Monday, 6 April 2015

Idea ulangkaji untuk anak-anak

Assalamualaikum

Tengah dok melangot kat opis nih. Tekak dari pagi tadi semacam jek. Meloya.

Blogwalking dari satu blog ke blog lain.

Tengok idea deko
Tengok resepi sedap
Tengok tips jaga anak-anak

Semuanya ilmu yang bagus-bagus.
Walaupun dah bertahun kawen & ada anak,
Banyak lagi hal yang aku kena upgrade.

Homeschool

Ni aku paling berkenan sejak fareeq kecik. Tapi tak terlaksana pon sebab taktau nak mula dari mana.

Sekarang both kiddos dah sekolah.
Teringin buat schedule untuk ulangkaji diorang. Selalunya jumaat kitorang tinggal bertiga kat rumah.

Bosan jek kelua merayap takde arah tuju. Manetau kalau buat projek gini boleh melekat elok kat rumah kan. Ngee~

Sekarang ni tengah pikir ape material yang aku nak gunakan?

Nak seragamkan aktiviti ke asing-asing ikot umur & tahap diorang?

Hurmm...
Banyak nak kena belajar ni.
Tapi awal-awal ni just buat simple activities jek la.

Aku nak buat craft.
Nanti pikit craft gaya mana. Nak happy learning kononnya. Dah 5hari diorang berulit dengan buku, so hujung minggu belajar sambil main.

Macam seronok kan?
Nanti kalau dah mula aku update sini.
For sure diorang mesti suka. Tapi sementara ni kasik aku kaji betul-betul dulu pasal ni. Lagipon aku nak buat sesuatu yang nampak hasil. Takmo laaaa kejap jek projek tu, nanti terbengkalai.

Doakan sukses ye


Sumber inspirasi sampai mati

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati