Sunday, 16 November 2014

Caiyok-caiyok farish hafiy!

Assalamualaikum

Mulai harini, bermula sudah minggu penilaian smartreaderkids bagi tahun 2014.

Latihtubi dah buat.
Ulangkaji buku-buku yang dah habis belajar pon sudah.

Minggu lepas tu minggu yang penuh tumpuan pada dia jek.

Mungkin ada yang cakap,
Eleh apa ada heran, pekse sekolah tadika aje pon.

Sebenarnya.......
Aku memang heran. =P


Betul,
result sekolah tadika tak bawak kemana pon.
Tak janji kelayakan masuk sekolah yang bagus, universiti terbaik, apa lagi kerjaya yang best.

Tapi bukan ke tadika ni dunia pertama anak-anak. Kat sini diorang belajar asas kepada semuanya. Permulaan pada rangkaian ilmu yang lebih banyak lagi sepanjang hidup diorang.

Peperiksaan,
Kayu pengukur kemahiran anak-anak. Masa ni kita akan nampak, semua yang diorang belajar sepanjang setahun tu berkesan ke tidak.

Aku memang taknak pelaburan yang sia-sia. Peruntukkan sangat besar untuk sekolahkan anak-anak aku, jadi mestinya aku nak pulangan yang berbaloi. =)

Jangan kata kau tak bangga kalau anak korang dapat tempat top 3 waima cuma penilaian sekolah tadika. Aku siap nak menangis tak percaya sekali terharu bila tengok progress yang anak aku beri.

Atau maybe aku je mak yang over?
Hahahahah!!

Untuk tahun ni, semestinya aku nak yang lebih bagus. Kalau pon tak lebih bagus dari tahun lepas, memadai la dia kekalkan pencapaian yang dah sedia ada tu.

Sejuk perut aku ni bila tengok nama anak terpapar kat skrin masa anugerah cemerlang tu. Masa ni aku dapat rasa, perasaan sama mak ayah aku dulu.

Hurmmmm...
Semoga anak-anak aku jadi anak yang sempurna didikan dunia dan akhiratnya.

Pagi ni,
Kesihatan farish tak berapa ok.
Gastrik pulak tetiba anak aku nih.

Nampak lesu la pulak lepas buang air beberapa kali. Sampai sekolah,aku maklumkan pada cikgu. Siap mintak cepatkan giliran untuk farish sebab aku takut dia makin lemau nanti.


Dan seperti yang aku jangkakan,
Muka monyok je masa aku jemput tengahhari ni. Teacher pon bagitau, die pasif ja arini.

Kesian farish!
Agak-agak ok tak die jawab paper arini??????
=__=''

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati