Monday, 8 June 2015

Indoor playground @kluang mall

Assalamualaikum

Semalam memang dah terpikir nak bawak fareeq pegi playground. Masa pegi aeon mall kulai haritu tengok dia suka main kat playground, tu yang rasa nak pegi bawak lagi.

[Image_0]

He looks so happy. Macam sebelum ni, aku rasa takde momen paling bahagia selain tengok anak-anak aku enjoy. Senyum. Ketawa.

Sempurna.
Terasa apa yang aku bagi dah cukup untuk diorang sebab tu diorang suka. Tak payah mahal-mahal kalau cuma benda percuma pon dapat gembirakan dia. Apa yang penting, masa.

Asalkan aku beri masa,
Semuanya tak mustahil aku adakan.

Jadi balik dari kerja semalam terus mandi siap-siap. Plan nak ke dataran tasik tapi kena kensel pasal hujan dah turun. Petang-petang ni memang tak boleh jangka, musim hujan dah.

Jadi beralih plan ke kluang mall. Kat sana ada indoor playground. Dah lama tau tapi tak pernah pegi. Selalu main games yang kat luar tu jek. Tak masok dalam playground dia.

Jadi harini try bawak fareeq.



Anak aku yang sorang ni jenis berani sikit dari abang dia. Teman kejap pastu dah. Gasaklah dia main sendiri. Takde herannya dia kat orang lain dah. Bersuka ria dengan cara dia sendiri gittew.





Masok sini cuma bayar RM4 sahaja then mainlah sampai kau rasa dah jemu nak main. Hahah!

Macam fareeq, sejam lebih jugak dalam tu. Itu pon pasal babah ajak balik. Kalau dilayan mau tak berhenti lagi. Aku dah sangap berpuluh kali ni. Ngantok sungguh mata rasanya.

Malam ni cuma ada fareeq. Sejak wad haritu farish stay dengan mak. Lepas rindu dendam katenya.

=P

Petang semalam cu whatsapp gambar diorang. Kemain beriadah juga rupanya. Diorang lepak dataran tasik. Eh, tak hujan rupanya kat sana!


Ni pon bahagia jugak.
Bertimang la duduk dengan mak lama-lama.

Cuti sekolah kalini beza sikit pasal hujung-hujung nanti baru kitorang plan nak travel. Cuti dekat-dekat aje. Janji namanya percutian.

Aku kan memang pesen yang tak senang hati kalau cuti tak kemana nih. Hahahha!


Sekarang makin kerap pulak budak kecik ni pose cenggini.

Bajet comel lettew.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Sunday, 7 June 2015

Problem bila henpon dah jadi album gambar

Assalamualaikum

Tengah tenung henpon yang makin hari makin menjadi semakin berat. Asik bagi amaran :

SD card full
Memory full

Pening.
Inilah masalah aku sejak ada henpon. Sejak anak dara membawa ke berumahtangga sehingga di hujung usia muda belia.

Mula-mula aku sangka semua akan ok bila aku beli memorycard yang kapasiti nya lebih besar. Misalnya 16G.

Aku kira itu dah cukup untuk simpan semua lagu-lagu yang aku download sekali dengan imej yang bakal aku abadikan kononnya sebagai kenangan.

Sudahnya sampai harini menanggung derita bila memori dah penoh dan tak dapat snap picture yang latest.

Meroyan jap delete sana sini.
Sakit jiwa bila dah beria senyom manis-manis sekali takdapat snap pasal memory dah penoh.

Huh,
Terus bukak galeri cari mana nak delete. Malangnya aku selalu tak tau nak delete yang mana satu!

Semua aku suka.
Semua sayang nak delete.

Muka aku yang bajet retis terkenal,
Bajet duta produk,
Bajet pose model ternama,
Tu belom yang bajet menang anugerah bintang paling popular.

Bencikkk taw.

Walaupon ada pose yang sama 4 5 keping aku tetap sayang nak delete. Kalau muka budak-budak berdua tu lagi aku sayang.

Muka serebeh diorang,
Muka manja diorang,
Candid sana sini,
Aku sayangggg gila nak delete.





Henpon aku bukan cuma aplikasi untuk call dan mesej, rasanya lebih banyak berfungsi sebagai album simpan gambar aku je kot.

Tengah pikir nak burn dalam cd la. =)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Sistem token dalam mendidik anak-anak

Assalamualaikum

JUMPA ILMU BARU, 
SO RASA NAK PASTE SINI PASAL NAK GUNAPAKAI NANTI.
^_________^

Sistem token adalah cara yang paling senang dan efektif untuk menerapkan peneguhan positif dalam meningkatkan tingkahlaku baik anak-anak.
Anak-anak boleh berusaha mendapatkan token dengan berkelakuan baik (atau mengikut peraturan yang ditetapkan) dan menebus token itu dengan ganjaran.
Untuk menjalankan sistem token ini, apa yang kita perlukan adalah:
  • Token: manik, guli atau apa sahaja yang boleh dijadikan token
  • Balang lutsinar
Seterusnya saya akan menerangkan bagaimana untuk anda menjalankan sistem token ini dalam memperkemas kelakuan anak dibawah:

1. TENTUKAN APA YANG ANDA AKAN GUNAKAN SEBAGAI TOKEN

Anda boleh membuat token anda sendiri, atau menggantikan token itu dengan objek lain seperti manik dan guli.
Jika anda mempunyai beberapa orang anak, gunakan warna yang berbeza bagi token untuk setiap orang anak.
2. Sediakan balang untuk setiap orang anak.
Anda boleh menggunakan botol kaca nescafe, bekas Tupperware atau apa sahaja yang boleh digunakan untuk menyimpan token itu.
Benarkan anak anda untuk menghiaskan balang token mereka mengikut citarasa mereka.
3. Tetapkan kelakuan (atau peraturan) yang perlu dipatuhi untuk mendapat token.
Sebagai contoh, ibu bapa boleh menetapkan bahawa anak akan mendapat token apabila mereka menyimpan mainan ditempat sepatutnya selepas bermain tanpa disuruh.
Untuk anak kecil, bermulalah dengan jumlah token yang kecil dulu.
4. Buat satu senarai ganjaran apa yang boleh ditebus dengan token itu
Sebagai contoh, boleh ditebus dengan mainan baru, trip ke kedai aiskrim atau apa-apa sahaja yang boleh memotivasikan anak-anak kita.
Untuk setiap ganjaran itu, senaraikan juga berapa token yang diperlukan untuk menebusnya. Contohnya 5 token untuk menebus satu mainan.
Tulis senarai itu sejelas-jelasnya dan letak ditempat dimana anak dapat melihat ganjarannya dan berapa kos yang diperlukan untuk menebusnya.
5. Tentukan juga bagaimana token itu boleh ditebus.
Adakah kita membenarkan anak kita membuat penebusan ganjaran setiap masa? Atau mereka hanya dibenarkan untuk membuat penebusan ganjaran pada hari-hari tertentu sahaja dalam satu minggu?
6. Jelaskan kepada anak anda bagaimana sistem token itu berfungsi. Terangkan bagaimana mereka akan memperolehi token itu dan bagaimana mereka boleh menebusnya untuk mendapat ganjaran.
7. Setelah menggunakan sistem token, pastikan anda memberitahu kepada anak-anak mengapa dia layak mendapat token itu, supaya kita boleh memperkukuhkan lagi penerapan positif terhadapnya.

ME nak try kat double f la pasnih.




Terima Kasih

Saturday, 6 June 2015

Dah beli baju raya?

Assalamualaikum.

Jumaat hari bersama keluarga. Lama tak spend time sama mak, jadi kesempatan semalam digunakan sebaiknya bila cu ajak meronda ke batu pahat.

Takde rasa nak membeli apa-apa. Lebih pada nak window shopping then makan-makan dengan diorang.

Hey, banyak sangat sales!

Sempat grab selai dua baju raya untuk doubleF. Kemain semangat beli baju raya pasal harga agak murah berbanding selalu. Me tak tahan lihat semua itu. Huhuhu~

Tak memasal susut duit. Bohong sangat bila kata nak tengok-tengok pasal bila dah keluar means akan ada duit yang akan keluar jugak.

Balik sorting baju-baju yang dah ada. Ok. Semakin bertambah. At least dah separuh dah tu rasanya. Tinggal cari kasut raya sahaja. Alhamdulillah.

Kalini cuba tak buat persediaan last minute. Raya yang ala kadar katanya. Tak mau berhabis-habisan macam dulu.

Me pakai baju dulu-dulu je. Baju lama banyak yang elok lagi since raya ni lebih meriah pada anak-anak. Diorang lagi patut ade banyak stok baju sebab selalu jadi incident time beraya.

Tumpah air la, comot dek kuih raya la, melekit sebab berpeloh dan lain-lain. Mak insyaAllah maintain wangi sampai petang. Hahahaha!

Harapnya aku mampu tahan napsu untuk berbelanja sebab berdasarkan survey, keterujaan membeli akan terus ada sampailah ke hari raya nya.

Tema?
Sehingga harini takde official theme untuk hari raya tahun ni buat family kami.


Gambar semalam...

Mother of 2.
Me & mama.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Friday, 5 June 2015

Update : FarishHafiy MNH dah sihat

Assalamualaikum

Setelah berhari tak hapdet, malam ni rajinkan jari menaip. Takut pending lama sangat, terus tak hapdet. Huhuhu~

Kesinambungan kes farish kena tahan wad Di KPJ haritu, nasib baik hari kedua tu dah boleh balik. Dengan muka sehabis manis mintak permission dari doktor nak discharged.

Alhamdulillah demam farish dah kebah & doktor izinkan dia balik tapi masih kena on antibiotik selama tiga hari dan sepanjang tempoh tu kena ulang alik hospital 2kali sehari iaitu pada jam 10 pagi dan 10malam.

Setuju ajelah janji boleh balik rumah. Pengalaman pertama jaga anak sakit kat wad, tidur kat wad, perghhh memang tak best!

Kemudahan dan keselesaaan tu memang tak dinafikan tapi ketenangan hati tu yang takde. Last kena tinggal dalam wad masa bersalinkan fareeq dulu je. Tak pernah datang lagi dah lepastu.

Setelah 6tahun jadik mak dan pertama kali kena duduk wad memang pengalaman yang takkan aku lupa sampai bila-bila. Merasa juga akhirnya!

Walau apepon, sekurang-kurangnya aku lega. Farish dah sihat. Sebelum ni bila demam berpanjangan tu, aku pon jadi tak senang hati nak kerja pasal asyik pikirkan dia je.

Bila kat sini, dipantau waktu makan ubatnya & diperiksa dari segala segi aku jadi puas. Setidak-tidaknya aku tahu takde apa yang nak dirisaukan lagi.


ECG pon diorang buat. So far ok semuanya. Hearbeat jadik laju sikit pasal dia demam je.


Sarung tangan dah. Ni lagi satu pelik bin ajaib. Molek pulak dia diam tak menangis masa cucuk kat tangan tu. Terkebil-kebil kitorang semua pasal tak percaya farish tak nangis. Hahahha!


Petang tu still merengek-rengek makan pon taknak sampai jenuh aku pujuk rayu. Alhamdulillah makan jugak sampai licin.

Ribut petir malam tu. Menggigil kesejukan aku sampai ke pagi dengan cuma berselimutkan towel farish je. Kejap-kejap njrse datang check. Memang tak lena la tidur aku kat sana.


Hari kedua makan bubur. Kat sini boleh request nak makan apa rupanya. Sangatlah seronok aku rasa. Tanya apa yang betul-betul farish nak makan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

Masa ni aku nampak selera farish dah ok. Pasal tu aku berani mintak balik harini. Ubat demam yang diorang bagi semalam betul-betul mujarab. Merecik-recik peluh farish tak lama lepas makan. Mungkin panas dalam semja dah keluar.

Mungkin je la.
=P

Sampai ke petang farish dah takreti duduk diam atas katil. Cergas dah.


Request nak duduk kat kerusi pulak pasal dari semalam dah kena baring je. Macam-macal hal. Tu yang lastly aku pon panjat katil sekali.


Bila perati bebetul, muka aku yang dah nampak macam orang sakit masa ni. Letih. Sampai rasa macam nak gelap mata pon ade. Huhuhu~

Sampai ke malam baru settle semuanya. sempat makan menu terakhir kat sini, mihun sup. Ni pon farish yang order. Tapi berapa kali makan kat sini, fareeq yang lagi over dari pesakit.


Kan?

Lena tidur kat rumah sendiri. Baru semalaman tinggalkan rumah dah rasa macam rindu amat. Amat over!

Khamis tu aku kerja macam biasa tapi keluar bawak farish ambik antibiotik juga. Keadaan dia nampak makin ok. Dah melasak balik dah.


Edisi pagi


Edisi malam. Yang ni sekali bukak bungkusan tangan farish. Part paling tak sabar nak tengok jarum yang ada dalam sarung tu.

Pheww~
Farish hebat la. Tak menangis dah satu hal. Siap pandang pulak nurse tu kerjakan tangan dia. Yang meneman pulak seram sejuk dibuatnya.

Settle semua. Sebelom keluar ada form soalselidik nak kena isi dan aku pun sempat komplen sikit. Heheheh~

Aku harap takkan balik kat sini lagi. Mudah-mudahan budak berdua tu sentiasa sihat hendaknya.


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Tuesday, 2 June 2015

Rentetan demam FarishHafiy MNH- ADMITTED

assalamualaikum

Hari keenam demam. So far takde perubahan sangat sebab malam tadi suhu still tinggi mencanak. Rabak mata lagi...

Kejap-kejap terjaga. Check suhu dia. Cecah 40°c juga. Worst.

Termenung sampai ke pagi, nekad nak buat pemeriksaan darah jugak. Hati dah mula rasa tak sedap tapi cuba buang jauh-jauh perasaan tu.

Pagi tadi,
Terus ke kaunter kecemasan KPJ nih
Register kat sini dan bermulalah satu hari yang panjang kat dunia wad. Wad selesa. Nurse baik. Layanan ok. Tapi ok lagi rumah sendiri. Aku tak paham kenapa farish boleh kata dok sini best. Ape dia fefeeling tengah check in kat hotel kah?

Huhuhu~

Pengalaman pada aku. Pertama kali merasa jaga anak kat wad. Same goes to farish. Bertabahlah aku kena tinggal kat wad malam ni.

Keputusan darah dah keluar.
So far takde yang serius cuma ada infection sikit dan dia akan bagi antibiotik nanti.

Hope so esok dah boleh balik.

Farish dah lena.
Harap-harap ibu pon boleh lena malam ni.

Bye!



posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Monday, 1 June 2015

Pencapaian Fareeq Qashfiy MNH diusia 4tahun

assalamualaikum

Masih melayan farish yang demam tapi sempat curi masa bawak fareeq gunting rambut.

Sebelum ni memang babah je yang trim rambut budak-budak ni. Farish jejakkan kaki kat kedai gunting and berani hulur kepala kat orang tu masa umur 5tahun. Itu pon macam-macam janji setia pujuk rayu ditabur pasal nak yakinkan dia takde ape pon kalau gunting rambut kat kedai.

=)

Dan sekarang fareeq ulang semula sejarah abang dia tapi lebih awal dari farish.

Fareeq pertama kali ke kedai untuk gunting rambut pada usia 4tahun 2minggu. Yeayyy!

Ni pon satu hal jugak. Kemain payah nak pujuk. Dulu pernah bawak sekalo sampai kedai dia taknak gunting. Huhuhu~

Kalini siap tayang duit kaler hijau. Kes nak umpan dia la ni. Bukan apa, rambut dia dah makin berkirai serupa anak dara dah aku tengok.

Kpop sangat!

Umpan macam mengena. Tapi tak bagi duit tu pasal dah deal lepas gunting baru dapat. Sepanjang jalan nak sampai kedai tu, dia nampak macam beria jek.

Sekali memang ok la!
Senyom simpul masa kepala kena cukup.
Ahaks!

Eksaited la si emak ni ambik gamba bebanyak. Nak buat kenangan gamaknya.

At first fareeq request takmo duduk atas papan kat kerusi tu pasal nanti papan tu patah katanya. Pujuk punya pujuk, lastly dia ok.

Pengalaman pertama fareeq.
Lepas ni boleh terus gunting kat kedai la. Silap haribulan jadi macam farish, die nak gunting kat kedai ni je. Hahah!

Akhirnya berjaya yakinkan fareeq
Kedai gunting tu sebenarnya osem. Takde ape nak ditakutkan.

Sampai rumah, gasak belek rambut depan cermin je. Adehhhhh!



Sebelom dan selepas. Rasanya yang berubah cuma cara sikat rambut je kot.
huhuhuhu~


Ni farish masa makan malam tadi.
Nampak ok dan harap-harap memang dah ok.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati