Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, 31 August 2015

Iritasi pada mata kerana softlens?

Assalamualaikum.

Selamat hari merdeka pada semua.

Tapi harini tak join perbarisan merdeka since mata ni merah menyala macam bijik saga.

Dah berapa hari dah merah-merah. Cuma tak expect melarat pulak. Kalau tak silap aku dari hari jumaat aritu dah start merah sikit.

Mula-mula kena mata belah kanan.
Sekali kanan dah ok, kiri pulak take over.
Firstly tak sakit.
Tapi die punya merah memang buat aku  scary gila.
Dah berapa hari jadi gini baru terasa matanya macam dry. Sakit sebab aku dah genyeh-genyeh sikit.

Huhuhu

Dont know exactly why.

Aku syak ada iritasi pada mata aku. Bukan pertama kali jadi gini. Lama-lama baru perasan mata akan jadi macam nih bila aku tukar solution brand lain.

Takpe, kena check jugak untuk kepastian. Malangnya harini payah betul nak dapat klinik, cuti umum kan.

Bertahan la aku sampai esok.

Rasanya aku nak refer hospital terus. Takut dibiarkan melarat pulak nanti.

Jadi,
Doakan aku ok.

Mungkin tiba masanya aku bebas tanpa kanta sentuh lagi. Sebab bila mata dah macam ni, jangan mimpi la nak pasang kanta tu dalam mata.

Sure pedih punya.
Bertahanlah dengan spek yang power tak berapa nak jelas ni. Nak drive pon pikir panjang, mata tak clear amat merbahaya. Terpikir nak buat spec baru. Untuk kegunaan emergency macam ni lah.

Soon.
InshaaAllah.

Tudung hijau tu pic hari sabtu. Masa aku attend wedding invitation. Mata dah merah serupa orang tak cukup tido.

Esoknya makin merah macam yang aku zoom tu. Nak pandang muka orang lain pon aku malas pasal orang mesti bajet aku sakit.

Yang latest petang tadi. Keluar cari klinik tapi malangnya balik macam tu aje. Try senyum walaupon perasaannya tak siapa tau.

Resultnya esok.
Sakit apekah aku sebenarnya


Terima Kasih

Friday, 20 September 2013

Membaikpulih muka yang rosak

Assalamualaikum.

Pes taim nak buat entry pasal cantik2 ni. Bukan la expert sangat. Tapi tetiba rasa nak share jugak pengalaman diri sendiri.

Aku bukan blogger popular,bukan pula artis youtube ataupon model sambilan majalah hiburan. Aku cuma seorang perempuan dengan rutin kerja yang padat dan lifestyle yang sarat. Yang penting dengan masalah kulit yang menyeksakan.

Awalnya kulit aku ni normal sangat2. Sebijik jerawat pon takde. Flawless juga. Sape2 yang kenal aku masa sekolah dulu mesti mengaku. Kulit aku original. Sihat. Cantik. Hahahahaha! Melebih pulak puji diri sendiri. ;p

Tapi makin lama lepas habis sekolah jadi sebaliknya. Makin teruk bila kena training berkawad, berenang, masa tu muka ni memang berdepan dengan cahaya matahari jek. Dari gelap hitam legam jadilah kusam lepas tu berminyak. Rasa menyesal pulak jadi kastam ni. Kalau jadi cikgu mungkin tak jadi macam sekarang.

Tapi tu dah bahagian rezeki aku. Pasrah ajelah. Lepas tu kawen mengandung. Alahan apekah bila jerawat jadi friendly sesangat dengan aku. Bertenggek-tenggek atas batang hidung ni. Yang tak boleh blah sebab die tumbuh tempat yang strategik, yang memang tak mampu aku cover lagi. Lepas tu mak aiiii jenis jerawat batu punya. Bayangkan bila dia masak ranum tu.. T_____T

Macam2 skincare aku pakai. Sampaulah satu hari tu ade member ni suggest guna concealer. Brand maybelline. Aku ni dah la buta kayu bab mekap2 ni. Bila dia demo tu aku amgguk2 la tanda paham.

Concealer gunanya utk  cover any blemish on our skin. Parut2 aku ni menghilang dengan jaya. Walaupon hakikatnya cuma hilang sementara. Tapi itu dah cukup baik pada aku. ;)

Kelemahan concealer ni bila aku kena selalu tekap2 muka sebab kesan die yang buat muka aku berminyak.

Demi nak cantik,aku bertahan. Lama jugam aku guna ni. Lebih 2tahun rasanya.

Lepas tu femes pulak krim yang namenya naturactor. Murah jugak la. Dalam rm 35 je aku beli. Sebekas tu tahan dari beberapa bulan sebelum aku mengandung abie sampai la selamat aku habis pantang. Memang save gila.

Mak andam pon guna krim ni tau. Cuma kalau nak kesan lagi superb tu kenalah guna span basah. Aku selama tu guna span kering je pon. Nanti kalau basah cantik sangat pulak mekap aku tu. Hahahahahahaha!

Dah namanya buta mekap. Aku just sapu naturactor tu ke seluruh muka. Kasi rata. Tapi silapnya aku sebab lepas sapu tu aku tak lukis semula kening aku tu. Dah nampak sangat ketopengannya. ;p

Bertahun jugak macam tu. Sampailah awal tahun lepas. Aku dah reti lukis kening, lukis garisan bibir n pakai eyeliner. Heheheh~

Tak lawa mana tapi ok la dari sebelumnya. Nampak teruk benor kalau aku selak2 balik gambar lama aku tu. Muka suci gilerrrrr!

Start awal tahun lepas tu jugak aku mula mencari2 skincare yang sesuai untuk aku. Aku nak original cantik. Tapi rasanya kalau aku buang mekap2 kat muka masa tu, mesti ramai kena heart attack.

Nampak macam licin tapi sebenarnya parut bersepah. Pori2 berlubang. Tone kulit pon entah kaler apa. Sedih wooo~

Miracle tab.
Orang cakap miracle sangat kan. Mahal tapi aku beli sebab kalau kesannya bagus harga tu cuma angka je.

So far ok guna ni. Skin smooth. Tapi parut memang tetap cenggitu. Takde berkurang pon. So lepas je abes tu,,aku pon tak membeli lagi...

Beralih ke a-dha skincare.
Sangat ok! Di rekemen kan pada sesape yg same masalahnya dengan aku. Parut banyak pori besa muka berminyak pon boleh ok. Insha Allah.

Masuk pek ketiga aku berenti. Bukan sebab produk ni bermasalah. Tapi aku masih x puas hati. Bukan tak bersyukur,cuma selagi kehendak aku tak jadi kenyataan,kenalah aku meneruskan pencarian.

Mahal jugak set yang satu ni. Tapi testimoni macam best. Cuma kena terseksa sikit awal2 tu. Nak kelupas kulit yang tak cantik tu kan..

Hurmm.. Nak ke tak nak try????
Mcm takut. Tapi mcm nak je try.

Sudahnya lepas 2 bulan fikir aku nekad. Beli lah set percubaan dulu. Rm 130 untuk sebulan. Tapi aku pakai sebulan setengah ok jek..

Ok2 cerita memula pakai tu..
Mungkin aku ni kira bernasib baik. Takde pon kelupas2 yang memedihkan. Yang menyakitkan. Lega. Mungkin sebab kulit ni dh kebal dgn mcm2 produk.

Yang pasti mula2 pakai tu muka memang kena free dari mekap. Lepas tu muka jadi kusam. Merah2 gitu.

Bab tu aku boleh bersabar.tapi bila kena biar muka tanpa sebarang mekap memang menakutkan.

Ade suara2 sumbang tegur. Siap pandang sinis. Ye. . .
Selama ni muka aku tu plastik je semata. Tepek foundation bagai. Bila berpeluh dah bercapuk. Kena rajin la touch up.

Lepas seminggu.. Muka memang dah berbeza.

Kulit mengelupas dah hilang. Pori2 dah kecik sikit. Tone pon dah ok.bahagianyaaaaa!

Paling best sebab mukaku kini bebas foundation! ♥

Parut2 yang menjengkelkan tu dah pudar. Cuma bila tak pakai foundation tu,nampakla bayang2nya lagi. Tapi takpe. Ini pon dah cukup baik.

Pek percubaan dah pon abes. So apekah pilihan seterus aku?? Dah bertaubat ke aku dari buat carian produk ni? Sambung lain entry. Sekarang aku nak bagi korang tengok muka je dulu. Maapla ye...

*kalau tak nampak beza,sila gali entry yang dulu2. Bandingkanlah.. *


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati