Thursday, 7 February 2013

Sepurnama sudah sesi persekolahan 2013

Assalamualaikum...

Sperti kepanjangan pula tajuk entry kalini. Heheheheh~

Genap sebulan farish hafiy bergelar pelajar. Macam baru semalam kami buat research preschool utk dia.

Macam baru jugak sediakan kelengkapan sekolah dia dengan rasa teruja yang meluap luap.

Terbayang muka dia masa first time nak pegi school. Macam seronok dan x saba sangat nk sekolah.

Lagi kisah farish yg x boleh berenggang dgn ibu. Menangis sampai serak2 suara sebab ibu paksa rela tinggal kat school. Tu tak masuk lagi bab kencing dlm seluar sebab berat mulut sangat2. ;)

Itulah kenangan.
Pengalaman pertama menguruskan ragam anak bersekolah. Manis semuanya.♥

Siapa sangka, setelah sebulan berlalu..

Farish dah berubah. Masih malu2 kucing tapi dh berdikari. Dah berani. Dah banyak mulut.


Kami pagi tadi.

Ni pic ibu masa jemput farish. Motip pakai baju keje? Sebab teacher mala mintak tolong ibu takutkan student lain. Riuh sangat. Hihihi..

Seronok jugak bila semua terus behave & dgr arahan teacher. Kembang semangkuk la farish hafiy. Ohh.. Publisiti murahan. ;p

Lepas tu farish sound,
"ibu bukan keje polis,ibu keje kastam"

^_^ subhanallah, bayi kecil saya semakin besa nampaknya. Saya yg menafikan hakikat tu. *kesat airmata*

Mcm biasa ibu jemput. Bawak makan pastu anta umah mak.

Hari2 ibu follow up aktiviti farish kat school. Belaja ape, ade homework tak, kawan2 ok tak..

Seronok. Melihat prkembangan intelektual anak sendiri.

ABC
123
SHAPES

ni la antara pelajaran yg dia dh belajar. Hahaha! *banyaknya ayat ajar aku!*



Khusyukkan anak ibu yg sorang ni?

Alhamdulillah. Minat farish untuk menuntut ilmu tu ada.




Ni kena gariskan bentuk yg separuh lagi. Farish boleh tunjuk dgn betul. Cuma bila kena garis2 tu senget benget jadinya. ;p


Dalam seragam school beliau.

Farish demam,batuk,selsema. So bila ibu bagi ubat, tak smpai sejam dia terus tido!

Maka terbengkalai la homework haritu. Esok pg2 kena la settlekan kat opis ibu. ★★

Lain dr tu merasa jugak feel balut buku kerja anak2.

Dulu balut buku sendiri. Sekarang buku anak sendiri. Masa memang mencemburui kita. ;')




Antara buku latihan farish.

Lagi sistem sekolah dia ni, ada message book yg jadi medium perantara guru-ibubapa. semua berkaitan memo, rekod bayar yuran bulanan, cuti2 sekolah semua ditulis dalam buku ni. canggih la budak sekarang kan. mungkin masa abie nanti cikgu bg mesej via sms jek. :p
lagi satu,  student x bawak buku hari2. Bila ada homework barulah diorang bawak buku balik rumah. Lain dr tu simpan kat sekolah je.

Masa awal2 dulu terkejut beruk bila check2 beg farish pencil case & colour dia takde. Risau dh kena rembat atau dia sendiri yg careless x masukkan dlm beg. Rupa2nya stationary tu simpan elok kat sekolah. Terus ibu beli lain utk guna kat rumah punYa. ;)

Sekarang ni pun dia dh lena tu. Farish tido awal tiap malam. Kalau siangnya dia tak tido lagilah awl tido mlm tu.

Sok pagi2 kejut cakap nak sekolah, laju la dia bangun masuk bilik air. Mandi. Ohh ye,mandi pon sendirian berhad. Ibu just letakkan ubat gigi kat berus gigi dia, lain tu dia siap la sendiri. Sempatla ibu siapkan diri sendiri jap. ;)

Dah pandai pakai seluar sendiri. Xla merengek macam dulu. Farish yang manja dah berubah sedikit demi sedikit kearah yg lebih baik. Syukur.

Sempena ulangbulan pertama sekolah ni, ibu doakan sayang terus sukses.

Mudah2an terang hati nak terima ilmu tu. Kurang berangannya, lebih fokus masa belaja. Ibu nak kamu tahu, ibu sayang kamu dan selalu nak yg terbaik untuk kamu anakku. ♥♥


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati