Friday, 17 October 2014

Kindy hunting

Hari kedua bersenang lenang kat rumah. Awal pagi hanta farish pegi sekolah, lepas tu buat sarapan untuk diri sendiri.

Bihun goreng daging.
Terus puji diri sendiri sebab rajin pulak nak memasak. Selalunya, sesenang mana pon menu nya, memang payah nak buat sendiri. Mungkin sebab dah terbiasa order kat kedai je. Huhuhuhu~

Siap breakfast, jemur kain baju, teman fareeq bergolek depan tv jap. Alih-alih terlelap!

Cuaca mendung je arini. Romantik habis la mata nih. Hehehehe~

Rehat kejap sementara nak ambik farish jam 1130 nanti.

Oh ya, semalam aku dah selamat melawat tadika yang bakal dibukak kat kawasan perumahan aku ni.

Tadika khalifah An-nur. Tadika yang mengunakan silibus dari littlecaliph. Yang berjaya membuat hati aku goyang. =P

Aku jumpa owner nya, puan zai. muda & sama kecik macam aku je orangnya. Pertama kali jumpa tu terdetik dalam hati ni rasa bertuahnya dia sebab mampu jadi pengusaha tadika semuda itu. Aku rasa usianya kurang lebih aku jugak sebab anak dia pon baru sebaya farish,5tahun.

Aku disambut mesra olehnya. Sama macam layanan kak min smartreader dulu. =)

Fareeq? Tadi beria je berani, ni dah taknak masuk. Siap merengek ajak balik. Puas melayan ragam dia, pujuk dengan playground kat tepi tu dulu. Huhuhu~

Sudahnya aku dukung je fareeq. Kalau nak tunggu dia warm up memang berjam pon tak selesai. Haiii la anak, cemana nak sekolah nih?

Langkah pertama aku ke dalam rumah teres 2 tingkat tu berjaya membuatkan aku teruja. Ada mainan, yang akan digunakan sebagai alatbantu mengajar disamping mini stage untuk sesi bercerita. Masa aku datang, anak pn zai pun ada sekali. Dia tengah ralit main dough kat sudut tengah ruang bawah tu.

Kitorang dibawa ke ruang makan. Ruangnya sedikit sempit sebab hanya muat 2 meja panjang dan aku difahamkan waktu makan ini akan bergilir mengikut kelas.

Menuju ke tingkat atas rumah itu, ada 3bilik yang menempatkan pelajar 5 dan 6tahun. Ada mini library jugak untuk aktiviti santai. Sempat bertegur sapa dengan 3orang guru yang tengah sibuk mendeko bilik-bilik yang ada.

Ok, sesi soaljawab. Aku rasa, aku lebih banyak menyoal berbanding masa aku survey kindy untuk farish 2tahun lepas.

Aku jugak mula membandingkan kedua-dua nya dalam diam. Aku mencari yang terbaik dan berbaloi untuk wang yang aku laburkan. So aku rasa, sukahatilah aku nak bertanya apa pon. =)

Pertama sekali aku tanya, berapa ramai pelajar dalam satu kelas tu. Bila aku dimaklumkan takkan lebih dari 15orang/kelas, aku senyum je. Konsep yang sama macam smart reader kids. Cikgu akan ajar sorang demi sorang, sebab tu tak boleh ramai-ramai.

Sempat jugak la aku ditunjukkan sedikit video tentang cara pembelajaran dilittle caliph dan silibusnya standard di setiap cawangan. Guna buku dari jenama mereka sendiri dan ikot step buku 1,2 dan seterusnya. Ni pon sama macam smart reader kids.

Bezanya littlecaliph ada hari khas untuk subject art&creative iaitu hari rabu. Masa hari ni pelajar akan pakai t shirt & tracksuit jek.

Aku tengok pulak jadual kelas 4tahun. Ok, ini paling besar yang buat hati aku makin nak pilih sekolah ni..

Setiap pagi lepas berbaris n aktiviti berkumpulan sikit, semua pelajar akan mulakan pelajaran diorang dengan solat sunat dhuha secara berjemaah.

Tau tak perasaan aku masa tu? Huwaaaaa,, hati aku jadi sayu terus.

Aku memang dah berniat sejak dulu, kalau farish aku dah hantar ke sekolah yang menekankan english & math dalam silibusnya manakala fareeq akan aku cari mana-mana sekolah yang ada silibus hafazan. Masa tu cuma ada tahfiz je kat bandar kluang dan aku memang nak hantar fareeq kat sana.

Alhamdulillah, mungkin niat seorang ibu itu dipermudahkan oleh Allah swt.

Boleh pulak dibukaknya little caliph tu kat sini. Selang 6jalan je dari rumah aku. Mungkin isyarat untuk aku teruskan niat aku tu.

Masa nak pergi sama-sama encik suami aritu, ada aral pulak so tak dapat la nak datang survey. Ni kebetulan aku cuti, aku bawak je fareeq datang sini. Dia pon dah tau ni sekolah dia. ;)

Silibus untuk 4 tahun tak banyak. Diorang lebih pada pengenalan kepada huruf, cara sebutan dan beberapa asas lain. Tapi yang menarik minat aku, ada kelas iqra dalam jadual pembelajaran diorang. Seminggu ada 2sesi.

Masa ni la diorang akan belajar mengaji, amali solat & bacaan dalam solat. Surah-surah ringkas pon akan diajar masa ni la.

Sebelum aku terlupa, yang bersekolah sejak umur 4tahun kat sini akan dilihat kalau berkelayakan untuk diserap ke kelas tahfiz. Ya Allah, aku doakan anak aku antara yang terpilih tu nanti. ;')

Part bayaran pulak, aku dah sedia maklum tak jauh bezanya dengan smart reader kids.

Pendaftaraan bagi pelajar 4tahun cuma RM1200+. Bezanya agak besar dengan smartreader kids. Dalam 200+ gitu. Farish dulu jejak RM1500.

Tapi kalau nak join daycare sekali, register fee dia kena tambah lagi RM200. Ni untuk yuran makan.


Yuran bulanan kat littlecaliph cuma RM220.
Kalau nak tambah daycare, jadi RM320.
Petang tu akan ada aktiviti lain, solat zohor pon termasuk dalam aktiviti sebelah petang. Makan tengahari & minum petang disediakan. Daycare ni dari 12.30 sampai 5.30 tau.

Macam nak pilih siap daycare, so aku tak payah pening-pening nak pikir urusan fareeq lepas waktu sekolah tu. Yang ni kena bincang dengan encik suami dulu la.

Dekat 2jam jugak aku kat situ, aku puas hati. Bila tengok uniform kiut tu, makin berbunga hati. Hahahah!

Oh ya, nanti 1november 2014 akan ada open day bersama pengasas littlecaliph kat sini. Siapa yang berkelapangan tu bolehla datang, tak jadi join pon takpe tapi apa salahnya kita tengok dulu kan. =)

Ok, harap-harap perkongsian ni dapat membantu sikit urusan mencari tadika kat kluang ni.

Kita cuma berusaha memberi yang terbaik, berjaya atau tidak pelaburan kita tu semua urusan Allah.


Kat sinila tadika khalifah annur










Lokasi sebenar?


Boleh call teacher zai la untuk info yang lebih terperinci.

Harap puashati ye. Tak mampu tolong banyak, cuma nak selesaikan misi pencarian diri sendiri dan sesiapa lagi yang perlukan panduan.

^*

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati