Friday, 3 October 2014

Looking for kindergarten

Assalamualaikum

Entry kedua untuk bulan oktober. Macam tak percaya kita dah berada dalam bulan baru, masa tolong la jangan cepat sangat berlalu~

Di bulan kesepuluh ni, dah mula ternampak iklan-iklan untuk sesi sekolah tahun depan. Kalau 2tahun lepas waktu macam ni aku tengah sibuk survey sekolah untuk farish, sama jugak kisahnya tahun ini cuma kalini untuk anak bongsu aku tu.

Awalnya aku decide untuk hantar fareeq ke sekolah lain, bukan sekolah yang sama macam farish.

Kenapa?

Bukan aku kata smartreader kids tak bagus. Pada aku pulangannya setimpal dengan pelaburannya, farish belajar banyak perkara kat situ. Cuma oleh kerana aku nak kemahiran yang berbeza untuk setiap anak-anak aku maka dengan alasan itu aku cuba tengok kindergarten yang lain.

Honestly, aku nak kan tadika islamik untuk fareeq. Aku nak dia menguasai agama islam kita. Biar dia belajar solat, doa ringkas dan dalam masa yang sama tetap beri penekanan pada subjek yang utama.

Dan mungkin memang rezeki fareeq, ada tadika baru bakal dibuka kat kawasan taman kami nih. Tadika khalifah An nur yang guna silibus little caliph. Pertama di Kluang.

Ok, sangat mengujakan. Malangnya masa open day semalam tak dapat attend. Now tak dapat maklumat berapa total untuk register kat situ. Kiciwa.

Kat kluang ni, pilihan tadika yang macam ni tak banyak mana. Nak tak nak kenalah buat research sendiri tadika mana yang korang nak.

Untuk fareeq kalini, aku ada 3pilihan berbanding 2 je masa farish dulu. Dan semestinya aku mencari yang terbaik untuk keduanya.

.Little caliph.
.Tadika kembara.
.Smartreaderkids.

Kalini aku nak cari yang bukan cuma beri penekanan pada akademik, tapi jugak ada aktiviti lain. Macam seronok kan?


Setakat ni, cuma ni je yang sempat aku shortlist kan. Banyak2 sangat pon nanti rambang mata taktau nak pilih yang mana kan.huhuhuh~


Kalau tanya fareeq, dia akan tunjuk little caliph sebab tu dekat dengan rumah kitorang lepas tu baru cat cantik-cantik pulak. Ngeee~

Yang mana satu?

Nanti kitorang pikirkan lagi



Buah hati ibu ni dah makin besa, tapi tetap nampak macam baby je. Hikhikhik~

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati