Friday 23 October 2015

It has been a month!

Assalamualaikum

Lamaaaaaaaa sangat tak drop kat sini.
Maap.

Ni nak cerita pasal ape hilang terus sepanjang oktober nih.

Sebenarnya,
Dah terjumpa peluang untuk something yang sangat aku obses sejak dulu.

Duit.

Ya,
Tiba-tiba didatangkan idea untuk join venture dengan pirate coffee kluang as a delivery crew.

Kisahnya macam ni,
beberapa minggu sebelum tu,femes kat Kluang ni pasal pirate coffee.

Ni jenis air ala-ala starbuck tapi harga mampu minum bercawan-cawan punya.

Hahahah!

Ni projek bumiputera,
Melayu,
Islam semestinya.

Paling penting,
Murah.

Satu hari tu opismate yang dua orang tu ajak try rasa sorang secawan. Punya malas nak try pasal dah pernah dengar khabar kena q panjang sampai berjam-jam lamanya.

Nasib baik ada student praktikum kat opis ni ajor kitorang, order dulu pastu sejam baru drop amek airnya.

Maka try la kitorang.
Sejam jugaklah sela masa nak dapat air tu.

Dah rasa,
Puas la tekak.

Entah macam mana petang tu dapat ilham, nak offer buat delivery pulak untuk orang ramai. Target masa ni ialah orang yang nak beli, tapi malas beratur. Sepesen aku masa beli tadi.

Terbayang aku jadi personal shopper untuk pirate coffee. Selalu nampak personal shopper belikan baju& tudung kat butik-butik femes kan?

Kalini aku ejas sikit untuk minuman.

Macam mana boleh terfikir?
Entah.

Laju-laju wasap yati.

Sebab yati penah cakap tokei pirate coffee ni dia kenal. Mintak tolong ejas sikit untuk idea tiba-tiba aku ni. Sementara tu, try pm jugak thru fb. Masa tu hati dah meluap-luap teruja.

Seriously.

Mula-mula tu nampak macam payah je nak dapat permission. Mungkin sebab tak kenal. Atau mungkin jugak diorang risau servis aku ni nanti akan effect bilangan pelanggan yang q kat kedai.

Tapi lepas aku tunjukkan kesungguhan tak mengagak aku bila submit order 30cawan terus, hati diorang dah terbuka sikit.

Yeayyy!

So far untuk bab marketing ni,
Aku ada kelebihan sikit.
Ayat manis mungkin.
Lol.

Maka bermula 1oktober,
Aku dah sediakan perkhidmatan ni untuk orang kluang.

Setiap cawan yang aku hantar tu,
Aku servis RM1 untuk kawasan bandar.

Sambutan alhamdulillah.
Aku anggap rezeki tiba-tiba ni.
Husband yang mula-mula acuh tak acuh pon tergamam bila tengok income yang masyuk.

Sejak tu dia pulak kemaruk nak amek order delivery banyak-banyak.

Hahhaah!

Hari-hari aku berubah terus. Tiap hari lunch hour keje hanta air jek la. Sambung pulak lepas habis kerja.

Gigih.
Dan semestinya bila kita buat sesuatu yang kita minat, kita takkan rasa penat ataupon terbeban.

Tengok sorang-sorang tag kat fb aku, puashati dengan servis yang aku bagi tu, lagi meluap semangat nak terus buat keje ni.

Beberapa hari pertama tu,
Jam 3 pagi baru dapat lena. Pesanan bertingkek-tingkek sampai kena tolak pasal takut takdan setel sebelum jam 2petang.

Lepas seminggu, dah pandai bajet time. Masa tido pon balik asal. Dengan syarat, kena submit order 2hari awal dari hari delivery tu. Sampai gitu sekali penangan pirate coffee ni.

Rezeki sangat.
Penat tapi bila tengok hasilnya, terus hilang rasa penat tu. Jiwa kental nak meniaga ni hidup balik lepas bertahun. Last merasa untung besar masa jual vco catalyst dulu je rasanya.

Sebulan gaji dalam masa beberapa hari. Betullah niaga ni best. Sangat best sampai tak rasa nak berhenti nak buat.

Biarlah orang nak cakap tak cukup gaji kerja yang sedia ada ke hape. Tak perlu rasanya nak explain kat sorang demi sorang kenapa buat menda ni.

As for me,
Nak lebih, kena buat lebih.

Cukup je gaji kerja hakiki tu,
Tapi bila ada peluang nak dapat lebih,
Kenapa nak tolak?

Doakan target ubtuk sebulan tercapai tau!
Nanti boleh kasik reward kat diri sendiri. Kat anak-anak yang terkurang perhatian beberapa hari ni, kat family yang baik hati sanggup jagakan anak sementara pulun job delivery ni habis-habisan.

Nanti kita open table naaa~

Nak juga tepek muka beberapa hari buat kerja sambilan ni. Sempat terfikir nak tuka professio  tau!

Ngeee~


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati