Monday, 23 November 2015

Barakallah puan sepupu!

Assalamualaikum

Cuti sekolah dah bermula.
Tapi doubleF still kena pegi school until mid-December.

Sama macam tahun-tahun sebelomnya.

No problemo pasal tu.
Rata-rata jemputan kawen pon berlangsung pada hari sabtu. So, dapat jugak la menghadirkan diri ke majlis kawen.

Untuk minggu ni,
Kitorang balik mersing sempena majlis kawen sepupu.

Ni antara sepupu terakrab zaman kanak-kanak dulu. Mostly adik beradik dia perempuan, umur pon lebih kurang sebaya jadi puaslah membesar bersama.

Dua orang kakak si pengantin tu dah selamat bernikah hujung 2tahun lepas. Diorang ni umur tak jaoh beza jadi kawen pon lebih kurang sama je la.

Heheheh~

Pagi sabtu tu baru gerak ke mersing.
Tak sempat sarapan pon, alas perut makan roti je pasal dah janji nak sampai mersing sebelum jam 12tengahari.

Makan-makan,
Jumpa mak sedara mara then layan karenah sepupu sepapat. Lepas asar baru gerak balik kluang.

Urmmmm,,
Takde idea la nak cerita panjang.
Tepek gambar banyak-banyak je la ok.

Bila sesekali jumpa. Sakan posing. Merasa lagi jadi tollgirls kat pelamin. Gigih pangku anak tau!

Bye.


Terima Kasih

Saturday, 21 November 2015

DoubleF- ke library!

Assalamualaikum

Cuti hol bagi negeri johor dt jatuh pada hari rabu. Maknanya sehari je kena kerja pada hari kamis.

So,
Terus la apply cuti. Dapat cuti panjang sikit dari biasa.

=)

Budak bertuah ni pon sambung cuti sekolah. Padahal kamis tu patutnya kena sekolah. Tak memasal kan. Tahun ni banyak pulak aku 'cutikan' budak-budak ni.

Haishhh,,
Tak boleh amalkn lagi tahun depan.
Rugi yuran.

lol.

Dah alang-alang cuti, keluar la sarapan pagi semuanya. Jadual delivery pirate coffee tengahari nanti. Ada banyak masa lagi.

Tiba-tiba farish tuntut janji.

Dah beberapa kali tunda rancangan nak ke perpustakaan awam ni. Makan minggu jugak rasanya.

Kesian.

Jadi bila ditanya sekali lagi harini, betul ke nak pergi library lepas ni?

Ibu kalah terus.
Babah pon on je.
Alhamdulillah.
Sampai jugak kesini.

Yang paling teruja bahagia gembira semestinya budak berdua tu.

Rupa-rupanya diorang tengok upinipin ada pergi library cenggini ha.

Huhuhu~

Kebetulan masa kitorang sampai tu, ada rombongan tadika kat situ. Penuhlah budak sebaya diorang ni.

Meriah sekali.

First reaction keduanya muka excited sungguh. Keliling buku, macam-macam saiz, macam-macam warna.

Diorang dah rasa macam kat kedai buku kot.
Bagi masa diorang pilih sendiri buku yang diorang nak, lepastu duduk kat table yang disediakan.

Library ni belakang pejabat aku je sebenarnya.  Tapi dah bertahun tak jejak kaki kat sini. Senang kata datang masa sekolah dulu je. Paling tidak pon 10tahun yang lepas.

Phewww~
Lama nooo.

Sementara diorang belek & baca buku tu, aku try tanya kaunter depan macam mana prosedur kalau aku nak apply member.

Diorang bagi borang dulu untuk diisi.
Make sure ada photostat mykid/suratberanak.
Gambar 2keping.

Alhamdulillah kebetulan memang ada gambar farish dalam wallet aku. Tapi  sekeping je. Nasib baik staff yang bertugas masa tu boleh tolak ansur, dia scan je satu lagi untuk simpanan diorang.

Mungkin aku nampak beria nak daftar, tu yang dia kesian tolong kasi setel je tu. Aku tinggal naik tingkat atas photostat mykid je. Dah boleh submit. Rezeki farish. Dipermudahkan urusan tu.

Jadi bila dah sah berdaftar sebagai ahli, layak la pinjam buku kat sini. Aku daftarkan farish je sebab fareeq boleh je share sekali dengan abang dia. Setiap ahli boleh pinjam 6buah buku.

Best kan?
Lagi best sebab takde yuran dikenakan bila korang apply as a member.

Zaman aku dulu kena bayar tau. Ingat lagi betapa semangat simpan duit semata-mata nak daftar jadi ahli.

Satu tindakan yang bagus sebab dengan cara macam ni, siapa tahu boleh tarik minat generasi baru untuk membaca.

Contohnya macam aku.
Hehehe~

Sebenarnya,
Kalau ada bayaran tadi pon aku akan apply, sebab memang dah set siap-siap dalam otak ni nak create hubungan baik farish & library.

Nak dia sukakan buku.
Sama macam ibu.

So far nampak sambutan baik.
Dia semangat nak pilih buku untuk pinjam bawak balik rumah.

Fareeq pon join sekaki memilih walaupon belum pandai baca. Aku cuma galakkan je. Benda baik, ikutkan aje la.

Dengan pendaftaran keahlian ni, maka save la satu perbelanjaan bulanan aku.

Belanja beli buku cerita.

Untung sebab diorang paham.
Reading books kita pinjam je kat library.

Buku latihan je kita beli lepas ni.
Deal!

Tertunailah hasrat nak ke library.
Terus bersiap settlekan delivery trip hari tu.
Lepas tu pegi kluang mall cari makanan.

Curi singgah popular bookstore kejap. Cari buku latihan untuk fareeq. Next week dah mula evaluation week. Kena workhard sikit supaya tak lupa ilmu yang dah ada tu.

Hari cuti yang berkualiti.
Sangat berkualiti.
Seharian dengan anak-anak.
Layan karenah & permintaan diorang,
Buat hati berbunga rianggggg!


Terima Kasih

Thursday, 12 November 2015

Honey-versary vacation

Assalamualaikum

Agak lama masa yang diambil untuk publish alkisah berikutnya sejak entry ulangtahun perkahwinan ke 7 haritu.

Rezeki delivery pirate coffee tengah mencurah-curah maka komitmen yang lebih tinggi diperlukan untuk tugas nan satu tu.

Kebetulan malam ni free.
Pelan-pelan taip balik sambil recall memory lepas.

Ngeee~

Tahun ni, anniversary disambut berempat. Keluar modal sikit booked hotel kononnya nak manjakan diri memasing. Tapi ramai tak tau, hotel tu hanyalah grand bluewave kat jb tu je.

Dekat no?
Tu je yang sempat nampak gayanya.
Tapi walau pape pon,
Semua enjoy.
Itu yang penting tu.

=)

Anniversary memang tiap tahun disambut sederhana je. Tak de beria nak surprise dengan candlelight dinner bagai pon.

Hadiah pon ikot suka.
Kalau ada, adalah.
Takde sudah.

Bole gitu?

Jadi anggap saja penginapan satu malam kat grand bluewave ni sebagai hadiah anniversari kalini. Hahhha!

Sampai sini sehari sebelom anniversary.
Perjalanan memang tak rasa jaoh pon la. Jb tiap minggu kot kami sampai. Nak berjalan pon tak tahu nak kemana. Jadi, kalini spend time activity  kat hotel je.

Grand bluewave hotel JB,
Personal review aku pasal tempat ni ialah ini adalah hotel yang berbaloi untuk didiami.

Sumpah tak tipu.
Masok bilik tengok seluas-luasnya.
Masa memula sampai tu tak sangka pulak sebesar ni, sebab dalam kepala dah boleh bajet suite tu acaner je rupanya kan.

Dan ternyata sangkaan tu meleset.
Bila dah dapat bilik best,
Terasa nak tambah semalam lagi kat situ.
Kalau boleh ler.....

Heheh~
Tapi sygnya memang tak dapat cuti lelama, ade job menanti kat kluang sana.

Jadi nikmatilah mata singkat tapi berkualiti ni bersama-sama.

Jerebu di johorbahru masih teruk. Budak-budak sempat berendam kat swimming pool sekali je. The next day, ibu tak kasik lagi. Risau la ada kat tempat open air time jerebu gini.

Malam tu,
Beli cake 2slice je kat cafe bawah.
Hahahah!

Awalnya nak beli kek seketul,
Tapi nanti sape nak perabih pulak sampai berkilo tu. So, beli la 2slice buat syarat.
Macam yang dijangka, tak sape makan pon kek tu melainkan farish hafiy.

Nasib baik.
Kalau tak memang pembaziran sangat.

Tsk.tsk.

Eh,
Jemputlah jamu mata dengan gambar-gambar yang ada.

Dah lama lepas,
Baru arini nak belanja story.

=P


Terima Kasih

Sunday, 25 October 2015

Another year we had been together!

Assalamualaikum

Ulangtahun perkahwinan datang lagi. Terasa macam baru je sambut tahun lepas, alih-alih bertambah setahun lagi.

Feeling pengantin baru?
Memang tak laaaaaaaa.

Terima hakikat yang usia perkahwinan kitorang dah makin panjang. Dan sepanjang usia tu jugak, macam-macam cerita dah kami lalui sama-sama.

Antara kuat dengan tak kuat je.
Gagal atau berjaya.

So far Alhamdulillah semua baik-baik. Bohonglah kalau tak pernah ada salah faham, krisis dalam hidup berumahtangga ni.

Apepon,
Tanya balik pada diri sendiri.
Kemana halatuju perkahwinan yang dah dibina tu.

Bukan semuanya manis dalam hidup berumahtangga ni. Lagi-lagi untuk rumahtangga yang belum lama mana pon, macam kitorang.

=)

5tahun pertama dah berjaya kitorang lepasi. Orang kata tu la tempoh paling mencabar dalam rumahtangga.

Kata orang,
Bukan kami kata tau.

Apa yang pasti,
Tolak ansur, sikap lebih kurang dan saling bertahan dengan peel antara satu sama lain tu yang jadi tips kitorang selama 7tahun ni.

Both ada kurang dan kelebihan kan.
Belajar terima partner kita seadanya.
Tak boleh terima?

Buat je tak reti sampai nanti satu masa akan rasa pasrah pasal dah sedia maklum peel dia memang sejak azali begitu.

Hahahha!

Percayalah,
Tips ni berkesan taw.
Mihmihmih~

Takde sesiapa yang sempurna.
Even ada partner yang serba serbi nampak sempurna pon, takkan pernah ada kesempurnaan dalam hubungan tu.

Just nikmati hari-hari bersama.
Buat apa yang korang suka.
Kalau macam aku spesis sukahati je bebila nak jadi pemalas,
Dianugerahkan suami yang rajin sikit dari aku.

Walaupon mulut dia bising pasal kena tolong buat mende yang aku malas tu, takpe.

Diamkan je.
Jangan melawan tau.
Dia tolong tu dah kira ok la tu.

Ngeeee~

Rasa macam dah lama sangat kawen. Setiap hari tu dah boleh agak apa flow nya.

Bosan?
Pergi holiday.

Spend time sama-sama. Bawak anak sekali.
Walau tak mungkin dapat jadi seromantis masa bercinta dulu, at least ada masa terluang bersama.

Mungkin untuk orang yang baru beranak dua, nampak macam senang nak plan untuk vacation kan?

Inshaallah,
Esok lusa kalau kami dah ada 4orang anak pon kami tetap macam ni. Berikan masa untuk keluarga. Tak perlu belanja besar. Ikut kemampuan sudah~

Sejak kawen,
husband jadi suka pergi berjalan.
Jadi nampak macam kerap nooo kitorang pergi jalan. Walhal semua dalam malaysia je pon.

Sebab pada kitorang,
Momen paling bahagia adalah bila mampu buat anak-anak gembira.

Itu je hadiah ulangtahun kalini.
Rezeki anak yang ada tu.

Ya,
Inilah perkahwinan.
Tiba-tiba kite terima apa saja yang partner kita suka walaupon awalnya kita tak pernah suka.

Sempena ulangtahun perkahwinan harini....

Untuk husband yang paling win,
Happy anniversary.
Tenkiu so much untuk semuanya.
Untuk kekentalan hati,
Kekuatan mental melayan isteri ni,
Juga untuk semua pengorbanan selama ni.

I love u.
So much.


Terima Kasih

Friday, 23 October 2015

It has been a month!

Assalamualaikum

Lamaaaaaaaa sangat tak drop kat sini.
Maap.

Ni nak cerita pasal ape hilang terus sepanjang oktober nih.

Sebenarnya,
Dah terjumpa peluang untuk something yang sangat aku obses sejak dulu.

Duit.

Ya,
Tiba-tiba didatangkan idea untuk join venture dengan pirate coffee kluang as a delivery crew.

Kisahnya macam ni,
beberapa minggu sebelum tu,femes kat Kluang ni pasal pirate coffee.

Ni jenis air ala-ala starbuck tapi harga mampu minum bercawan-cawan punya.

Hahahah!

Ni projek bumiputera,
Melayu,
Islam semestinya.

Paling penting,
Murah.

Satu hari tu opismate yang dua orang tu ajak try rasa sorang secawan. Punya malas nak try pasal dah pernah dengar khabar kena q panjang sampai berjam-jam lamanya.

Nasib baik ada student praktikum kat opis ni ajor kitorang, order dulu pastu sejam baru drop amek airnya.

Maka try la kitorang.
Sejam jugaklah sela masa nak dapat air tu.

Dah rasa,
Puas la tekak.

Entah macam mana petang tu dapat ilham, nak offer buat delivery pulak untuk orang ramai. Target masa ni ialah orang yang nak beli, tapi malas beratur. Sepesen aku masa beli tadi.

Terbayang aku jadi personal shopper untuk pirate coffee. Selalu nampak personal shopper belikan baju& tudung kat butik-butik femes kan?

Kalini aku ejas sikit untuk minuman.

Macam mana boleh terfikir?
Entah.

Laju-laju wasap yati.

Sebab yati penah cakap tokei pirate coffee ni dia kenal. Mintak tolong ejas sikit untuk idea tiba-tiba aku ni. Sementara tu, try pm jugak thru fb. Masa tu hati dah meluap-luap teruja.

Seriously.

Mula-mula tu nampak macam payah je nak dapat permission. Mungkin sebab tak kenal. Atau mungkin jugak diorang risau servis aku ni nanti akan effect bilangan pelanggan yang q kat kedai.

Tapi lepas aku tunjukkan kesungguhan tak mengagak aku bila submit order 30cawan terus, hati diorang dah terbuka sikit.

Yeayyy!

So far untuk bab marketing ni,
Aku ada kelebihan sikit.
Ayat manis mungkin.
Lol.

Maka bermula 1oktober,
Aku dah sediakan perkhidmatan ni untuk orang kluang.

Setiap cawan yang aku hantar tu,
Aku servis RM1 untuk kawasan bandar.

Sambutan alhamdulillah.
Aku anggap rezeki tiba-tiba ni.
Husband yang mula-mula acuh tak acuh pon tergamam bila tengok income yang masyuk.

Sejak tu dia pulak kemaruk nak amek order delivery banyak-banyak.

Hahhaah!

Hari-hari aku berubah terus. Tiap hari lunch hour keje hanta air jek la. Sambung pulak lepas habis kerja.

Gigih.
Dan semestinya bila kita buat sesuatu yang kita minat, kita takkan rasa penat ataupon terbeban.

Tengok sorang-sorang tag kat fb aku, puashati dengan servis yang aku bagi tu, lagi meluap semangat nak terus buat keje ni.

Beberapa hari pertama tu,
Jam 3 pagi baru dapat lena. Pesanan bertingkek-tingkek sampai kena tolak pasal takut takdan setel sebelum jam 2petang.

Lepas seminggu, dah pandai bajet time. Masa tido pon balik asal. Dengan syarat, kena submit order 2hari awal dari hari delivery tu. Sampai gitu sekali penangan pirate coffee ni.

Rezeki sangat.
Penat tapi bila tengok hasilnya, terus hilang rasa penat tu. Jiwa kental nak meniaga ni hidup balik lepas bertahun. Last merasa untung besar masa jual vco catalyst dulu je rasanya.

Sebulan gaji dalam masa beberapa hari. Betullah niaga ni best. Sangat best sampai tak rasa nak berhenti nak buat.

Biarlah orang nak cakap tak cukup gaji kerja yang sedia ada ke hape. Tak perlu rasanya nak explain kat sorang demi sorang kenapa buat menda ni.

As for me,
Nak lebih, kena buat lebih.

Cukup je gaji kerja hakiki tu,
Tapi bila ada peluang nak dapat lebih,
Kenapa nak tolak?

Doakan target ubtuk sebulan tercapai tau!
Nanti boleh kasik reward kat diri sendiri. Kat anak-anak yang terkurang perhatian beberapa hari ni, kat family yang baik hati sanggup jagakan anak sementara pulun job delivery ni habis-habisan.

Nanti kita open table naaa~

Nak juga tepek muka beberapa hari buat kerja sambilan ni. Sempat terfikir nak tuka professio  tau!

Ngeee~


Terima Kasih

Monday, 28 September 2015

Hazes day

Assalamualaikum

Malaysia kecoh dengan jerebu sejak dua menjak ni. Isu tahunan yang tak lagi asing dalam masyarakat harini tapi jadi huru hara sebab bacaan IPU semakin tinggi beberapa hari kebelakangan ni.

Suasana masa jerebu?

Sekeliling nampak kelabu.
Bangun pagi-pagi dengan fefeeling berada kat tanah tinggi cameron walhal yang berkepul di luar tu bukan embun dingin,sebaliknya jerebu dengan bau asap yang kuat.

Subhanallah.
Hilang nikmat udara segar.
Pandangan pulak terbatas umpama si rabun yang bangun pagi tak pakai spek mata.

Kabur.

Mood tak baik musim-musim jerebu ni. Nak berkeliaran kat tempat terbuka pon fikir berkali-kali. Tingkap pintu rumah tertutup rapat. Tapi tetap juga masuk dalam rumah.

Hati mak-mak ni tak mikir kelain. Risau kesihatan anak je. Pagi tadi hantar bebudak pergi sekolah, suasana masih kelam.

Fareeq dah start selsema.
OMG!

Tengahari ni pulak tekak aku yang mula rasa tak sedap. Takde minom berais tapi tetiba sakit tekak. Nampak sangat udara kotor. Tekak terasa ada benda tersekat je.

Kesian aku.

Petang ni masih lagi berkepul dengan jerebu. Sampailah dapat whatsapp pasal penutupan sekolah esok.

Alhamdulilah.
Rasanya itu adalah yang terbaik buat masa ni. Keburukan jerebu ni terlalu banyak dan rasanya tak perlulah kita cari penyakit.

So,
Sekolah di Johor & melaka tutup esok.

Opis kena bukak.
Tak aci?

Ehheehhehe~


Terima Kasih

Sunday, 27 September 2015

Hari raya korban!

Assalamualaikum

Curi masa sikit sebelum lena nih. Kisah beberapa hari lepas yang baru harini sempat nak kongsi.

Scroll balik galeri semata-mata nak dapatkan bayangan semula kejadian yang dah lepas.
Gigih kan?

Raya korban yang lepas kitorang semua balik ke rumah mak mentua, kecuali farish. Dia nak beraya dengan mak. Sekaligus habiskan masa cuti sekolah dengan mak. Ubat rindu.

Ngeee~

Selama 3hari kat sana, takde aktiviti sangat nak dikongsi.

Pagi raya kat rumah je. Lagi sedih baju raya pon tak pakai. Fareeq steady dengan seluar pendek sementara aku sarung jeans dengan t shirt je.

Apelah sempoi benar raya kami nih.

Husband je pergi masjid. Sementara tunggu dia balik, aku pon layan je tayangan kat tv. Bosan.

Dah petang sikit baru dapat keluar dari rumah. Jerebu teruk masa tu. Kelabu je sekeliling. Nak layan feel kat tepi kolam ikan pon tak berani. Sudahnya bergerak ke dalam shopping mall je.

Teringin pulak nak makan sundae. Beli roti sikit kononnya nak buat alas perut. Sekali bila dah duduk kat food court tu, terorder rojak pulak. Hahahahha!

Kenyang alhamdulillah.
Masuk dalam jusco, teman husband memilih baju. Lately dia mengeluh dah takde stok baju baru nak dipakai. Maka kita ni menggalakkan la dia beli baju baru.

Sebelum ni asal masok jusco asyik membeli baju-bau kerja ke. Tak perasan baju jalan harian dah kehabisan stok. Ada stok sendu-sendu tahap lusuh je.

Husband jenis simple. Sarung t shirt round neck je kalau kemana-mana. Maka harini pon beli t shirt je.

Sukatilah.
Janji baju baru.

Sempat survey bahagian baby.

Heyyyyy, kita rindu nak beli baju baby!!!!!
Gembur-gembur sikit bahagian baby tu, konon cari legging untuk mekcha.

Tapi takde saiz pulak.
Pfffft!

Baju baby sekarang macam-macam design, warna & harga. Rambang mata. Tak saba nak ada baby, terus mengendeng kat bapak baby nak soping barang baby.

Sedar-sedar dah malam je.
Since perut pun dah kenyang, balik rumah tidur je. Bahagia.

Esoknya seharian merap kat rumah. Tepu.

Untuk spesis yang bila cuti mesti merayap macam aku, terperap kat rumah memang satu kebosanan.

Dah biasa meronda soping mall walaupon tak beli apa-apa. Jadi stress kejap bila dikurung kat rumah dan tak dapat amek bau mall.

Hahahh!
Over sangat.

Malam tu paksa husband bawak keluar jugak. Even dapat ngeteh kat warung mamak pon dah cukup menggembirakan hati.

Bawak mak mentua sekali pasal yang lain-lain takde pon kat rumah. Kenyang perut dapat makan. Tapi lagi senanghati pasal dapat melihat dunia kat luar.

Sampai rumah,tido.

Esok pagi lepas breakfast dah siap nak balik. Ada jemputan kawen kat tenggaroh tapi husband takmo ikot. Kita pon tak berapa rajin nak ikot pon. Esok sekolah dah bukak. Baju budak-budak entah mana kita humban.

Itulah percutian panjang kami minggu ni.
Jadilah dari tak ada.
Dan bila berlama-lama kat tempat lain, semestinya kerinduan pada rumah sendiri yang sepah macam tongkang tu membuak-buak.

Home sweet home.
Dapat landing atas katil sendiri walaupon tilam tak segebu mana adalah sangat membahagiakan.

=)


Terima Kasih

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati