerit terlolong macam tarzan. lantakla, arini mak nak cuti membebel. hahahah!
sebelom check out harus posing sakan. mintak.farish snap kan pic. abes semua goyang. orang belum ready dah snap. geram jek. selalu elok je dia amek. ni jadi blur sebab die sebenarnya taknak snap tapi kena paksa. ;p
nak gamba dgn hubby pon xdapat. susah tau dikelilingi orang x sporting ni. stress mak.
biarlah mak snap sendiri. asal bahagia. yang pasti makcik tukang kemas ni mesti makan hati tengok bilik macam kapal karam. ni stay semalaman,bayangkan rumah yang stay hari2 tu? ;p
tengahri tu balik ke pangkal jalan. semangat nak masak blackpepper yang terbengkalai semalam. Sesekali kalau holiday belakang rumah macam ni best jugak. nampak kan muka bahagia aku tu? hahahahahahhahaah!!
Assalamualaikum
Kembali lagi. Tetiba rasa nak share semuanya kat sini. Cuti dua hari tapi macam2 keje dah dibuat. Macam2 kisah ade.
Aku. Malam ni jam 12tgahmalam masih terkais-kais menyiapkan semua kerja yang masih belum sempurna.
Anak-anak dah tido. Bolehlah aku mulakan misi. Selagi tak tido tak dapatlah aku nak mengemas. Dan kerana nak tunggu diorang tido, maka terpaksalah aku bertahan sampai jam ini. Tak lama lepas tu aku tengok,si suami pon dah masuk tido.
Teruslah aku mulakan apa yang sepatutnya dah selesai....
Sepanjang mengemas tu, aku pon melayan rasa sendiri. Ini pertama kali aku kena berjaga malam semata-mata nak kemas rumah. Sebelum ni aku cuma dengar kakak2 kat opis tu bercerita.
-bangun jam 4pagi sebab nak kemas rumah-
Masa tu aku fikir diorang tak pandai ejas masa. Diorang gagal urus masa diorang. Diorang tak boleh urus rumahtangga dengan baik.
Tapi sekarang;
Aku lalui sendiri. Kena tunggu anak2 tido baru boleh buat keje. Ataupun kena tunggu diorang kat rumah mak. Masa tu aku bebas nak kemas ape saje.
Mata mengantuk tapi aku buat2 tak paham. Letih. Siang dah memang tak menang tangan. Tak sempatnya nak bersandar layan tv. Ade menda nak dibuat. Ade je permintaan yang nak kena penuhi.
Ini cerita aku. Perempuan yang ada 2orang anak. ye mungkin ade yang cakap 'ala..baru 2'
Aku memang x terbayang kalau ade lebih dari tu. Huhuhuhu~
Mungkin aku gagal urus masa. Mungkin aku tak reti urus rumahtangga. Tapi hakikatnya aku dah cuba sebaik mungkin.
Sesi mengemas rumah aku cuma pada hujung minggu.hari2 bekerja lagilah aku tak mampu.
Bangun pagi siapkan diri sendiri. Lepas tu kejut farish jam 730pagi. Bayangkan ade setengah jam lagi masa nak masuk opis.
Terus mandikan farish. Belum masuk bab menangis bila bangun pagi. Bab nak mandi tapi nak duduk atas lantai. Taknak gosok gigi. Nak pakai baju sekolah sambil baring je. Nak dokong masuk kereta. Macam2 oiiii! =__=
Kadang2 stress. Sangat stress. Fareeq mudah sikit. Tak nangis2. Hurmm...dulu farish pon takde nangis2. Baru2 ni jek. Apesal ntah. Kalau sempat aku mandikan la fareeq tu. Kalau tak, mandilah dia kat rumah mak nanti. Tapi yang mesti aku sediakan pagi2 tu adalah susu. Si kecik ni asal celik mata je nak susu. ;)
Pecut ke rumah mak. Turunkan fareeq terus patah balik ke opis. Farish selalunya aku tapaukan kuih je untuk alas perut. Takpon roti gardenia je. Nanti kat school ade makan lagi.
Masuk opis. Jam 1130pagi keluar jemput farish. Hantar rumah mak, then patah balik ke opis. Agak jaoh sebab rumah mak tu melintas kawasan rumah aku.
Cuma kadang2 mak atau ayah keluar jemput farish. Ni je la yang buat aku rasa ringan sikit. Mak ayah dekat kan.. ;)
Sambung keje. Petang balik terus amek budak2. Jarang kot aku jemput diorang then terus balik rumah. Yang mengasuh ni mak aku. Takkan la aku nak buat poyo je terus balik. Duduk jugaklah jamah segelas dua air.
Sampai rumah sendiri dah nak maghrib. Mandi2 segala barulah mencari menu untuk isi perut. Lepas makan siapkan farish punya kerja sekolah. Anak aku yang sorang ni kalau tak kena gaya maghrib dah tido. Sebab dia tak tido siang. So kalau doa dah tido awal tu trpaksalah buat homework kat opis aku esok.
Nak suruh tido pon satu hal. Kena ade ibu baru nak tido. Nak berpeluk jugak dengan ibu ni. Salam ibu,kiss ibu. Ok pejam mata sekarang. #_#
Dan selalunya.......
Ibu tertidur dulu dari budak2 ni. Maap la ye. ;p
Sudah siap mengemas. Jam pon dah 1lebih. Sangat marveles kalau tiap wiken macamni. Esok dah kena bangun awal pagi. Dulu aku ingat bila anak dah besar sikit ni kuranglah letihnya. Tapi rupa2nya sama jek. Ade je akal diorang ni.
So, baby & toddler is just a same.
Dua2 meletihkan. Tapi selagi ada hayat,ibu bertahan je. Memang lumrah hidup macam ni kan.
Aku masih rasa alangkah bertuahnya kalau aku boleh spend a whole day dengan anak2. Biar penat tapi aku nampak sendiri tumbesaran diorang. Hmm..mungkin Dia lebih tau hikmah dibalik semua ini. Sebab tu aku cukup hargai tiap saat yang aku ade bersama2 diorang walaupon cuma pakaikan bedak atau tukang bersihkan diorang yak~
♥♥♥
Assalamualaikum~
Entry bulan lepas aku ade cerita pasal period yang lambat. Alih2 bulan ni pon sama. Patut period 11hb tapi sampai 16hb x jugak datang2.
Gulp!
Gatal je tangan nak buat upt. Konfem ade ni. Sangat2 dah lambatnye. Tapi nantila. Ni kat rumah mak mentua. Tunggu kat rumah sendiri nanti baru test. Dah lepas tu tak memasal aku g google segala entry pasal pregnancy.. .
Mula2 takut. Lepas tu makin lama macam excited pulak. Siap berkira2 due date aku nanti. Masa tu bulan mei. Due nya sehari sebelum besday ke3 abie. ;)
Wahhhh...macam tak caye je aku bakal ibu kepada tiga anak. Mesti best ade baby baru ni. Abie pon dah besa masa tu. Hehehehe~
Aku pon sembang2 dengan encik suami. Tekak meloya loya jugak. Ececehhhh~
Tanda2 nak period tu memang tak ado. Pening2 lalat campur loya2 jek. Siap standby minyak angin dlm beg tangan. Memang psiko. Aku macam tak sedar pulak tanda nak period dengan pregnant tu kan lebih kurang jek...
Lepas tu kebetulan badan ni memang cepat letih. Dah 3 4 malam jugak aku tido awal. 9malam je tido. Tak payah tunggu lama. Dapat bantal terus lena punya.
Mengada pon semerta datang. Sesikit:
'awak..be nak makan. Lapa. Mungkin sebab ade baby la ni'
Padahal memang selalu pon aku asik kebuluran. Menggedik sangat guna alasan baby. ;p
'awak....pinggang be lenguh. Tolong urut sikit. Sebab penat pembawaan baby la ni..'
Si suami pon gosok2la pinggang bini dia ni. Tak la lega pon. Tapi best sebab dia layan. Cuba selalu aku mintak picit, die tekan 2x je lepas tu dahhhh.
'awak tolonglah siap2kan bebudak ni. Tengok pampers dah penuh belom. Be nak tido. Lagipon tak lama lagi dah nak ade 3 Orang anak....'
Teruslah dia volunteer nak siapkan anak2. Cuma budak dua orang ni je tak sudi. Tetap jugak nak harap ibu. T_T
Seronoknya bila laki melayan smua. Muka dia tak la macam excited pon kalau aku ni preggy. Aku pon tak tau dia tu suka ke tidak. Gitu je aoh mukanya. Tapi kalau tengok cara, macam ok. Hahahahah!
Ayuh gosok2 perut. Part ni memang aku over sangat! Dah berangan dah nak tulis surat mohon dikecualikan pakai uniform sebab mengandung. Usyar2 gerobok tengok baju2 yang match nak pakai sebab lepas ni aku dah buncit. ;)
Tengok2 baju baby. Beritahu hubby kena beli semua baru nanti sebab baju lama abie dah pakai sampai lusuh terus. Mana la tau kot yang kalini baby girl kan. ;p
Sekali pagi ni.........
Kakao talk la suami aku tu;
'awak,be sedih.....'
Die reply;
'jepon kan.'
Cet! Terus la memanjang aku meluah rasa. Ai is feras. Apasal mai lewat2 tapi tak jadik? Sentap jugak.
Percubaan masih gagal. Dalam masa yang sama aku ragu2 sebab aku ni jenis on time,tetiba lewat kenapa ek?bukan lewat sehari dua tu. Ke sebab makan acar nenas kat rumah pengantin kelmarin? Huhuhu~ =___=
Takpela takpela... Nanti kite try lagi la. Haritu rasa macam tak la teringin nak mengandung sangat, tapi bila tak jadi macam tersedih la pulak. 2 hari aku tak lalu makan.huhuhuhuhu~
Assalamualaikum! ;)
selesai sudah dengan jayanya majlis raya kastam kluang. Ramai jugak jemputan2 nya. Aku bajet staff dengan ex staff je,sekali berduyun duyun orang yang aku tak kenal ade kat majlis ni.
2 ekor kambing dah tergolek seksi dan mengiurkan. Telan air liur menengoknya...
Lagu2 raya dah bergema satu opis ni. Budak2 dah berlari kesana sini. Memang happening. Masa aku sampai tadi dah 8.15, tapi bff aku yang 2orang tu tak nampak kelibatnya lagi. Harus 'grand' sangat sebab tu sampai lambat. Hikhikhik~
Ohh lupa beritau,malam ni aku datang dengan mak. Tak lupa jugak double F ibu. ;)
Encik suami ku memang tak ikot. Malas katanya.
Tiba je opis malam tu. Kelam kabut menyusun duit2 raya. Ni part keje aku. Farish pulak mengekor jek dari tadi. Bukan main lagi die ye. Kehulu kehilir eskot ibu.
Port khas anak beranak aku. Depan photobooth. Senang nak berposing. Heheheheh~
Sekali dah posing,farish kemaruk nak bergambar je. Aku tau die syok pose dengan props segala. Anak hai anak,menurun peel gila gambar ni. ;p
Barisan2 bersatu mengutip duit raya. Aku ni setia berdiri sebelah bos. Tengah ralit menengok budak2 beratur ambik duit raya,tetiba.. Haishhh!!!
Farish hafiy la!
Nasib mak xde sakit jantung, kalau tak matila terkejut bila farish beratur elok je nak ambik duit raya. #__#
Zaman bila anak aku ni kemain berani lagi ek? Transformasi dah sekolah la ni kot. Alhamdulillah~
Lepas tu dah hujung2 barisan tu,aku nampak farish lagi. Tengah pimpin abie ke depan. Nak jugak ajak adik die. Hihuhi~
Masa makan yang dinanti! Ambik semua jenis makanan. Kambing,ayam,nasi,mi,sosej,roti. Semua ade. Kehulu kehilir mengusung makanan. Harus makan sampai kenyang. Silap2 tersandor terus. ;p
Aku baru nk duduk menyuap nasi farish dah ajak teman die basuh tangan. What the?!
Nampak tak betapa sibuknya aku tadi sampai orang dah siap makan baru aku terhegeh2 nak makan? =_=
Sesuap..dua suap. Tengah syok jilat jari tu nama iols dipanggil.wahhhhh!!! Dapat cabutan bertuah ler~ ^_^
Rezeki lagi. Masa join bowling dulu pon dapat, arini pon dapat lagi. Rezeki anak2 la ni. Time dorang ikot ibu, mesti ade luck. ;)
Makan. Bergambar. Makan lagi. Gambar lagi. Sampai sudahnye macam tu.
Nasib budak berdua ni pon ok. X meragam. Sempat la tapau sikit untuk bawak balik rumah. Untuk pakwe yang kat rumah tu dengan buat stok breakfast esok. Heheheh~