Showing posts with label kisah susu ibu. Show all posts
Showing posts with label kisah susu ibu. Show all posts

Tuesday, 6 March 2012

miTos penyusuan susu iBu



personally,,
ini mmg komplen2 yg selalu mama dgr
tp dr pengalaman mama
semua ni cuma alasan
semata mata
:)

Terima Kasih

Thursday, 9 February 2012

perkongsian susu ibu

1 group telah ditubuhkan
human milk 4 human baby

grup ni menyokong perkongsian susu ibu
so
sape yg ade extra ebm
n bmurah ati mau derma boleh la diusulkan di sini






dr sudut lain jugak
grup ni jd medium perantara
bg ibu2 yang kurang berkemampuan
x kire fizikal o mental
dan perlukan extra ebm
boleh la tnye kot2 ade yg volunteer
mahu memberi
:)


stiap ibu nk kn yg terbaik
utk anak mereka
jd
ade di antara mereka
yg berkeras nk bg susu ibu pd ank mereka


pd mama itu hak masing2
cume
pandangan mama
kalau la mama terdesak
atau x diberi kelapangan utk bf lagi
mama redha
utk bg ank mama minum fm
SEBAB
mama xmau bermain dgn hukum
terlalu sulit dan byk kebarangkalian

memang betol
x salah menjadi ibu susuan
x salah jugak mencari anak susuan
CUMA
perlulah tegas dlm hal2 agama
contohnye
perlu dpt izin suami lebih dlu
sape yg boleh jd ank susuan
mcm mne pula dgn soal auratnye
dan mcm2 lg

see?
terlalu byk yg perlu diketahui
tp apepon
ini hanya pandangan peribadi mama
terpulang pd ibu2 yg lain
setiap dr kite berhak utk membuat pilihan
tp
kite x pula berhak mmaksa org lain
turut setuju dgn pilihan kite
:)

mama bukan la pemilik empayar ebm yg beratus auns
:)
ebm mama ngam2 utk bie saje
maka mama tau
mama x bkemampuan utk menyusukan lebih dr 1 bayi

sumpah mama kagum sgt
pd ibu2 yg mampu produce so much milk
dan mama anggap itu rezeki mereka
walaupon 1 masa dlu mama penah berangan2
utk derma ebm mama
hihihi~

smpai saat ni
abie masih minom susu ibu
kalaupon kehendaknye smakin meningkat
seiring dgn pertambahan usia dia
alhamdulillah
mama masih mampu jd pembekal
tp sesekali tu
mama terpaksa juga topup
same frozen ebm
lebih2 lg bile selera abie
membuak2 dr biasa
^_^

------------------------------------------------------------


Terima Kasih

Tuesday, 31 January 2012

ww# 6



 bile ckp tentang breastfeeding
mama akan ingt abie
dan kebaikan susu ibu
sbg semangat mama utk lengkapkn perjuangan ni
:)

Terima Kasih

Monday, 16 January 2012

kitaran stok ebm

   teringat ssuatu!
mama selalu story psl bf
tp kn
lom penah mama create post
ttg cara mama bekal susu
utk abie
:)

rasenya smua dh maklom pasal hayat ebm
pd suhu bilik
bilik ekon
peti ais 1pintu
peti ais 2 pintu
&
deep freezer

skrg ni mama mmg sepenohnye
gune khidmat deep freezer
^_^


kenangan memula dpt deep freezer
=)
utk tahun 2012 ni
mama mash belom bkesempatan
kemaskini stok
cume kua kn stok yg paling lame
utk digunapakai

now mama guna stok julai 2011
yepp
ebm hanya 6bln
di dlm deep freezer

maka
tiap ari mama akan bekal 15oz
tiap botol mama isik 5oz
sbb abie sgt suka minom susu skrg ni
n_n

ade 3 botol
2 botol frozen ebm
1 botol lg fresh ebm
means yg mama baru pam smlm

tp kn
kekadang tu
mama bekalkan semua frozen
sbb mama syg yg fresh
lgpon stok x sekencang dulu
hihihihi~

cuma ruginya frozen ebm ni
bile dh cair
kne abiskn dlm mase 24 jam

sbb tu 1 botol mama prefer fresh ebm
kot2 x abes boleh jd stok
ye x?

abie pon
kalau same2 mama
mmg nk direct ajek
mama pon suke
sbb mama mls mau basuh pekakas2 bagai
corong pam lg
botol simpan susu lg
ohh my~~

setakat ni
abie dh kasi clear stok mase bpantang
jun 2011
sbnyak 241 oz
marbeless!

stok julai ni pon dh tinggal bpe keping
now mama kne giat kn usaha
pam dan pam
kalau x
tamat la pejuangan mama
hihihi~

sebaiknye semua ibu2 yg ade stok tu
wt jadual
pastikan smua ebm di abeskn
kalau expired
sayang kn?
penat lelah tu...
tp klu dh expired
boleh la wt mandi susu
facial ke
siram kt bunga ke
:)

tp pada mama
susu mama harus masok dlm perot abie
punye besa usaha mama
nk beri yg terbaik
mau mama nangis kalau abie xnk susu mama lg!
T_T






Terima Kasih

bengkak susu

salam isnin
yahh..
ari yg sgt slow utk memulakan keje
o_O

bengkak
xpam susu dr jam 8pg
bz ke?
x jugak
tetiba memalass
>_<

jam baru 4ptg
1jam lg
siyes dh sendat
padat
ketat
grr~

knape la memalas nih..
kan nk sukses bf
klu x pam
cmne susu nk byk
silap ari bulan
jatohh gedebukk terus
*_*

teringat 1 artikel
ttg kesan bengkak susu
insaff jp
ohh...
ngepam jp la

hihiihi~


Terima Kasih

Monday, 9 January 2012

bpe oz adik minom yek??

   ptg yg sejok dan mate yg ngntOk. Tmbh dgn rse busan,, sunggoh terOk!
check blog mama
.
.
.
ade komen la!!
*teruja*


   komen dr sorg bkl ibu yg mahu menyusukan anaknye. :) die mintk mama share info tntang penyimpanan ebm. Utk mudahkan urusan penyusuan smasa die kembali bkerja nnt. Mama sgt berbesa ati oke mau share sme sumer bkl ibu.

klik kt sini kalau nk tengok sapekah gerangan si bakal ibu tu
n_n

 Mama bukan la sorg mak yg berjaya kumpol stok berkoyan, tp sekurang2nye mama msh mampu membekalkan susu utk abie smpai ari ni. alhamdulillah. ^^



   jom study nih

BEKAS SIMPAN EBM
-bekas kaca adlh yg terbaik TP sukar dikendalikan
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
- breast milk storage liners khas untuk menyimpan EBM

pilihan mama?
---buat pemulaan sms mama berpantang mama memilih bks dadih. Reason? Murah dan comel2 jek. Kalau yg sederhana tinggi leh isi 2oz & yg tinggi tu 5oz.
---2minggu bpantang, mama rase penyimpanan dlm bekas dadih akn memakn ruang yg besa. Peti ais my mum confirm x muat kn. 1pintu jek. Peti ais umh mama 2pintu, mungkin boleh muat. Jd mama beralih kpd storage liner. Jimat ruang beku peti ais mama. :)
---Botol2 susu mama boleh thn byk. Tp mama cume guna utk simpan susu yg baru dipam. Mama simpan kt bhgian chiller, then mama salin masok storage liner sebelom transfer g freezer utk bekukan.

CARA SIMPAN EBM
- Pastikn kuantiti susu mencukupi utk sekali penyusuan.
- Simpan dlm bekas yg bersih & bertutup.
- Labelkan bekas dgn menyatakan tarikh & masa dipam.
- simpan di bahagian paling dlm krn suhunya lebih stabil. Jgn simpan di bahagian pintu peti sejuk krn suhu di bahagian pintu tidak stabil.
- Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh. Pastikan ada ruang kosong utk pengembangan berlaku bila susu membeku.

pilihan mama?
--mula2 mama simpan 3oz dlm tiap bekas. Mama anggarkan mase mama kmbali bkerja esok, abie dh 3bulan. Mest die dh minom 3oz.
--Sebulan berpantang, mama simpan 4oz. Mama rase jumlah tu cukup utk sekali penyusuan. Standard utk baby2 minom dlm kadar tu aje. Sikit tp kerap.
--Lps mama keje, mama jumpa 1 cara simpan ebm yg lbh baik. Mama simpan 8oz per storage liner. Reason? Senang nk dicairkan n di asing2 ikot kuantiti baby minom. ++ jimat storage. Kalau isi 4oz jek mst pkai byk plastik. RUGI sbb plastik xboleh diulangpakai. Guna sekali jek, terus buang. ;)

--Perlu try n error. Keperluan menyusu setiap baby x same. Tp utk stok yg kumpol mase pntang, 3oz dah cantik sgt la tu. Seiring pertambahan usia baby, tmbh la kuantiti susu tu oke. ^_^

MACAM MANA NK TAU SUSU OK TAK?

Sebenarnya jika mama2 mengikut cara penyimpanan yg betul, EBM tidak mungkin akan basi. EBM yang disimpan /disejuk bekukan akan berlaku perubahan warna dan rasa, tapi itu tak bermakna ia sudah basi. Susu yang telah basi akan berbau masam dan berketul-ketul. Asalkan ibu menjaga kebersihan semasa mengepam, menyimpan susu dlm botol yg steril & bertutup rapat, dlm jangka waktu yg ditetapkan dan memanaskan EBM dgn betul, insyaAllah susu masih terjamin khasiatnya. Dibandingkan dgn susu formula, susu ibu lebih tahan lama dan EBM lebih baik daripada susu formula..



gud luck mommies!

Terima Kasih

Wednesday, 4 January 2012

baby xnk direct

   Mama belom pernah mengalami masalah ni, just nk share info utk kwn2 yg menghadapi 1 situasi bilamana baby refuse direct feeding.


   Memastikan bekalan susu mencukupi utk ditinggalkan kpd pengasuh ketika keluar bekerja sudah cukup memeningkan kepala. Apatah lg sekiranya bayi langsung tak mahu minum secara direct feeding walau pun ketika berada di samping ibunya.
   Tidak sedikit ibu-ibu yang menghadapi masalah ini. Ada di antara mereka yang meneruskan penyusuan dgn mengepam susu bagi keperluan bayi setiap 3-4 jam sekali. Sepanjang hari! Ada juga yang patah semangat lalu memilih susu formula.


   Bagi meneruskan penyusuan dengan exclusive pumping juga bukan laluan mudah. Ini kerana, tiada pam yang lebih baik dari mulut bayi itu sendiri. Oleh itu, dari masa ke semasa, ibu-ibu yang melakukan exclusive pumping akan sentiasa berisiko mengalami masalah kekurangan pengeluaran susu. Kerana kekurangan stimulasi secara terus dari bayi. 

PERSOALANNYA
Apakah punca keadaan ini berlaku?
Bagaimanakah mengembalikan minat bayi bagi menyusu secara terus? 



   2 kemungkinan utama bayi tidak mahu menyusu secara terus dari ibunya.



(1) Susu terlalu banyak



   Keadaan ini biasanya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pd ketika ini, sistem bdn ibu masih belum dpt mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi.
   Manakala bayi pula masih dlm peringkat mempelajari teknik menyusu. Pd peringkat ini biasanya bayi sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi mslh sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku, sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu secara terus dari ibunya.



(2) Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus
 (direct feeding)
Ada ibu2 yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula. Saya pulak keliru kerana mereka keliru. Ini kerana biasanya keadaan ini disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah menggerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu menggerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.

Bagaimana mengatasinya


- Susukan bayi secara kerap. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu. Selain dari untuk mengelakkan payudara menjadi bengkak, ia juga mengelakkan masalah demam kuning bagi bayi yang baru dilahirkan

- Sekiranya payudara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini akan mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan

- Selepas menyusukan bayi, sebaiknya perah susu hingga ke titisan terakhir. Selain dari membantu menggalakkan pengeluaran susu, ia juga mengelakkan payudara menjadi cepat bengkak sebelum sesi penyusuan yang seterusnya

- Gunakan pam yang elok dan sesuaikan diri dengan pam tersebut. Terutamanya sekiranya menggunakan pam manual.

- Susukan bayi mengikut keperluan mereka. Sama seperti masa nak mengajar mereka minum dengan susu botol, jangan bagi option. Pastikan mereka menyusu secara terus walau pun sedikit, tapi jangan paksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Suakan kembali ketika mereka kelihatan haus. Anak perempuan saya kurang menyusu berbanding abangnya, bagi mengelakkan dari dia kekurangan susu, saya perlu sentiasa bersedia bagi menyusukannya. Kalau tengah malam pun, dia "ek" sikit je terus sumbat dengan susu. Biasanya menyusukan bayi ketika mereka agak mamai lebih mudah.

- Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secara berkala. Eg: sejam sekali, atau setengah jam sekali.

- Susukan bayi dalam suasana yang tenang. Jauhkan diri dari kebisingan dan distraction lain

- Banyakkan sentuhan dengan bayi dan luangkan lebih banyak masa dengan bayi.

- Elakkan penggunaan puting kosong

- Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walau pun ketika berada diluar. Pelajari teknik penyusuan
di tempat-tempat awam.

- Jangan marah dan jangan paksa. Sabar. Takkan buat sekali terus berjaya. Ambil cuti panjang sekiranya perlu untuk
luangkan lebih banyak masa dengan bayi.


   keengganan baby utk menyusu terus dr payudara mmg sedikit sbnyk mempengaruhi emosi ibu. Tp percayalah, kalau mmg dh rezeki baby utk minum susu ibu maka akn dipermudahkan segalanya. Kalau dh mencuba dan masih gagal, jgn stress. Anggaplah ada rezeki lain utk anak anda. Yg penting,, think ++.
   teringat kak farah. baby die xnk df. hurmmm pe cer skrg ntah. hrp2 smuanye baik2~~


Terima Kasih

Tuesday, 3 January 2012

siap sedia

ihsan dr google
  
   Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan

Haba & kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dlm susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;
* Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air paip tk beberapa ketika.

* Rendam botol di dlm bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air dh sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman & rendam lg tk beberapa ketika.

* Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kpd 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika utk mencampurkan bahagian2 yg terpisah & menyamaratakan suhunya.

* Rasa suhunya sekali lg sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
* Turunkan bberapa botol (ikut keperluan) susu beku drpd bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dlm peti sejuk anda pd sbelah mlm supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan susu kpd bayi nanti.

* Apabila bersedia utk memberikannya kpd bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk & cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:
1. Gunakan susu perahan yg paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).

2. Cairkan & panaskan susu perahan hanya dlm kuantiti yang diperlukan sahaja.

3. Susu yg sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.

4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 1 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya. Tp ade sstengah artikel yg menyatakan susu yg dibiarkn pd jangka masa 2-3jam masih boleh dibeikan pd bayi. Sila ikut kesesuaian masing2 sbb ini hanyalah sbg panduan..

5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).

6. Susu yang telah disimpan di dlm peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku utk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau & rasanya mungkin sedikit berubah krn susu yang disimpan lama di dlm peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:
* TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.

* TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).

* TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.

* Sebab & alasan:

 susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.



*sharingiscaring*

Terima Kasih

special nye susu abie

hindmilk
vs
foremilk

   perhatikn kedua2 susu d atas. Yg kiri tu susu awl yg keluar bile kite pam dan akhirnya akan keluar susu yg sblh kanan pulak.
   ape beza susu ni? Kalau mak2 kite die akan bahasakn susu yg cair tu sbg air & yg knn tu sbg mknn. Betol tp faktanye perlu diperbetulkan sikit. hehehehe~
   Susukn bayi pd sebelah breast smpai die kenyang, klu die nk lg baru bg breast yg sebelah. Mak slalu pesan kene bg gilir2 kiri dan knn supaya bby dpt mkn & minom. Hakikatnye kedua2 breast tu sme aje.
   Ingat, susu ibu dipengaruhi oleh cuaca dan diet si ibu. Kalau cuaca pns, susu ibu akan cair utk beri kesan penghilang dahaga pd bayi dan begitu jugak bila mlm, ssu lbih pekat sbb suhu mlm yg sejok. Ada juga pendapat yg mengatakan susu ibu pd waktu mlm lebih tinggi lemak dan kekerapan menyusukan bayi pd waktu mlm akan membantu peningkatan berat bdn bayi yg lebih baik. Yg tu mama x sure sbb abie kuat menyusu wktu mlm tp bdnnye ttp slim begitu. ;p
   Kajian menunjukkan kandungan lemak & tenaga dlm susu ibu sebenarnya meningkat slps bayi brumur setahun. Susu ibu disesuaikan dengan perkembangan anak-anak, membekalkan jumlah khasiat secukupnya pada masa yang diperlukan. Malah, kajian juga menunjukkan antara umur 12 hingga 24 bulan, 448 milimeter susu ibu membekalkan peratusan berikut utk keperluan harian minima anak anda:
 
1. Tenaga 29%,
2. Folate 76%,
3. Protin 43%,
4.Vitamin B12 94%,
5. Kalsium 36%,
6. Vitamin C 60%,
7. Vitamin A 75%

 

   jd kpd semua ibu2, jgn la risau bile susu anda cair. Yg penting pstikan anda mengamalkan diet seimbang dan sihat. Cair2 pon, itu yg TERBAIK.

sharing is caring!

n_n

Terima Kasih

boleh tercemar ke??

   huhuhu... sdikit info psl susu ibu. Isu ni dh dibincangkn kt WHI taon 2011. Jom bace,,


Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.

Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat2 yg boleh menyebabkan susu tercemar.
Dr. Norashikin menyatakan bhwa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu. ubatan yg lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.
:)

 Payudara adalah steril
payudara adlh tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dr payudara tiap kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
^_^
 Ini BERBEZA bila susu yang disimpan atau dibekukan. Askar2 tersebut akan tidur dlm suhu yg rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi krn askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut.
  
Susu ibu basi?
Susu ibu TAK AKAN basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju.
o_O
 Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dgn sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa.
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu mkn durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu mkn petai, susu pun akan berperisa petai.

Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
 
 Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.


sumber dr WHI
JULAI 2011  
 

Terima Kasih

Wednesday, 28 December 2011

nak susu banyak!

   arini mama nk citer psl susu ibu. ya, cite susu ibu akan ttp d update dlm blog mama slagi mama menyusukan anak mama. :)
  

stok berpantang
n_n

   byk x?? alhamdulillah, spjg mama berpantang mama mampu kumpol kurang lebih 500oz susu utk abie. Berkat cekal & semangat.
  
susu pertama utk abie
4hari slps kelahiran
hasil kali pertama pam

   ye,, mama teruja utk berjaya menyusukan anak kecik mama. seawal kelahiran abie hnya mama berikan kolustrum. direct from breast to his mouth. momen indah buat mama.

stok terawal mama
   mama kumpol stok sms berpantang. start je susu sebenar terhasil, mama teros buat stok. 2jam skali mama akan pam utk pastikan breast kosong. Tp hakikatnye, kita xkn pernah berjaya betol2 mengosongkanbreast sbb kitaran susu adalah berterusan. Semakin kerap pam, semakin cpt n byk susu terhasil. ingt prinsip penyusuan.

supply on demand

   lately, semakin ramai yg taksub mencari kaedah utk kasi susu banyak. Hmm... boleh di katakn tiap ari kt KIM akan ada yg tnye 'mcm mne nk bykkn susu' o 'susu saya dh makin ckit, nk makan ape ek?'.
   mama x nafikan sedikit sebanyak mknn & supplement menambahkn susu mmg membantu. Tp jgn pulak terlalu eksited smpai sanggup telan 4 ke 5 jenis suplement tiap ari. adehh....
   ingt kunci utamanya, kerap kosongkn breast. mudah aje. Jaga pemakanan dan amalkn minom byk air utk kekalkan kandungan cecair dlm bdn.

contoh
   1. Kekerapan bayi menyusu. Bayi perlu menyusu mengikut keperluannya sendiri mengikut kekerapan untuk membesar. Kadang dalam sehari kekerapan menyusu berbeza waktu pagi dan petang. Kalau kena bangun 5-6 kali pada waktu malam nak menyusukan baby.

2. Bayi tiba-tiba kerap menyusu dan payudara terasa lembut. Kita sebagai mama risau susu tak cukup. Ini sebenarnya bagus kerana payudara kosong sebab bayi kerap menyusu dan ini akan meningkatkan kadar stimulasi pengeluaran susu. Jangan risau susu akan re-fill kembali. Kita ambil konsep kalau kita flush kat toilet. Lepas tank kosong automatically akan di isi penuh semula.

3. Bayi makin kurang menyusu, jika kerap merisaukan, kurang juga merisaukan. Kemungkinan bayi mendapat susu yang mencukupi jika payudara mempunyai kapasiti simpanan yang banyak. Boleh periksa output lampin bayi.Kalau maintain oke, oke aje la. ^_^
4. Bayi menyusu sekejap. Mungkin biasa dengar perlu menyusu dalam jangka masa tertentu untuk pastikan dapat hindmilk. Sebenarnya semua ini bergantung respon bayi dan payudara. Ada yang menyusu dalam 5 ke 10 minit sahaja. Atau kerana bayi sudah pandai menyusu dengan betul.
5. Bayi menangis dan menyusu 1 botol susu lagi selepas menyusu badan. Adakah kerana ia memang lapar atau ia menangis jadi untuk menenangkannya bagi botol susu. Selain lapar menangis boleh disebabkan kerana ingin menghisap lagi, alergi atau kembung. Tak semestinya menangis sebab nak susu je.


6. Bayi tersedak, berbunyi-bunyi dan menarik puting atau tidak menyusu lama atau mungkin menjerit, mungkin ini tanda susu terlalu banyak. Anda pula terasa sentiasa penuh sepanjang masa dan cuba mengosongkan susu. Cuba tekan sedikit payudara semasa menyusu untuk memperlahankan flow.


7. Meragam ketika lepas tengahari dan petang. Aliran susu berkurang, jadi susu keluar dengan pelahan, jadi bayi akan meragam bila susu kurang. Tambah pula kepenatan menyumbang kesabaran mereka berkurang. Bayi perlu kerap menyusu, namun ibu pula enggan menyusu sebab baru menyusu.


8. Bayi tak tidur sepanjang malam. Normal bayi bangun banyak kali dalam setahun pertama. Tidak normal jika tidur terlalu lama lebih 4 jam tanpa menyusu dalam bulan pertama. Ini mungkin tanda kurang susu jadi bayi tidur untuk simpan kalori. Selain itu bayi bangun kerap mungkin juga sebab sakit, tidak selesa atau kerana baru belajar merangkak, berdiri jadi semangat nak cuba. Atau juga kerana terlalu seronok di siang hari tak mahu makan, malam baru lapar dan nak menyusu bila dah kurang stimulasi.


9. Baca bahasa badan bayi. Bayi cuba sampaikan susu sikit dengan kerut dahi, kening atau menarik dan lepas puting. Atau mungkin menekan payudara dengan tangan seperti anak kucing menyusu. Ini adalah cara untuk keluarkan susu. Bayi yang kurang sabar akan terus lepaskan payudara dan menjerit. Ibu selalu salah faham sangka bayi tidak mahu menyusu badan. Semua bayi mahu menyusu cuma kerana ada masalah dia menolak dengan tujuan ingin memberitahu sesuatu, dan kita pula sangka bayi tak mahu menyusu. Biasa bila bayi dah dapat
susu, bayi akan mula relaks dan matanya pelahan-lahan tutup dan tidur.
   Sepanjang 7bulan menyusukan fareeq, mcm2 ragam dan gelagat. Mama bljr mcm2 ttg penyusuan susu ibu. dan sekarang, die sudah pndai ketap2 bila menyusu. adoyai~~


si dia
>maaf sdikit blur<
o_O


owhhh,,, entry plg pjg dr mama. ;p



Terima Kasih

Tuesday, 27 December 2011

bile abie sakit

   entry sambungan dr sblomnye...
tentang putera mama, abie
T_T


    msh belom oke sepenohnye. tp mama dh lege. ade nmpk kepositifannye. :) semoga cepat semboh. mama syg kamu.
    bile abie demam. Bekalan susu untuk abie spjg mama keje dh lain. Utk itu, mama bekalkan abie sme fresh ebm sje. Sme ade yg betol2 fresh o chilled ebm yg mama pam semalm.
   frozen ebm x bagos ke??
   hurmm,, frozen ebm msh terbaik compare 2 formula milk. cume utk kondisi abie yg x bpe oke, lbih baik rasenya mama bg die sesuatu yg paling baik. Lgpon mama berkemampuan utk itu. ^_^
  hari2 biase. mama bekalkan abie 12-15oz susu. sbb abie mmg x kuat susu. so mama akan siapkan 1botol chilled ebm n 1 lg frozen ebm. Biasenya mama akan pesan kt mak utk gune frozen ebm tu dlu. Sbb frozen ebm yg dh di cairkan hnye boleh digunapakai dlm mase 24jam stlh dicairkan.
   so abie,, selamat menikmati susu yg terbaik di dunia. :)

Terima Kasih

Wednesday, 14 December 2011

mama dan susu ibu

   hampir 7bulan mama menjadi pembekal susu kpd adik. mcm2 kenangan mama dh lalui. Entry ni hanya utk mengimbau kenangan mama spjg menyusukan buah hati mama ni. :)
.november.
.first day.
pam2 bwh meja opiser
hahaha
:))
mase ni opis under renovation, so port mama dh x clear
untong opiser ni cuti
mama check in cni la
janji boleh pam susu
^_^
.2nd day.
msih senyom
walaupon sgla wyr berselirat kt tepi tu
T_T


.oktober.
bekas kosong
of kos PP oke
:)
15minit kemudian

kenapa mama guna bekas ni??
sbb mama kehabisan botol susu
mama produce extra milk today
alhamdulillah
:)

yg penting,,
tq sgt kt liza cz bg mama bekas ni
she's my best friend
walaupon skrg semua dh berubah


ni antara momen terindah buat mama. Bukti betapa mama sanggop buat apa sje utk terus menyusukan adik. Mama hrp mama mampu membekalkan susu ibu yg terbaik dr ldg utk adik selama yg boleh. amin.

Terima Kasih

memulakan penyusuan susu ibu

sumber--papa google
:)
  

   memberikan susu ibu adalah hadiah terbaik utk ank. Kejayaan menyusukan si kecil menjadi pelengkap kesempurnaan seorang ibu. Tapi x semua dr kita yg bergelar ibu berjaya merealisasikannya. Saya bukanlah berjaya sgt kalau dibandingkan dgn ibu2 yg lain. Tp sy ada sedikit tips utk menjayakan misi ini. :)


1-berazam utk menyusukan bayi sjk dr mengandung
2-yakin anda mampu menyusukan sebaik bayi dilahirkan
3-Cuba menyusukan bayi seawal mungkin
4-pastikan ibu dan bayi tidur n bgun bersama
5-Menyusu on demand. xperlu ada jadual khusus utk penyusuan susu ibu
6-Jangan beri susu bila bayi menangis. Tunggu dia tenang baru bg.
7-Pastikan posisi menyusukan itu selesa bg ibu n bayi
8-Minum air at least 3L/day
9-Ambil supplement utk pastikan ibu sntiasa bertenaga utk produce susu
10-Kecekalan berdepan dgn cabaran penyusuan susu ibu
*sharing is caring**

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati