Showing posts with label kisah baby. Show all posts
Showing posts with label kisah baby. Show all posts

Monday, 16 December 2013

Baby baru dalam proses

assalamualaikum
sehari selepas konsert smartreaderkids, aku dapat berita yang adik (cu kesayangan anak2 aku) tu positip berbadan dua.
ingatkan ape yang cemas sangat call aku pagi2 buta. Aku baru nak tebus masa tido sebab semalam dah kena bangun awal. heheheh~
lepas makan2 semalam, aku ajak cu gi watson. sebelom ni die dah buat upt tapi resultnye menghampakan. Semalam aku tanya dia dah period ke,dia kate belom. so aku ajak beli upt lagi. Kalini aku yang pilih nak yang pesen mana.
berkat tangan aku kot. positip dah. ;p
semua teruja. mak bapak aku pon teruja macamlah tak pernah bercucu. tu dua orang budak tu silap2 buat dorang serik bercucu. hahaha!
bateri tak penah low punya budak. selagi celik mata ade je akalnya. kadang2 aku rase aku yang serik nak beranak lagi. mase diorang kecik aku rasa ok je. bila dah makin besa ni aku rasa x larat gila. memang sampai nak gila juga.
masihg2 pakat berangan kalau baby cu tu nanti perempuan. haahhahah!
ritu kemain nak merasa jaga budak lelaki mak ayah aku tu. jangan2 serik jugak. ;p
tak kisahla baby ape janji sihat sempurna. sebenarnya aku pon harap cu dapat anak perempuan. dapatla aku kurangkan sikit keinginan aku kat budak perempuan. nak tunggu anak sendiri tak tau bila. ^_^
aku taktau berapa minggu kandungan cu sekarang ni. dia lagilah taktau. Tak penah allert dengan tarikh period dia. Berbuih mulut aku ni pesan suruh catat. aku dari awal kawen sampai sekarang buat macam tu walaupon pada masa yang aku sendiri tau tak memungkinkan aku pregnant.
sudahnya kena scan la nak tau dah berapa usia kandungan tu. gerammmm jek. nanti bila takde tarikh yang tepat macam ni akan jadi kes terlebih hari terkurang hari sebab dah salah kira. masa tu baru kau tahu erti penyesalan. >__<
selang dua hari lepas tu aku bawak cu pegi scan. memang ada baby tapi usianya tak konpem lagi sebab masih awal.doktor bekalkan asid folik dan suruh datang lagi sebulan. selebihnya aku pesan jaga diri je la.
seminggu dua memula tu ok. kemain semua mende dia nak makan. masuk minggu ketiga...
mabuk kot.
tak muntah tapi tekak rasa semacam je katanya. makan pon x selera dah. yang lagi tragis,cu tak suka melawa langsung!
ni part aku paling gelihati sebab dia tu terkenal kaki melaram tapi bila dah preggy ni,sebatang gincu pon kau tak mampu nak pakai. muka original set habes. cuma dia bernasib baik la kulit muka flawless xde sebintik jerawat pon. kalau tak mana mampu nak.tayang kulit sopak berbulan lamanya? ;p
badan dh melebar nampaknya. stok baju2 lama aku pon dah dikorek. akhirnya mengandung pon ko. kalau tak tiap2 bulan muka frust bila cik period datang. ok la tu Dia bagi chance ko lakibini honeymoon 6bulan pertama kawen ni. lepas ni dah ada anak,bukan tak boleh honeymoon lagi tapi payah sikit ler..
ok. adios.
doakan  kandungan cu melalui masa2 tumbesaran yang sihat dan cu pulak terus membesar dengan sihatnya. hahahahhah!

Terima Kasih

Wednesday, 18 September 2013

Penantian bulan ini

Assalamualaikum~

Entry bulan lepas aku ade cerita pasal period yang lambat. Alih2 bulan ni pon sama. Patut period 11hb tapi sampai 16hb x jugak datang2.

Gulp!
Gatal je tangan nak buat upt. Konfem ade ni. Sangat2 dah lambatnye. Tapi nantila. Ni kat rumah mak mentua. Tunggu kat rumah sendiri nanti baru test. Dah lepas tu tak memasal aku g google segala entry pasal pregnancy.. .

Mula2 takut. Lepas tu makin lama macam excited pulak. Siap berkira2 due date aku nanti. Masa tu bulan mei. Due nya sehari sebelum besday ke3 abie. ;)

Wahhhh...macam tak caye je aku bakal ibu kepada tiga anak. Mesti best ade baby baru ni. Abie pon dah besa masa tu. Hehehehe~

Aku pon sembang2 dengan encik suami. Tekak meloya loya jugak. Ececehhhh~

Tanda2 nak period tu memang tak ado. Pening2 lalat campur loya2 jek. Siap standby minyak angin dlm beg tangan. Memang psiko. Aku macam tak sedar pulak tanda nak period dengan pregnant tu kan lebih kurang jek...

Lepas tu kebetulan badan ni memang cepat letih. Dah 3 4 malam jugak aku tido awal. 9malam je tido. Tak payah tunggu lama. Dapat bantal terus lena punya.

Mengada pon semerta datang. Sesikit:

      'awak..be nak makan. Lapa. Mungkin sebab ade baby la ni'

Padahal memang selalu pon aku asik kebuluran. Menggedik sangat guna alasan baby. ;p

      'awak....pinggang be lenguh. Tolong urut sikit. Sebab penat pembawaan baby la ni..'

Si suami pon gosok2la pinggang bini dia ni. Tak la lega pon. Tapi best sebab dia layan. Cuba selalu aku mintak picit, die tekan 2x je lepas tu dahhhh.

     'awak tolonglah siap2kan bebudak ni. Tengok pampers dah penuh belom. Be nak tido. Lagipon tak lama lagi dah nak ade 3 Orang anak....'

Teruslah dia volunteer nak siapkan anak2. Cuma budak dua orang ni je tak sudi. Tetap jugak nak harap ibu. T_T

Seronoknya bila laki melayan smua. Muka dia tak la macam excited pon kalau aku ni preggy. Aku pon tak tau dia tu suka ke tidak. Gitu je aoh mukanya. Tapi kalau tengok cara, macam ok. Hahahahah!

Ayuh gosok2 perut. Part ni memang aku over sangat! Dah berangan dah nak tulis surat mohon dikecualikan pakai uniform sebab mengandung. Usyar2 gerobok tengok baju2 yang match nak pakai sebab lepas ni aku dah buncit. ;)

Tengok2 baju baby. Beritahu hubby kena beli semua baru nanti sebab baju lama abie dah pakai sampai lusuh terus. Mana la tau kot yang kalini baby girl kan. ;p

Sekali pagi ni.........
Kakao talk la suami aku tu;
  
      'awak,be sedih.....'

Die reply;
      'jepon kan.'

Cet! Terus la memanjang aku meluah rasa. Ai is feras. Apasal mai lewat2 tapi tak jadik? Sentap jugak.

Percubaan masih gagal. Dalam masa yang sama aku ragu2 sebab aku ni jenis on time,tetiba lewat kenapa ek?bukan lewat sehari dua tu. Ke sebab makan acar nenas kat rumah pengantin kelmarin? Huhuhu~ =___=

Takpela takpela... Nanti kite try lagi la. Haritu rasa macam tak la teringin nak mengandung sangat, tapi bila tak jadi macam tersedih la pulak. 2 hari aku tak lalu makan.huhuhuhuhu~


Terima Kasih

Wednesday, 4 January 2012

bila baby x poo poo

elow sumer!

smoga ceria ceriie d hari ni

arini mama nk share pengalaman mama
bila ank x poo poo dlm jgka masa yg lame

n_n





  ini la abie. PIc terlatest skali. Mama busan be2 sje sme die, then mama snap la. via Samsung Galaxy Tab 10.1. hahaha! (x memasal)

   Melangkah ke usia 8bulan, si kecik mama ni masih lom leh dudok. cme menyulurrr aje ke sne cni. Sgt la aktif melalak. huhuhu!
   Lihat la si kecik yg diberi susu ibu shj, kecikkk aje kn. Berat pon 7kg aje. adehh~ Minom punye la byk, mkn pon x kurang selera. Tp besa takat tu jugak. But as long as my paed kate ok, mama hepi sje.

   Mase abie baru2 lahir dulu,, die jarang sgt poo poo. kekadang smpai seminggu. Diakui, mama cuak mase tu. mama takot mama de slh mkn smpai terkesan pd abie. Percayalah, mama sgt2 mnjaga diet mama sbb mama xmau abie menanggong kesan.
   Sne cni mama cari info, tye kt KIM smpai la mama dpt keputusannye. BAYI yg minom susu ibu shj mempunyai 2 kebarangkalian. Sama ada die kerap poo poo atau jrg2 poo poo tp ble dh melabor tu boleh buat baja. ;p

     CERITANYE MCM NIE...
  

   mama yakin hmpir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tak poo poo beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya buang air besa stiap hari. Bayangkn kita mkn macam2 setiap hari, tapi buang air seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan buang air spt buang air besa seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan 1 perkara yg boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kpd masalah kesihatan spt kekurangan nutrisi atau penyakit lain yg lebih serius.
   Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak buang air besa selama beberapa hari sering berlaku. Mama pernah mendengar org mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Mama tak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tp mama pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak buang air besa selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu buang air besa. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.
Apa yang perlu di ambil perhatian?
(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak poo poo dgn kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?
(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut
   Sekiranya bayi anda tidak buang air besa, jgn panik. Monitor perkembangan bayi & sekiranya bayi tak sembelit ketika buang air, biasanya tak ada apa yang perlu dirisaukan.
(^_^)


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati