Assalamualaikum,,
Menikmati sarapan pagi sambil layan siaran upin ipin kat tv. Arini aku mc. Selsema batuk menjadi-jadik. Badan pon jadi lesu.
Upin ipin, rancangan wajibtonton anak-anak aku. Walau ulangtayang berapa puluhratus kali pon diorang tetap nak tengok. Siap hafal dialog nya. Aku yakin, anak-anak orang lain pon sedikit sebanyak serupa macam anak aku nih.
Masa aku menulis ni, anak aku sorang dah pegi sekolah, sorang lagi masih bergulung atas tilam. Penat sangat nampaknya tu.
Tinggallah aku depan tv sesorang. Nak mengemas, tak tau nak ngemas kat mana. Nak masak, rasanya awal sangat. Sarapan pagi yang aku buat tadi pon belom luak banyak mana.
Hari cuti, aku nak puaskan hati sendiri dengan anak-anak. Aku nak buat semua dengan diorang.
Pagi tadi misalnya, aku yang mandikan farish. Aku yang pakaikan baju sekolah dia. Beza dari selalu sebab farish mandi sendiri, lepastu pakai baju sekolah sendiri. Aku cuma sediakan bajunya, letak setempat dengan barang yang lain.
Lepas hantar dia pegi sekolah, aku balik buat sarapan nih.
Nasi goreng daging. Campak-campak dalam kuali, rasa sikit, ok siap!
Dah selesai sepinggan, fareeq tak bangun lagi. Aku nak bawak dia keluar arini. Nak survey sekolah untuk dia.
Anak-anak aku dah nak bersekolah. Cepat sangat masa berlalu. Setiap minit yang aku spend dengan diorang, aku sedar anak aku makin besar, dan aku makin tua maknanya. =P
Semalam, farish berdiri kat dapur dengan aku. Dia datang mood nak perhatian lelebih sebab tu dia mintak temankan dia nak ambik air masak.
Ya Allah!
Dah separas dada aku weyh!
Terdiam sekejap. Aku perhati betul-betul dan betullah anak aku memang dah meninggi.
Ibu ni memang la rendah, jadi bila anak dah tahap tu memang terbayang keadaannya beberapa tahun dari sekarang.
Aku senyum sendiri membayangkan suatu hari nanti. Aku dikelilingi mereka yang aku sayangi. Setara dengan perasaan aku pada makayah. Anugerah Allah, keduanya lelaki. Imamku. Syukur, aku ada 4imam dalam hidup ni.
Tak sedar masa dah berlalu. Anak dah makin besa.
Farish, baby pertama aku yang menang tempat pertama kat hati semua ahli keluarga sebab dia cucu pertama kedua-dua atok nenek dia. Anak buah pertama pada segala makcik pakcik dia. Sebab tu lah masa aku bertarung nyawa nak lahirkan dia, ramai yang dok standby depan labour room. =)
Farish hafiy 1tahon
Farish hafiy 2tahon
Farish hafiy 3tahon
Farish hafiy 4tahon
Farish hafiy 5tahon
Anak yang terang hati. Selalu menjadi kebanggaan aku sekeluarga bila tengok pencapaian dia kat sekolah. Alhamdulillah, semoga pinjaman Allah ini terus berjaya didunia dan akhirat. Cuma yang tak best, cekadak farish tetap sama dari kecik membawa ke besar. Dia suka mengamok kalau ada yang tak kena. Dulu aku ingat bila makin besar akan kurang la peel menangis terjerit-jerit tanda protes dia tu, tapi rupa-rupanya serupa aje. Huhuhu~
Lagi perkara yang buat aku tersedar, anak aku bukan lagi baby kecik yang cuma reti menangis mintak susu lepastu tido...
Perasan tak, anak yang dulu mengikut kata sekarang dah pandai sangkal itu ini. Dulu masa kecik, kalau kita pakaikan baju apa pon dia redha je kan, kini tidak lagi.
Lepas mandi terus tuju almari, pilih nak baju yang mana. Kita tunjuk yang ni, dia nak yang tu. Siap warning taknak pakai baju yang sedondon. Mihmihmih~
Peel ni dedua anak aku ada. Yang warning pasal baju sedondon tu dah tentu la farish. Tapi selalunya aku buat dengar tak dengar je. Sesekali tetap pakai sedondon. Comel ape sedondon macam boria tu. Laallalal~
Dah pandai urus diri sendiri. Siap mandi pakai baju segala. Ohhhh hai masa, boleh slow sikit tak? For sure i will miss all this moment. ;')
Fareeq makin petah bercakap. Otaknya serap apa saja yang dia nampak dan dengar. Dia cepat belajar. Lagi-lagi pulak dengan abang dia, farish. Tak pasal-pasal dia dah reti kira 1-10 padahal farish dulu belajar menda tu semua masa dah sekolah.
Bila abangnya mengeja, dia pon tumpang sekaki. Secara tak langsung, dia pon teruja pegang pensel dengan buku.
Peel fareeq?
Dia sangattttttttttt particular. Sesak napas melayan anak yang satu nih.
Lepas tu, dia jenis kata dia, kata dia la. Kena turut. Makin dia besar, aku makin nampak sikat keras kepala dia. Muka mungkin nampak cam innocent je, hakikatnya............ =P
Fareeq manja. Sangat manja. Mungkin sebab dia bayi yang membesar dengan susu ibu. Atau boleh jadik jugak sebab dia la anak bongsu dalam family ni.
Fareeq Qashfiy 1tahon
Fareeq Qashfiy 2 tahon
Fareeq Qashfiy 3tahon
Kalau ada yang tanya kehidupan aku sekarang, aku akan jawab dengan yakin, hidup aku lengkap. Aku menikmati segalanya dengan izin Allah. Usia aku makin bertambah, cabaran hidup pon makin banyak dan pelbagai. Doakan aku mampu lalui semuanya, doakan jugak aku bahagia dunia dan akhirat.
Semoga rezeki dari Allah berterusan untuk kami sekeluarga.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment