Wednesday 17 April 2013

Menangani sikap negatif anak

Assalamualaikum

kembali lagi. hapdet x serancak dulu. sebab broadband dh reach quota limit. :P

mencuri masa menulis. berkongsi cerita tentang kehidupan harian. dgn anak2 dan mr HB. semakin jaoh meninggalkan masa bayi mereka, membesar menjadi seorang kanak2 dengan ribuan ragam. Dan dalam ragam2 tu, ada yg menjadi pengajaran untuk ibu berusaha menjadi lebih baik dalam mendidik mereka. In sha Allah. ^_^

Farish Hafiy semakin bijak lepas dah sekolah ni. Ada je peel baru dia bawak balik ke rumah. dah pandai main tendang2. tumbuk2. huhuhu~

semua ni die tengok dr kawan2 lepas tu yg tak tahan bila dia aplikasikan kat Fareeq. Lagi teruk, adik pon ikut je tiap apa yg abang buat......

farish hafiy setelah 3bulan sekolah
 Masalahnya sekarang,, farish ni jenis suka memberontak. Tiap kali meradang, habis dia kencing kat dalam seluar. aiseyy,, tak kacaklah begini. :(

sekarang ni makin kerap, bila ibu marah die protes dgn cara tu. siap etran2 kasik kencing. itu adalah over hokey!

ibu memang terkesan sangat dgn peel tak elok yg satu ni. Takot jadi ikutan adiknya jugak nanti. Pengsanlah kalau diorang buat hal, kencing secara berkumpulan.  T_T

google sana sini, kot2 ada yg senasib kan. akhirnya ketemu artikel ni. Kita share sama2 ye....

Salah satu cabaran terbesar ibubapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 18bulan dan ke atas adalah dalam menangani sikap negatif @ negativism yang mereka pamerkan.
Sikap negatif seperti membaling barang, menghentak kepala ke dinding, menjerit sekuat hati dan sebagainya jelas menunjukkan nilai ego dan self-power dalam diri mereka mula bercambah.
Mereka mula sedar bagaimana untuk mempertahankan apa yang mereka mahukan. Kalau tak diberi apa yang mereka mahukan, alamat hiruk pikuklah keadaan rumah dengan jeritan dan tangisan mereka.
Lebih parah keadaannya apabila mereka mula ‘buat perangai’ di kawasan awam seperti di Pusat Membeli Belah, majlis orang kahwin dan sebagainya. Takut-takut hilang sabar jadinya pula…
Menurut setiap kemahuan mereka dalam keluar mencari jalan penyelesaian daripada keadaan tertekan itu bukanlah jawapannya. Malah ianya tambah memburukkan sikap mereka kelak.

3 Contoh Dalam Menangani Sikap Negatif Anak Secara Bijak 


1) Keluarkan kata-kata (verbal) arahan secara spesifik
Contoh I – “Sayang nak makan dulu ke atau mandi dulu …” Pertanyaan ini akan mengundang jawapan negatif daripada anak-anak. Tentukan apa yang mereka patut buat satu persatu dan bukanlah memberi mereka pilihan untuk memilih. Bukankah logik akal mereka masih belum aktif  ?
Jawapan - ”Jom sayang, sekarang masa untuk mandi dan wangi-wangi…” Pernyataan ini sangat spesifik tentang apa yang mereka perlu lakukan tanpa ada pilihan untuk memilih dan pastinya tiada ruang untuk memberontak. Tambahkan sedikit fantasi dengan bernyanyi bersama-sama sambil ke bilik air untuk menarik minat mereka. Mudah bukan ?



2) Keluarkan anak-anak daripada ‘zon panas’ dengan segera
Membawa mereka keluar bermain di Pusat Membeli Belah memang menyeronokkan. Tetapi, masalah timbul apabila mereka mula meragam apabila tidak mahu balik atau berhenti.
Cara terbaik adalah dengan membawa mereka serta merta  keluar daripada ‘zon aktiviti’ itu walaupun mereka menangis sekuat hati.
Bawa mereka ke ruangan yang lain, yang jauh daripada tempat permainan tersebut bagi meredakan keinginan mereka. Pastikan setiap pujukan secara tegas kepada mereka agar mereka faham dan dengar tanpa meninggikan suara.
Cara ini akan mengambil masa selama 20-30 minit untuk mereka bertenang kembali. Jadi, banyakkan tarik nafas ya…


3) Tentukan had/limit mereka

Kadangkala waktu makan merupakan waktu perang bagi sesetengah ibubapa. Sekiranya mereka mula membaling dan selerakkan makanan di meja makan, serta merta tarik mereka turun daripada kawasan tersebut.
Letakkan mereka jauh sedikit dalam 10-20 meter daripada ruang makanan dan beritahu mereka supaya berkelakuan baik sekiranya mahu makan semula. Mereka perlu dididik untuk membezakan waktu makan dan waktu bermain.
Kita juga berdiri sambil memeluk tubuh tanda protes kepada sikap negatif mereka tadi. Biarkan mereka lihat dan rasa bersalah dengan sikap tersebut.
Jangan risau, ianya hanya mengambil masa dalam 3 ke 5 minit untuk melihat mereka berkelakuan baik semula dan meminta maaf kepada kita. Nak tahu kenapa ? Mereka akan mulai rasa bosan atau boring tanpa melakukan apa-apa ! Percayalah
Apabila sudah tahu bagaimana untuk mengatasi sikap atau karenah negatif anak-anak pasti mudahkan mendidik mereka ? Yang penting tangani sikap mereka dengan berhemah tanpa perlu meninggikan suara dan sakit jantung.
Ulangi setiap apa yang kita suruh kepada mereka walaupun setiap hari kerana mereka hidup pada waktu kini /present time serta masih dan akan melakukan kesalahan untuk diperbetulkan.

Tingkahlaku Positif Boleh Didik Melalui Berkawan
 
Semua kanak-kanak sukakan bermain, terutama bersama kawan-kawan. Hadirnya kawan-kawan bukan sahaja menjadikan proses pembelajaran semakin seronok malah membantu daya kreativiti mereka semakin berkembang. Berkawan secara sihat dapat membentuk sikap anak-anak menjadi lebih baik.
Program playgroup misalanya, adalah antara platfrom untuk setiap ibubapa untuk melatih daya kreativiti dan tingkahlaku positif anak-anak. Bayangkan ianya adalah seperti sebuah payung, yang setiap kelopak payung itu mewakili elemen-elemen penting dalam pertumbuhan sihat anak-anak. Komunikasi sosial dapat dipupuk, sikap toleransi dan berkongsi dapat dipelajari dan semuanya itu hanya ada di dalam kelas playgroup.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati