Tuesday, 31 July 2012

bila anak2 suka berkelahi

assalamualaikum w.b.t

   entry hari ni, masalah ank2 yg suka berkelahi. berkelahi = bergaduh. semua yg bergelar mak ayah mesti penah alami masalah ni,, sme mcm ibu kan?
   anak2 ibu ni baru jek pandai berkelahi. Bila si abie elok2 main, abg pon dtg la mencari pasal. haih! senang kata, x leh duduk dkt la. mungkin sbb beza umur dorg 1taon 10bulan jek membuatkan diorg ni suka bersaing sesama sendiri.Huhuuu...Kadang-kadang ibu & babah naik pening ngan mereka dua ni. Tp bila datang angin baik2, fuhh...macam tak nak berenggang dah..segalanya kongsi bersama. Kalo dah gaduh??? Sampai ke bawah boleh dengar die punya jerit, okey! maka ibu pon cari la info yg patut dan sambil baca-baca tips tu, ibu share sekali la kat sini. Semoga dapat diaplikasikan dlm hidup kita brsama. ^_______^

ni la buah hati ibu



mengapa mereka bergaduh??



Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain. (sama aje dua2 pon sayng maa~~)


Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain. (setuju.)


Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.(rasenya x jugak,, mmg pantang ade masa nk mkn jek kje mereka ni)

Mereka inginkan perhatian ibu bapa.

ni tengah berebot nk kaler2

cara menangani perkelahian????


Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi. (selalu ok, membela abie sbb rase abie tu kecik lagi. huhu~)

Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat. (abg je la yg ngadu pon, abie x reti ngadu lg. :p)

Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya
(psycho je ckp dua2 baik sbb ank ibu kn baik... :))

Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian. (mase main la kot..)

Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.(setahun sekali paling tidak akan cuti2)

Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.

Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil. (Selalu Abie yang banyak mengalah.)

Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.

Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak. (Insyaallah...!!!)




bile angin baik,, elok je mkn gini. ^______________^


ni pon abg steady je ngalah campak kt dlm tu..







tapi bile di upgrade ke ini.......................

kluang mall--------------ahad lepas. :)

tu la ketuanya. :P

   2 pic kejadian ni sblm perkelahian berlaku. si ibu pon eksaited bila menda alah ni dh ade kt kluang mall. standard jusco la kn. 
   bayaran deposit RM 10. caj sewa ni RM 2 je pon. Tp kena tinggal ic / lesen memandu sme2 deposit tu. dh siap nk pulang menda ni nnt baru amek deposit semula.
   Sangkaan ibu, muat la 2org ank sumbat dlm ni. rupanya ngam2 ajek. :P 
  
   masalah?? bila si abg xnk mengalah & si adik pon boleh la tahannya. ;p

   berebot kt stereng la pulak. mngkin perlu di suggestkn utk wt 2 stereng supaya dua2 leh pegang. haish!
   review ttg mende ni....
   xla memudah kn urusan sgt pon. lainla klu abie buleh diletak kt ats kete tu. hahaha! jgn cuba2 ye, die dh warning no children inside tray. ^^
   logiknya hanya la sebagai daya penarik semata2. sme jek pon klu pkai troli biase tu. lg sng, 4 org pon leh masok dlm tu. xde la begadoh. cme jadi plak masalh ank2 dok lempar brg. hukhuk~~ =_=

 
 


 

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati