Showing posts with label cerita mama. Show all posts
Showing posts with label cerita mama. Show all posts

Monday, 15 September 2014

Disini lahirnya segala cerita

Hi,

Semalaman scroll blog sendiri, sedar tak sedar dah 3tahon lebih blog ni rupanya. Sebenarnya lebih dari tu, sebab blog pertama dulu aku create masa baru kawen. Tapi dah lupa email password segala,aku pon benti ber blog.

Sampailah,
Aku beranak sorang. Anak pon besar, dan aku mengandung lagi.

-_-'

Kelahiran fareeq pemula mood ber blog aku sekali lagi. Sebabnya?

Aku ibu yang berusaha menjayakan penyusuan susu ibu. Dan sepanjang kisah itu ada sukadukanya. Ada ilmu yang baru aku jumpa, yang aku aplikasikan sepanjang menyusukan anak tapi aku tau lama kelamaan aku akan lupa semua tips tu bila aku tak lagi menyusukan.

Aku taknak!
Taknak semuanya lupa gitu je. Setidak-tidaknya biarlah ada sumbangan pada yang lain, atau paling tak pon jadi rujukan untuk aku masa akan datang. Taklah aku tergali-gali mencari info lagi nanti.

Aku sayang blog ni. Ada banyak kenangan dalam setiap penulisan. Walaupon aku bukan penulis yang konsisten dalam penceritaan, kadang-kadang terlalu lama aku peram entry dalam draf, berhenti tak berkesudahan dan ada juga momen yang langsung tak tercerita sebab aku dah lupa apa ceritanya. ;p

Enjoy your blogwalking here.
Aku bukan blogger femes yang ada ribuan follower. Aku takde tips kecantikan yang boleh dikongsikan apa lagi resepi menarik yang nak diajar pada semua yang membaca.

Aku biasa je. Blog ni kisah aku. Kisah seharian dan kisah kehidupan aku. Aku tak sempurna. Aku juga ada masanya beremosi tak mampu dikawal. Jadi maaflah kalau ada post aku yang meroyan tak tentu hala.

Aku tak terer bab IT. Seriously.
Aku tak reti nak add on yang gempak-gempak dalam blog ni. Apa yang ada, tu la yang aku guna. Hahahah!

Setakat ubah template tu aku retilah. Hihihi~

Aku memang takde cerita yang menarik nak dikongsi. Tapi aku suka. Ini kenangan. Bila kau tengok anak yang dulu kecik sekarang dah besar depan mata, kau konfem tacing.

Dari kau yang dulu gila-gila. Tudung pon entah kat mana, akhirnya aku nampak sendiri transformasi diri. Dari yang nak apply maskara pon sampai sejuk tapak tangan, sekarang aku dah mampu buat. Extra sikit sebab dah pakai eyeliner. Muahahhahahaha!

Masa cepat berlalu. Macam berlari meninggalkan aku dengan segala macam hal yang lain. Tak terkejar kotak memori aku bila nak di throwback satu persatu. So bila aku tengok balik entry yang lama, barulah dapat recall.

Tak semua manis-manis belaka, dan tak mesti yang pahit tu buat kita mati selama-lamanya. Hidup, sentiasa ada yang berubah. Sedangkan yang baharu juga akan merasa jadi yang lama. Tapi hakikatnya, hidup tetap diteruskan jugak.

Kenangan,
Tak siapa boleh hidup dengannya,
Tapi kenangan tu la yang buat kau rasa nak terus hidup,
Bila kau sentap dengan semua yang kau lalui,
Kenangan yang manis buat kau senyum semula.

Sebab,
Yang kau lalui semalam,
Takkan lagi kau lalui harini ataupon esok.


posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Saturday, 23 August 2014

Malaysia ku berkabung

Assalamualaikum,,

Sejarah tercipta di bumi Malaysia. Tamggal 22082014 ketibaan 20 mangsa pesawat MH17 yg ditembak jatuh di timur ukraine telah selamat tiba ke tanah air.

Setelah 37hari, mereka kembali. Hanya jasad tanpa nyawa. Dan siap bersemadi di alam yang abadi.

Rata-rata turut bersedih. Seluruh penduduk Malaysia berkongsi kedukaan yang sama. Sama-sama memberi penghormatan terakhir, bertafakur selama seminit. Alfatihah dikirim tidak putus-putus. Alunan surah yasin sepanjang hari. Memberi kedamaian pada yang menghayatinya, terasa dunia ini tenang seketika.Dan rasa sayu itu terus-terusan memburu.

Aku tak kenal sesiapa di dalam pesawat itu. Kalau ada yang ku kenal hanya dari bacaan2 sebelum ini. Cerita mengenai mangsa-mangsa pesawat malang itu terpampang di dada akhbar. Membuatkan aku terasa seolah-olah aku dekat dengan mereka.

Mereka saudara seagamaku. Kalau tidak seagama, mereka juga manusia seperti aku. Sungguh dunia semakin kejam hari ini. Nyawa manusia yang tidak berdosa terasa tiada nilainya lagi. Membayangkan pesawat itu tiba-tiba ditembak juga aku tidak mampu, apatah lagi membayangkan keadaan mereka yang menemui ajalnya dengan cara begitu.

Subhanallah, maha suci Allah.
Tiada sesuatu apa pon yang berlaku tanpa pengetahuanNya, tanpa keizinanNya.

Saat dunia diuji,
Saat mereka pergi ke alam abadi,
Aku sendiri memusahabah diri.

Melihat satu persatu keranda berisi jenazah2 itu diusung, hati ni tersentap sendiri. Itu pengubat kerinduan ahli keluarga, itu untuk ibu bapanya, suaminya,isterinya, atau mungkin anak-anaknya.

Yang dinanti sudah kembali, walaupun hanya untuk seketika. Sekurang-kurangnya penantian sudah tiba kepenghujungnya.

Berkalih ke ahli keluarga mangsa..
Melihat keranda yang sudah bernama, hati semakin sendu. Sungguh besar dugaan mu Allah, mana mungkin ada hati yang calang-calang tabah untuk melalui semua ini. Melainkan mereka-mereka yang Engkau pilih, mereka yang istimewa dari yang lainnya.

Meletakkan aku ditempat mereka. Alangkah kerdilnya diri ini. Disisi keluarganya juga aku tak mampu, apatah lagi disisi isterinya, wanita yang berkongsi segalanya. Tapi kulihat wanita itu cekal, lirikan matanya sahaja menggambarkan runtun hatinya. Aku sangka wanita itu kehabisan airmata untuk ditangiskan lagi. Yang pergi itu suaminya, tulang rusuknya, bapa kepada anaknya, imam untuk solatnya.

Semoga mereka semua tabah melalui semua ini. Ya, memberi kata-kata semangat ini jauh lebih mudah dari mendepani hakikat yang sebenar. Tapi siapa tahu dengan doa yang tak putus-putus ini, keadilan menemui kita semua.

Seharian aku berteleku depan tv. Aku mahu saksikan semuanya. Saksi kekejaman dunia pada negaraku.

Secekal mana pun pasti tertewas juga. Mampu bertahankan jiwa bila melihat anak kecil merintih di depan keranda si ibu, memohon diberi kesempatan menatap wajah ibunya buat kali terakhir. Meminta simpati diberi peluang melepas rindu untuk terakhir kali.

Ya Allah,
Simpatiku menggunung.

Si bayi kecil yang tak mengerti apa-apa. Kehilangan si ayah pada usia seawal itu, lagi sekali airmataku tertumpah.

Ya, ajal maut di tangan Allah. Setiap dari kita bakal merasa mati. Cuma cara yang berbeza. Ditakdirkan anak itu menjadi anak yatim sekelip mata, tapi aku percaya ada aturan Allah yang lebih baik dibalik semua itu.

Seluruh dunia menangisi tragedi ini. Kekejaman bila manusia manusia semakin keji. Keamanan negara sudah tidak se gah mana. Bila satu persatu bala, ujian diturunkan kepada bangsaku ini, aku merasakan masanya tidak lagi lama.

Mungkin beberapa ketika dari sekarang, keamanan ini juga bakal jadi kenangan, kisah lagenda untuk anak bangsa ku yang akan datang. Itu pun andai usia ku masih ada. Kerana tanpa sedar, mati itu bisa jadi pada bila-bila masa bukan?

Persoalannya, bersediakah aku untuk masa itu?








Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati