Monday 16 December 2013

Baby baru dalam proses

assalamualaikum
sehari selepas konsert smartreaderkids, aku dapat berita yang adik (cu kesayangan anak2 aku) tu positip berbadan dua.
ingatkan ape yang cemas sangat call aku pagi2 buta. Aku baru nak tebus masa tido sebab semalam dah kena bangun awal. heheheh~
lepas makan2 semalam, aku ajak cu gi watson. sebelom ni die dah buat upt tapi resultnye menghampakan. Semalam aku tanya dia dah period ke,dia kate belom. so aku ajak beli upt lagi. Kalini aku yang pilih nak yang pesen mana.
berkat tangan aku kot. positip dah. ;p
semua teruja. mak bapak aku pon teruja macamlah tak pernah bercucu. tu dua orang budak tu silap2 buat dorang serik bercucu. hahaha!
bateri tak penah low punya budak. selagi celik mata ade je akalnya. kadang2 aku rase aku yang serik nak beranak lagi. mase diorang kecik aku rasa ok je. bila dah makin besa ni aku rasa x larat gila. memang sampai nak gila juga.
masihg2 pakat berangan kalau baby cu tu nanti perempuan. haahhahah!
ritu kemain nak merasa jaga budak lelaki mak ayah aku tu. jangan2 serik jugak. ;p
tak kisahla baby ape janji sihat sempurna. sebenarnya aku pon harap cu dapat anak perempuan. dapatla aku kurangkan sikit keinginan aku kat budak perempuan. nak tunggu anak sendiri tak tau bila. ^_^
aku taktau berapa minggu kandungan cu sekarang ni. dia lagilah taktau. Tak penah allert dengan tarikh period dia. Berbuih mulut aku ni pesan suruh catat. aku dari awal kawen sampai sekarang buat macam tu walaupon pada masa yang aku sendiri tau tak memungkinkan aku pregnant.
sudahnya kena scan la nak tau dah berapa usia kandungan tu. gerammmm jek. nanti bila takde tarikh yang tepat macam ni akan jadi kes terlebih hari terkurang hari sebab dah salah kira. masa tu baru kau tahu erti penyesalan. >__<
selang dua hari lepas tu aku bawak cu pegi scan. memang ada baby tapi usianya tak konpem lagi sebab masih awal.doktor bekalkan asid folik dan suruh datang lagi sebulan. selebihnya aku pesan jaga diri je la.
seminggu dua memula tu ok. kemain semua mende dia nak makan. masuk minggu ketiga...
mabuk kot.
tak muntah tapi tekak rasa semacam je katanya. makan pon x selera dah. yang lagi tragis,cu tak suka melawa langsung!
ni part aku paling gelihati sebab dia tu terkenal kaki melaram tapi bila dah preggy ni,sebatang gincu pon kau tak mampu nak pakai. muka original set habes. cuma dia bernasib baik la kulit muka flawless xde sebintik jerawat pon. kalau tak mana mampu nak.tayang kulit sopak berbulan lamanya? ;p
badan dh melebar nampaknya. stok baju2 lama aku pon dah dikorek. akhirnya mengandung pon ko. kalau tak tiap2 bulan muka frust bila cik period datang. ok la tu Dia bagi chance ko lakibini honeymoon 6bulan pertama kawen ni. lepas ni dah ada anak,bukan tak boleh honeymoon lagi tapi payah sikit ler..
ok. adios.
doakan  kandungan cu melalui masa2 tumbesaran yang sihat dan cu pulak terus membesar dengan sihatnya. hahahahhah!

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati