Saturday, 20 September 2014

Jemputan kahwin paling bersejarah

assalamualaikum,,,

Baru ada masa nak baring hapdet story arini. Belum ada 2jam sampai rumah sejak keluar tengahhari tadi.

Ok, tadi kitorang ke pontian, johor. Attend wedding opismate encik suami.

Siapkan anak-anak dulu baru ibu dia ni bersiap. Ya ALLAH, anak dua orang tapi terasa macam 20orang. Nak suruh pakai baju pon banyak ragam. Huhuhuhuhu~

Dalam 12.30 macamtu baru kitorang bergerak. Sebelum bertolak tu, haruslah selfie kan. Nanti dah sampai rumah pengantin, dah makan konfem lipstic dah hilang, sesilap mekap pon luntur. Hahaha!


Paksarela.
Haih, nampak kan aku yg over lentok? T___T

Kemendakan badan menjadik-menjadik. Mencik. Harus kuat semangat nak kurus semula. Huhuhu~



Pitcha candid dari farish hafiy. Ni lagi mendak. Pitam masa tengok muka sendirik. Dengan tangan yang penoh dengan bekalan, very the mak mak sangat. Huwaaaaaaa!



Lately semakin kemaruk pulak b pada mickey mouse ni walhal dah berzaman mende ni ada kat rumah. Siap bagi nickname 'mimi' ok!

Yang ni,, kesayangan aku. Sumpah kalau ada diorang, aku taknak apa dah. Lengkap. Sempurna. Tapi kadang-kadang sakit kepala. Hahahahahahah!





Tadi dah kelamkabut boleh pulak aku tersalah pakaikan baju. Yang abang kasik kat adik, yang adik aku sarung kat abang.

Bila dah sesiap tu rasa ada sesuatu yang tak kena. Sekali rupa-rupanya......

!

Tak pernah-pernah ada kesilapan teknikal cenggini sebelum ni. Tapi sebab nak jugak pakai sedondon, maka kena bertabahla.

Separuh jalan dah hujan. Sangat lebat dan masa tu baru memasing teringat,

Payung tak bawakkkkkkkkkkkkkk!

Serabut otak dah masa tu sambil doa dalam hati biarlah hujan ni tak sampai rumah pengantin. Tak pon biarlah hujan ni teduh sikit.

Perjalanan jaoh. Lebih sejam rasanya.dan sepanjang perjalanan tu aku rasa hujan memang tak akan berenti. Pasrah la memasing masa tu dengan harapan ada member yang bawak payung extra.

Selamat sampai ke rumah pengantin. Hujan masa tu kaw kaw punya lebat. Memang kalau kau turun pakai payung pon akan tempias kebasahan. Aku dah gulung baju dah masa tu. Risaukan bebudak ni je. Kalau setakat aku kena hujan, aku tak kisah sangat.

Guess what?
Nasib la ada servis payung dari kereta ke kereta. Bukan calang-calang punya payung, tapi ni payung gergasi. Ala...payung niaga kat pasar tani tu. =P

Aku pon tak perasan berapa tinggi aku gulung baju masa tu. Air hujan laju je lalu kat kaki. Memang basah lencun. Dekat balai makan tu kitorang pilih kawasan tanah yang tinggi, sebab belah tepi sana aku tengok air mengalir macam mini waterfall. Huhuhu~

Ambik makanan, air semua dalam hujan. Lebat betul hujan kat sini. Semoga betul-betul melimpah la rahmat kat pengantin ni.

Lepak lama kat balai makan sebab nak bergerak pon payah, lecak pastu air bertakung. Budak berdua beradik tu pulak kemain suka air mengalir kat kaki masok pulak dalam kasut. Nahhh,, jadi akuarium la gamaknya.


Ni muka mangsa banjir. Hahahahha!
Masa ni kitorang baru sampai, tengah riki laluan paling baik nak pegi ambik makan. Hujan lebat, kebulur dia semacam sikit.

Menu memang banyak. Ada nasi minyak, nasi kerabu, mee bandung, tu tak masuk buah-buahan segala bagai. Marbeles sangat, tapi aku tak snap gambar la. Dah takde feel. Makan pon dengan hujung kain bergulung lepas tu kepit kat betis. Sangat tak ayu.

Bertambah jugak farish makan mee bandung. Mungkin dia pon kelaparan meredah hujan lebat nak kesini. So makan la sampai bebetul kenyang. Hikhikhik~

Dalam pada hujan lebat dengan air parit yang makin naik tu kitorang tetap jumpa pengantin. Nanti pengantin taktau kitorang datang. Lepas tu nanti tak tau pulak kitorang sakan main air kat jemputan dia harini.

Serius sejarah hidup aku pergi jemputan kawen dengan hujan mencurah-curah. Kalau tak kerana aku dah sampai depan rumah pengantin, mesti aku tak jadik datang sebab bayangkan keadaan anak-anak yang memang mandi hujan.

Masa nak balik ke kereta, siap beratur tunggu turn nak tumpang payung besar. Memang rare. Hahahah!

Dalam kereta tu jugak aku bukak kasut-stokin diorang. Kepala diorang aku gonyoh kasik kering sikit.

Hai anak, harap-harap janganlah ada yang demam.

Kenangan pada kitorang sekeluarga. Bila ingat balik malam ni, memang boleh senyum sendiri. Pakai havoc-havoc larung banjir pulak. Ngahngahngah!

Kawan-kawan yang datang kemudian tu dah tak dapat turun, sebab air parit dah melimpah naik. Lagi pulak yang ada baby, takkan nak keluar jugak kan. Kesian la datang jauh-jauh dapat tengok pengantin dari jaoh je.


Ni pengantin banjir kita. Hahahha!
Semoga perkahwinan korang bahagia till jannah. Masa baru-baru kawen ni memang semua best, indah belaka. Tapi 5tahun lagi belum tau sebelaka sekarang nih. Harap bertahan. =p

Balik tu hujan masih lebat, serata hujan ni sebab aku tengok kat fb banyak tempat kat kluang pon dah naik air.


Aku pergi singgah rumah mak mentua kejap dah alang-alang lalu. Dalam sejam gitu, pecut balik rumah semula.

Malam ni, dah perabis nasi berkat yang pengantin banjir bagi siang tadi.

Ok, moh ler tido. Sejuk betul malam ni. Tido pon pakai baju lengan panjang nampaknya. =P
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati