Friday, 24 October 2014

Berulang setahun lagi

Assalamualaikum,,

24102008 - 24102014



Bertambah setahun lagi ikatan pernikahan kitorang. Alhamdulillah, bertahan sehingga ke usia ini.

Aku pernah terbaca,
Dalam perkahwinan ni ada beberapa fasa nya.

Tahun pertama hingga kelima, tu fasa penuh cabaran. Sebab masa ni masing-masing masih cuba memahami antara satu sama lain. Setelah bertahun hidup dengan keluarga, sekarang dah ada keluarga sendiri mestilah janggal. Nak aplikasikan asuhan dua keluarga yang berbeza di dalam 1 rumahtangga bukannya mudah.

Tahun keenam hingga ke sepuluh tu katanya fasa paling selesa dalam perkahwinan. Sebab masing-masing dah mula paham cara antara satu sama lain. Tak semua pasangan berjaya sampai kefasa ni dan tak semua juga mampu melaluinya sehingga fasa berikutnya.

Ye. Perkahwinan kitorang memasuki fasa kedua. Lebih tepat lagi, baru di pintu fasa kedua. Banyak lagi masa yang perlu kitorang lalui, banyak lagi cabaran rumahtangga yang menanti kitorang suami isteri.

Kitorang bukanlah pasangan ideal sangat pon. Kitorang bukan jugak pasangan yang selalu bercanggah pandangan jugak.

Kitorang sebenarnya sangat berbeza. Tapi kitorang cuba laraskan perbezaan itu supaya sama-sama boleh menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tak percaya?

Aku anak manja. Masa remaja aku jarang sangat pegang periuk belanga tu. Setakat masak air, masak nasi dan masak megi tu aku memang reti. Yang lain, semua mak yang buat.

Tu pon perasan nak kawen muda kan? =P

Aku belajar buat semua kerja rumah lepas aku kawen. Dan orang yang banyak tolong aku, semestinya encik suami. Dia yang ajar dan bagi sokongan kat aku. Kalau aku masak tak sedap pon dia tetap telan sampai licin pinggan. Itu memang menyayat hati ok.

Dia support kaw kaw. Tapi masa dah ada baby dalam perut, peel pemalas datang balik dan mulalah musim aku makan masakan suami jek. Hahaa!

Yep. Encik suami kreatip. Resepi entah apa-apa, tapi sedap. Dalam 10x masak tu, 1x je kot kalau tak sedap. Ecececeh,, terpuji tinggi sangat. Ni rasa malas nak datang balik ni. Hihihi~

Aku memang kaki rayap. Tapi aku tak jumpa zaman merambu kat shopping complex dengan member-member sebab mak aku memang orang paling komited dalam mengawal gerak geri aku. So, aku memang selalu merayap dengan mak & adik sendiri.

Aku tak kesah kalau tak membeli, janji aku dapat hirup aircond shopping mall. Kononnya nak sejukkan badan sambil cuci-cuci mata.

Bila kawen, dapat suami suka merap dalam rumah. Adehhh pening jugak. Pelan-pelan ubah cara tu, dan akhirnya peel tu lupus terus.
Sekarang ni, dia pulak yang ajak keluar merayap bila hujung minggu. I loike~

Tu diantaranya la. Apa yang cuba aku sampaikan cumalah, perkahwinan itu bukan hanya penyatuan dua orang yang serupa serba serbinya, tapi lebih kepada keserasian bersama.

Mungkin hidup rumahtangga kitorang yang tak berapa serupa ni sedikit mencabar tapi kitorang ok jek.

Just go with a flow.

Serahkan semuanya pada Allah, sebab dia lebih tau apa yang terbaik untuk kita semua.

Tahun keenam,
Cakap je apa yang tak pernah kitorang lalui.
Bergaduh manja sudah,
Bergaduh tsunami pon sudah.
Mogok cakap pon pernah,
Mogok lapar pon pernah.

Hahahahha!

Enjoy your marriage in your own way

Anak-anak kitorang dah makin besar. Kalau dulu masa anak-anak kecik sibuk bergilir jaga anak masa kat kedai makan, sekarang kitorang cuma perlu sediakan 4pinggan, lepastu makan la sendiri.

Mudah.

Kalau dulu nak berjalan kena penuh bonet kereta dengan entah apa-apa tok nenek semua nak angkut, sekarang cukup la isi neg baju sorang satu. Berjalan la mana pon kitorang nak pegi.

Bahagia

Ye. Bahagia melihat kesulitan yang dulu bertukar mudah. Melihat anak-anak yang merengek je dulu, dah boleh ketawa terbahak-bahak.

Aku ibu yang bahagia. Cukup bahagia dengan 2 orang anak yang makin cerdik ni. Cerdik mencabar kesabaran aku sebagai ibu.


Ini hasil 6tahun bersama. Hihihi~
Rezeki yang datang awal,
Selang setahun lepas tu datang lagi.

Farish & fareeq
Another 'f' ?
I have no idea.
Pfffft!

Tak sempat nak celebrate pon. Sebab tahun-tahun dulu pon takde pulak kitorang buat majkis besar-besaran. Wish, hadiah sikit, makan-makan sikit.

Tapi tahun ni macam takde hadiah je? Beriya jugak aku raba bawah bantal, dalam selimut. Mana tau kot-kot ade kejutan. =P

Ok, tak jumpa.
Tak jumpa atau mungkin memang tak ada.

Muka pasrah sambil taip entry ini. Baru nak mimpi kot dapat note 4 ke malam ni. Mihmihmih~

Takpelah, tak payah nak hadiah sangat. Rasanya surprise yng pertama dan mungkin terakhir tu masa anniversary pertama. Lepas tu takde dah……………

Rasa macam nak keluar makan dengan anak-anak je. Beli kek sorang sepotong lepas tu dah. Aci tak aci tak?

Ok la tu kan, dapat gak spend time berdua. Eh salah, berempat.

Takpon lepas tu layan movie ke. Boleh tak boleh tak? Ke nak karok? Nanti la esok tanya pasangan yang satu lagi.

Kebetulan harini jugak hari terakhir tahun hijrah. Maghrib tadi dah pon memasuki tahun baru 1436hijrah.

Sekali la aku mengharapkan yang baik-baik untuk tahun yang baru ni. Bukan untuk aku je, untuk semua yang ada disekeliling aku, termasuk yang baca blog ni jugak.

Mudah-mudahan pertambahan usia perkahwinan ini menjadikan kitorang lebih matang melalui asamgaram rumahtangga.

Semoga kitorang mampu menjadi makbapak terbaik untuk anak-anak kitorang. Supaya urusan untuk beri yang terbaik pada anak-anak dipermudahkan Allah swt.

Semoga dijauhkan hasad dengki dari kami sekeluarga. Kami juga serupa macam keluarga yang lain, kalau ada yang nampak kelebihan pada kami, ketahuilah ada juga kekurangan pada kami yang mungkin anda tak tahu.

Rasanya itu saje setakat ni. Doakan kitorang bahagia, till jannah gittew. Amin.

Muaxxxx!


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati