Tuesday, 16 July 2013

Dia........nyawa aku

assalamualaikum..

10julai 2013
1ramadhan

Selamat ulangtahun sayang!


*nanges*
anak ibu dah besa. dah 4 tahun dah. 

rasa macam baru semalam ibu memboyot. sarat.
perabis duit bersoping macam2 untuk kamu. sampaikan ibu sendiri pakai baju buruk. :p


bila dah berat macam ni, ibu selalu mintak kamu cepat2 kelua. tak larat sangat. tapi sebenarnya bukan sebab x larat, sebab ibu tak sabar nak jumpa kamu sayang. :)

2hari ibu dah keluar tanda &menahan sakit.
 jumaat tu kamu lahir. 12.15tengahri.
semua orang dah nak siap2 kemasjid, kamu keluar pulak. hihihi~

lepas kamu lahir, sumpah ibu serik nak beranak. sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt serik.
cukuplah besarkan kamu je dulu.
lepas tu dah seronok. Semuanya lengkap sempurna untuk kamu. Kecuali..
keajaiban susu ibu. :(

kamu tak sempat kenyang pon rasanya. huhu~
maap sayang. Ibu cetek ilmu waktu tu. 



kamu kesayangan semua
membesarlah kamu.

Dari tau menangis jek...
perlahan2 kamu meniarap. 
merangkak.
duduk.
bertatih.
berjalan. 
berlari.
dan sekarang bersekolah...


betapa masa itu berlalu terlalu pantas.
meletakkan kamu paling utama dalam hidup ibu.

kesempurnaan kamu, kebahagiaan ibu
kedukaan kamu, kepayahan ibu
kejayaan kamu, kebanggaan ibu

FARISH HAFIY,
IBU SAYANG KAMU SANGAT2.

semoga kamu panjang umur, murah rezeki, terang hati, berjaya dunia akhirat. ^_____*


ibu sayang kamu berdua ye!





Terima Kasih

2 comments:

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati