Sunday, 7 September 2014

Officially aunty

Assalamualaikum,,

Proudly announce that im officially become 'maklong'!

Alhamdulillah, adik dah selamat bersalin. Proses kelahiran yang bermacam ragam akhirnya berakhir dengan pembedahan juga.

Tak kisahla cara apa pon, asalkan mak n baby sihat. Semua sempurna.

It's a girl!
Such a chubby baby

Sempena kelahiran baby aritu, aku apply cuti. Pertamanya memang sebab dah eksaited nak dapat baby, kedua memang kena cuti sebab takde sape nak uruskan fareeq since mak dah bizi setelkan urusan adik.

Bahagianya ada baby. Bau baby yang wangi sangat. Bau syurga. Tak puas nak ciom-ciom dia. Gebu pulak tu. ;)

Harini dah hampir sebulan berpantang. Kejap je rasanya. Baby comel pon dah bernama,

Nur Ellisha Amanda

Betullah macam kata member tu, feel dia lain bila dapat anak sedara ni. Eksaited juga. Lagi-lagi baby girl. Awal-awal aritu dah kuborong headband untuk dia. Sumpah cecantik barang budak perempuan nih!

Bila dah asyik kemaruk update pasal baby, ada je yg suggest aku menambah anak ye. Haahha!

Baby berjaya disusu ibukan oleh adik aku. Sejak awal lagi aku memang paksa dia susukan anak. Walaupon masa baru bersalin tu dia macam nak patah semangat je bila baby meraung macam tak cukup susu.

Gigih la si kakak ni sponser beli breastpump, supplement, bagi segala petua nak banyakkan susu dan akhirnya, usaha tu tak sia-sia.

Bila tengok baby tengah menyusu, rindu momen masa bf fareeq dulu. ;')

Mudah-mudahan diizinkan Allah untuk melaluinya sekali lagi.

Ok,
Ni la nur ellisha amanda bt siraj munir

Semoga jadi anak yang solehah untuk mak ayahnya.

Ibu luv u.











posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati