harini genap 4hari Farish demam. Ubat yang doktor bekalkan dah tinggal sikit tapi demam panas tak kebah jugak. Semalaman aku tidur-tidur ayam pasal dia kerap meracau-racau. Badannya panas betul. Kejap-kejap mintak air.
T___T
Susahnya hati.
nak menangis tengok anak macam tu. Badan macam bara, panas membahang. Setiap masa aku sponging untuk keluarkan haba yang ada. Tapi masih takat tu jugak keadaannya.
Siang ni berat hati betul aku nk pergi kerja. Tapi mengenangkan harini ahad dan babah cuti, aku bersiap jugak nak ke pejabat. Sebelum keluar aku sempat rasa dahi dia, masih panas. Deal dengan babah nak bawak Farish follow up lagi arini.
Alhamdulillah sampai ke petang Farish ok. Dah tak demam lagi.
Cuma malam tadi ada hal lain pulak,
Farish berdengkur??
Aku laki bini saling berpandangan pasal tak percaya anak kitorang berdengkur. Kuat. Dan aku kembali tak senang hati sampailah aku jumpa artikel pasal ni....
“Simptom berdengkur adalah sesuatu yang biasa kita dengar atau alami.
Ia sering dialami oleh seorang dewasa yang keletihan, atau mempunyai masalah kegemukan atau obesiti.
Pasti sesuatu yang agak mengejutkan bagi ibu bapa terutamanya bagi pasangan baru jika mendapati anak kecil mereka menunjukkan gejala seperti ini.”
Ia sering dialami oleh seorang dewasa yang keletihan, atau mempunyai masalah kegemukan atau obesiti.
Pasti sesuatu yang agak mengejutkan bagi ibu bapa terutamanya bagi pasangan baru jika mendapati anak kecil mereka menunjukkan gejala seperti ini.”
Adakah ia sesuatu yang normal, atau perlukah anak kecil ini berjumpa doktor??
Bolehkah masalah ini diubati dan bagaimana pula jika ia berlanjutan sehingga ke usia dewasa??
Bolehkah masalah ini diubati dan bagaimana pula jika ia berlanjutan sehingga ke usia dewasa??
Semua ini adalah persoalan lazim yang ditimbulkan oleh ibu bapa yang memerhatikan corak tidur anak kecil mereka yang disertai dengan alunan dengkur.
PUNCA KANAK –KANAK BERDENGKUR
Walaupun berdengkur secara amnya boleh disebabkan oleh masalah sentral iaitu otak, dan masalah peripheral iaitu saluran pernafasan, berdengkur dalam kalangan kanak-kanak pada kebanyakan masa adalah berpunca daripada masalah saluran pernafasan atas yang sempit.
Darjah penyempitan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak ini menentukan keterukan gejala berdengkur yang dialami. Semakin sempit saluran pernafasan, semakin kuat dengkurannya. Antara punca penyempitannya ialah kelenjar tonsil dan adenoid yang besar, rongga hidung yang tersumbat disebabkan oleh masalah alahan atau tulang hidung yang bengkok dan sebagainya. Tidak kurang juga gejala ini disumbangkan oleh keadaan obesityatau masalah kegemukan pada kanak-kanak.
Pengaliran aliran melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian yang mempunyai struktur uvula atau anak tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengari sebagai dengkur. Bagi mereka yang pernah melihatnya, ia merupakan suatu pengalaman yang mungkin menakutkan kerana kanak-kanak ini kelihatan seakan lemas kerana mereka terpaksa bertarung untuk bernafas dalam ruang yang sempit.
TANDA-TANDA BERDENGKUR
Selain daripada gejala berdengkur yang mungkin diberitahu oleh orang yang melihat mereka tidur, kanak-kanak yang menghadapi masalah ini juga mungkin mengalami tanda-tanda lain yang merupakan manifestasi kepada kualiti tidur malam yang tidak mencapai kepuasan. Antaranya ialah sukar bangun pagi dan rasa mengantuk pada siang hari yang turut akan menjejaskan prestasi persekolahan seharian.
Tumpuan di dalam kelas mungkin akan dikompromi akibat kurangnya konsentrasi disebabkan oleh rasa mengantuk. Berpunca daripada pernafasan yang kurang efisien juga, pengaliran oksigen sewaktu seseorang kanak-kanak mengalami masalah sleep apnea(berhenti bernafas sewaktu tidur) yang juga merupakan salah satu rentetan berdengkur, akan mengakibatkan bekalan oksigen yang rendah sampai ke otak. Dengan ini, prestasi otak juga lama-kelamaan akan terjejas.
TANDA-TANDA BERDENGKUR
Berbeza dengan orang dewasa, diagnosis bagi kanak-kanak yang berdengkur selalunya dapat dibuat dengan lebih mudah setelah pemeriksaan di klinik dijalankan. Sejarah pesakit yang lengkap akan diperoleh dan ini amat membantu doktor yang merawat.
Pemeriksaan juga tidak banyak masalah kerana punca penyempitan saluran pernafasan kanak-kanak berdengkur ini letaknya di bahagian saluran pernafasan atas. Dengan hanya membuka mulut, majoriti diagnosis sudah dapat dibuat iaitu keadaan tonsil yang besar dikenal pasti.
Pemeriksaan rongga hidung baik secara langsung atau menggunakan endoskopi yang begitu mesra pesakit akan menunjukkan kelenjar adenoid yang membengkak di belakang hidung. Kadangkala, ujian sinaran –x (x-ray) hidung dapat menunjukkan dengan jelas adenoid yang membesar ini. X-ray ini sesuai dilakukan jika kanak-kanak tersebut tidak memberikan kerjasama untuk diperiksa secara klinikal memandangkan usianya yang masih kecil.
Selain tu, punca hidung yang tersumbat seperti alahan hidung, sinusitis atau polip, juga sebarang abnormaliti yang mungkin wujud akan dipastikan sebelum bentuk rawatan selanjutnya dibincangkan.
MENGENALI TONSIL & ADENOID
Tonsil ialah sepasang kelenjar yang terletak di tepi orofarinks, bersebelahan dengan uvula(anak tekak). Dalam saiznya yang kecil, tanpa sebarang tanda jangkitan, ia adalah struktur yang normal. Ia bertindak sebagai sebahagian daripada system pertahanan badan sewaktu kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya. Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.
Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap plateau. Apabila mereka mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil. Hal yang demikian menerangkan mengapa tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada seseorang dewasa.
Sama seperti tonsil, adenoid juga struktur normal yang memberikan elemen pertahanan badan sewaktu kanak-kanak masih kecil. Ia terletak di bahagian nasofarinks (belakang hidung). Ada kalanya, saiz adenoid ini relatifnya besar berbanding ruangan untuk udara melalui saluran pernafasan normalnya iaitu melalui hidung. Ini menyebabkan kanak-kanak bernafas mengikut mulut dan ia menyebabkan dengkur ini mudah berlaku.
RAWATAN
Terapi yang pelbagai juga boleh disesuaikan dengan punca yang dikenal pasti. Ia boleh dibahagikan kepada rawatan medical dan surgical. Rawatan medical ialah kaedah mengurangkan gejala dengkur dengan menggunakan ubat, alat atau mengubah gaya hidup seharian.Ini termasuklah seperti mengurangkan berat badan, tidak mengambil alcohol, mengubah postur tidur telentang kepada mengiring, menghindarkan sebarang bentuk alahan dan alergen yang menjadi punca rongga hidung tersumbat.
Sekiranya tonsil menyebabkan gejala obstruktif yang mengganggu kehidupan seperti berdengkur atau apnea tidur, maka pembedahan elektif membuang tonsil adalah disyorkan. Di Amerika Syarikat, tonsilektomi atau surgeri membuang tonsil merupakan pembedahan elektif yang paling kerap dijalankan di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan suatu prosedur pendek dan pesakit biasanya perlu berada di hospital untuk beberapa hari sahaja. Begitu juga dengan adenoid, pembedahan kecil yang dilakukan biasanya tidak mendatangkan apa-apa masalah jangka panjang melainkan kelegaan daripada gejala berdengkur pada kebanyakan masa boleh dilihat pada keesokan harinya.
Kaedah-kaedah pembedahan ini biasanya dilakukan melalui rongga mulut atau hidung dan tiada parut akan kelihatan. Prosedurnya juga agak ringkas dan biasanya pesakit akan berada di hospital selama dua atau tiga hari sahaja.
KESIMPULAN
Sebenarnya untuk merawat masalah dengkur ini bergantung kepada punca yang menyebabkan kanak-kanak itu mengalaminya.Namun, keupayaan kita atau ibu bapa untuk mengenal pasti masalah pada anak kesayangan mereka adalah lebih penting daripada segala-galanya. Berdengkur bukan sesuatu untuk diketawakan atau dijadikan jenaka, malah menjadi tanggungjawab mereka yang berada di sekeliling untuk membantu kanak-kanak ini agar mereka dapat menikmati tidur yang lebih selesa sama seperti kanak-kanak yang lain.
Dipetik dari :
Majalah Keluarga
Januari 2010
Majalah Keluarga
Januari 2010
kau rasa aku masih boleh bertenang ke?
No comments:
Post a Comment