Tuesday, 30 September 2014

Rasional kah anak awal ke tadika?

Assalamualaikum

Akhir september sudah.
Sana sini dah boleh nampak promo tadika untuk sesi 2015.

Fareeq, tahun depan umurnya 4tahun. Januari 2015 dia dah 3tahun 8bulan, jadi mula berfikir kemana nak dihantar anak kecikku ini. =P

Tapi kalini ade kegusaran pulak. Kalau masa farish dulu kemain teruja aku nak hantar ke tadika. Januari 2013 umur farish masa tu baru 3tahun 6bulan, dan bermula lah kehidupan dia sebagai pelajar.

Awal sangat ke nak jadi pelajar masa tu ek?

Aku tak tau kenapa timbul soalan ni dalam otak aku kalini. Bila diimbas semula, farish memang nak pegi sekolah sebab tiapkali lalu depan sekolah masa tu dia mesti cakap sekolah abang.

Alhamdulillah, minat ke sekolah tu ada. So kitorang makbapak setuju daftarkan dia. Cuma beberapa hari pertama tu banyak la dramanya, dia mana pernah tinggal dengan orang yang dia tak kenal kan.

Tiga hari pertama je susah. Lepas tu settle. Die suka sekolah. Ada kawan-kawan ramai.

Progress farish, ok. Sebulan sekolah, dari tak reti pape dah nampak perubahan. Besar sangat.

Ada orang cakap bila sekolah awal ni, bebudak cepat bosan. Ye ke ek? So far takde pulak farish cakap bosan. Ke belum lagi? Huhuhu

Tahun depan ada setahun lagi farish kat tadika. Lepas tu baru la masuk sekolah rendah. Lama lagi tu.

So any opinion kawan-kawan?
Nak sekolah kan fareeq tahun depan ke tahun berikutnya?

Pleaseee bagi buah fikiran. T__T

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday, 29 September 2014

Mud tunggang langgang

Hai yu~

Asyik taip sekerat, pastu peram dalam draf. Cerita tak pernah habes, bila nak sambung balik dah lupa pon nak cerita ape.

Huh,,
Kenapakah?
Tak rasa nak taip-taip pulak kebelakangan nih. Kepala otak ligat pikir memacam.

Nasib baik takde cerita sangat menarik.

Tu je nak cakap la setakat ni. Nanti sambung. =P

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Monday, 22 September 2014

Keep trying till success

Assalamualaikum..

Senyap kejap. Sibuk harini dengan ops GST nye, melawat ke premis-premis untuk guide diorang apply gst secara on9.

Serabut otak jap. Dalam pada sibuk ber ops tu, sekali bercampur aduk dengan pening kepala cari buku-buku nak exam esok.

Oh ya, lupa kasiktau esok bakal ambik kpsl lagi. Untuk kedua kalinya. Ngeee~

Memula taknak ambik, tapi bila pepeikir semula kalau try lagi pon aku tak rugi apa-apa.Kalau ada rezeki kalini kan...

Kalau lulus Alhamdulillah.
Pulut kuning sekilo menanti.

Kalau tak lulus?
Pon takpe,
Akan datang lagi tahun depan.
=P

Ni pon baru lepas menelaah sekali lalu. Mata ni pantang tengok buku terus berpinar, tapi bila tengok henpon molek pulak dia. Hahahah!

Dah lama tak study, ginilah gamaknya. Well, doakan aku ye.

Nak tido dulu tau. Nunitee~





Just wonder, kenapa agaknya tahon ni buku nya tak sebanyak tahon lepas. Hahahha!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Saturday, 20 September 2014

Jemputan kahwin paling bersejarah

assalamualaikum,,,

Baru ada masa nak baring hapdet story arini. Belum ada 2jam sampai rumah sejak keluar tengahhari tadi.

Ok, tadi kitorang ke pontian, johor. Attend wedding opismate encik suami.

Siapkan anak-anak dulu baru ibu dia ni bersiap. Ya ALLAH, anak dua orang tapi terasa macam 20orang. Nak suruh pakai baju pon banyak ragam. Huhuhuhuhu~

Dalam 12.30 macamtu baru kitorang bergerak. Sebelum bertolak tu, haruslah selfie kan. Nanti dah sampai rumah pengantin, dah makan konfem lipstic dah hilang, sesilap mekap pon luntur. Hahaha!


Paksarela.
Haih, nampak kan aku yg over lentok? T___T

Kemendakan badan menjadik-menjadik. Mencik. Harus kuat semangat nak kurus semula. Huhuhu~



Pitcha candid dari farish hafiy. Ni lagi mendak. Pitam masa tengok muka sendirik. Dengan tangan yang penoh dengan bekalan, very the mak mak sangat. Huwaaaaaaa!



Lately semakin kemaruk pulak b pada mickey mouse ni walhal dah berzaman mende ni ada kat rumah. Siap bagi nickname 'mimi' ok!

Yang ni,, kesayangan aku. Sumpah kalau ada diorang, aku taknak apa dah. Lengkap. Sempurna. Tapi kadang-kadang sakit kepala. Hahahahahahah!





Tadi dah kelamkabut boleh pulak aku tersalah pakaikan baju. Yang abang kasik kat adik, yang adik aku sarung kat abang.

Bila dah sesiap tu rasa ada sesuatu yang tak kena. Sekali rupa-rupanya......

!

Tak pernah-pernah ada kesilapan teknikal cenggini sebelum ni. Tapi sebab nak jugak pakai sedondon, maka kena bertabahla.

Separuh jalan dah hujan. Sangat lebat dan masa tu baru memasing teringat,

Payung tak bawakkkkkkkkkkkkkk!

Serabut otak dah masa tu sambil doa dalam hati biarlah hujan ni tak sampai rumah pengantin. Tak pon biarlah hujan ni teduh sikit.

Perjalanan jaoh. Lebih sejam rasanya.dan sepanjang perjalanan tu aku rasa hujan memang tak akan berenti. Pasrah la memasing masa tu dengan harapan ada member yang bawak payung extra.

Selamat sampai ke rumah pengantin. Hujan masa tu kaw kaw punya lebat. Memang kalau kau turun pakai payung pon akan tempias kebasahan. Aku dah gulung baju dah masa tu. Risaukan bebudak ni je. Kalau setakat aku kena hujan, aku tak kisah sangat.

Guess what?
Nasib la ada servis payung dari kereta ke kereta. Bukan calang-calang punya payung, tapi ni payung gergasi. Ala...payung niaga kat pasar tani tu. =P

Aku pon tak perasan berapa tinggi aku gulung baju masa tu. Air hujan laju je lalu kat kaki. Memang basah lencun. Dekat balai makan tu kitorang pilih kawasan tanah yang tinggi, sebab belah tepi sana aku tengok air mengalir macam mini waterfall. Huhuhu~

Ambik makanan, air semua dalam hujan. Lebat betul hujan kat sini. Semoga betul-betul melimpah la rahmat kat pengantin ni.

Lepak lama kat balai makan sebab nak bergerak pon payah, lecak pastu air bertakung. Budak berdua beradik tu pulak kemain suka air mengalir kat kaki masok pulak dalam kasut. Nahhh,, jadi akuarium la gamaknya.


Ni muka mangsa banjir. Hahahahha!
Masa ni kitorang baru sampai, tengah riki laluan paling baik nak pegi ambik makan. Hujan lebat, kebulur dia semacam sikit.

Menu memang banyak. Ada nasi minyak, nasi kerabu, mee bandung, tu tak masuk buah-buahan segala bagai. Marbeles sangat, tapi aku tak snap gambar la. Dah takde feel. Makan pon dengan hujung kain bergulung lepas tu kepit kat betis. Sangat tak ayu.

Bertambah jugak farish makan mee bandung. Mungkin dia pon kelaparan meredah hujan lebat nak kesini. So makan la sampai bebetul kenyang. Hikhikhik~

Dalam pada hujan lebat dengan air parit yang makin naik tu kitorang tetap jumpa pengantin. Nanti pengantin taktau kitorang datang. Lepas tu nanti tak tau pulak kitorang sakan main air kat jemputan dia harini.

Serius sejarah hidup aku pergi jemputan kawen dengan hujan mencurah-curah. Kalau tak kerana aku dah sampai depan rumah pengantin, mesti aku tak jadik datang sebab bayangkan keadaan anak-anak yang memang mandi hujan.

Masa nak balik ke kereta, siap beratur tunggu turn nak tumpang payung besar. Memang rare. Hahahah!

Dalam kereta tu jugak aku bukak kasut-stokin diorang. Kepala diorang aku gonyoh kasik kering sikit.

Hai anak, harap-harap janganlah ada yang demam.

Kenangan pada kitorang sekeluarga. Bila ingat balik malam ni, memang boleh senyum sendiri. Pakai havoc-havoc larung banjir pulak. Ngahngahngah!

Kawan-kawan yang datang kemudian tu dah tak dapat turun, sebab air parit dah melimpah naik. Lagi pulak yang ada baby, takkan nak keluar jugak kan. Kesian la datang jauh-jauh dapat tengok pengantin dari jaoh je.


Ni pengantin banjir kita. Hahahha!
Semoga perkahwinan korang bahagia till jannah. Masa baru-baru kawen ni memang semua best, indah belaka. Tapi 5tahun lagi belum tau sebelaka sekarang nih. Harap bertahan. =p

Balik tu hujan masih lebat, serata hujan ni sebab aku tengok kat fb banyak tempat kat kluang pon dah naik air.


Aku pergi singgah rumah mak mentua kejap dah alang-alang lalu. Dalam sejam gitu, pecut balik rumah semula.

Malam ni, dah perabis nasi berkat yang pengantin banjir bagi siang tadi.

Ok, moh ler tido. Sejuk betul malam ni. Tido pon pakai baju lengan panjang nampaknya. =P
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

Friday, 19 September 2014

Wideshawl dari faszcreation

Hellooooo~

Assalamualaikum. Mood bekerja dihari minggu dah datang. Sekarang ni takde istilah cuti sangat, sebab time cuti hujung minggu pon kita ni tetap kena kerja.

Kerja online + kerja offline
Kerja hakiki + kerja sampingan

Dua-dua ada ada kelebihan kekurangan,
dua-dua ada nikmat bekerja tersendiri.

Kerja hakiki/offline tu cuma hari ahad sampai khamis. Khamis tu pon sampai 3.30ptg je. Jumaat sabtu hari cuti. 8pagi sampai 5petang kat pejabat, hadap computer. Kalau nasib 'baik' sikit, kena attend meeting segala bagai.

Dulu memula tu memang jujur seram nak pegi meeting bagai ni, maklumlah aku ni orang bawahan je tapi dah lama-lama kental sudah. Mihmihmihmih~

Kerja online pulak,pada aku macam tak patut digelar part-time sebab ni la kerja yang 24/7.

Non stop.

Cuti hujung minggu ke, cuti peristiwa ke, cuti sekolah ke, tetap kena on. Cuma pengeposan je tak buat hari-hari. Macam aku ada tetapkan semua order akan post out ahad, rabu, jumaat.
Tapi kalau tak berapa nak banyak minggu tu, aku pos 2kali je. =)

Aku suka bisnes ni. Kali pertama aku meniaga, masa tu fareeq umur 6bulan kalau tak silap. Aku jual supplement. Alhamdulillah, pendapatan besar berkali ganda dari gaji kerja hakiki aku.

Berpinar mata tengok 4angka dalam akaun dalam masa sehari. Pada aku masa tu amaun camtu dah cukup besar sangat. Murah betul rezeki masa tu.

Dari supplement ke skincare, hasilnya tetap tak pernah mengecewakan. Bila tengok sales yang rancak macam tu, serius rasa betullah perniagaan ni boleh jadi sumber pendapatan yang jaoh lagi baik dari kerja sebenar.

Tapi, risiko meniaga ada kat mana-mana. Bila berdepan dengan seller yang guna taktik kotor, jual barang dengan harga yang lebih murah dari yang sepatutnya hanya untuk potong line kita, masa tu aku rasa sangat-sangat diuji.

Betul,
Rezeki Allah luas. Kalau memang untuk kita pasti tetap jadi milik kita. Cuma nak berdepan cabaran-cabarannya tu, Allah je yang tahu seksanya rasa.

Dan dari setiap tapak yang aku cipta tu, aku terus mencuba sesuatu yang lain. Aku impikan sesuatu dari jenama aku sendiri, harapannya aku nak bina produk yang boleh mengetengahkan jenama aku tu.

Maka terhasillah, faszcreation byfarihazainal pada ulangtahun ke 26 aku haritu.

Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang menjadi penguat semangat aku selama ni, yang beri sokongan dari segi wang & masa. Sumbangan idea yang bagus-bagus juga. Aku takkan lupa budi yang tu. ;')

Permulaan nya aku jual tudung. Zaman ni dah bermacam jenis tudung ada kat pasaran. Tinggal pilih yang betul-betul bertepatan syariat je.

Ada banyak instanthijab, yang aku kira fenomena sekarang ni. Gaya hidup makin mencabar, semua nak yang segera je jadi mungkin ni jadi inspirasi pada penghasilan tudung jenis macam ni.

Tapi disebalik kemodenan semua tu, masih ada yang mengekalkan pilihan yang sederhana, yang tradisi.

Adatlah kan, kalau berselendang ni, penitinya kena banyak. =l

Jadi aku ambil keputusan untuk tambah wideshawl dalam koleksi online yang aku handle ni.

Tapi aku cuma keluarkan contoh tau. Aku buat ikut tempahan. Korang boleh request kaler, payment 50% dan aku akan jahit untuk korang. Custommade shawl.

Material untuk wideshawl ni chiffon ye. Majoriti online seller lain pon aku tengok guna chiffon, jadi makesure korang pakai innerneck kalau taknak nampak 'pelik'.

Dah namanya pon wideshawl, jadi aku memang buat panjang & lebar tau.

2meter x 0.8m

Nanti ada kesempatan boleh jengah IG tu, kalau taknak beli tudung, ada yang lain boleh dibeli.

Wideshawl ni murah-murah je, sehelai rm20 exclude postage. Bila dah jual harga murah untuk kualiti yang ok, sangatlah tak patut kalau korang ingat harga tu included postage tau. Hahahah!

Kalau beli banyak sikit & aku terasa nak bagi promo, ok boleh aku bagi free pos. Korang pon kena la pandai tawar menawar tau. =)

Nah ni aku tepek sikit IG aku, setakat ni aku bisnes kat sini je. Sangat tak menang tangan nak handle bebanyak social media tambah-tambah lagi aku ni bekerja & ada anak yang perlu diuruskan.

Kadang-kadang nak mereply whatsapp pon tak sempat tau. Jadi kalau nak order, harap paham situasi aku. Lambat sikit tu normal la, tapi aku memang akan balas dalam masa 12jam sebab henpon adalah benda wajib pegang setiap hari. Heheheh~



HAaaa~
Nanti g usha tau. Paksa nih. =p


Ni contoh wideshawl. Satu masalah aku adalah selalu terambik shawl yang dah siap buat pakai sendiri. Sebab material senang bentuk lepas tu beralun elok je bila pakai.


Ok, selamat la mencuci mata.
Nak tido dulu. Esok nak berjalan. Nite!

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Potty training

Hi!

Dah masuk hujung minggu rupanya. Lega. Dapat berehat kat rumah sambil layan anak, lagi best sebab dapat golek lama sikit atas katil.

Macam biasa, hanta encik suami pegi kerja dari atas katil je. Situasi sama nanti masa aku pulak pergi kerja hari ahad. Dulu awal-awal terasa janggal tau, dah lebih 9bulan ni kitorang dah makin biasa. Terasa untung pulak cuti berlainan cenggini.

Biar aku cerita apa untungnya tau.

Bila cuti beza macam ni, jumaat aku ada kat rumah dengan anak-anak. Aku mengemas, aku masak.

Sabtu family time. Even cuma sehari, tapi ok je kalau kita isi dengan hal yang best. Biasanya sabtu ni kitorang akan pegi belanja groceries, makan, bawak anak-anak berjalan. shopping or indoor playground kat mall tu. Selalunya aku bawak diorang pergi bookstore, tengok kalau ada buku-buku baru boleh la beli sikit.

Memang niat aku nak ajar diorang ni 'mesra' dengan buku-buku. Since diorang pon sangat la jarang mintak beli toys. Pendek kata tak pernah mintak, selalu aku yang belikan. Setahun sekali dua je rasanya. Huhuhu~

Banyak mainan ikot kreativiti diorang. Apa yang ada, tu la diorang bawak main.

Settle.

Cuti ni aku plan nak ber potty training si kecik. Umur dia dah 3tahun 4 bulan. Next year dh nak pegi kindergarten, jadi rasanya dah kena ajor dah ni kan?

Abang dia dulu, masih berdiaper masa masuk sekolah. Sebulan dua jugak la, baru ok. Tp masa tu tido malam tetap kena pakai diaper ok.

So now turn fareeq. Belum sempat ajar dah kena ngemop rumah dua hari berturut ni.

Petang semalam sekali,
Petang ni sekali.

Terbaik sangattttt~

Dedua incident ni lepas mandi. Tak sampai 2minit keluar toilet, padahal sebelum tu masa mandi dah tanya nak kencing tak.

Hoiiiiii la anak.

Lepas tu baru dia menjerit cakap die kencing. Huhuhhhu~

Berlari la ibu die ni capai mop. Ni cemana nak apply potty training ni?

Mungkin sebab semuanya spontan, aku pon tak plan nak ajar dia harini tapi dia boleh pulak kencing gitu je.

Nanti masa aku dah sedia nak ajar, aku akan suruh dia kencing 5minit sekali. Macam farish dulu. Hahahhaha!

Tapi jangan ingat takde terbabas-babas dulu tau. Ade jugak~

Salute dekat kawan-kawan yang berjaya latih anak diorang lebih awal. Aku yakin diorang bukan sahaja rajin, tapi jugak bersemangat tinggi. Kena sabar kan? Dan harapnya aku jugak terus sabar. =P

Kalau korang ada tips lagi ok, boleh share sini sementara aku sambung google tau.



Ni 'upahnya' lepas kencing tadi.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

Thursday, 18 September 2014

Throwback: uzayr eusuff birthday party

Hye!

Kejenya asyik throwback je la ye bila entry lama yang belom publish-publish lagi.

Tak kisahla, janji publish. Janji dapat share kat sini. Kan?

Mihmihmihmih~

Kalini nak throwback birthday bash anak bos aku. Bukan big bos tau, ni bos unit aku je. Tapi yang penting, dia tetap bos. Aku ni anak buah jek. =P

14.o8.2o14 yang lepas kitorang dijemput memeriahkan birthday party baby uzayr yang ke setahun.

Kejap je dah besar ye awak. Tu sebab i tengok anak orang lain. cuba anak sendiri, kau belek kalendar bila lah nak besar sikit. Huhuhu~

Party disponser penoh oleh mommy uzayr, puan hanim. Dan diraikan kat marrybrown sana. Ramai yang datang celebrate sama-sama. Meriah bak hangg~

Makanan sangat banyak, tak mampu habis rasanya. Dah selesai satu, dihulur pulak yang lain. Sampai akhirnya tapau jek bawak balik rumah. Hahahh!

Pertama kali join birthday party kat marrybrown. Not bad. Ada macam-macam games jugak untuk kanak-kanak. Cuma dari segi makanan, kena order satu persatu sebab dia memang takde menu kombo yang khas.

Tapi ok la,
Ada ayam, ada fries, ada burger. Lepastu soft drink. Ni pon entah berapa dah bajetnya. Hikhikhik~

Bestnya buat party kat luar macamni, tak pening kepala nak fikir nak urus makan, nak deko segala tu. Bayar je, siaplah semua. Paling utama, rumah pon tak sepah.

Dah nama pon birthday party kan, budak-budak memang yang paling seronok nampaknya. Beria diorang join semua games tau. Dan tak sangka pulak fareeq one of the winner. Player paling muda tu. ^_^

Seronokla tengok ragam anak. Kita yang dah jadi makbapak ni tengok ajelah kat tepi tu sambil makan fries. Orang gelak kita gelak la jugak, kan?




























To uzayr,
Hepi bornday dear. May Allah bless u & your parent.
Keep growing healthy & happy always.
Muaxx!




.Weolsss.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati