Friday, 15 May 2015

Hati perempuan finale episod

Assalamulaikum

Malam tadi habes dah cerita hatiperempuan kat tv3 tu ye. Kemain trending lagi. Kat fb aku tu gasak kua update pasal die saje.

Hahahah!

Aku pengikut cerita tu tapi minggu ni banyak episod yang aku skip. Tiba-tiba tengok episod akhir, ok la.

Tak larat la nak sakit hati tengok peel yuhanis dalam tu. Tapi aku takdelah sampai nak ngutuk si pelakon tu, waras lagi aku ni nak pikit yang dia cuma ikot skrip jek. Hakikatnya taklah macam tu kot.

Takde dah scene sikacak lepas ni.
Kerana tengku zaril la aku tabah nak tengok setiap episod, melting!


Semua hero pasti buat melting. Adil kan?
Eaok cerita baru, melting kat hero baru pulak. Itu ajelah mampunya sebagai penonton.

Hummm...

Bye ku ril!

Ending yang best. Menyengih jek aku menonton sorang-sorang.

Nak beli novel memang taklah. Zaman membaca novel dah lama aku tinggalkan. Takde peluang untuk tu semua lagi sejak aku asyik menelaah buku sekolah anak ni.

Dah,
Takde hati perempuan slot akasia lagi. Yang tinggal hati perempuan aku je. Aku yang perempuan pon tak hati batu gitu rasanya. Selalu aku ilek jek mengalah dengan encik shuben. =P

Harini cuti merap kat rumah je. Masak dari sarapan, lunch sampai la minom petang. Melayan buah hati yang sorang ni jek.

Kejap lagi harus aku tertidur.



posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Thursday, 14 May 2015

Hari bebas dari baju kerja!

Assalamualaikum

Kamis sudah.
Akhirnya esok dah boleh cuti bergolek-golek kat rumah.

Kubahagia.

Harini terlibat dengan program handholding GST kat prime city hotel kluang.

Ke hotel lagi kita gamaknya. Selang sehari datang sini. Makan laok hotel je la bape hari ni. Hahahh!

Aku taktau kenapa terlupa ambik gambo masa mula-mula sampai. Bukan selalu aku dapat hari bebas uniform nih. Terasa macam ayu jek berbaju kurung berkasut tumit pergi kerja. Macammmmm jek la ayu. Hakikat?

Huhuhu~
Terlibat sebagai peserta. Ok la sebab aku pon banyak yang tak reti lagi bab GST nih. Malangnya walaupon dah dengar talk harini, aku masih tak paham sangat. Mungkin pasal aku ralit update instagram jek tadi.

Wifi hotel adalah laju.
Sangat rugi kalau tak guna sebaik mungkin.

=P

Program cuma separuh hari. Dapat bertahan sampai jam 12 tengahari pon dah cukup cemerlang pada aku. Kematu dok tegak berlama-lama. Kalau kat opis boleh jugak aku buat senaman berjalan dari meja ke meja, taklah sakit pinggang nih.

Dah separuh hari baru perasan belom selfie lagi. Kena lah selfie nak tayang baju lama aku yang limited edition sangat nih.


We ols.

Atas permintaan gambar diedit kecik-kecik macam ni. Ada la alasannya kenapa buat gini. Hahahahha!

Well,
Baju tu sangat sentimental ok.
Hantaran masa bertunang dengan encik shuben 7tahun dulu. Ni baju penyelamat waktu aku sesak macam sekarang ni. Kebanyakan baju aku semua dah takleh pakai. Sendat mendat disesetengah bahagian akibat terlalu bahagia menambah berat badan.

Padan muka sendiri.
Nak beli baju baru, tapi rasa membazir.
Sebab aku nak pakai baju macam ni bila ada hari-hari macam harini je. Hari biasa pakai baju kerja biru lusuh tu jua.

Silap haribulan baju ni jugak aku akan repeat pakai 7tahun dari sekarang. Nak bagi bayangan betapa aku takde baju yang banyak sebagai koleksi.

Itu pon kalau masih muat nak sarung la.

Selesai waktu kerja, kitorang bergerak pegi kluang mall. Plan last minute sebab masing-masing malas nak balik rumah time hujan lebat.

Nasib baik dapat kawan yang memahami macam ni. Sayang la dua-dua sebab nak ikot buang masa di mall macam ni.


Liz.
Yat.
Aku.

Tenkiu korang sebab jadi kawan yang baik. Walau ada seribu cerita tak elok, korang tetap tapis ambik baik buruk bukan terus menghukum.

Aku sekarang cuba buat baik walaupun orang layan kita buruk, tapi kalau orang tak sudi takkan nak paksa kan?

Yang penting kite tak kacau hidup dia. Dia yang mintak-mintak nak interfere dalam life kita. Takpelah, Allah ada.

Buat baik dapat baik.
Wahhhh!
Pesanan amin idris ni.
Berkesan dalam diri.

Sekarang takmo semak kepala pikir pasal orang. Nak nikmati hidop dengan bahagia jek.

Kuikuikui~
Belanja muka selpi dengan jerawat di pipi sikit.



Oh ya,tadikan pergi sukat beratbadan. Dah hangout sama-sama ni konon nak diet sama-sama menjelang ramadhan sekaligus menjelang berat badan yang makin memberat.

Gebu gebas jek rasa.

52.6kilo.
Target 48kilo jep.

Nak dapat 45kilo macam dulu rasanya macam mustahil bebenor. Belajar lebih realistik. Biar turun sikit dari naik banyak!

Kbye!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Wednesday, 13 May 2015

Kecintaan aku pada persatuan

Assalamualaikum

Terima jemputan dari puspanita & helwa Kluang sempena hari ibu.

Bila ditanya nak join tak, laju je cakap nak!

Lately kecintaan aku pada persatuan-persatuan ni mendadak naik pulak. Pantang ada event laju aje nak offer diri. Baik peringkat daerah atau paling tak pon jabatan.

Kadang-kadang aku rasa ni semua faktor usia. Bila makin berusia ni rajin pulak aku nak berpersatuan. Bajet macam dalam drama petang kat tv3. Sikit-sikit aktiviti persatuan.

Bahahahah!

Akhirnya aku sampai jugak ke satu majlis sempena hari ibu. Dalam majlis ni ada slot motivasi sikit dari encik amin idris. Aku pon tak kenal sape die memula tu, siap tanya kawan-kawan yang kenal barulah teruja nak pegi dengar slot dia.


Orangnya smart.

Tapi bila dia bercakap, lagi terpegun. Hahaha!

Ada la selingan persembahan sikit haritu.

Tapi paling tak sangka rupanya ada part bagi hadiah pulak.

Ibu gojes ko!
Tak gila aku menggigil masa nama kena panggil naik atas stage. Depan ratusan orang. Fuhhh,,sejok tangan.



Sampai sudah tak habis pikir tang mananya baju aku ni gojes no. Takde blink-blink labuci pon. Baju kebaya je pon. Dasar mak-mak tak reti dress up. Orang lain ramai yang cantik pakai jubah cun-cun.

Tu namanya rezeki kot.
Asalnya aku dah nyaris tak dapat attend sebab insiden yang satu ni. Boleh pulak aku kelamkabut pagi tadi sampai terlupa bawak kunci rumah.

Sebelom ni memang aku tak letak kunci rumah sekali dengan kunci kereta. Berat kocek. Tak suka. Mesti letak dalam kereta je tapi nak dijadikan cerita pagi tadi budak-budak buat peel sampai aku kelam kabut terus drive menonong pegi opis.

Dah aku merenung grill rumah berkunci. Dengan baju ape nak pakai pon tak decide lagi. Iron jaoh sekali. Huhuhu~

Terpaksa patah balik pegi rumah adik, ambik kunci spare pada ayah then patah balik saujana. Peloh peloh weyh!

Mood pon dah spoil. Lastly amek je baju yang tak perlu iron, tu pasal berbaju kebaya. Ikotkan nak pakai dress jugak. Pendaftaran jam 1 tapi aku sampai 5minit sebelum jam 2. Kau ghase?

Nak pakai korset pon takdan. Bahahaha! Melimpah lemak iols. Jenoh cover masa nak duduk tu.

Baju masa anak sorang tapi aku sarung masa dua anak dah sekolah pon, bayangkanlah!

Apepon syukurlah muat jugak walaupon ada sesetengah bahgian sendat sikit.

=)



Dapat merasa diri sebelah datin pengerusi puspanita. Selalu pandang dari jaoh jek. Ni siap pimpin tangan potong kek sesama.


Anugerah ni ada 2kategori.

Aku dapat ibu gojes muda,
Akak yang sorang ni ibu gojes kategori old skul.

Padahnya sampai ke tempat parking kereta orang wish tahniah. Dah la sorang, tak muat tangan pelok hamper.

lol.


Antara yang hadir. Dalam surat jemputan takde mention tema pon tapi kebetulan mengikut tema pulak aku aritu. Pink pink baju tak bergosok. Hahah!




Kebetulan cikgu maimunah jadi emcee petang tu. Siap mention ni bekas anak murid saya masa dia umum nama aku sebagai penerima hadiah.

Besa dah anak murid cikgu ni. Dulu bergambar berdua masa hari penyampaian hadiah, nak buat persembahan tarian.

Cikgu Mai ni paling legend dalam hidup aku sebab dia jadi guru kelas aku dari darjah 1 sampai darjah 6. Dia kenal benoo mak ayah aku. Satu yang aku takkan lupa, bila dia cubit time takdapat buat soalan math. Memang terangkat laaaaaaa sakitnya.

Hahaha!
Kenangan.
Dulu masa 7tahun.
Sekarang dah 27tahun.


Merasa jugak pose dengan amin idris.
Hensem. Hahaha!


Buat kenangan.
Ratu international.
Hahahah!
Perahsan sangat la ko.

Sebenarnya apa ada pada gelaran gojes tu. Kalau digelar ibu terbaik pon aku dah cukup gembira. Aku bahagia dengan dua anak yang menyempurnakan hidup aku selama ni.

Hari-hari adalah hari ibu sebab takde satu hari pon seorang ibu tu berhenti digelar ibu. Kasih ibu sampai mati.

Luv,
Ibu gojes ini milik encik shuben & doubleF.


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Tuesday, 12 May 2015

Ibu milenia paling gojes

Assalamualaikum!

Hari yang bersejarah sangatttt sebab dapat attent majlis anjuran PUSPANITA & HELWA arini.



Seriously penceramah ohsem gila! Tak sempat nak menguap pon sepanjang majlis tu. Seronok.

Pengisian yang baik. Bertepatan dengan majlis yang diadakan bersempena hari ibu, ada pulak buat pertandingan ibu gojes.

Paling tak percaya bila tak masal diumum sebagai pemenang. Ya Allah kaku kejap. Sejok tangan kemain. Bukan sejok sebab menang, tapi sejok pasal di mention aku dari jabatan mana. Hahahah!

Jabatan kontroversi.

Eh nanti kendian update pasal tu lagi. Sekarang nak lelapkan mata. Mengantok sebab ada macam-macam halangan harini. Nyaris tak pergi majlis tu tadi.

Alhamdulillah semua settle. Terus berkenan kat en.amin idris ni pasal die memang bagus dalam berkata-kata. Lepasni akan jadi pengikut setia dia la. Hahahah!

Kacak macam amar baharin juga. =P

Eh nah belanja muka sendiri sikit.
Tak tau dari segi mana lebihnya tu sampai boleh menang. Mungkin kebetulan memang dah rezeki harini. Dapat merasa naik pentas potong kek sama puan pengerusi.

Satu penghargaan sangat.



Ngeeee~
Macam mimpi.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday, 11 May 2015

Nilai pendidikan masakini

Assalamualaikum

Aku jenis mak yang tak pernah berkira bila masok bab pelajaran anak-anak. Bukan nak puji diri sendiri o kata aku ni bagus, tapi hakikatnya memang macam tu.

Pendidikan pada aku satu perkara yang tak ternilai dengan wang ringgit. Mungkin nampak berapa nilai yang dikeluarkan untuk dapatkan ilmu tu, tapi bila dah dapat ilmu kite tak tau pon berapa nilai ilmu tu kalau nak ditukarkan dengan duit.

Paham tak?
Kalau tak sila baca sampai paham la. Hahahah!

Aku pon rasa ayat aku terbelit.

Tapi ape yang cuba aku tekankan is jangan pernah berkira untuk dapatkan ilmu. Dalam contoh paling senang macam nak keluar duit beli buku anak.

Takde buku macam mana ilmu nak bercambah. Tak perlu yang terlalu mahal, sebab yang penting isi kandungannya tu. Nak lahirkan generasi berjaya kena berani ambik risiko. Kena melabur. Paling utama kena usaha sungguh-sungguh. Kalau dah buat semua ni, tawakal je pada Allah. Usaha tu mesti dapat ganjaran setimpal kan.

Aku peruntukkan satu amaun untuk beli buku anak-anak setiap bulan. Ni termasoklah buku bacaan dengan latihan sekali. Kalau dulu beli untuk sorang anak, sekarang aku kena beli untuk kedua-duanya. Fareeq pon dah reti mintak bila tengok farish dapat buku baru.

Padahnya, sekarang kitorang anak beranak pantang nampak kedai buku. Hahah!

Aura buku baru ni lain macam sikit.
=)

Bila dapat buku baru, masing-masing tak sabar nak baca takpon nak buat latihan bertulis. Maklomlah benda baru. Bau kedai pon tak hilang lagi tau.

Eksaited semua.

Sebab tu aku akan cuba curi masa untuk buat latihan buku yang baru beli tu secepat mungkin. Ni untuk elakkan semangat yang tadinya berkobar-kobar tu padam macam tu je.

Pulun buat latihtubi sampai habis buku. Hahah!

Ini aku.
Kalau boleh habis sehari, memang aku habiskan sehari. Tapi biasanya sebulan jugak baru settle sebab aku tak spend time yang sangat lama untuk satu-satu subjek. Takut diorang bosan.

Psikologi namanya tu.

Lepas latihtubi, buat aktiviti yang ringan. Ni nak kasi anak release kononnya. Tadi dah kena jentik dengan ibu pasal tak dapat jawab soalan kan, sekarang masa nak pujuk balik kononnya.

Buatlah ape jenis game pon. Janji ada pengisian secara tak langsung. Yang ni selalunya aku ikut je apa yang terlintas kat kepala masa tu. Kalau rasa nak ajar warna, amek coloring book terus kaler.

Takyah rumitkan keadaan pasal kita cikgunya kan. Hahaha!

Ni aktiviti malam tadi. Sebelum tu farish hafal list spelling yang teacher bagi. Both bm dengan english. Siap tu taktau nak buat ape, kasi buku yang baru beli isnin lepas.


Belajar eja sekali dengan kenal warna.
Buku ni sebenarnya aku belikan untuk fareeq. Tapi fareeq mana reti nak eja lagi. So aku bagi dua. Farish eja, fareeq kaler.

Yang mula hurup A kaler merah
Yang mula dengan hurup B kaler biru

Kongsi buku. Sebab bila kongsi ade feel nak bersaing sikit. Aktiviti pon jadi fun. Rebut-rebut pasal tak muat nak kaler dalam satu mukasurat.

Lepastu dah dedua nak kaler aku bagikan la sorang merah sorang biru.

Seronok.
Jadilah matapelajaran tambahan malam tu. Kenal warna biru dengan merah, yang ni aku tekankan pada fareeq. Mengeja untuk farish dan pengalaman berkongsi sebagai satu pasukan kononnya.

Kena tolak ansur & gilir-gilir bila tak muat nak kaler tu. Mula-mula abang dulu, abang siap adik pulak.

Ehhh..
Tetiba terasa kretip pulak.
Rugi tak apply jadi cikgu dulu. Kihkihkih~

Sebenarnya benda ni semulajadi. Bila kita nak, kita usaha, insyaAllah jadi mudah.

Semoga keduanya beroleh manfaat dari sedikit masa yang aku luangkan ni. Memang betul keduanya dah aku hantar ke sekolah, dah dididik oleh para guru setimpal dengan bayaran yurannya, tapi sebagai mak aku rasa bersalah kalau lepaskan semuanya pada orang lain.

Ini anak-anak aku.
Ini aset yang ada untuk masa depan aku. Walau sebaik mana didikan orang lain takkan mampu setanding didikan aku sendiri. Maka atas kesedaran tu aku bertahan, walaupon penat walaupon kelam kabut, aku usahakan sedikit masa untuk diorang.

Mudah-mudahan ada hasilnya.
Amin.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Sunday, 10 May 2015

Pukul 3pagi

Assalamualaikum.

Dan lagi tu nak hapdet.
;p

Selesai dah menikmati secawan cereal dengan mi goreng basah. Alhamdulillah kenyang.

Fefeeling orang bersahur dah ni rasanya.

Sepatutnya nk goreng mi esok pagi sebelum pergi keja. Tapi disebabkan perut mintak perhatian lebih sampai terjaga jam 2pagi sambil memulas-mulas, kitew masak je la terus ye.

Mata pon dah segar pasal melayan rasa mulas tadi tu. Huhuhu~


Bekal untuk hari ini.

Untuk anak-anak & bapak anak-anak. Mak nye selalu tak memakan sebab bila masak sendiri, rasa nikmat makan tu dah kureng pulak pada aku. Kenyang kais sudip je tadi kot.

Jamah jugak sikit.
Eh sedap la!

Settle isi perut.
Perut ni dari semalam asyik mintak manja-manja. Dia dah cuci kasik bersih segala isi perut sampai terasa tinggal kulit perut je nih.

Huhuhu~

Sambung lena. Sempat niat nak puasa esok kalau keadaan mengizinkan.

Bangun pagi ni, perut rasa pedih. Mungkin effect detoks terlebih semalam.

Niat puasa diteruskan.
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku. Ada beberapa hari perlu diganti ni.

Ok dah.
Jom kerja.


=)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Tudung termahal aku

Assalamualaikum!

Ahad sudah~
Cuti berbahagia selama 10hari tamat harini bila aku terpaksa jugak masok opis. Alangkah bahagia kalau tak payah pegi opis lagi tapi boleh dapat duit gaji. Hahahah!

.zengg.

Nak tunggu cuti bergaji selama 3bulan lama bebenor, jadi apply cuti rehat ajelah yang mampu.

Eh nak tau, semalam lepas makan takde ape nak buat tangan pon gatal nak cuci mata kat group AJ. AJ ni tudung aidijuma tau yang datin norjuma pakai tu.

Fenomena sangat sekarang nih sebab setiap minggu akan keluar design baru lepas tu sekali tu je la designnya. Takde restock2 lagi.

Banyak yang cantik aku tengok kat group tu. Tapi orang macam aku ni minat yang white label je sebab paling murah. Hahahah!

adelah bape helai green label yang kedua termurah harganya. Kesian.

=P

Aku bukan fanatik pada jenama ni. Aku beli bila aku rasa nak beli sebab berkenan pada sesuatu design. Takde maknanya aku nak melabur lagi untuk sehelai tudung.

Tahap kemarok macam masa aku gilakan FNJ dulu dah berakhir. Mungkin sebab sekarang aku ade banyak komitmen lain nak kena setelkan selain menghabiskan duit gaji pada benda-benda macam ni.

Mungkin la kot....

aJ ni dah lama jugak rasanya. Sebab aku ada beli sehelai ni dah 2 3 tahun lepas jugak rasanya. Design batik. Masa tu aku kirim kawan belikan sebab teringin nak rasa selai. Plus datin juma tu peminat aku.

Eh salah, aku peminat dia.
Mueheheeh~

So malam tadi kebetulan aku nampak de org letgo aJ batik macam aku punya. Cer teka bape die letgo?

RM80-RM120

sehelai.
Ye,sehelai oke.

Laju jek dah sold. Dahsat giler.

Entah kenapa mengada jugak aku upload kat bawah post tu.

For sale. Condition 9/10.

Nahh,, tak sampai bape minit berpusu PM masok nak beli tudung aku tu.

Percaya tak ade offer sampai RM200 untuk selai tudung yang dulu aku beli tak sampai pon 50ringgit.

Phewww~
Sesak napas omak weyh!

Mata nampak duit jek.
Kalau tau leh semewah ni,
Mesti aku borong banyak-banyak dulu.
Hahahah!

Eh untung tau pembeli tudung aku yang dikatekan OS tu. Aku ni mana la memakai sangat sebba kerja pon pakai uniform.

So memang preloved tapi nampak new tau. Berbaloi beli.

Makanya dengan duit jualan ni, aku boleh beli 20helai aJ whitelabel tau...

Nak simpan.
Mana tau nanti jadi stok OS, boleh niaga lagi.

Hahaha!

Ni aku belanja selpi aku dengan tudung mahal. Selama ni aku ikat hujung macam mak kiah bawah pegi pasar malam jek. Rupanya tudung standard bawak event beso-beso rupanya.

Bila cerita kat encik shuben kite tu,
Die pon konpius ape kemahal bebenor tudung bawal kain cotton nih.

Hihihi~


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati