Monday, 20 July 2015

Pre raya photoshoot

Assalamualaikum

Ini kisah 5hari sebelom raya. Hari ahad lepas. Tahun ni ada peluang nak shoot kat studio pulak, kasik feeling raya lebih sikit katenya.
Tak sangka memang best rupanya bila shoot kat studio. Both kids pon eksaited bukan main even ada beberapa minit memula tu malu-malu.

Ngeee~
Shoot ni kitorang buat kat parit raja. Dari tahun lepas nampak beberapa kawan shoot, for sure rasa teringin jugak. Jenuh dok pujuk husband sampai akhirnya dia ikotkan je.
Promo raya cuma RM50 unlimited shoot selama 30minit then terus save dalam pendrive. Cuci sendiri-sendiri. Macam aku tak kisah sangat pasal cuci tu. Yang penting ada gambar cantik.
Cantik pasal background dan cantik dari segi kualiti gambar. Marbeles!

Kak camerawomen pon sporting tolong kitorang pose gaya cemana. Dah lama tak pose depan kamera, memang keras kejong je memasing. Hehehe~

Tak sedar dah habis 30minit. Haishhh sakan berposing tak sempat jeling jam dah.
Nah belanja sikit. Overall memang puashati. Next year ada rezeki nak wat lagi. Mana taw dah berlima pulak. Ehh? =)

Pagi raya tu update kat FB, sekali ramai pulak yang sama-sama photoshoot gini la. Tengah trend agaknya. 









SELAMAT HARI RAYA DARI KELUARGA KECIK KAMI!


Terima Kasih

Sunday, 19 July 2015

Syawal day1-Johor Bahru

Assalamualaikum
Raya kalini plan semua ntah apa-apa. Dari nak mulakan raya kat mersing, tiba-tiba tersampai kat jb.
Me mengalah untuk tahun ni. Takpelah 2tahun berturut raya umah mentua. Harap-harap tahun depan ada rezeki beraya sebelah kita pulak.
Doakan la ye!
Kalau pagi raya di kluang, petang tu tak alih-alih dah sampai kulaifornia. Yep. Jangan tak percaya ok. Nampak macam tak kesah tapi dalam hati tak siapa tahu gittew
T_____T
Sampai je rumah mak mentua, terus ajak ipar semua beraya. Please i nak beraya. Takmo merap dalam rumah dihari raya. Nanti i sedih. Huhuhu~
Maka malam tu dapatlah beraya kat dua rumah. Makcik pakcik sedara husband. Ok la walaupon tak ramai tapi sampai la jugak mood raya tu. Yang penting bebudak happy.
Fareeq paling selera.
Semua kuih raya nak dirasa.
Songkok memasing entah kemana-mana. Janggal beno nampak peel dua orang nih.
Dah besa-besa ni memasing tetap payah nak dibawak runding. Nak ajak bergambor pon sadis. Pasal tu gambar pre raya macam-macam mimik muka ada!
Whateva la.
As long as ada muka beraya iols dah cukup ok. Esok dah plan kan untuk family in law nak ajak beraya balik kampung.
Gunakan cuti raya sebaik-baiknya taw!






Terima Kasih

Friday, 17 July 2015

Salam Lebaran 2015

Assalamualaikum.
Finally.
1syawal sudah. Rasa macam mimpi jek sebab semua terasa sangat pantas berlalu.
Kenangan baru tahun ni,
Sebab raya pertama kat rumah sendiri. Mak ayah pon ada. Sama-sama beraya, masak-masak kat sini. Me mestilah yang paling selesa sebab kat rumah sendiri kan.
Nah tepek gamba jek dulu. Nanti ulas lagi. Sory la gamba semua goyang kemain, hahah!
Pagini pakai baju sesuka hati. X sedondon pon pasal aritu dah merasa sedondon shoot kat studio kannnn.

Terima Kasih

Thursday, 16 July 2015

Petang hari raya

ahaks!

Muka ikhlas kaklong bekerja pagi nih. Gigih bangun pagi bersiap pegi pejabat padahal orang lain dah berkemas nak raya.

Takpe...
Kampong dekat je. Harini keje sampai 3.30ptg. Merasa la sampai ke petang raya dok pejabat.

Eh harini satu hari nama je kat opis, tapi takde wat keje pon.

Tetiba tak saba nak raya.
T______T


Terima Kasih

Wednesday, 15 July 2015

Farish hafiy birthday celebration & iftar 23th ramadhan

Assalamualaikum

Harini cubaan update dengan aplikasi blogger. Since yang lama tu tak boleh publish imej walaupon telah diulang cuba berkali-kali.

Sad.


Jadi mengumpol kekuatan daya ingatan untuk recall balik apa-apa kejadian yang dah terlepas minggu lalu untuk ditaip.

Hurmmm..

10julai2015
Seriously cepat sangat masa berjalan. Baby sulung iols dah berusia 6tahun.
*nanges*

Subhanallah bila diingat balik titik permulaan dia dalam rahim aku nih, memang akan tacing sendiri.
Semuda 20tahun aku kandungkan dia selama 9bulan sampailah detik kelahiran dia.
Farish yang specialnya pasal dia sebab dia cucu sulung kedua-dua keluarga. Perhatian kat dia extra dari segala segi. Murah rezeki juga.

Sekarang anak kecik aku dah jadi kanak-kanak riang. Banyak keletah yang menyenangkan hati dan tak kurang juga yang menyesakkan napas. Hahahah!

Farish anak yang terang hati. Alhamdulillah. Cepat serap ilmu yang diajar..harapan aku biarlah sampai besar dia senang hadam semua ilmu yang bermanfaat.

Malam tu,
Plan asalnya nak memasak je kat rumah tapi bila birthdayboy request nak makan pizza hut, mana mungkin makbapaknya nak hampakan dia.

Berangkatlah empat beranak ke pizza hut. Then birthday tanpa kek tu macam tak lengkap kan? Jadi aku pon belikan la kek yang sedang-sedang je untuk dia. Janji kek.

wajah-wajah kesayangan ibu.

Pagi 10julai tu lepas sahur amek mood belek album lama-lama. Album maya jek pon pasal sejak kawen memang jarang beno cuci gambar kat kedai. Semua kumpol dalam memori henpon lepastu mengeloh henpon berat la. Hanging la. Huhuhu~

My birthday boy.
Ceria kemain muka lepas dapat jam baru tu yek. Siap berlampu berlagu bagai.

Senyuman terikhlas pernah ibu tengok. Masa ni ibu sedar, jam yang harga tak seberapa tu tak setanding sentimental value nya pada si anak. Nampak dia betul-betul hargai pemberian tak seberapa dari ibu dia nih.

Dia tanya jugak apesal takde lilin. Omg, ibu lupa bawak lighter la. Next time la kite blow candles ok sayang.

Both farish sama fareeq memang hantu kek. Sekelip mata kek dah tinggal separuh. Hahahah!

Habis kek ditambah pulak dengan pizza. Alhamdulillah kenyang berbuka puasa haritu. Tengoklah muka masing-masing kemain rakus. Eksaited dapat makan doraemon. 

Lepas makan-maKan tu terus jalan-jalan kluang mall. Jalan jek. Taknak membeli kononnya. Sekali teringat Fareeq belom ade jeans lagi. Kebetulan brand  ladybird ada offer. Tutop mata jek la ibu belikan sepasang ke dia. 

Ibu takdapat lagi jeans raya tau!
Sokay, ibu try cool down je.

Urmmm... 
SebaliK kisah farish genap 6tahun ni, tau tak gigi pertama farish dah mula goyang. Ala rongakla anak ibu ni nanti. Nasib baik farish bukan jenis suka menyengih. Jadi orang tak nampak gigi dia. Hahahah!

Good abang.
Kipidap.


Terima Kasih

28ramadhan 1436H

Assalamualaikum.

Mereput aku kat pejabat harini. Dari pagi melangut tak tau nak buat apa. Alahaiiii~

Nak kata tak sabar nak beraya tu tak jugak. Bukan nak balik beraya kemana pon. Dekat-dekat sini je pon. Masih dalam negeri johor.

Proudly johorean katanya kan.
Hahaah!

Lunch hour tadi sempat pusing-pusing beli brooch raya. Hamek kau, tak mengada namanya tu siap ada brooch untuk raya!

Sebenaranya memang nak cari brooch pon. Kerja pakai uniform, tu jela sebijik brooch yang aku ulang pakai tiap hari padahal dah bermacam design keluar kat market nun.

Settle brooch. Cari concealer. Tak larat aku nak melayan soklan eh apesal muka tu.
Eh dulu kan elok.
eh eh dan eh.

Aku tak sure sama ada korang dah maklum belum pasal kulit muka aku yang bermasalah ni. Masalah dicari sendiri jadi bersabarlah menghadapinya. Pffft!

Setelah lama tak berconcealer harini dalam sejarah aku beli jugak sebatang untuk pakai hari raya nanti. Harap-harap cela noda dan segala mimpi ngeri kat muka ni dapat dilindungi. Tak flawless pon takpelah. Janji cover sket.

Pity me.

Las untuk tengahari tadi, meronda dalam parkson. Baru teringat double F punya stokin aku tak beli lagi. Ada jugak yang beraya dengan stokin sekolah je nanti. Haru.

Pusing punya pusing, jam 3petang baru masok opis. Nahhh penangan bosan benor tadi tu kan. Duduk opis bosan. Kelua kemain segar pulak rasa. Maknanya ape?

Hahahaa!

Malam ni nak try ajak husband pusing-pusing lagi. Kot terjumpa kuih raya 2balang RM20 ke kan.........

Jalanraya dah mula sesak. Nak sampai ke rumah jejak setengah jam. Bertabahlah aku mengengsot dari satu traffic lite ke traffic lite yang lain. Orang semua dah balik kampung, aku je setia di sini.

Esok kamis.
Kat pejabat ni pon dah tak ramai yang tinggal harini, esok apetah lagi. Terbayang dah kebosanan tahap dewanya tu.

Bertabahla weyh!


Terima Kasih

Tuesday, 14 July 2015

Header blog pon nak raya

Assalamualaikum

Ekceli aku ni bosan gaban kat pejabat harini. Dari tadi menguap aje menunggu waktu balik. Nak hapdet, imej takleh publish. Stress la.

Nak cuti,
Cuti tak banyak.
Jadi bertabahlah aku kat pejabat.
Tengahari keluar cuci kata kat kluang mall tanpa membuat sebarang pembelian pasal poket aku dah cuci habes dah. Kena beringat gaji ogos nun jaoh disana lagi.

=P

Maka tuka la header blog ni. Gamba senonoh alam sikit kan. Ngeee~

Ni salah satu gamba masa photoshoot raya haritu. Next entry aku share kat mana tempatnya dan berapa harganya ok. Sekarang nak sambung mengelamun dulu.

Kbai!

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati