Saturday, 6 September 2014

Fingerfood terbakar?

Assalamualaikum

Harini cuti hujung minggu yang panjang. Dari pagi tak kemana, melayan fareeq main jek dari pagi sampai tengahari.

Konon nak dobi kain baju.
Konon nak kemas pinggan mangkuk yang dah tak terurus sejak raya aritu.
Konon nak asingkan semua tudung-tudung yang tak terpakai.
Konon nak basuh kereta
Konon nak bankin duit raya bebudak

Dan yep,
Semua memang konon-konon je. Dari pagi rasa pemalas sangat nak bergerak ke mana-mana.

Kerjanya scroll fb dari atas ke bawah, refresh lagi newfeeds. Entah apa-apa yang ada, padahal aku tau memang takde apa-apa.

Bosan.

Malas.

Rosakk!

Nasib baik perut ni pandai lapar, terpaksa juga masak sebab nak makan. Ada fareeq jugak. Walaupon dia makan cuma 5suap je, tetap juga kena bagi makan nasi kat budak ni.

Lepas makan, sambung scroll fb lagi. Hahah!

Bukan nak baca status update yang entah apa-apa tu, tapi lebih pada nak tau info semasa. Nak kumpul tips niaga. Nak 'cuciotak' dengan update dari mereka yang sentiasa positif dengan kehidupan.

Sampailah terpandang satu status ni. Masa tu nampak dah ramai yang share.

..Babybites..

Ni fingerfood bagi bayi. Dan yes, agak famous kerana harganya yang tak mahal & variasi perisa yang ada. Ada rasa ayam, carrot, epal, original n beberapa lagi. Aku pon tak ingat sangat sebab anak-anak dah besar tak makan ni lagi.

Tapi, masa anak-anak aku kecik. Memang diorang penah makan ni. Puas jugak rasanya aku suap mende ni kat diorang.

Kalau diikutkan, memang makanan yang homemade tu terbaik pada anak-anak. Plus,, mana ada mak yang suka2 nak bagi makan yang tak elok pada anak memasing kan.

Aku pon beli ni. Regular customer kot masa anak-anak aku kecik. Sebab? Biskut ni senang nak bawak time travel. Lepas tu dh siap pack 2keping kat tiap plastik. So tak payah pikir nak kena sediakan bekas nak simpan supaya tak lemau.

Tapi bila kelua isu macam ni, walaupun tak sahih lagi tetap jugak buat aku goyah. Membebel aku seharian tak pasal-pasal. Mana tau kalau betul, effect masa depan anak-anak. Tragis.

Aku harap ada pencerahan pasal isu ni. Benda dah jadi viral sebab masing-masing share kat socialmedia gambar nih. Dan lagi besar harapan aku, semua dakwaan ni tak betul. Biskut ni selamat dimakan. In shaa Allah.




posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati