Saturday, 11 October 2014

FarishHafiy progress @smartreaderkids

Assalamualaikum,,

Entry malam sabtu. Disebabkan esok dah kena kerja, malam ni kita rajinkan jari menaip sikit la. Sementara ada cerita nak kongsi ni, kita ringankan jari sebelum semuanya terlupa macam tu jek.

Taknak hapdet pasal bajet 2015 sebab rasanya pagi tadi semua dah baca paper kan? =P

Setengah bulan gaji uols~
Huhuhuhu...

Malam ni baru berkesempatan semak buku-buku sekolah anak. Dia pon baru balik rumah petang tadi setelah berhari-hari dok bermanja dengan mak.

Ada buku yang dah selesai dibuat latihan. Dekat luar buku tu nanti cikgu akan remark bila tarikh selesai anak kita ni siapkan buku tu.
Tarikh ni mungkin berbeza bagi setiap pelajar ye.

Latihan membaca je malam ni sebab masa kemas tadi ternampak ada buku cerita baru dalam beg dia. Wajib ulangbaca nih.

Yang 2+2 sukukata macam

Sa....ya

Ka....mu

Memang takde masalah dah. Lancar.



Tapi bila 2+3 sukukata mula la melencong

A...nak

Ma...kan

Ber...ja...lan

Tergagap-gagap jugak. Tu belum kira yang eja lain sebutnya lain. Menyirap je rasa. Huhuhu~

Rasanya kena lebihkan lagi latihan nih. Kat sekolah pon nampak makin laju je pembelajarannya. Risau kalau dia tak sempat catchup je nih.

English,,
So far ada peningkatan. Walaupon masih 1+2 sukukata, tapi okla. Dia tau bunyik. Bila buat spelling test pon ok, die tau bezakan sebutan yang sama tapi berbeza makna.

Dah memang sekolah english kan......
Cuma taknak la melebihkan bahasa inggeris tu sampai ketinggalan bahasa melayu nya. Huhuhuhu~

Matematik pon so far ok. Subjek favourite farish & paling mudah dia score. Yang ni takleh kata apela. Mak bapak dia ni jaguh part nombor-nombor, jadi bila dapat cikgu pon yang terbaik, semuanya maintain ok. =)

Jarang aku hapdet perkembangan sekolah anak aku ni kan?

Overall aku puashati dengan smartreaderkids nih. Peningkatan besar dalam diri farish pada pandangan mata aku sebagai ibu.

Aku tak dapat nak bandingkan dengan mana-mana tadika lain sebab aku takde pengalaman dengan yang lain tu. Tapi aku yakin semuanya ada kelebihan & kekurangannya. Yang penting, anak-anak mendapat pengalaman yang baru kat sekolah tu.

Selesai ulangkaji,
Farish tiba-tiba bersuara,

"Tahun ni kalau abang dapat no1, belikan abang ipad ye. Itupon kalau dah cukup duit nanti.."

Alolooooo~
Tercengang makbapaknya kejap. Anak akukah itu?

Aku tanya dia mana dia tau pasal ipad nih,

"Hanif yang cerita........."

Hahahah!
Dah mula nampak pengaruh rakan sebaya disitu. =P

InshaaAllah anak. Kalau ada rezeki lebih nanti ibu usahakan. Tapi bila dah ada tu, makin bertambah la kerja ibu nak pantau kamu.






Membaca pon banyak posisi. Ni sebab tak reti nak sebut macam mana kan? Huhuhuhuhu~

-_-"

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Friday, 10 October 2014

Jika itu takdirnya

Assalamualaikum,,

Berapa hari tak update dah. Slow jek rasa ni. Dugaan dari Allah, sekecil mana pon mesti terasa berat nak dilalui.

Rabu lepas, rumah ayah kena pecah masuk. Tengahari tu baru dapat makluman dari jiran depan rumah. Rupa-rupanya dah 2hari dipecah masuk baru kami maklum.

Masa dapat berita tadi, kitorang semua kat rumah cu. Tengah tunggu mak siap masak. Lepas dapat berita tu terus hilang kejap rasa lapar, membayangkan apa la agaknya yang jadi kat rumah & apa la yang hilang rasanya.

Berdebar sepanjang perjalanan tu. Aku, ayah, cu & isha je balik tengok rumah tu. Dan seperti yang kitorang dah rasa, tv dah takde kat tempatnya.


Aku tau ayah sedih gila. Tv sebesar tu kena sapu dengan penyangak. Tapi apa lagi nak aku katakan, selain buat-buat pujuk ayah supaya bertabah ajelah..

Ayah redha. Walaupon die ralat sebenarnya, tv tu dia beli dgn duit kwsp dia dulu. Konon nak bersenang lenang kat rumah sambil hadap tv besa. Huhuhuhu~

Bak kata ayah,
Rezekinya sampai sini je. Nanti kumpullah duit beli tv baru. Tapi memang tak sebesar tu lagi la. Janji ada tv.

Lepas tu kitorang check kalau-kalau ada barang lain yang hilang jugak. So far nampaknya tak ada. Tapi memang semua laci digeledah, kain baju dihambur keluar. Bersepah atas lantai. Tabung duit pon hilang. Tapi rasanya tak sampai berapa ringgit pon dalam tu.

Hmmmm...terima kasih si pencuri.






Diorang masuk dari tingkap belakang, kelua ikot pintu depan. Sebab sah-sah tv besar tu tak muat keluar ikut tingkap ni.


Ni kesan cubaan si pencuri pada tingkap yang lain. Tingkap tepi rumah. Tapi kenapa tak jadi masuk ikut sini, aku tak tau.

Aku bawak ayah pegi balai polis, buat report. Sejam lebih jugak kat sana, masa tu la baru terasa perut aku lapar gila. Isha pon mengamuk dah tido, nasib baik makan pujuk raya bila dikendong boleh tido.

Lepas polis datang tengok keadaan rumah, laki cu pon sampai. Lega. Akhirnya ada pon lelaki sebab aku dua beradik memang dah blur taktau nak buat camne kat tingkap yang melopong tu.

Dia tutup sementara pakai pintu stor. Siap berpaku. Bayangkan kalau dia takde, mampukah aku memaku nya? Huhuhuhu~

Selesai semuanya, kitorang balik ke rumah cu. Esok datang lagi kemaskan rumah tu. Sejak ayah dah kerja, mak duduk dengan adik ni rumah tu memang nampak tak terurus.

Kalau orang tengok dari jauh pon orang tau rumah tu takde penghuni. Sebab tu la si pencuri tu berani masuk agaknya.

nasib baik takde sesiapa kat rumah masa tu. Takde sesiapa yang cedera juga.

Kepada pencuri tu,
Tahniah atas kejayaan kamu,
Kami sekeluarga redha dengan bahagian ujian ini,
Mungkin juga Allah mahu menggantikan sesuatu yang lebih baik pada kami,
Atau mungkin juga itu sebagai peringatan dari Dia supaya kami tak terleka dengan nikmat dunia,
Apepon, kita jumpa di akhirat nanti.

Wasalam.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Monday, 6 October 2014

Monday blues

Assalamualaikum,,

Balik pada rutin selalu. Bekerja. Bersekolah.
Hari pertama di minggu yang baru.
Lama sangat tak mulakan minggu baru pada hari isnin ~

Tak memasal asyik teringat harini ahad je.

Bangun pagi ni pon ingatkan ahad, lagi-lagi pulak encik suami masih tergolek atas katil. Jelesss taw!

Hanta farish sekolah, lepastu masok opis. Mood malas sangat nak keje sebenarnya, tapi memadangkan esok audit TQM nak datang, gigihkan diri la menyempurnakan apa yang patut.

Tengahhari tadi dah sesiap pesan encik suami, jemput farish dari sekolah, jemput ibu dia ni sekali. Bersenang lenang lah kat rumah sejam lebih ni. Masok opis semula, sambung buat keje-keje last minute ni semua. Huhuhuhu~


Tak menyempat nak tunjuk ibu, dia dah beralih baca mukasukarat yang baru. =P

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Sunday, 5 October 2014

Salam aidiladha

Assalamualaikum


Hari raya aidiladha sinonim dengan pengorbanan.
Pengorbanan ni besar pengertiannya. Tapi pada aku, pengorbanan ni mengajar kita mensyukuri nikmat Allah selama ini. Kita sebagai hambaNya selalu terlupa, atau mungkin jugak buat-buat lupa dengan setiap pemberianNya.

Allahuakbar
Aku dikalangan itu.Tak lepas dari khilaf dan kelekaan pada duniawi. Semoga aku mampu memperbaiki segalanya sekali lagi. Amin.



Dari pagi tadi stay kat rumah. Encik suami pegi solat raya sampai la balik, kitorang makan sesama. Menu simple je, tapi bila dicampur dengan menu jiran tetangga terus penuh meja. Alhamdulillah, murah rezeki makan harini.

Petang sikit, kitorang keluar ke JPO. Saja cuci mata, melayan adik-adik ipar nih. Ramai ok orang kat sini, siap berbaju raya lagi. Ngee~

Selesai membeli, dah jam 5petang. Tuju ke hutan bandar putra, ambik angin petang kononnya.

Fareeq paling seronok bagi makan kat ikan-ikan. Kalau ade farish ni, konfem dia suka jugak. Hurmmmm....

Harini tak pakai baju raya pon. Dari pagi sarung jeans sambil duduk depan tv tengok drama.


Ni gambar raya kitorang. Gambar petang raya. Tak cukup anak lagi sorang kalini.

Malamnya dah jumpa farish. Rindu gila tak jumpa dari kamis ritu. Esok dah kembali pada rutin. Ibu pegi keje, abang pegi school.
^_^

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Saturday, 4 October 2014

Yok pulang beraya~

Assalamualaikum,,

Sabtu sudah~
Pagi-pagi lagi hujan dah turun mencurah ke bumi. Makin la liat mata nak celik, seronok bergulung dalam selimut. =P



Lawak pagi hari. Tapi bila difikirkan balik, memang ada kebenarannya.

Harini kitorang nak bergerak balik ke kulai. Beraya kat sana lagi, sama macam raya puasa aritu. Lagipon esok cuti, dapatlah tido semalaman kat sana.

Siap-siap sarapan kat kluang sebelom gerak. Farish takmo ikut kalini, nak beraya dengan mak katanya. Huhuhu~

Biarlah, hari tu raya puasa dah raya dengan nenek jadi raya ni nak dengan mak pulak. Lagipon dia seronok melayan baby ellisha tu sebenarnya.

So,arini menimang budak kecik yang sorang ni je.



Takde suara budak berkelahi harini, rasa janggal pulak. Selalu mesti diorang ni riuh berebut nak duduk kat tengah2 seat, masa tu aku ni pulak membebel sebab pening tengok peel diorang berdua.

Hujan gerimis lagi.
Arini lalu jalan lama sebab majoriti update highway jemmm kan. =)

Sampai kulai, melencong ke aeon mall kejap. saja cuci mata sambil tu tengok tekak ni kepingin nak makan cheesetart sama coolblog.

Kebetulan dengan tingkat atas ada baby fair. Semua comel belaka. Nasib baik takde anak kecik dah. Nak belikan ellisha pulak, stok baju makbapak dia beli pon menimbun lagi. Ngeee~


Wane turqoise. Rasa macam nak sorong bawak balik rumah je. TT


Budak ni pulak, eksaited tengok playpen yang canggih cenggini. Siap kelambu bagai. Ni untuk adik b tau. Auwww,, ibu rasa nak beli jugak satu nih simpan kat rumah.


Pusing-pusing tanpa arah je. Tak sampai sejam kat situ, kitorang terus balik rumah. Layan movie kat rumah je sampailah b tido. Bahang sungguh arini. Dah siap mandi pon berpeloh lagi.

Malam ni, memasak menu raya la kita ye~


Hahahahahah!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Friday, 3 October 2014

Looking for kindergarten

Assalamualaikum

Entry kedua untuk bulan oktober. Macam tak percaya kita dah berada dalam bulan baru, masa tolong la jangan cepat sangat berlalu~

Di bulan kesepuluh ni, dah mula ternampak iklan-iklan untuk sesi sekolah tahun depan. Kalau 2tahun lepas waktu macam ni aku tengah sibuk survey sekolah untuk farish, sama jugak kisahnya tahun ini cuma kalini untuk anak bongsu aku tu.

Awalnya aku decide untuk hantar fareeq ke sekolah lain, bukan sekolah yang sama macam farish.

Kenapa?

Bukan aku kata smartreader kids tak bagus. Pada aku pulangannya setimpal dengan pelaburannya, farish belajar banyak perkara kat situ. Cuma oleh kerana aku nak kemahiran yang berbeza untuk setiap anak-anak aku maka dengan alasan itu aku cuba tengok kindergarten yang lain.

Honestly, aku nak kan tadika islamik untuk fareeq. Aku nak dia menguasai agama islam kita. Biar dia belajar solat, doa ringkas dan dalam masa yang sama tetap beri penekanan pada subjek yang utama.

Dan mungkin memang rezeki fareeq, ada tadika baru bakal dibuka kat kawasan taman kami nih. Tadika khalifah An nur yang guna silibus little caliph. Pertama di Kluang.

Ok, sangat mengujakan. Malangnya masa open day semalam tak dapat attend. Now tak dapat maklumat berapa total untuk register kat situ. Kiciwa.

Kat kluang ni, pilihan tadika yang macam ni tak banyak mana. Nak tak nak kenalah buat research sendiri tadika mana yang korang nak.

Untuk fareeq kalini, aku ada 3pilihan berbanding 2 je masa farish dulu. Dan semestinya aku mencari yang terbaik untuk keduanya.

.Little caliph.
.Tadika kembara.
.Smartreaderkids.

Kalini aku nak cari yang bukan cuma beri penekanan pada akademik, tapi jugak ada aktiviti lain. Macam seronok kan?


Setakat ni, cuma ni je yang sempat aku shortlist kan. Banyak2 sangat pon nanti rambang mata taktau nak pilih yang mana kan.huhuhuh~


Kalau tanya fareeq, dia akan tunjuk little caliph sebab tu dekat dengan rumah kitorang lepas tu baru cat cantik-cantik pulak. Ngeee~

Yang mana satu?

Nanti kitorang pikirkan lagi



Buah hati ibu ni dah makin besa, tapi tetap nampak macam baby je. Hikhikhik~

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Wednesday, 1 October 2014

Minyak naik harga lagi?

Assalamualaikum

Time aku menaip nih, perasaan aku bercampur baur. Stress. Bengang. Semua ada.

Naik lagi??

Dalam pada rakyat mengharapkan berita gembira menjelang bajet bulan ni, sebaliknya dapat kejutan pulak dihari pertama bulan baru.

Kalau AF penuh kejutan,
Kerajaan Malaysia lebih lagi.
Dan semestinya lebih tragis dari AF tu

Kalau yang berpendapatan besar pon rasa terbeban, apa lagi kitorang yang cuma staf sokongan je.

Gaji bulanan dapat harini, esok lusa langsai dah. Semakin jaoh peluang nak menyimpan tabungan tu.

Secara tak langsung mengiyakan semua anggapan rakyat bahawa GST bakal membawa kepada kenaikan harga yang melampau-lampau. Kalaupon disangkal berkali, mustahil mereka nak percaya lagi.


Rakyat tak berapa bodoh sangat la


Ok-ok, ni cerita harga minyak ron95. Naik lagi 20sen. Memang nampak macam sikit, tapi cer kira semula, agak la besa bezanya tu.

Sasau kejap.
Nak kelua isi minyak ke tak ek? Macam la esok lusa tak reti kering tangki minyak tu kan? Tapi kalau isi harini, at least dapat menikmati liter-liter terakhir untuk seminggu ni. Penjimatan la sikit kat situ.Lepas tu, lain punya cerita la.

Bila masuk bab bebanan kenaikan harga ni, ada pulak yang cakap tak bersyukur sebab negara kita masih lagi bertuah etc.

Bolayan.

Gaji takuk tu jugak, belanja semua makin besar. Menjadik jadik besanya. Ya Allah, semoga Engkau mencukupkan keperluan aku sekeluarga. Permudahkan segalanya, murahkan rezekiku, berkati la rekeziku.

Dan malam ni, bermulalah pesta kat pam-pam minyak di malaysia. Ratusan ribu kenderaan mungkin tengah berbaris mengisi tangki-tangki sambil mengucapkan terima kasih atas segalanya.

Dan esok,
Bersedialah untuk satu lagi perubahan.
Kenaikan yang tak mampu dinafikan lagi.
Kalaulah semua ni hanya mimpi.......









Adios~
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati