assalamualaikum w.b.t
memulakan entry pertama pada tahun 2013 ini. 010113 jatuh pada hari selasa. cuaca pon baik2 saje. musim tengkujuh dah berlalu kot? :)
pertambahan setahun lagi
pertambahan usia
pertambahan kenangan
juga pertambahan perancangan
syukur alhamdulillah. diberi keizinan bernafas sehingga ke hari ini. sehingga berusia 24tahun kini. diberi kesempatan melalui fasa perkahwinan bersama suami tercinta, diberi ruang merasai pengalaman sebagai ibu kpd dua orang cinta hati saya. kekuatan saya. inspirasi saya. segala2nya buat saya.
tahun 2012 titik tolak permulaan. penghijrahan kepada sesuatu yg lebih 'manis'. menetapi gelaran saya sebagai isteri & ibu. ye. saya dengan rasminya memilih untuk 'menutup' semua yg bukan milik orang ramai. dan keputusan ini membuat segalanya kelihatan lebih sempurna & menyenangkan rasa. :)
rezeki ada dimana2 dan 2012 menjadi pemacu saya untuk terus berusaha, menaiktaraf kualiti hidup keluarga. percaya setiap yg dianugerahkan oleh Allah itu adalah rezeki anak2 saya, maka sekalipun tidak akan lupa untuk berkongsi rezeki Allah bersama mereka yang memerlukan. mudah2an rezeki kami sekeluarga ini terus diberkati & makin bertambah. amin.
berusaha memperbaiki keselesaan keluarga, sebuah kereta baru menjadi milik kami februari 2013. syukur lagi rezeki dariNya. kedudukan kewangan mengukuh dan semakin baik menjelang penghujung 2012.
bergelar 'peniaga' menuntut komitmen yg sangat tinggi. siang kerja di pejabat. petang pos order kepada pelanggan, malam packing segala order pelanggan. begitulah setiap hari. tapi saya x pernah mengeluh sbb pulangan dibalik kesulitan itu mampu membuatkan saya tersenyum lebar.
tak penat ke saya? ya, sangat penat. sampai kadang2 rasa kasihan pd hb bila tiap hari terpaksa menjadi pelanggan tetap kedai2 makan jalanan. saya tiada kesempatan untuk melakukan semuanya. segala urusan selesai paling cepat jam 11malam dan waktu saya mencari cinta hati saya untuk berkongsi cerita,mereka sudah lena dengan sendirinya.
saya melalui saat2 sukar itu berbulan lamanya. tapi mujurlah akhirnya saya lali dengan tugasan2 harian itu. saya kini lebih tangkas menguruskan segalanya.kerana saya kini sudah ada pengalaman sendiri. :')
sepanjang tahun ini juga ada beberapa destinasi percutian saya & keluarga. semuanya sebagai 'upah' untuk mereka yg selama ini sentiasa disisi saya.
cinta hati saya |
little family of mine |
inspirasi & kekuatan saya |
saya cinta anda semua! ^_^
saya hanya manusia biasa yg akan terus mahukn sesuatu yg lebih baik. semoga Dia terus memberi & saya terus bersyukur. :)
so, di tahun 2013, saya nak:
.variasikan perniagaan yg ada.
.bercuti keluar negara sama keluarga.
.tambah pelaburan yg sedia ada.
itu saje buat masa ni. plan banyak2 pon x guna kalau satupon x jadi ye x? :p
sekali lagi terima kasih pada semua follower blog ini. semoga tahun baru ini penuh dengan kisah2 gembira sahaja. bye! :)
god luck kak ! (n_n)
ReplyDeleteGd luck utk kite. ;)
ReplyDelete