Showing posts with label kisah makanan pejal. Show all posts
Showing posts with label kisah makanan pejal. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

bekal utk abie

   mama keje gomen. opis hour. tpaksa tgglkn ank2 walhal kalau di bg chance mama mau lepak kt umh sme mereka sj. ngeee~ 
   kali ni mama nk demo cmne mama prepare frozen ebm utk abie utk bekalan ari esok spjng kt umh mak. :)
ini dh siap yek

mama x amek gambo plak mse masak2 td
hahaha!

tu puri nasi & kentang

mama pack begini


lps tu simpan kt freezer
:)

esoknye mama jadikan mcm ni pulak..



ni contoh kedua
dlm ni puri keledek & lobak merah
sepatotnye
letak dlm bekas bertutop
tp...
umh mama tupperware sgt limited
maka mama pkai storage liner abie
heheheh~
*jgn lpe ltk tarikh ye!*




esok mama bwk g umh mak camni,,


dlm ni mama letak la
4ketol nasi
2puri carrot
1puri kentang



senang kn??

mama buat stok utk 5hari bekerja
wiken mama prepare
jd x pyh la mak sush2 lg
tinggl pnskn je dlm periok o warmer
:)



Terima Kasih

Sunday, 1 January 2012

utk mama & abie

   mama mau share ini. ILMU baru mama yg mama nk aplikasikan kt abie. :)


klik2 kalau x nampak
^_~


   membesa kn ank2 mmbuatkn mama PERLU belaja & belaja lebih banyak lg!

Terima Kasih

Thursday, 29 December 2011

stok ayam utk abie

   abie suda masok 7bulan. semakin besa ank mama, tp msh nmpk kecik n baby pd mama. :) abie dh mam, tp ckit jek. mama rse abie dh jemu ngn cerelac. x sdp kot?
   hehehe... lately mama rajin msk utk abie. mama google sne cni carik resepi utk abie. mama dh bli beras merah, kismis organik, sayo2 organik utk abie.
   smlm mama bekalkan abie bubo homemade. mama msk. hehehe. x la canggih mne. tp mama hepi sbb mama wt sndiri. Bubo beras merah + lobak merah + kurma. nyum2~ cukop utk 3x mkn. pagi, tghri n ptg. Cuma yg sblh ptg mama cmpor stok puri labu dan ternyata abie x abes mkn. Si kecik ni x suke mam labu kot? sme cm abg n babah. ;p
   skrg mama cari resepi baru utk wt stok ayam. Abie dh pndai pilih mknn. Kalau x rse manis die xnk mkn. Sbb tu mama masokkn kismis dlm bubo die. Kalau cerelac o beras perang msti kne tmbah ebm mama. hihihi...
   abie n susu mama mmg xleh dipisahkn lg

   mama dh jumpa cara wt stok ayam n bilis dr sorg blogger. Member kt SOLID FOOD 4 MY BABY. Ni link blog die.


Terima Kasih

Friday, 9 December 2011

fakta pemakanan

      ank mama sudh 2org. tp msh byk yg mama xtau. adehhh~ ni hsil 'google'lan mama.


   Terdapat banyak kekeliruan tentang bilakah selamat untuk memperkenalkan sesuatu makanan untuk bayi. Ibu yang mula memperkenalkan pepejal awal kepada bayi mereka sering mendengar rayuan menderu-deru “telur tak boleh, kacang tak boleh, buah sitrus tak boleh, gandum tak boleh, kismis tak boleh, kiwi tak boleh”, dll... pantang larang ini kian bertambah.
   Kadang-kala nasihat yang diberikan khusus untuk bayi yang mempunyai kesulitan tertentu, contohnya, bayi dari keluarga yang mempunyai sejarah alergi yang ketara, langsung diterima dan digunapakai untuk semua bayi.
   Jika keluarga anda menghidapi penyakit asma, ekzema ataualergi makanan, adalah baik jika anda berbincang dengan doktor keluarga untuk mengetahui sama ada bayi anda perlu mengelakkan makanan tertentu untuk masa yang lebih panjang.

   Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan selama enam bulan. Bacalah artikel kami tentang memperkenalkan pepejal untuk maklumat lanjut.

   Jika anda memilih untuk memperkenalkan pepejal lebih awal dari enam bulan setelah berbincang dengan doktor anda, ada sebilangan makanan yang anda patut elak sebelum usia enam bulan. Bacalah artikel di sini untuk maklumat tepat supaya boleh membezakan antara fakta dan dongeng.


Gandum, oat dan lain makanan mengandungi gluten
   Risiko dijangkiti penyakit seliak berkurangan jika anda menghindarkan dari mengambil makanan mengandungi gluten, seperti gandum, gandum hitam dan makanan berasaskan barli. Ini termasuk roti, tepung gandum, pasta, sesetengah bijirin sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan. Oat elok dielakkan juga, sebab ia mungkin diproses di kilang yang juga memproses gandum.


Telur
   Telur masak boleh dimasukkan ke dalam diet bayi anda apabila dia berusia enam bulan. Anda harus menghindari daripada menggunakan telur mentah dalam diet bayi sebab kadang-kala ianya mengandungi salmonela, yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Apabila memasak telur untuk bayi anda, pastikan telur dan putih telur itu kental. Atas rasional yang sama, adalah baik untuk tidak memberikan anak anda sebarang makanan yang berkemungkinan mengandungi telur mentah, seperti campuran kek yang tak masak, ais krim buatan rumah atau mayones, atau makanan pencuci mulut yang mengandungi telur mentah, seperti mousse.


Kacang-kacang
   Memang benar yang anda sepatutnya tidak memberi kacang bulat kepada kanak-kanak berusia di bawah lima tahun sebab risiko tercekik. Tetapi mentega kacang dan kacang kisar sesuai untuk bayi lebih dari enam bulan dan kanak-kanak yang tidak mempunyai sejarah alergi keluarga.
   Alergi yang serius terhadap kacang-kacang dan produk kacang, dan jenis kacang tertentu menjejaskan kurang daripada satu peratus populasi. Bayi anda mungkin lebih berisiko jika anda, suami anda, dan adik beradik, mempunyai masalah alergi seperti hayfever (alergi gatal disebabkan debu), penyakit asma dan/atau ekzema.
 

Makanan bijan, seperti minyak bijan, biji bijan
   Alergi bijan kian bertambah, dan sama seperti alergi kacang tanah, alergi bijan boleh melarat, dan boleh membawa kepada anafilaksis. 


Ikan dan produk ikan
   Agensi Piawaian Makanan UK mengesyorkan bahawa anda seharusnya tidak memberi sebarang ikan atau makanan kerang kepada bayi lebih muda dari enam bulan, sebab terdapat kebarangkalian kecil yang mereka akan mendapat reaksi alergi.
    Kanak-kanak juga patut jangan makan ikan yu, ikan todak atau marlin. Ikan-ikan ini mengandungi tahap merkuri yang tinggi dan boleh menjejaskan perkembangan sistem saraf kanak-kanak yang sedang membesar.


Kacang soya dan produk berasaskan soya
   Setengah kanak-kanak kecil mempunyai reaksi alergik terhadap soya dan produk soya termasuk susu formula soya. Simptom alergi soya sama seperti alergi susu, dan melibatkan ruam tebal, cirit-birit, muntah-muntah, perut memulas dan sesak nafas. Jarang sekali, namun boleh berlaku, ialah anafilaksis. Kanak-kanak yang alergik terhadap susu lembu sepatutnya diberikan formula berasaskan soya selepas mendapat nasihat perubatan sebab bayi yang alergik terhadap susu lembu juga kadang-kala alergik terhadap soya juga. Susu dihidrolisis tinggi atau formula kasein adalah alternatif kepada susu dan formula berasaskan soya. Mintalah nasihat doktor anda.


Buah kiwi
   Ada segelintir orang yang melaporkan reaksi terhadap buah kiwi. Setengah reaksi ini adalah serius, terutama yang melibatkan kanak-kanak, dan bilangan orang yang terjejas nampaknya semakin bertambah. Ini mungkin berkaitan dengan peningkatan penyakit alergi secara keseluruhan, apatah lagi buah ini telah menjadi semakin popular di kalangan kanak-kanak.
    Buah kiwi merupakan sumber yang kaya dengan vitamin C, kalium dan serat. Jika anak anda sudah mempunyai alergi terhadap makanan tertentu, atau jika terdapat sejarah alergi keluarga, anda dinasihatkan supaya tidak memberi anak anda buah kiwi sebelum usia enam bulan. (Sebaik-baiknya, anda tidak memperkenalkan sebarang pepejal sebelum usia enam bulan, melainkan anda dinasihatkan sebaliknya oleh doktor keluarga anda atau pakar pediatrik.)


Madu
   Madu ialah gula, dan memberikan anak anda gula menggalakkan kegemaran terhadap makanan manis dan mengakibatkan kerosakan gigi. Agensi Piawaian Makanan UK mengesyorkan bahawa anda tidak memberi anak anda madusebelum usia satu tahun, sebab ada kalanya ia mengandungi bakteria yang boleh mengeluarkan toksin dalam usus bayi. Ini dikenali sebagai botulisme bayi. Apabila bayi anda mencapai usia satu tahun, ususnya sudah matang dan sudah boleh menangani bakteria dari membiak.


Kismis
   Kismis dan lain buah kering seperti kismis anggur hijau menyediakan snek berkhasiat bagi bayi yang lebih tua atau kanak-kanak bertatih. Walau bagaimanapun, sebarang makanan berkeping kecil mempunyai potensi risiko bayi tercekik, apatah lagi jika umur anak anda kurang dari satu tahun. Oleh itu, adalah baik jika anda hadir semasa anak anda mencuba makanan jejari seperti kismis dan anda harus memastikan yang dia telah sudah cukup sedia dari segi perkembangannya untuk mengunyah dan boleh duduk tegak secara sempurna, selain dari menguasai pegangan sepit untuk mencengkam dengan ibu jari dan jari telunjuk dan mengangkat barang.


Buah sitrus
   Buah sitrus seperti oren, oren mandarin, limau gedang, lemon dan limau nipis mengandungi banyak vitamin C. Sebelum usia enam bulan, bayi tidak seharusnya diberikan jus buah dan buah sitrus. Jika anda membeli makanan bayi tersedia, telitikan label untuk mengetahui sama ada ia mengandungi buah sitrus seperti lemon sering dimasukkan ke dalam puri makanan bercerai susu awal seperti epal dan pisang. Jika memberi jus buah, berikan untuk hidangan utama sahaja dan pastikan ia betul-betul cair (satu bahagian jus untuk 10 bahagian air) dan berikannya dalam cawan atau bikar, bukan botol. Jika diminum secara cepat, ianya membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi akibat kehadiran gula-gula dan asid secara semula jadi.


Strawberi and raspberi
   Buah berbiji kadang-kala menyebabkan reaksi alergi bagi bayi. Tunggulah sampai bayi anda berusia enam bulan sebelum memberikannya. Reaksi alergik terhadap buah-buah jenis ini dan sayur-sayuran selalunya tidaklah serius, setakat menjejaskan mulut, menyebabkan rasa gatal atau ruam tebal di tempat-tempat di mana makanan itu menyentuhi bibir dan mulut. Ini dikatakan sindrom alergi mulut.


Susu lembu

   Pada umumnya, pakar bersependapat bahawa anda seharusnya tidak memberi bayi anda susu lembu atau produk susu lembu sehingga bayi anda berusia enam bulan. Dari umur enam bulan, bolehlah anda mencampurkan sedikit susu lembu penuh krim dalam masakan, contohnya dalam sos keju atau kastard. Elakkan daripada memberi susu lembu sebagai minuman sehingga bayi anda berusia satu tahun, sebab ianya terlalu rendah dalam zat besi dan khasiat lain. Susu rendah lemak tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah dua tahun, tetapi boleh diberikan apabila mencapai umur dua tahun, asalkan tabiat makan anak anda itu sempurna, dietnya bervariasi, dan berat badannya normal. Jika tidak, gunakan susu penuh lemak sehingga anak anda berumur lima tahun. Susu rendah lemak tidak sesuai bagi kanak-kanak di bawah lima tahun sebab jumlah kalori dan vitamin penting dalamnya terlalu rendah.


Susu kambing dan biri-biri

   Jangan beri susu kambing atau biri-biri kepada bayi di bawah satu tahun. Jika anda memilih untuk menggunakannya selepas setahun, pastikan ianya dipasteurkan.


Susu formula menyusul
   Susu menyusul (atau susu membesar) diperbuat dari susu lembu dan dipasarkan atas kepercayaan yang ianya kaya dengan zat besi. Tidak ada keperluan untuk membeli formula membesar untuk menggantikan formula bayi. Jika anda bercadang menggunakannya juga, pastikan usia bayi anda sudah melebihi enam bulan.


Keju
   Keju ialah satu sumber yang kaya dengan kalsium, dan menyediakan konsentrasi sumber tenaga. Anda boleh memasukkan sedikit keju dalam diet bayi anda dari usia enam bulan. Keju lapuk matang yang lembut, seperti brie dan camembert, tidak sesuai, sebab mempunyai risiko bakteria listeria.


Makanan serat tinggi
   Makanan berserat tinggi adalah tidak sesuai untuk bayi atau kanak-kanak muda. Penggunaan roti mil penuh, pasta dan bijiran tidak menjadi masalah, tetapi elakkan daripada memberi makanan ini terlalu banyak sebab ianya akan memenuhkan perut anak anda, dan menjejasan pemakanan makanan lain.

   Jangan masukkan sekam bijiran ke dalam makanan bayi anda sebab ia menghalang mineral penting tertentu daripada menyerap masuk. Berikan makanan berkanji yang bervariasi, termasuk pelbagai mil penuh untuk anak anda tetapi elakkan daripada menggunakan makanan mil penuh secara ekslusif sehingga anak anda berusia lima tahun.


Teh
   Minuman teh tidak disyorkan untuk bayi atau kanak-kanak kecil. Ianya mengurangkan penyerapan zat besi apabila diambil dengan hidangan utama, ia mengandungi kafeina dan boleh melecurkan mulut bayi anda. Jika teh ditambah gula, ia juga menyumbang kepada kerosakan gigi.


Minuman bergas dan minuman soda
   Minuman skuasy, minuman soda bergas, juga susu berperisa dan minuman jus tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang baru mula bertatih. Ini disebabkan kanak-kanak yang banyak diberikan minuman manis, terutama sekali minuman bergas dan skuasy, didedahkan kepada risiko kerosakan gigi sebab minuman itu telah dicampur dengan gula dan mengandungi asid. Juga terdapat risiko bagi kanak-kanak yang “menyerempet” (graze iaitu makan snek) sepanjang hari menjejaskan selera mereka untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Setengah kanak-kanak juga akan menghidap “cirit-birit kanak bertatih” sebab terlalu banyak mengambil skuasy.

   Pati jus buah mengandungi banyak vitamin yang mujarab untuk kesihatan kanak-kanak, terutama sekali vitamin C. Gula-gula yang terkandung dalamnya adalah bahaya untuk gigi, jadi cairkan minuman itu dengan baik (satu bahagian jus untuk 10 air), berikan jus semasa hidangan utama sahaja, dan gunakan cawam atau bikar, bukan botol. Minuman yang terbaik untuk kanak-kanak pada masa selang antara hidangan utama ialah air dan susu. Ini tidak mengandungi gula-gula yang boleh merosakkan gigi. Susu juga mengandungi vitamin dan mineral penting, seperti kalsium, vitamin B2 dan B12.

Terima Kasih

Thursday, 8 December 2011

makanan utk ank 1-6 taon

   Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.


Piramid Makanan
  • Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
  • Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
  • Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.


Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.

Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.

Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.






Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun
Kumpulan Makanan Pilihan Satu Sukatan Bilangan Sukatan Sehari
                                                                                                          

Nasi dan gantiannya
½ cawan nasi                                                                    
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi




Susu 1 gelas                                                                           




Ikan dan gantiannya
 ½ ekor ikan                                                                       
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur




Sayur-sayuran 2 sudu makan 2 2


Buah-buahan 1 potong atau satu biji                                                    





Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun

Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun


Sarapan pagi
1 gelas susu
2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem

Minum pagi
3 keping biskut
½ gelas minuman bersusu

Makan tengahari
½ cawan nasi
1 ketul ayam goreng kicap
2 sudu makan sayur
Air masak

Minum petang
1 keping kuih
1 potong buah
½ gelas minuman bersusu

Makan malam
1 mangkuk mihun sup

Minum malam
1 gelas susu


Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun


Sarapan pagi
1 cawan mihun goreng
1 gelas minuman bersusu

Minum pagi
3 keping biskut
1 gelas minuman bersusu

Makan tengahari
1 cawan nasi
1 ketul ayam masak merah
2 sudu makan sayur
1 potong buah-buahan
Air masak

Minum petang
2 keping kuih
1 gelas minuman bersusu

Makan malam
1 cawan bubur nasi campur ikan
Air masak

Minum malam
1 gelas susu

Bila anak anda tidak berminat untuk makan…..
Tarik minat anak anda terhadap makanan
  • Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu
  • Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan
  • Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan


Sediakan makanan yang menarik
  • Hidangkan makanan yang beranika warna dan bentuk yang menarik
  • Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk
  • Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik
  • Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas


Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan
  • Elakkan memarahi anak anda semasa makan
  • Jangan ugut anak anda untuk makan
  • Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
  • Galakkan anak anda makan sendiri
  • Makanlah bersama-sama


   Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula.


Beri makanan ringan yang berkhasiat


Jagung rebus
Sandwic
Buah-buahan
Susu kacang soya
Biskut kraker
Susu
Dadih
Air buah
Bebola ikan
Keropok lekor


Makanan ringan yang tidak digalakkan
Snek dalam paket
Ubi kentang goreng
Gula-gula
Coklat
Biskut krim
Kek manis
Minuman bergas
Sirap
Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.
Pengawasan berat badan anak anda
Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya.
Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Penambahan berat badan yang memuaskan
Garisan ………………………… yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan.
Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik

Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan
Garisan ………………………… yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera.
Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran
Petua
1. Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.
2. Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan
3. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
4. Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa
5. Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya.




Sumber : Internet


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati