Wednesday, 17 September 2014

Throwback: sambutan raya kastam Kluang

Assalamualaikum semua~

Kerja tak berapa nak banyak harini. Gasak la melopong dari tadi taktau nak buat apa. Nak belek-belek katalog, takde pulak katalognya. Nak blogwalking, tak rajin la pulak. Haihhh....

Lepas tu baru teringat, majlis raya opis aritu belum siap update lagi. Kemain raya dah habes lama tak sesiap jugak cerita pasal tu.

Kira throwback aje la ok?
^___*

24ogos yang lepas, majlis sambutan hari raya aidilfitri kat pejabat kastam kluang. Majlis ni untuk keluarga kakitangan kat sini je, salah satu inisiatif nak merapatkan silaturrahim gittew~

Rapat ke??

Untuk orang yang takde 'perikemanusiaan: macam aku rasanya ok je. Lantaklah orang cakap aku muka tak malu ke hape, ada aku kesah?

Aku pon bayar ok untuk event ni. Plus,, aku tak penah perasan pulak ada yang tak senang hati dengan aku. Sebab aku tak kuasa nak tau benda yang berpotensi buat aku sentap. Ko nak makan hati? Silakan.

Aku datang malam tu dengan encik suami sekali. Pertama kali ok dia join majlis2 gini. Selalunya dia pilih stay kat rumah je, tapi tahun ni lain. Mungkin dia tau aku perlukan seseorang untuk jadi teman yang boleh buat aku kuat nak berdepan dengan muka-muka yang ada nanti.

Persoalannya?
Kuat ke?

Honestly memula tu aku memang plan takmau attend majlis tu tau. Aku risau bayangkan keadaan malam tu nanti. Poyo tak aku?

Jadik bila suamiku itu setuju nak pergi sekali, barula konfiden sikit. Pertama kali dalam sejarah ni nak ikot aku. Dua tiga kali jugak ak tanya semula, nak kasik konfem betul ke dia nak ikot nih.

Malam tu, lepas maghrib aku siapkan anak-anak dulu. Aku paling last siap. Tudung pon ak main sarung je, tak iron pon.

Kitorang sampai dalam pukul 8.10malam. Dah penoh dah perkarangan pejabat masa tu. Yati & liza pon dah sampai. Kebetulan aku tersaing dengan eammey. Lega sikit. Ada geng.

Masa tu dah penuh dengan entah siapa-siapa. Dan aku rasa, kebanyakkan yang ada kat situ macam tak expect aku akan datang kot. Well,, i senyom sahaja. Terus cari kerusi.

Ada beberapa persembahan selingan sepanjang kitorang makan malam tu. Aku dengan kawan-kawan makan berdepan dengan photobooth. Gerai makanan pon dekat je depan mata. Jadi puaslah bangun ambik makan berbelas kali. Heheheh~

Alhamdulillah, dapat jugak cabutan bertuah tahun ni. Hamper jajan yang aku yakin, orang yang paling eksaited adalah budak 2 beradik tu.

Nak harap ibu belikan jajan banyak gini? Jangan mimpilah~

Cuma, tak sangka la ada kejutan malam tu. Tengah aku syok makan tetiba nama aku dipanggil lagi.

Aik, cabutan bertuah dapat dah. Ni panggil lagi untuk apa?

Dalam blur tu aku naik jugak la atas stage. Siap ajak laki ok. ;p

Dah kat atas tu baru aku tau yang aku terpilih sebagai pakaian terbaik wanita.

Dapat tupperware.

Reaction encik suami? Tak habes gelakkan aku, kata dia macam ramai lagi yang pakai baju cantik-cantik.

Aku pon tak tau cemana boleh menang. Pakai peplum lama pon menang ye. Mungkin dah memang rezeki aku. Nanti aku siasat siapa yang jadi juri tu yek. Heheheheh~

Cuma tula,, aku punya kalut ntah pape tadi kan sampai aku terlupa nak pandang riak wajah hadirin hadirat yang lain.

tapi aku tau, ada yang makan hati punya la.

Btw, eammey pon menang tau. Dapat hamper besar gila. Menang pakaian sedondon terbaik. Memanh cantik sangat family dia malam tu. Warna kuning terang & berbeza dari yang lain-lain.
Tahniah ye.

Untuk yati & liza,
Luck takde malam tu. Tapi apepon tetap hepi jugak rasanya bagi pihak kawan-kawan.

Selesai acara pemberian duit raya, kitorang pon balik rumah. Esok nak bangun pegi sekolah lagi.

Tapi balik rumah tu takde maknanya terus tido, diorang gasak mengecek hadiah yang dapat tadi. Siap posing bagai. Haiiii la anak~

















Kesimpulannya?
Semestinya aku enjoy, dapat hadiah banyak dari orang lain. Hahahah!
Takdelah, aku enjoy sambil terfikir Allah tu datangkan kemanisan dari pelbagai segi. Arini dia bagi kelebihan sikit pada aku. Alhamdulillah.

Anak-anak aku?
Paling happy rasenya. Dapat kain bunga api pulak tu tadi dengan kawan-kawan. Enjoy jugak la tu.

Encik suami?
Ada la komplen sikit pasal event ni. Tengok pon macam serik je nak join, tapi dah try slowtalk kasik faham.

Manusia tak sempurna,
Majlis pon tak sempurna,
Yang penting semua gembira.

Ehh,gembira ke?
=p
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati