Saturday, 9 May 2015

Happy mommies day!

Assalamualaikum

Harini hari ibu ek?
Awat tak tau nih.
Bahahahaha!

Sebenarnya sebab tiap tahun tak penah celebrate, sebab tu la tak tau. Hari ibu tu macam hari biasa-biasa je. Takde kek sedap ape lagi peluang berlunjur kaki takpayah buat pape.

Huhuhu~

Dinobatkan sebagai ibu 6tahun yang lepas setelah lahirkan farish pada usia aku 21tahun.

Seronok dapat anak.
Seronok lagi jadi mak muda remaja.

Semua bajet macam akak dengan adik je.

Masa kawan sebaya sibuk ulang alik kampus, aku dah ulangalik bawak anak checkup setiap bulan.

Masa semua remaja spend time shopping segala benda dengan duit gaji diorang, aku pulak sakan kumpul baju bajan, mainan, susu untuk anak.

My life was completed when i'm 21st.

Aku dah ade kerjaya tetap, kereta, rumah kediaman, keluarga,suami & anak. Bertuahnya aku!

Rezeki aku semuanya datang awal. Alhamdulillah.

Menjadi ibu adelah momen paling indah sepanjang hidup. Sejak tu aku belajar menghargai mak. Mula faham penat lelah dia besarkan aku selama ni, beri segalanya dengan sehabis baik walaupon kadang-kadang dia mengetepikan kehendak diri dia sendiri.

Kasih seorang emak.
Betullah hidup ni macam tayangan video. Diulang tayang dan sekarang aku dah sampai part yang sama macam mak dulu.

Cuba beri semua yang aku mampu untuk anak. Sampaikan nak beli barang untuk diri sendiri pon aku berkira sebab lastnya konfem aku takkan beli pon. Rela belikan anak sehelai baju baru dari contact lens color untuk ibu yang nak melawa.

Huhhuhhuhuhu~

Sekarang,
Setelah 6tahun bergelar ibu, aku masih belajar menjadi ibu yang lebih baik. Setiap hari adalah pengalaman baru sepanjang masa membesarkan anak-anak.

Harini diorang bukan lagi bayi kecik yang perlu kukendong kesana kemari sebaliknya kanak-kanak yang selalu kekejar kesana kemari. Langkahnya pantas, geraknya cergas sampai aku tak sempat tarik nafas dibuatnya.





Kurniaan terbesar dari Allah Taala.
Setiap saat aku tau keduanya makin membesar. Mungkin esok aku tersedar keduanya sudah dewasa.

Semoga Allah panjangkan usia aku untuk melalui semua tu. Untuk sama-sama melihat hasil didikan aku selama ini. InsyaAllah.

Tak lupa pada ibu kandung aku jugak. Jasa yang tak terbalas dengan segala apa yang ada di muka bumi ini. Sempurna. Semoga Allah lindungi wanita hebat ini sampai ke akhir usianya.

Untuk cu, selamat ulangtahun pertama bergelar ibu. =)


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Friday, 8 May 2015

Let's learn together!

Asaalamualaikum

Homeschool entry.
Sepanjang cuti rehat ni, ade banyak masa nak tengok anak-anak belajar.

Syukur sangat dapat peluang cuti lelama gini lepas tu dapat guna untuk spend time dengan anak.

Sekarang ni farish kerap ade spelling test kat school. Teacher akan list ape perkataan yang nak ditanya. So hafal jek la sampai berjaya.

Hahahah!

Malam tadi masa menghafal dengan farish, datang pulak idea baru. Fareeq datang bawak fridge magnet macam haritu. So aku terus guna tu untuk aja farish perkataan-perkataan untuk test akan datang ni.


Belanja collage je.

Lepas setel bab ni, aku buat perkataan lain untuk latih dia mengeja. So far ok, berguna juga mende nih walaupon murah.

Fareeq pon sekaligus aku guna nih. Dia peringkat permulaan ni recognise je dulu hurup-hurup tu semua. Sebab aku perasan dia masih tak konpiden sangat kat sesetengah hurup.

Ok kan?
Beli fridge magnet tu tak sampai 10ringgit pon. Tapi besar manfaatnya. Anak pon suka. Belajar dalam suasana ceria & suka ni buat diorang cepat adapt ape yang diajar.



^^

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

How old do i look?

Assalamualaikum!

Entry sebelom ni tu r entry degil yang berpuluh kali dicuba publish baru berjaya.

Huhuhu~

Tetiba macam bersepah je cerita dalam blog ni. Gara-gara 1 entry takleh publish, habis semua cerita terperam dalam deraf.

Harini jumaat.
Cuti panjang selama seminggu genap harini. Betullah kata orang jadi surirumah ni lagi penat dari yang bekerja. Ade je yang nak kena buat kalau dok rumah ni.

Tapi seronok sebab boleh buat bila rasa nak buat, boleh tido bila rasa mengantok. Heaven.

Berapa hari ni sakan mengemas gobok je. Tudung melambak, baju bertimbun sampai termuntah isi gobok. Try untuk hanger je semua baju, sekali runtuh terus palang penggantung tu. Tak mampu tampung berat baju-baju tu semua.

Kesian.

Beralih ke bilik tengah. Bilik ni cuma guna untuk solat & iron baju je. Tapi kat dalam bilik ni ada gobok besar yang dalamnya berisi baju encik shuben. Baju kerja dia yang paling win. Banyak mengalahkan baju bini.

Penat tak hilang sebab lama duduk melipat baju-baju kurung yang dah tak boleh digantung dalam gobok.

Rehat kejap scroll fb. Perasan tak lately ramai yang share picture dari aplikasi
.HOW OLD DO I LOOK?.

Computer generate. Dia akan teka berapa umor kite dari gambar yang kite attach tu. Dari situ boleh la tengok kite ni jenis muka tua dari usia ke awet muda.

=P

Just for fun.


Dah tau awet muda ke muka tua? lol.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Suri rumah separuh masa..

Assalamualaikum.

Tajok entry sangat tak boleh blah, very the drama pasal malam tadi layan isteri separuh masa. Suwitt.

Ok,sebenarnya nak kasitau harini dah mula cuti rehat aku sepanjang minggu ni. Spend a full time as a housewife tapi nampaknya tak lekat rumah jugak.

=P
Pagi nih tetap bangun macam biasa, prepare bekal anak-anak. Harini bawak bihun singapore favourite diorang lagi. Lega.

Liat giler diorang nak bangun pagi ni. Penangan cuti dah lama sangat la nih. Berkerut dahi nak mengejutnya. Lastly lewat setengah jam sampai kat sekolah. Huhuhu~


Ini muka balik sekolah. Happy kids.

For sure akan lebih happy kalau hari-hari dapat layan diorang macam ni. Tak payah kelamkabut jemput diorang lepastu laju je hantar rumah cu then balik office semula.

Tak best.
Huhuhhhu~

Harini plan nak keluar pusing-pusing shopping mall dengan mak & cu. Sempena mak cuti balik kluang ni, dapatlah jalan sama-sama. Lama dah tak jumpa. Especially farish, rindunya kemain lagi.


Ni sebelom kelua jemput anak tadi.
Ni la mak.
=)

Mak sangattt rapat dengan budak berdua ni sebab dari lahir memang mak yanga asuh diorang bila aku kerja. Sekarang servis asuhan dah beralih pada cu.


Cu.
The only one.

Sebenarnya aku banyak terhutang budi kat cu dalam hal pasal anak-anak. Esok kalau ada anak kecik, plan nak upah kat cu je. Biar la jaoh sikit nak hantar, janji aku yakin anak aku ok.




Kitorang pusing main-main area kluang mall je. Have fun.

Jumpa customer jap hanta barang. Kesian kak shara dah berminggu order manjanggg aku takdan COD.

Lepas tu terus pegi makan. Berdua dengan fareeq je. Ketagihan sundae menjadi-jadi.



Setel makan, balik sambung tido kat rumah.

.The end.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Thursday, 7 May 2015

Cuti hari kedua minggu ini





Uruskan anak,
Kemas rumah,
Masak.

Sebenarnya ade entry lain sebelum ni.
Tapi sebab line slow nauzubillah,
Asyik takleh publish,
Up entry baru pulak.

Sebenarnya,
Sangat stress mengenangkan kegagalan nak publish tu.

T_T

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Sunday, 3 May 2015

Kemana cuti panjang ni?

Assalamualaikum

Soklan bikin sentap je ni. Bahahahah!

Actually dah sampai kat rumah mak mentua pon. 2malam dah kat sini.

Kelmarin attend wedding Dr. adila dengan doubleF. Cu pon ade. =D


Painkiller.

Sangat mujarab untuk sakit hati, sakit mental dan sewaktu dengannya.

I lurve u dear heroes.


Banyak sangat menu kat majlis ni. Gilang gemilang sampai jenoh nak cover perut yang memboyot kekenyangan.

Selamat pengantin baru kawan. Semoga bahagia ke akhir hayat. Muah ciked!

Takde gambo dengan pengantin sebab masa sampai tadi dia belom siap mekap. Huhuhh~

Selesai majlis terus berdesup balik kulai. Bertiga beranak je sebab farish terus ikut cu balik mersing. Hmmm...

Harini tak kemana.
Pusing-pusing aeon mall je cari baju untuk farish. Banyak betul baju yang dah tak muat. Bila kemas gobok tu, nampakla baju farish makin susut baju fareeq makin banyak. Hahaha!

Baju jalan pon dah kurang. Nak pegi jemputan kawen payah nak cari baju elok sikit. Budak berdua ni biasa pakai round neck je. Simple. Tak panas.

Malam ni bertapa lah kat rumah sebab encik shuben dah pegi stadium. Bertabahlah dua beranak malam ni takde kemana..

Nasib baik siang tadi dah layan ubat.


Marbeles angatttt!

Cekolat melimpah. Kalau kat kluang sikit jek. Tak puas.


Peneman setia ibu. Tapi tak best sebab dia tak tahan nak menapak lelama. Sekejap je dah ajak balik rumah. Huhuhu~

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Saturday, 2 May 2015

Cerita 1 May 2015

Assalamualaikum

Dah tak tau nak buat apa harini. Cuti buruh untuk kerja kat opis tapi kerja rumah tetap tak pernah bercuti.

Pagi ni buat breakfast jugak. Nampak rajin kan? Well..im impress with myself yang tiba-tiba komited memasak tiap pagi. Berisi ke? Hurmmmm....


Mi goreng simple pagi ni. Setengah kilo untuk seisi keluarga. Habis licin juga!

Sekarang baru paham kenapa mak seronok sangat bila apa yang dimasak tu habis bersih tinggal bekas. Terasa hilang terus penat memasak. Magik.

Anak-anak dah besa. Dah boleh jadi pengkritik ibu. Tapi setakat harini semua diorang suka je. Maknanya apa?

Bahahahah!

Takde plan holiday kemana kalini. Berjimat cermat katenya. Mana tau esok nak dapat anak baru. Mihmihmih~

Sebenarnya plan awal nak pegi perak, tapi dah las minit ingat senanglah nak cari homestay? Mimpilahhhhhhhh!

Tapi ai ok je stay kat rumah. Dapat masak-masak, makan, tengok tv lepastu tido. Ohsem jek.

Esok farish nak stay dengan nenek. Jadi harini kena buat revision dengan ibu sampai sukses. Esok dah jumpa nenek konfem takde maknanya nak bukak buku dah.


Buku latihtubi ni tak habis buat lagi. Punyalah bagus sebab banyak sangatttttt soalan. So far farish dah expert addition nih. Dia dah paham ape tu tambah dan tolak. Ok la tu. Dh de basic.

Lepastu hafal untuk spelling minggu depan. Ada bahasa melayu, ada english. Spelling ni dah lama ada rasanya sejak awal tahun haritu lagi. Nasib baik farish ni jenis cepat hafal, selamat lah dari kena bebel dengan aku.ikot kan mak nya nih nak menengok berapa markah dapat jek. Asal anak habis spelling, aku yang beria check berapa markah dapat. Kalau penuh kena puji. Kalau salah, bagi kata semangat suruh cuba lagi.

Hahahaha!
Ni dah cukup positip dah aku rasa nih.

Same goes to fareeq.
Harini die buat latihan dari buku-buku yang aku belikan. Since dia baru berapa bulan sekolah, banyak yang dia belom score. Takpelah, aku layankan je.




Ini part fareeq.

Bagusnya buku ni sebab dia ikot step by step. Tajuk buku pon pre mathematics. Kenal nombor sikit-sikit.

Macam nih, memula kenal 1 2 3 dulu. Then warnakan ikot colour yang disuruh tu. Yang ni bagus sebab both number & colors fareeq boleh belaja.

Malam ni takde projek dah. Farish tido awal. Fareeq jek meneman aku dalam bilik sebab dia tido terlebih lebih petang tadi. Siaplahhh kena paksa tido malam nih.

Aku?
Rasa macam nak kemas tudung-tudung yang ada. Any idea cara simpan yang paling berkesan tak?

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati