Monday, 11 May 2015

Nilai pendidikan masakini

Assalamualaikum

Aku jenis mak yang tak pernah berkira bila masok bab pelajaran anak-anak. Bukan nak puji diri sendiri o kata aku ni bagus, tapi hakikatnya memang macam tu.

Pendidikan pada aku satu perkara yang tak ternilai dengan wang ringgit. Mungkin nampak berapa nilai yang dikeluarkan untuk dapatkan ilmu tu, tapi bila dah dapat ilmu kite tak tau pon berapa nilai ilmu tu kalau nak ditukarkan dengan duit.

Paham tak?
Kalau tak sila baca sampai paham la. Hahahah!

Aku pon rasa ayat aku terbelit.

Tapi ape yang cuba aku tekankan is jangan pernah berkira untuk dapatkan ilmu. Dalam contoh paling senang macam nak keluar duit beli buku anak.

Takde buku macam mana ilmu nak bercambah. Tak perlu yang terlalu mahal, sebab yang penting isi kandungannya tu. Nak lahirkan generasi berjaya kena berani ambik risiko. Kena melabur. Paling utama kena usaha sungguh-sungguh. Kalau dah buat semua ni, tawakal je pada Allah. Usaha tu mesti dapat ganjaran setimpal kan.

Aku peruntukkan satu amaun untuk beli buku anak-anak setiap bulan. Ni termasoklah buku bacaan dengan latihan sekali. Kalau dulu beli untuk sorang anak, sekarang aku kena beli untuk kedua-duanya. Fareeq pon dah reti mintak bila tengok farish dapat buku baru.

Padahnya, sekarang kitorang anak beranak pantang nampak kedai buku. Hahah!

Aura buku baru ni lain macam sikit.
=)

Bila dapat buku baru, masing-masing tak sabar nak baca takpon nak buat latihan bertulis. Maklomlah benda baru. Bau kedai pon tak hilang lagi tau.

Eksaited semua.

Sebab tu aku akan cuba curi masa untuk buat latihan buku yang baru beli tu secepat mungkin. Ni untuk elakkan semangat yang tadinya berkobar-kobar tu padam macam tu je.

Pulun buat latihtubi sampai habis buku. Hahah!

Ini aku.
Kalau boleh habis sehari, memang aku habiskan sehari. Tapi biasanya sebulan jugak baru settle sebab aku tak spend time yang sangat lama untuk satu-satu subjek. Takut diorang bosan.

Psikologi namanya tu.

Lepas latihtubi, buat aktiviti yang ringan. Ni nak kasi anak release kononnya. Tadi dah kena jentik dengan ibu pasal tak dapat jawab soalan kan, sekarang masa nak pujuk balik kononnya.

Buatlah ape jenis game pon. Janji ada pengisian secara tak langsung. Yang ni selalunya aku ikut je apa yang terlintas kat kepala masa tu. Kalau rasa nak ajar warna, amek coloring book terus kaler.

Takyah rumitkan keadaan pasal kita cikgunya kan. Hahaha!

Ni aktiviti malam tadi. Sebelum tu farish hafal list spelling yang teacher bagi. Both bm dengan english. Siap tu taktau nak buat ape, kasi buku yang baru beli isnin lepas.


Belajar eja sekali dengan kenal warna.
Buku ni sebenarnya aku belikan untuk fareeq. Tapi fareeq mana reti nak eja lagi. So aku bagi dua. Farish eja, fareeq kaler.

Yang mula hurup A kaler merah
Yang mula dengan hurup B kaler biru

Kongsi buku. Sebab bila kongsi ade feel nak bersaing sikit. Aktiviti pon jadi fun. Rebut-rebut pasal tak muat nak kaler dalam satu mukasurat.

Lepastu dah dedua nak kaler aku bagikan la sorang merah sorang biru.

Seronok.
Jadilah matapelajaran tambahan malam tu. Kenal warna biru dengan merah, yang ni aku tekankan pada fareeq. Mengeja untuk farish dan pengalaman berkongsi sebagai satu pasukan kononnya.

Kena tolak ansur & gilir-gilir bila tak muat nak kaler tu. Mula-mula abang dulu, abang siap adik pulak.

Ehhh..
Tetiba terasa kretip pulak.
Rugi tak apply jadi cikgu dulu. Kihkihkih~

Sebenarnya benda ni semulajadi. Bila kita nak, kita usaha, insyaAllah jadi mudah.

Semoga keduanya beroleh manfaat dari sedikit masa yang aku luangkan ni. Memang betul keduanya dah aku hantar ke sekolah, dah dididik oleh para guru setimpal dengan bayaran yurannya, tapi sebagai mak aku rasa bersalah kalau lepaskan semuanya pada orang lain.

Ini anak-anak aku.
Ini aset yang ada untuk masa depan aku. Walau sebaik mana didikan orang lain takkan mampu setanding didikan aku sendiri. Maka atas kesedaran tu aku bertahan, walaupon penat walaupon kelam kabut, aku usahakan sedikit masa untuk diorang.

Mudah-mudahan ada hasilnya.
Amin.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati