Showing posts with label fareeqqashfiy. Show all posts
Showing posts with label fareeqqashfiy. Show all posts

Tuesday, 15 December 2015

Littlecaliphs- kindy baru untuk fareeq

Assalamualaikum

Penghujung tahun ni bukan je sebok uruskan preparation farish ke tahun satu, fareeq pon tak kurang jugak.

Kami(me & husband) decide untuk tukarkan fareeq ke littlecaliphs.

Kindy ni dah setahun beroperasi dan dah pernah diceritakan dalam entry terdahulu, review tentang kindy ni masa first time kitorang survey tahun lepas.

Asalnya memang niat nak masukkan fareeq kesini, tapi memandangkan farish masih kekal di Smartreader kids untuk tahun terakhir dia, jadi kitorang ubah plan last minute.

How come aku nak manage dua orang anak kat sekolah lain-lain. Waktu masuk sekolah & balik  sekolahnya serentak. Lokasinya berbeza. Macam lipas kudung la dibuatnya. Memandangkan isu ni, fareeq didaftarkan di sekolah yang sama dengan abangnya.

Smart reader kids.
Sekolah pertama untuk kedua-duanya.

Berbeza untuk sesi 2016.
Farish dah konfem akan ke tahun 1 jadi kebebasan memilih kindy untuk fareeq kalini. Sesi persekolahan takkan bertindih macam sebelum ni. Jadi isu aku terkejar nak ambik dua anak serentak tak wujud langsung.

Lega.
Sekali lagi ke open day little caliphs taman saujana.

Aku try dpatkan review dari parent yang dah hantar anak kesitu sebelum ni. Ada baik dan ada komplen jugak.

Pada aku itu normal.
Bab kecik-kecik ni aku jarang berkira asalkan hasil akhirnya memuaskan hati aku.

Kualiti mesti setara pelaburan yang dibuat.
Bukan berkira.
Tapi bayar lebih semestinya untuk dapat lebih kan.

=)

Alhamdulillah,
Semua urusan berjalan lancar.

Fareeq didaftarkan di sini.
Sekaligus settle semua bayaran yuran yang berkaitan. Buku-buku dan uniform.

Yep,
Yurannya agak tinggi. Mungkin sama jumlah dengan smart reader kids jugak. Tapi sama macam sebelum ni, nampak susah bila fikir nak daftarkan dua anak dengan jumlah besar tapi alhamdulillah memang rezeki anak sentiasa ada.

Selesai dah setahun tu.

Tahun ni lega sikit sebab sorang je lagi yang tinggal. Belanja sekolah rendah tak sebesar belanja tadika diorang ni. Ada lebihan pendapatan untuk tahun depan nampaknya.

Mungkin kami telah disogok dengan gambaran yang baik-baik dari pemilik kindy ni sampaikan kami sebulat suara setuju untuk tempatkan fareeq kesini. Rasanya semua orang akan buat perkara yang sama sebab nak beri yang terbaik untuk anak. Tapi tak salah rasanya kami mencuba teknik dan suasana pembelajaran yang baru untuk fareeq.

Setiap budak,
Berbeza cara penerimaan terhadap sesuatu.
Yang sesuai dan terbaik untuk farish,
Belum tentu sama kesannya pada fareeq.

Background yang berbeza,
Cara didikan yang tak sama,
Tapi aku harapkan yang terbaik je.
Keseimbangan ilmu didunia dan akhirat.

Semoga fareeq sukses kat sini.
Cepat serasi dengan envoronment baru nih.

Dia pon nampak tak sabar nak datang sekolah baru!


Terima Kasih

Thursday, 30 April 2015

Knowsy fareeq qashfiy

Hai,

Petang-petang gini sangat melemaukan jiwa dan raga untuk buat kerja. Mata dah stim habis tunggu masa nak lelap je.

Kamis sudah. Hari terakhir keeja untuk minggu ni. Esok mulalah cuti hujung minggu yang panjang. 4hari kot. Ni masih merangka-rangka kemana nak pegi. Kalau sampai esok takde idea, kita tido ajelah kat rumah ye.

Tadi jemput budak berdua tu dari school. Berjurai peloh memasing. Latihan sukan tak habis lagi. Takkan habis selagi tak sampai masa sukannya kot.


Mini me.

Ada banyak gen aku pada dia. Gen kaki sentap, keras kepala, pendendam semua ada. Huhuhu~

Kalau dah merajok, payah gila nak ok.
Yang ni bukan gen aku. Sebab aku paling lama nak merajuk pon setengah hari je. Lepastu aku meleset-leset kat encik shuben buat macam takde apa-apa.

Bertuahnya dia dapat wife macam aku. Tak payah modal air liur nak pujuk-pujuk. Bagi hadiah tanda maaf jaoh sekali.

Heheheh~

Both my children sangat banyak mulut bila kat rumah. Memang tak sah kalau rumah tak riuh kalau semua ada kat rumah. Suara menyanyi. Bergurau. Gelak ketawa. Tak lupa juga bunyi tangisan.

Tapi bila dengan orang asing, farish paling berat mulut. Kedua fareeq. Tapi bila orang tu berjaya tackle fareeq, orang tu kena la dengar mulut kecik ni celoteh tak berenti renti.

Yang ni pon gen aku. Very the talkative person. Potpetpotpetpotpet.
I love to talk. Love love love.

Berbeza dengan encik shuben, dia cuma bercakap yang penting-penting aje. Lebih angguk dan geleng je.
Tak friendly sangat!

=D

Fareeq sangat suka bercakap. Kalau dulu cuma kena melayan farish sorang. Dengar apa dia nak cakap, apa nak ditanya, apa yang nak dimintak.

Tapi sekarang ada 2channel radio tak berbayar. Payah laaa nak hadam bijik butir yang diceritakan tu. Semua cerita begabung jadi satu.

Ahaks!

Masih train diorang bercakap ikot giliran. Tunggu orang habis bercakap baru bercakap pulak.

Pheww~
Kadang-kadang terasa banyak benda nak kena guide masa diorang kecik ni. Mudah-mudahan mampu bagi yang terbaik untuk diorang.

since fareeq baru kenal dunia luar, ada sekolah, ada kawan & macam-macam suasana baru dalam hidup dia, fareeq jadi anak yang sangat banyak soalan.

Dia sukakan tanda soal barangkali.
Hahahah!

Ibu, kenapa....blablabla
Ibu,lepastu kenapa...blablabla
Habis kenapa...blablabla

Oh b!
Awak betul-betul ulangtayang peel abang farish dulu. Soalan tak putus-putus. Dah dijawab dikaitkan pulak jadikan soalan lain.

Sampai sudah tak habis soalan weyh.
=P

Tapi sebagai mak yang cuba jadi sehabis baik, aku layankan setiap soalan tu. Bagi jawapan yang aku rasa sesuai dengan umur dia. Sampai la dia puashati dengan penerangan tu. Sebab dia ni memang akan sentap kalau aku ignore soalan dia. Hahahah!

Malam-malam kalau aku suruh farish ulangkaji, fareeq lagi awal capai buku sekolah dia. Eksaited.

Then ulanglahhhh A to Z, 1 to 10. Sampai kita suruh dia berenti. Kalau layan, mau sampai ke pagi.

Setiap hari balik dari sekolah ada jek cerita dia. Ada je lagu yang dia nyanyi. Dialog yang dia cakap.

Farish dulu sekolah takde penah laaaaa menyanyi lagu yang belajar kat sekolah tu bila dah balik rumah. Fareeq ni siap ajar aku lirik lagu lagi. Salah nyanyi kena marah.Hahahah!

Cuteness baby boy.
Anak terbongsu buat masa ni.
Tapi manja tahap dewa sampai rasa nak pitam melayannya.

Kalau kata dia, kata diaaaaaaaaa aje~



posted from Bloggeroid


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati