Sunday, 16 December 2012

Ladies day out la kekononnya!



Wajah2 riang kami. Jarang2 hang out begini time rehat hari jumaat.

Ni antaranya je. Ada 1 group lg yg tgh merayap sekitar mall tu.

Ni kes menghabiskan sisa pendapatan terakhir memandangkan minggu dpn dh gaji. ;)

Kami lunch di chicken rice shop. Ye. Seperti banyak sangat duitkan. Patotnya hujung2 bulan ni mkn warung je yg paling mahal pon rm 7 siap air seorang.

Macam yg diberitahu tado. Mungkin smua nak menhhabiskan sisa duit. ;p

Masa nak bayar bil si petugas yg dr awal td peramah dgn we ols tu tnya.

"keje kastam ea?"

Diriku senyum kelat. Tak tye ada keje kosong mesti tye henpon murah2. T_T

Ade kad tak bukti kje kerajaan sbb kt sini staff qov dpt less 10%.

Gulp!! Biru muka semua.

Cepat2 diriku kasik authority card yg lama lapok dlm purse. Last guna utk diskaun bagai ni mase booked hotel utk event catalyst kat nilai dlu.

So total kami rm 61++ aje. Okla kn less 10%.

Keluar dr situ masing2 mengeluh. Dh beratus juta kali makan kat chicken rice shop, hampeh x sorg pon tanya.

Nampak sgt muka xde tokoh org kje kerajaan. Rupa surirumah je lebih kot? ♥♥

5tahun lebih kje kastam baru tau kemudahan yg diberi pada kami. Lawak la sgt.
Tp sekurang2nya lps ni dh tau la kan.

Kalau kfc,pizza,mcD & fastfood restaurant yg seangkatan dgnnya pon bg special benefit gini kan bagus? Hahahhaha!! Over lettew~

Terima Kasih

Wednesday, 12 December 2012

holiday kami PART 1

ASSALAMUALAIKUM


   kami bercuti lagi. kali ni edisi ke 3 dlm taon 2012. first dlu trip ke PD on mac & Cameron Highland pd bulan jun rasanya. :)

   Seminggu sebelom,, en HB ade la usik2, suruh cuti nk g Bukit Tinggi, Pahang. Kami ignored je. Die memang suka kasik panas cmtu. =__=

   satu ari kt opis, kite ni try la google2 Bukit Tinggi tu......

   Ohh... yg mcm kt overseas tu ea?

   ***TERUJA SEKEJAP***

Cuti berselang seli minggu tu memang agak best untuk 'kaki cutian' mcm kite2. janji $$ mengizinkan.  maka cuti pon di apply baik2.

isnin keje. selasa public holiday. Mcm yek x yek je kan. lagipon kitorang baru join family day ahad lepas. hurm........

malam selasa tu,, kite ni buat2 tanye la. "Kata nk g Bukit Tinggi?" +____+

hehehe~ maka berkemas la kami malam tu. senang je kn plan kami? memang dh selalu cmni. Plan las minit. uNtung anak baru 2orang, kalau 5??? :p

*********************************************************************  


bertolak jam 6pagi & smpai jam 12thari kot. fuyoooooh~ tu pon sebab berlaku kesesatan sikit. :p

konon nk gne PAPAGO sangat. sekali kne auta. jalan berbelit bagai. :(

safely arrived
.
.
.
bukit tinggi, Pahang yg agak makmur
:)


first time tu smpai sini. of kos keterujaan sangat2. sepanjang umo 24 tahon ni, belom lagi jalan jaoh2 bagai. masok sini uols kena bayar RM 12 utk dewasa. anak2 x ingat pulak sbb anak kami free. hihihi~

LOKASI PERTAMA
 kampong jepon ni atas bukit tau. agak perit la nk menapak. 
abie pulak buat hal nk mintak dokong
.sempott.



ni view rumah si jepon
sangat mini & kiut
sesuai untuk yg kenit2 mcm saya :P

 

 mcm keadaan belakang rumah mak jek. 
saba jek la kat kameraman ni
xnmpk pon bentuk rumah
T_T

 

sila lihat kameraman pro nih
barula org tau ni rumah jepon
cuma...
budak berdua tu buat hal sendiri jek
*___*



asalnye..
si ibu nk pose perasan anak dara kat sini
:p
tapi anak yg sorang ni x bagi chance langsong la
..........




harus tepek muka anak
sebab ekspresi muka mereka selalu jujor
xreti nk kaver2 hensem ni
^_^

belom setengah jam kat sini, langit makin menggelap. penat. penat sebab si abang dh buat hal. maklom la, tak tido. @_@

upah aiskrim sebatang sorg. tapi, aiskrim yg biasenya rm 1 jd rm2 kat sini. jadi, paham2 la yek. hahhaa!



OTW turun ke tempat parking tu, hujan dah turun. aiseyhh.. kelam kabut lari. anak2 tu dh la x bawak topi & payung. :(

duduk dlm kereta diam2. ujan dh turun. kitorg belom pergi colmar lagi. macam mana nih??????????

drive slow2 turun balik ke colmar. hujan mmg mencurah curah punya. rest jap. layan bekal mcD yg kitorang beli tadi. 

tak banyak pose kat sini, sbb cuaca pon sgt tak mengizinkan nk posing melampau. huhu~





 selesai dalam jam 5ptg. terus turun bawah cari tempat menginap. plan nak stay janda baik, tapi x jumpe pulak homestay nya. 


                             ~~~~~~~~~~~~~tamat sudah hari pertama~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Terima Kasih

Kami bersama di kota singapura

Assalamualaikum.

Salam isnin & ceria selalu. ;)




Wajah ceria yg join rombongan persatuan wanita kastam (pewakas) ke singapura.

.Ahad.091212.9pagi.

Trip ni adalah agenda pewakas johor bahru. Kami dr stesen kluang ni memang suka join aktiviti2 cenggini. Lebih2 lagi part berjalan.

2hari sebelom trip diriku dh tuka ke matawang asing. 3orang yg join. Diriku. Liza. Puan pausiah. Kami tuka rm400 bersamaan dollar singapore 160. *_*

Gila kecik duit kita kan? Rm1 = dollar singapura 2.50.

Belom gaji tp kepingin berjalan. Hahahah! Bayaran untuk join trip ni rm 40. Ye rm40 sahaja. Tapi rm40 ni besa nilainya disaat akhor gajian. Untungla duit catalyst tu ada. Maka buat loan la dulu. Ngees~~


Variasi coklat kat sini. Banyak jenis dan nama.harga? Yg murah msti x bpe la sedap. ;p





Menu lunch kami. Nasi ayam 4dollar teh ais 1.70. ;)

Agak mahal. Rasanye sama je mcm nasi ayam yg biasa kita2 makan tu.




Pose je yg mampu. Kat sini barang mcm kamera,henpon mmg murah la. Tp murah manapon tengok2 je. Xde rasa nak membeli. ;)



Bergerak pulang lewat jam 6ptg. Apa yg dibeli??? Keychain,fridge magnet,coklat. Hahahah! Percutian yg sgt bajet.

Apepon asal hepi ok la kan.




Farish asyik tanya ibu g keja ea??

Bila ibu cakap ibu g jalan,,dia tanya pulak dgn sape. Layan je la~~~ =__=

Terima Kasih

Sunday, 9 December 2012

Kisah berpantang part 1

Assalamualaikum & slmt berhujung minggu~

Kesinambungan dr kisah bersalin yg lps,terasa nak cerita lagi. Kali ni part berpantang. Pengalaman yg baru buat wanita yg baru bergelar ibu. *banyaknya baru!* ;p

Disebabkan bersalin tengahari,maka perlu la tido semalam lagi kt wad.

Sgt la lapa cmpur ngantok. Mak mahupon hb x nampak bayang. Dua2 uruskan uri si newborn. Jam 4 opismate dtg. Kastam vs bank rakyat.

Mata sangatla ngantok. .lapa sampai rasa cm nk nangis. Ohh sungguh beremosi masa tu.

Nk masuk maghrib bru diorg smpai dgn bu ur nasi. Makan dgn lahap mcm org yg setahun x makan. Ataupon macam org yg baru lps kerja keras. T_T

lps makan tgok baby jap. Letihnya rasa. Badan berpeluh2 td tu lap2 je. Xmmpu berdiri. Kepala cenoneng sangat. Gi toilet hb & mak papah. Lps tu nurse tolong. Selebihnya baring. Terus ttido sampai pagi esok.

Doktor round pagi2. Check baby2. Pastu ibu2. Untungla dokto bagi balik. Seronokkkk!!

Perjalann dr sini ke rumah lebih kurang 20minit. Mcm2 posisi la nak kasi ngam dan selesa dlm kereta tu. Lagi xboleh blah sbb naik perdana hb yg seat melekuk mcm ape. Terseksa nk kua masuk kereta ni.

Sampai rumah mintak mandi. Mak masak. Xde tenaga yg optimum lahi masa ni. Nk bukak stokin pon mntk tlg hb atau cu. Seriau je rasa nak bongkok2.

Baby tido je. Baik. Minum susu tido,tido dan tido... Las2 kena kuning. Adehhh~

Kekuatan tido baby sgt la dahsyat. We all as new parent ni lagi la serba x kena. Jururawat desa dh dtg melawat lps kami call maklumkan dah selamat bersalin.

Mungkin korang xtau, aku ni check 2x je kat KK. Buka buku pon masa preggy 6mon. Lps opismate sibuk sgt suruh buat. Huhuhu~ dtg 2x pastu terus cabut. Malas la nak g. Leceh sikit. ;)

Berurut 3hari. Berbengkung versi real tradisional. Kain 4meter dibelah dua pastu jahit dan sepanjang2 itulah membelit body ni.

Yg dililit xpe lagi. Yanv membelit tu kesian. Bersepai2 peloh. Hahahaha!

Macam2 ubat kuning kami try. Moden sekali tradisional. Las2 yg serasi lendir pokok lidah nuaya tu. Rupanya lendir tu bfungsi mnyejukkan panas dlm. ;)

Susu dh start perah masa hari ke2. Sebab sakit amat bila kena bengkak susu. Paksa hb beli pam dan dia pon beli la pam cap fiffy yg rm30 rasanya. Tu pon cu yg suggest.perah2 dpt kolustrum. Masa tu tau dah cecair kuning ni bagus utk baby. Yg x best nya bila baby minum via botol susu avent yg kononnya mesra pengguna. Sesuai utk elak baby keliru puting.

Seminggu pertama tu dia minum botol jek.try direct ok. Dia dapat menyusu tp bila 'terlepas' dia tak reti nak melekap semula. Maka meraunglah mcm kena dera. Huhhhu~

Masa ni kami dh pilih nama untuk dia. Sicomel itu. Kami namakan dia farish hafiy.

Pam Setengah jam dpt 20z. Tu pon jenuh semua petua. Tepek kapur makan segala sambil sikat breast kasi susu lancar. Berpeloh2 masa tu semata2 nak bagi si anak susu ibu.

Sekali anak minum 2oz tu x sampai 5minit. Phewww~ cabaran sungguh & trpaksa la cover dgn susu formula.

Bila formula itu lebih mudah dr yg alami, semestinya semua memilih utk guna susu formula. Si ibu ttp xputus asa. Pam pastu simpan dlm peti ais walaupon masa tu dia tak sure berapa lama susu tu bertahan. Sudahnya lebih banyak hasil pam yg tumpah ke tanah berbanding yg masuk dlm mulut si anak.

Sedih sgt. Hanya mampu direct feeding kurang 5kali sepanjang sebulan pertama tu. Bila takde permintaan terhadap susu ibu lagi, aliran susu tu pon berakhir...

Ya. Baby membesar dgn semangatnya. Mngkin sbb susu tu. ;(

Kami bermula dgn susu mamex gold. Lpas tu masa farish jaundis dokto bagi pula similac dan pernah 1 masa farish muntah susu semula. Laju mcm paip tersembur. Ibu menangis lagi. Risau anak kecik itu kenapa.

Pengalaman menjaga farish pantang memang mencabar. Dengan masalah kembung perutnya.mungkin ini slh satu kesan pengenalan air putih terlalu awal kpd bayi. Farish trkena kekejangan.macam2 usaha kami buat. Termasuklah berubat kampung. Alhamdulillah menbuahkan hasil. Dia berjaga sepanjang malam dr jam 12 sampai ke pagi. X menangis tp mata bulat membuntang je. Bergilir2 hb dan mak jaga baby. Ibu sgt letih. Hanya mampu melihat dgn pergerakan yg sgt minimum. Lagipon luka bersalin tu masih ngilu dan sangat memakan masa utk sembuh. ;(

Bulan ke2 semuanya semakin baik. Farish semakin debab dan dh boleh tido mlm. Ibu pon kembali bertugas pada hari ke 62 kelahiran. Tu semua sbb cuti awal yg ibu pilih dulu. Huhuhu~

Terima Kasih

Friday, 7 December 2012

Kelahiran yg pertama kali

Assalamualaikum...

Selesai makan mlm sama mereka. Suami&anak2 tersayang. ;)

Ibu landing sekejap. Layan buletin utama. Suami? Mengadap tab. Ketagihan melayan game lettew. ==

Anak2 saya?? Makan biskut oreo dgn khusyuknya. Cuci mulut la kiranya. Abes hitam melegam mulut,tangan & muka.

Letih seharian ni. Lawatan 5S makin menyesakkan nafas. Kalini kami wakil peringkat johor pula. Dh dapat persijilan, skrg kena maintain pulak.

Bila org nk melawat masing2 mula la sibuk. Sibuk baiki sana sini. Hurmmm....

Sudahnya... Takde kesudahan. 18disember diorg dtg lg. Maka kebizian arini akan berulang lagi. =
=

Maka untuk hilg rasa celaru berkeladak semua2 ni..

Kita share kisah anak ye. Bila stress,
Ingat semula masa2 yg happy bersama kesayangan. Sure thap stress tu menurun. ;)

Sebulan slps bergelar rja shari, period yg spatutnya dtg x tiba2.

Hurmm... Stok pad dh beli sebundle. Sebab teruja berbelanja kelngkapan peribadi same2 lps jd hubby&wifey.

Jengjengjenggggggggg~~~~

Mengandungkah diriku?????

Bia dlu. Tnggu. Ngam 2 ari lewat. Harus check. Mne tau membuahkan hasil. ;p

Kelua lunch hour terus g guardian.dgn inai yg merah lg kat jari, wt muka toya je tuju bahgian pregnancy test.

Gila banyak bentuk&nama!!!!!!!
*_*

Ushar yg sedang2 aje. Yepp. Rm 16.90.
Sepaket ada dua. Boleh la yg ni. Terus baya. Pecut balik rumah. Hihihihi~

Jam 12.30tghri. Pegang,belek& koyak plastik laju2. Sensorang kat rumah. So terujanya agak buruk.

Terus la g toilet. Membuat eksperimen. 100% follow arahan kat kotak.

Titis.tunggu.hasil.

Zupppppp.. 2 line pink kelua tanpa malu2. Clear sesangat. Maka berlakula lompat2an. Maklomla org umo 20 tahun. Terujanya semacam sikit.

Dail cpt2. Nak infom bakal bapa. ;)
Call x berjawab. Yela dah pegi solat jumaat la tu. Pesan kat diri sendiri...
*SILA SABAR*

Jam 2 call lagi.

"sayang, b buat pregnancy test.nanti balik keje b tunjuk."

Ptg tu semangat gila tunjuk pregnancy test tu. Siap letak tinggi2 tau. Konon takut hilang. Tengok skali lagi. Masih 2 line. Hahahah! Nampak sengal kn? Ada kes ke 2line tu jd 1 line pulak? Kalau 1 line jd 2 tu penah la kan. Disitu lagi keterujaan org muda. ;p

Nah. Hulur kat si suami. Dia pon belek2 la....

"2 line ni mengandung ke tak?"

Erkk... Si isteri tiba2 blur. Td konfiden. Lps kne query jd serba slh pulak. Terus ambik kotak smula.

"dia cakap 2line ngandong."

Lps mandi. Ajak hb ke klinik. Muka dia masih x konfiden. Las2 decide utk test skali lagi since ada 1lagi upt tu.

Ok. Konfem. Marilah kita menuju klinik. Masa tu hati dh bbunga mcm musim bunga. Ceewahh!

Bila dokto dh sahkan. Kandungan 6minggu. Erkk....
'baru kawen sebulan nape pregnant 6minggu?'

Boleh jd isu ni.
(Lps wt research bru la tau cara kiranya.)
Next entry kita citer pasal kira2 pregnancy ni ye. :)

Bayar bil. Masok dlm kereta tu si suami berbunyi slow jek....
"mcm tak caya jek."

Hahahahah! Mau x caya. Sebulan kawen dh termengandung. Sungguh la menakjubkan.

Perasaan?
Hepi sesangat. X penah ada adik kecik. Alih2 nak ada anak sendiri. Mampu tak aku ni ek??



Pening2 lalat je sebulan dua pertama preggy ni.
Muntah? Tak penah. Loya gitu2 je.

Selera makan menjadi2. Sgt seronok makan sbb xde alahan. Lapa-makan.sepuluh minit kemudian lapa dan makan lagi.menu wajib tiap hari;
Mihun soto,roti tampal 2 kepin, teh tarik, air suam(buat bilas) :p

Masa preggy ni jugak, kegilaan minum air masak tu menjadi2. 5liter abes dlm masa 8jam kat opis. Dahsat kan??? Mgkin sbb tu kulit baby cantik je. Xde ruam pon sampai ke besa.
Mengandung farish ok. Xde alahan. ;) seronok menunggu anak sndiri lahir. Yg x best bakal bapa bukanlah jenis yg suka melayan 'pembaziran' dlm persediaan menyambut baby baru.

Ada baju yg sangat banyak. Tambah2 lagi bakal ucu kje kt butik baby fiffy. Seronok la less sana sini.

Selagi x beranak selagi tu la beli baju baby. Sehelai jadi sepuluh jd seratus jd beratus2. Macam2 nama. X campor mittens booties yg banyak giler!

Sampai minggu ke 36. Leaking la pulak. Duduk kerusi kt opis. Basah la pulak.. #_#

Check cpt2 kt klinik. Terus admit ward. HIshhhh! Nk beranak dh ke?

Dokto cakap ok je lg. Mmg ade yg leaking air ketubannya. Slagi kuantiti ok, xde yg membahayakan. So mari balik rumah smula.

Minggu 38. Check up. Dokto cakap uri dh matang. Bila2 pon baby boleh kelua. Ok fine.

Masa ni dh start cuti sebab amek awal seminggu dr due date. Maka rehat2 la kat umah mak. Melayan perut yg besa gaban dgn pertambahan berat badan 13kilo. Hahahaha!!

Kat umh ni nak buat apa je kan. Makan tido. Lipat baju baby. Gosok2 baby cot tu. X sabar nk tunggu baby tido dlm tu. Ohh my~~~

Pagi 8julai2009. Bangun tido. Terasa ada something kelua. Nah seketul darah & lendir. Gulp!!!

Untung mak ada. Muka cuak. Terus call suami yg rasanya baru 10minit smpai tempat keja dia. ;)

Tnggu dia balik. Terus g check.

Itu adalah tanda kelahiran. Doc suggest nak tunggu sakit ke nak induce. Kalau nk cpt induce je lagipon baby matang dh.

Maka kami decided utk masuk ubat. Jam 2.30ptg kne standby. Perasaan masa tu?

Tak saba nk tngok baby. Heheheheh~

Mmula diberi ubat utk buang air besa siap2. Pastu baru dokto masok ubt. X sure bentuk nya mcm mana. Jp je pon dokto tu masukkn. Sila berbaring selama sejam slps itu.

Harapan?
Mengharap baby kelua cpt2. Sementara nk tggu kontraksi tu, bawakla round.kawasan sekitar.

Maternity centre ni kecik je. So jln dr wad ke labour room patah smula kebilik pon x cukup 100meter. ;p

X sakit2 pon perutnya smpaila jam 10mlm. Masa tu dh tacing. Lebih2 pulak hb xleh teman sbb wad kami tu wad ramai2. Huhuhu~

Bg pampers & Wet tissue kt nurse. Mne tau bby kua jap lg. *perasan*

Salam hb sblm dia balik. Nangis. Takut weyh tinggal sorg2. Pesan 150juta kali pegang hp mana tau nk bersalin mlm ni. *perasan lagi*

Terkebil2 sesorang atas katil. Kontraksi makin kuat&kerap. Jap2 g toilet.

Pusing kiri x kena. Kanan pon sama. Sakitnye!

Nurse dtg. Check blood pressure. Pastu 4jam skali kne selok. Haishhh selok itu sgt menyeksakn. Lagi2 bila nurse btau..
"baru 2cm"

Tekan loceng. Mintak nurse tggikan katil. Menonggengla sensorang kat situ. Jap2 g bilik air. Cadar dh bertompok2 darah sana sini. Mcm kucing nak beranak. Sedih........

Tengok jam. Pukul 2. Sakitnya la hai kat ari2. Round dlm wad. Ada 3 patient.smua tido. Ada yg ak masuk.dlu dr dorg tp dorg beranak dulu. Jelesnya la weyh.

Nurse dtg lagi check bukaan. Masih 2cm. Ohh terseksa sakit perut ditambah selok2 tu mmg mengerikan. Nangis sensorang tahan perot yg mcm nak pecah. Makin sedih sbb takde suami. Huwaaaa!!!!

Subuh tu nurse dtg lagi nk check. Kalini cakap terus terang kat die.
"x payah check la. Saya rasa belom lagi.."

Untungla nurse india tu memahami. Dia cakap nnt jam 8 dokto round. Maka sabarlah menanti siang stlh semalaman x tido.

Bahagianya bila mak & hb smpai. Nurse bg milo panas.dgn roti bakar. Jamah sekali gigit jek. Sangat sakit. Kalau letak ayam tergolek pon x mampu bukak selera makan org sakit mcm ni.

Jam 8lebih dokto dtg. Die suruh masuk labour room sbb nk check bpe cm dh yg terbukak masa tu.muka redha. *___*

9.30pagi masuk.labour room. 3cm. Maka dokto cakap dia nak pecahkan ketuban. Angguk jela sambil rasa air makin byk melimpah macam empangan pecah.

Setiap minit cpt sgt berjalan. Nurse beri 100plus utk energy. Tp sudahnya dimuntahkan semula tanpa banyak cakap.

Nurse bg ubat ape ntah. Rasa sakit hilang sma sekali. Lebih tenang.

Tapi tenang tu kejap je. Mata jd ngantok sgt2. Ohh apekah? Mlm td xnak tido skrg ni tgh nk beranak baru nk tido?? X paham nye~

Merayu2 kat hb tolong basuhkan muka. Mata nk tutup sangat dh. Lalok mcm terkena dadah kaw2 punya. Longlai.

Nurse suruh push. Blur jap. Nk push cemana kalau xde gesa. Try je la push beria. Sekali nurse cakap cara puah tu salah. Tu teran kat muka je. Sila teran mcm nk berak. Huuuuuhu~
Rasa nk berak pon xde dh. Mmg x sakit. Nak teran cemana???

Las2 dokto dtg. Mgkin dia dh nak g sembahyang jumaat. Tp aku lme sgt nk beranak kot. Die pelawa aku masok operation theater.

No way la. Kalau tau nk belah xpyh sush2 tahan sakit separuh nyawa sehari semalam.

Dr mata yg rabun tu nampak jugak la dokto tu tgh prepare ape ntah. Dikeluarkan dr bwh katil. Bunyi belaga mcm besi.

Ye. Kena guna bantuan vakum sbb baby dh lama nk kelua x lepas2. Masa tu x kisahla nk buat apa pon. Jnji baby kelua dgn jayanya.

3kali sedut, lahirla baby yg automatik memberiku gelaran ibu. Sayup2 dgr dia nangis lps tu x sedar apa dah...

Nampak bebayang dokto tgh jahit menjahit. Ade aku kesah? Aku nk tido sbb mmg dr td aku nk tido......

Jam 2lebh ak jaga. Mintak hantar kat wad. Tp punyalah ngeri nk bgun dr katil tu. Terkepit2 mcm ape.

Dr pintu labour room nmpk ayh. Tgh tgok bby la tu. Aku pon pangillah kuat2 tanpa rasa bersalah.heheheheheh~

Nikmatnya dpt baring atas katil dlm wad. Tak setragis dlm labour room tu. Masa tu terus mesej kwn2 btau dh selamat bersalin. Pastu mintk nurse tunjuk baby.

Hb, mak dan mak mentua x kelihatan. Katanya g makan. Ok fine.

Terima Kasih

menunggu hari~

assalamualaikum semua. 
.U_U.




memasuki disember 2012

.
.
.
.
.
.
..
.
.
sebulan je lagi farish nk ke sekolah
pheww~~

 . sangat mendebarkan jiwa dan raga ibu .

almost 2weeks farish wakeup so early in the morning ya.  afta ibu mandi2an ibu kejut & suruh mandi. 

mula2 tu dia cakap. 
"ngantok la ibu"

ibu panggil lagi.kalini sambil cakap.
"tu la ibu suruh tido cepat malam tadi, kan dah ngantok."

mata dia rapat lagi. siap mengerekot baik je. T_T

ibu dapat idea. 
"kalau nak tido, tidolah. ibu dah lambat nak g keja. abang x payah school arini. duduk rumah dgn babah je."

suara mendatar jek. anak2 ni xleh marah. elok2 dia minta nak gi school kang tetiba jadi xnak. pitam la diriku. heehehhe~


lepas je cakap gitu, si dia pon bangun. 

"beg abang ada tak ibu?"

ibu senyum. hari2 kejanya jengah beg sekolah dia tu. ibu simpan dalam gobok baju babah. nanti dia datangla tengok ada ke x. 

kenapa simpan dalam gobok tu?

abang nak sorokkan dari abie. :p
 
on suis heater, bagi berus gigi, bia dia mandi. ibu sambung siap2 smula. dah jam 7.35pagi. huii.... anak, lambat ibu nnt. cepat2 panggil masuk bilik. 

siap2 kan anak. then babai. g opis ibu. :)

otw g opis, akan nmpk la school dia kan sebelah kanan jalan. nanti ibu buat2 tanya, 
 "bukak x school arini?"

"bukak la ibu. ibu anta abg dulu la"

ibu senyum.

"Arini belum sekolah lagi. bulan dpn ye.arini kita lalu je. "

sudahnya smpai arini, kalau tanya bila sekolah, abang akan cakap 'bulan dpn'. :)



seronok jadi ibu. lagi seronok bila anak dah membesar dgn baik. nak masuk sekolah pon. sekejapnye masa~~~
 *tacing*

 muka ibu berusia 21tahon yang hamil 7bulan
~__~

bulan 1 esok dah nk start sekolah. meragam x farish agaknya ye?? aduhh... bdebar ibu bila bayangkan respon farish nnt.

nak ke dia tinggal?
sedangkan selama ni dia dok pegang kaki ibu je kalau g mana2. 
ohhh my god....

Ya Allah, bukalah hatinya untuk melalui satu fasa baru dalam diari hariannya. permudahkan segala2nya seperti mana engkau permudahkan perjalanku mengandung,melahir & membesarkannya sehingga kini.
.ameen.


sehingga hari ini, belom lagi beli stationery utk farish. beg & kasot x payah la beli lagi.itu pon sbb dh masok sekali dlm pakej sekolah dia tu.

semalam abes opis hour, ibu cuci mata kat parkson. lalu2 kawasan stationery. kiut abes!!
meroyan la si ibu ni. 


angry birds tu fenomena sekarang
barney pulak teman baik farish dr dulu
:)


just drop by here utk survey2. tidak membeli. apetah lagi gaji x masok2. azabnye menunggu 18disember. T_T

mcm nk guna je dulu duit bisnes. boleh tak? :p

 



Terima Kasih

Monday, 3 December 2012

Bila anakku bergaya

Assalamualaikum...

Sejak 2 menjak anak dh x berlampin lagi,sakan pulak ibunye memborong "segi 3". ngee~

Ruginya anak lelaki. Corak x banyak. Sama hal mcm baju jugak. @_~

Tp smlm ibu ke jj tebrau, jumpa la patern lain sket. ;)



shomel kn?? Kartun ni pakai belah belakang ye. Dpn die plain jek. Cute. Dlu ada baby pant patern gini. Corak cekiut kat montot. Hihihi~

Harga pon ok. Selalu sox world tu 3helai rm18++. Yang ni rm13.90 untuk 4 helai. Ok la tu. Save. ;)

Rupanya bila dipakai...








Model montot. Huahuahua!!! ★★★




Kain pon ok. Boleh la tu. Standard anak2.

Ok la. Tajok ni xleh sembang lama2. Selingan je ye. Las utk pembaca blog ni..




Peace yawww! ♥♥♥

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati