Wednesday, 15 July 2015

28ramadhan 1436H

Assalamualaikum.

Mereput aku kat pejabat harini. Dari pagi melangut tak tau nak buat apa. Alahaiiii~

Nak kata tak sabar nak beraya tu tak jugak. Bukan nak balik beraya kemana pon. Dekat-dekat sini je pon. Masih dalam negeri johor.

Proudly johorean katanya kan.
Hahaah!

Lunch hour tadi sempat pusing-pusing beli brooch raya. Hamek kau, tak mengada namanya tu siap ada brooch untuk raya!

Sebenaranya memang nak cari brooch pon. Kerja pakai uniform, tu jela sebijik brooch yang aku ulang pakai tiap hari padahal dah bermacam design keluar kat market nun.

Settle brooch. Cari concealer. Tak larat aku nak melayan soklan eh apesal muka tu.
Eh dulu kan elok.
eh eh dan eh.

Aku tak sure sama ada korang dah maklum belum pasal kulit muka aku yang bermasalah ni. Masalah dicari sendiri jadi bersabarlah menghadapinya. Pffft!

Setelah lama tak berconcealer harini dalam sejarah aku beli jugak sebatang untuk pakai hari raya nanti. Harap-harap cela noda dan segala mimpi ngeri kat muka ni dapat dilindungi. Tak flawless pon takpelah. Janji cover sket.

Pity me.

Las untuk tengahari tadi, meronda dalam parkson. Baru teringat double F punya stokin aku tak beli lagi. Ada jugak yang beraya dengan stokin sekolah je nanti. Haru.

Pusing punya pusing, jam 3petang baru masok opis. Nahhh penangan bosan benor tadi tu kan. Duduk opis bosan. Kelua kemain segar pulak rasa. Maknanya ape?

Hahahaa!

Malam ni nak try ajak husband pusing-pusing lagi. Kot terjumpa kuih raya 2balang RM20 ke kan.........

Jalanraya dah mula sesak. Nak sampai ke rumah jejak setengah jam. Bertabahlah aku mengengsot dari satu traffic lite ke traffic lite yang lain. Orang semua dah balik kampung, aku je setia di sini.

Esok kamis.
Kat pejabat ni pon dah tak ramai yang tinggal harini, esok apetah lagi. Terbayang dah kebosanan tahap dewanya tu.

Bertabahla weyh!


Terima Kasih

Tuesday, 14 July 2015

Header blog pon nak raya

Assalamualaikum

Ekceli aku ni bosan gaban kat pejabat harini. Dari tadi menguap aje menunggu waktu balik. Nak hapdet, imej takleh publish. Stress la.

Nak cuti,
Cuti tak banyak.
Jadi bertabahlah aku kat pejabat.
Tengahari keluar cuci kata kat kluang mall tanpa membuat sebarang pembelian pasal poket aku dah cuci habes dah. Kena beringat gaji ogos nun jaoh disana lagi.

=P

Maka tuka la header blog ni. Gamba senonoh alam sikit kan. Ngeee~

Ni salah satu gamba masa photoshoot raya haritu. Next entry aku share kat mana tempatnya dan berapa harganya ok. Sekarang nak sambung mengelamun dulu.

Kbai!

Terima Kasih

Sunday, 12 July 2015

4 hari sebelum raya

Assalamualaikum

Nak menyiapkan satu entry ni ambik masa berhari-hari. Sampai sedar-sedar dah ramadhan ke 25. Sekejapnyaaaaa la hai. Kejap je lg nak menyambut raya.

Super pantas masa sekarang ni.
Speechless. Macam tak percaya lagi dah banyak hari berpuasa. Padanlah semua kuih raya yang di order dah mula diedar.Hurmmm..

Lagi kisah persiapan raya kalini. Alhamdulillah tak berapa terkesan pasal dari awal dah janji nak save bajet kan. Beli yang biasa-biasa aje asalkan baju baru. Especially untuk anak.

Yup,
Senang kata memang anak je yang berbelanja raya. Dari baju sampai ke kasut diorang dapat yang baru. Seriously, mak tak berabis beli ape pon.

No new shoes.
No new handbag.
No new hair do.

Erkkk..tudung mesti beli yang baru. At least nak pakai raya pertama. Hahahah!

Bajet untuk diri sendiri limit sesangat. Cari baju kurung pon yang harga kaw-kaw punya less. Tak beli langsung macam sedih sangat kan. Dah 2 3hari raya nanti recycle jek baju yang lepas-lepas. Orang bukan perasan pon.

=)

Encik husben pon sepesen. Beli baju baru untuk pakai pagi raya jek. Setakat harini dia takde borong baju untuk diri sendiri nampaknya.

Macam aku jugak,
Berhabis untuk anak jek.

Ni anak baru 2orang. Belanja kemain besar. Nak kata beli yang branded sangat pon tidaklah. Yang biasa-biasa je tapi harganya... Kemain!

Anak lelaki masalahnya dah la baju tak banyak pilihan, harga pulak tinggi-tinggi. Lepas tu kena kali dengan dua pulak. Walaupon baju lama abang banyak, tapi agak tak patut kot bila fareeq kena pakai baju pusaka je. Huhuhu~

Maka beli yang baru juga untuk dia. Takpelah, kebetulan baju basahan dia pon dah banyak yang kecik. Tapi dalam pada cari baju baru tu, tetap pastikan harganya ok.

Pada aku,
Baju RM5 sehelai pon kalau kualiti ok aku on jek. Jenama? Itu belakang kira. Esok dah besar, dia tau cari duit sendiri, pandailah dia cari kalau nak jenama sangat.

Siap semuanya.
Sejak dari dulu kitorang jarang plan nak tema kaler apa. Bila dah sampai kedai, tengok mana yang berkenan barulah ada tema. Hahaha!

Sempoi tak?
Sebab biasanya kalau plan tak penah menjadi. Nak hijau jadi merah.
Nak kelabu jadi coklat.

So warna ape tahun ni?

Tunggu pagi raya k.
Niat di hati nak belanja gamba sepanjang membeli belah, tapi masalahnya aku tak paham apesal bila ada imej tak boleh-boleh publish. Dah buang imej molek pulak ia. Hmmm..

Dulu aku sangka bila anak dah besar mudah sikit nak bawak belanja, nampaknya kena pikir balik rasional statement tu pasal nampak gayanya. Dah besa lagi menjengkelkan.

Baru nak masuk satu kedai,dah ngadu penat mengalahkan orang berpuasa. Yang sorang mengadu lapar walhal sebelum keluar tadi dah kasi makan berpinggan-pinggan.Maka jangan bermimpilah nak ke kedai kedua ketiga dan seterusnya. Terus capai, bayar & balik rumah!

Nasib seorang mak beranak dua.
Tssssk!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Friday, 10 July 2015

OFFICIALLY: farish hafiy turning 6 y/o

10.06.2009
Jumaat
12.15tengahari
3.3kg
Boy

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke6 buat farish hafiy bin mohd nor hafizan. Ibu doakan kejayaan didunia dan akhirat, diberi kesihatan yang baik dan selalu menjadi kesayangan dan kebanggaan semua orang.

Ibu sayang kamu,
Cinta pertama ibu dunia akhirat.

:')
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Thursday, 9 July 2015

Iftar bank rakyat kluang 2015

Assalamualaikum.


21 hari berpuasa baru merasa iftar kat luar. Percaya atau tak, bulan puasa ni hormon memasak aku kemain baik. Kerajinan. Tak kira betul-betul rajin atau terpaksa rajin yang penting aku siap masak semuanya sebaik sampai waktu berbuka.

Sayangnya aku takde pulak ambik gambor enu tu semua. Selalu siap je masak, siap susun atas meja, azan maghrib pon bergema.

Sedar-sedar meja dah bersepah je.
Hahahaha!

Alhamdulillah luak dengan jayanya beras kat rumah aku. Bulan puasa ni dah beli 2beg beras dah. Macam mimpi!

Tapi hari yang kena iftar dengan orang-orang bank rakyat tu, aku cuti masak. Cuti berbuka & bersahur sekaligus. Sahur ni selalu tiap ahad aku takpayah masak sebab mak mentua akan tapaukan lauk siap-siap.

Ohhh lupa bagitau,
Sepanjang bulan puasa ni. Tiap hujung minggu kitorang pegi JB. Entah apa-apa dicari. Sebenarnya lebih pada nak layan kebosanan kat rumah.
Aku ni masalah sangat bila sampai bab nak bersiap. Aku mana ada baju elok-elok. Eh, ni kalau husband dengar, memang die jeling je aku.

Takde baju tapi gerobok sampai muntah keluar bajunya. Ngeee~
Normallah pompuan kan.

Sampai kat tempat makan ngam-ngam waktu berbuka. Lambat pasal memusing cari tempatnya tak jumpa-jumpa. First time iftar kat kedai luar, selalu bank buat kat hotel jek. Tahun ni kelainan sikit. Bajet pon sikit.

Makan sampai senak perut. Hahah!
Terasa rosak segala usaha mengecikkan badan aku sepanjang bulan ni. Mejanya pisah ikot keluarga jadi berasing dengan kawan-kawan seteru. Lepas makan baru dapat berkumpol.
Kawan se grup dah tak ramai. Ni kak zila tak join, makinlah nampak sikit. Tinggal 4ketol je. Hihihi~
Lepas ni nak tunggu raya baru dapat berkumpul. Tu pon kalau datang saing-saing. Kalau tak, amek bauuuu jek la.
=P



Terima Kasih

Monday, 6 July 2015

Percubaan memahami dunia anak

Assalamualaikum

Ape pasal pulak bloggerdroid aku nih takleh publish entry dengan gambar. Dah banyak kali try, siap buat semula pon takleh nak ok.

Mengapakah?
Terus hilang feel nak bercerita taw. Huhuhu~

Menaip usai membebel pada anak-anak.

Ya Allah, anak yang ada ni makin hari makin banyak ragam, makin mencabar rasa dan makin sukar nak dikawal. Setiap masa ada saja yang tak kena pada mata aku nih.

Kejap kang elok berbisik berdua,
Main sampai sepah-sepah berdua,
Bergurau kemain bahagia,
Gelak besar tak hingat apa.

Ehhhh,
Tiba-tiba ada yang teriak.
Melolong jeritan sampai terkeluar anak tekak.

Si ibu?
Kalau sekali dua larat la nak bising mulut ni suruh berdiam, suruh main baik-baik jangan sampai berkelahi, suruh main sama-sama pasal semuanya ibu dah beli serba dua, jadi nak rebutkan ape lagi?

Tapi bila dah selalu...
Lama-lama telinga jadi tuli dah. Gasak korang lah nak terpekik terlolong macam tarzan, mak tarzan dah tak larat nak mekik dah. Pasrah..

Agaknya macam ni lah mak aku rasa dulu. Zaman kecik aku kerap jugak berkelahi dengan cu. Ada je yang tak ngam sampai kena berkelahi. Jadi bila aku ingat-ingatkan balik tak peliklah. Kalau aku yang adik beradik perempuan pon sakan berkelahi, apa lagi anak aku yang lelaki berdua ni. Hari-hari nak jadi superman wooo!

Pelan-pelan aku cuba masok dalam dunia diorang. Dunia budak-budak yang imaginasinya tinggi melangit. Nak jadi hebat, nak jadi kuat, pasal tu asyik melompat-lompat dari sofa ke bawah. Tak makan saman walaupon dah berbuih mulut ni mencegah.

Ini peringkat perkembangan diorang. Dulu masa aku kecik pon selalu berangan main anak-anak dengan anak patung. Bezanya mainan aku masa tu tak menyebabkan aku jadi agresif sampai melompat-lompat macam anak aku sekarang ni.

Sesekali aku layankan jugak masa diorang main tu. Cuba la untuk jadi mak yang sporting katenya. End up aku yang tarik muka masam pasal fareeq jenis main tak reti-reti kemas. Die susun la mainan die sepanjang-panjang tidak kat ruang tamu tu.

Huhuhuhu~

Dengan bermain pon kanak-kanak boleh belajar. Jadi aku biarkan. Janji masa belajar tetap teratur macam selalu. No big deal.

Maka selepas dari ini,
Aku akan cuba berlagak cool lebih sikit dari selalu. Penat tau kalau bising-bising mulut ni. Mulut penat, tekak haus, hati pon sakit.

Harap-harap esok tak marah lagi.

Eh salah,
harap-harap esok anak bertuah ni behave sikit jadi ibu takpayah marah lagi.

Otherwise,
Ibu tetap love korang berdua. Please love ibu jugak ye.

=)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Thursday, 2 July 2015

50% ramadhan 50% syawal

Assalamualaikum!

Ramadhan hari ke15.
Ya Allah cepatnya masa berlalu. Terlalu cepat sampaikan rasa macam tak percaya. huhuhu~

Angan-angan aku nak berpuasa penuh bulan ni nampaknya tak kesampaian. Dah rompong beberapa hari atas alasan orang perempuan. Pasrah.

15hari dah lepas,
Persiapan raya dah mula lama. Baju-baju raya, kuih-kuih raya semua dah siap dibeli & ditempah. Belum pernah dalam sejarah hidup aku buat kuih raya sendiri. Kalau ada pon masa tolong mak masa kecik dulu-dulu jek.

Sekarang tadak dahhhhh~

Raya ni pada aku hanya meriah masa zaman kanak-kanak je. Untuk orang dewasa yang pemikirannya macam aku, rasa macam biasa je.

Teruja sambut raya cuma pasal nak berjalan beraya. Collect duit raya anak lepastu bankin dalam akaun anak then tengok amaun bertambah kat dalam buku simpanan tu. Marbeles!

Nak berhabis duit beli persiapan raya memang tidak. Selagi boleh dapat yang murah tapi cantik, yang tu je kami lakibini beli. Asalkan bertukar baju baru, itu dah lebih dari cukup.

Raya yang beria-ia paling lama pon cuma seminggu pertama jek. Masa tu la boleh berjalan puas-puas, ikot marhaban sana sini, makan-makan sampai lupa usaha nak kurangkan berat badan sebulan sebelum tu.

Bila dah mula masok pejabat, anak-anak pon dah sekolah, graf raya tu pelan-pelan turun. Nak berjalan pon tunggu hujung minggu je. Malam tengok keadaan pasal bila siang dah sekolah, budak-budak mesti letih & nak tido awal. Silap-silap mak bapaknya pon letih dah nak keluar beraya.

Sekejap lagi nak sorting baju-baju raya yang dah dibeli. Anak-anak punya part dah settle. Mungkin nak tambah kemeja sorang sehelai jek. Seluar dah ada both shortpant & longpant. Farish je yang reject shortpant. Sekarang dia memang anti shortpant, nak kemana pon mesti nak pakai longpant.

Sakit kepala mak nak mujuk budak sorang ni. Syukur sangat fareeq masih tak kisah. Die on jek bila suruh pakai apa-apa. Puji cakap cantik hensem lawa, dia terus ok. Harap-harap esok dah besar tak fussy macam abang yek.

Nanti lah dah siap kemas baju-baju raya, aku update lagi. Selagi tak raya, haruslah cerita persediaan raya je. Hahahah!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati